Bab 9: Jurus Bela Diri

Deria pendengarannya menangkap bunyi derap tapak kaki segerombolan manusia. Hatinya berdebar-debar. Otaknya pantas memberi isyarat supaya segera bersembunyi dari dilihat mereka. Sekarang ni, situasi tidak dapat dipastikan samada gerombolan itu ialah sekutu atau seteru.

Sebelum ini, dia tertidur dengan air mata yang sudah kering di pipi. Keadaan memaksanya menjadi begitu. Dia tersedar apabila terdengar bunyi derap tapak kaki.

Rienna segera menyelinap ke dalam sebuah lubang yang muat-muat orang kecil molek sepertinya. Dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Ditangannya, sudah tergenggam seketul batu.

Namun, bunyi derapan itu hilang tiba-tiba. Dia pelik. Setelah benar-benar yakin keadaan selamat dan terkawal, dia keluar dari tempat persembunyiannya.

“Apa tadi tu?” Hatinya tertanya-tanya.

Dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan mencari jalan keluar. Dia menyapu debu dan habuk yang terlekat di baju dan menggeliat membetulkan urat saraf yang terasa agak tegang. Setelah berasa selesa, dia terus mengorak langkah.

Tidak sampai lima minit berjalan, kakinya terhenti dari melangkah. Di muka pintu gua yang di dalamnya ada titisan air dari bumbung seperti telaga lama, dia terlihat cahaya merah. Lain benar dengan situasi asal yang cahayanya malap kebiru-biruan. Dia mengintai disebalik dinding.

“Orang Mixzof!” Hatinya berteriak cemas. “Apa mereka buat kat sini?”

Segerombolan askar Mixzof membentuk bulatan mengelilingi sesuatu. Mereka seperti askar yang cukup kuat, berpadu kekuatan mereka, dan terdiri dari 15 orang termasuk ketua mereka yang berpakaian lain dari askar-askar tersebut.

Well done. Aku ingatkan korang dah mampus tadi jatuh dalam sihir aku.” Srion menarik senyuman sinis.

Rienna yang sedang bersembunyi, hairan. Perasaan ingin tahunya membuak-buak apabila terdengar kata-kata Srion, ketua askar tersebut.

“Ahhh…Kami yang hebat ni takkan mati la dengan sihir kau yang tak seberapa tu.”

Suara tu. Agak bergema namun dia terasa macam kenal je. Rienna terus menumpukan perhatian. “Kai, Frezay dan Vishvak. Kenapa mereka ada kat sini?” Hatinya cemas.

“Kau memang sengaja je kan menyakitkan hati aku. Baiklah. Aku tak nak buang masa lagi. Askar, bunuh mereka!!!” Srion menggila marah.

Askar-askar Mixzof dengan bersemangat terus menyerang objek di depan mereka. Pedang dan tombak menjadi senjata utama mereka menyerang musuh yang hanya bertangan kosong. Perlawanan berat sebelah dengan askar Mixzof lebih menguasai keadaan.

Srion ketawa galak menyaksikan perlawanan tu. Dia yakin, kemenangan berpihak kepadanya memandangkan musuhnya bertiga itu tiada apa-apa senjata melainkan anak batu yang dikutip di atas lantai gua. Dia berdiri di bawah telaga lama dan mendongak ke atas.

“Akhirnya, kepingan berukir Raja Mesopotamia II jadi milik aku. Hahahaha…!!!”

Dia menghalakan tongkat sihirnya ke atas dan membaca mantera. Tidak semena-mena, tongkat itu mengeluarkan cahaya merah dan menembusi bumbung gua. Gua mula bergegar dan batu-batu gua mula jatuh sedikit-demi sedikit. Gua ini akan runtuh!

Srion dengan senyuman tersungging di bibir, mengutip kepingan purba yang jatuh dengan hati gembira. Kepingan itu berbentuk bulan sabit dan terukir mahkota diraja Raja Mesopotamia I. Hatinya kembang berbunga apabila terkenangkan pujian yang akan dia dapat dari Mixzof.

“Hanna?”

Rienna keluar dari tempat persembunyiannya dengan rasa tak percaya. Muka ketua askar Mixzof tu sebiji macam Hanna, tapi dalam versi dewasa. Dia amat mengenali wajah tu.

Srion kaget kerana ada orang lain dalam gua ni selain budak bertiga yang sedang bersungguh-sungguh melawan askar-askar Mixzof. Askar itu dibuat dari tanah lembap yang diambil dari luar rumahnya palsunya dulu dan digerakkan dengan mantera. Jadi, walau sekuat manapun budak-budak itu melawan, mereka takkan berhasil mengalahkan askar-askar tersebut melainkan dia menghentikan sihir tersebut.

“Oh, kau budak perempuan tu ya? Sungguh mulia hati kau, membantu orang yang dalam kesusahan.” Srion berpaling menghadap Rienna.

“Tapi kenapa?”

“Kenapa? Hahahaha.. tak ada apa-apa sebab. Kalau kau nak tahu, aku atau yang kau kenal Hanna.. adalah General Kanan Kumpulan Mixzof. Aku dah lama mengintip pergerakan korang berempat, apa dari Jabatan… Zentrix? Ha.. Jabatan Zentrix tak guna tu.” Srion mencebik seraya meludah ke tanah. Sungguh tak sopan perangai.

“Aku perdaya kau dengan menjadikan diri aku sebagai budak kecil. Seperti dijangka, kau memang terperangkap. Puteri di hati rakyat katakan kau ni..” Sambungnya.

Rienna mengetap bibir menahan geram. Sungguh dia terpedaya. Sekarang ni nyawa Vishvak, Kai dan Frezay bergantung kepadanya seorang. Hanya dia yang tahu cara menghentikan askar-askar tu.

“Aku tau korang berempat ni nak cari benda ni kan?” Srion menayangkan kepingan tersebut. “Sebenarnya aku tahu lokasi tepat kedudukan kepingan ni, cuma aku tak tahu cara nak masuk ke sini. Macam kau tahu la, kat sini perangkapnya banyak, macam kat jambatan gantung tu.”

“Jadi kau perdayakan aku dengan menyamar jadi Hanna kan? Then kau hantar aku ke kesini?” Rienna mencelah kegeraman. “Macam mana dengan mereka bertiga?” Rienna menunjuk kepada Vishvak, Kai dan Frezay yang sudah kelihatan termengah-mengah.

“Oh.. budak-budak bodoh tu. Hahahaha… mereka yang datang cari aku, tanyakan pasal kau. Well, korang berempat dari Jabatan Zentrix yang mempunyai IQ yang tinggi, jadi aku terfikir kenapa tak gunakan kebijaksanaan mereka untuk menunjukkan laluan sebenar ke sini? Aku menyamar jadi nenek yang uzur.. dan bagitau mereka kau ada dalam rumah sedang tidur. Mereka masuk perangkap aku dan aku jampi mereka dengan sihir aku. Apa yang mereka nampak adalah kau dengan isi perut terkeluar dan kepala hampir terputus dari badan. Hahahaha…!!”

“Kau tak gunaaa!!!!!” Rienna menjerit nyaring dan melibas tubuh Srion dengan kain kapas yang biasa terlilit di pinggangnya, dan membuat libasan padu mengikut jurus silat yang dipanggil Cindai. Srion terbelit dan terundur ke belakang.

Vishvak, Frezay dan Kai terhenti dari berlawan. Dalam fikiran mereka hanya satu.. Rienna!

“Fuyoo…!!” Kai ternganga.

Rienna dalam posisi menyerang dan Srion bertahan. Rienna seperti harimau bintang, gagah menyerang pantang berundur. Berfikir sebelum bertindak dan ilmu ditunjangi kekuatan. Rienna bukan seperti yang mereka kenal sebelum ni. Seni mempertahankan diri yang ditonjolkan oleh Rienna belum pernah mereka tahu lihat sebelum ni, kerana seni itu tidak pernah tercatat dalam mana-mana buku sejarah sebelum ini.

Kai seperti mendapat semangat baru. “Kita geng kan?” Dia mengerling kepada Vishvak dan Frezay. Mereka menganguk penuh semangat. “Apa lagi, kita serang malaun semua ni!!!”

Pertempuran semakin sengit. Walaupun bilangan askar tidak bertambah dan mereka tak mati-mati walau diterjah dengan pelbagai teknik dan jurus, namun mereka bertiga tetap berputus asa. Pantang nenek moyang menyerah tanpa melawan!

Rienna melepaskan nafas lelah. Dia termengah-mengah. Srion di depannya juga tercungap-cungap mencari nafas.

“Boleh tahan kau.” Srion menyapu peluh yang berjejeran di muka.

“Mestilah.” Rienna membalas sinis.

“Cet!”

Srion meludah sakit hati. Perempuan lawan perempuan, memang la akan jadi begini situasinya. Tak guna melawan kata, kelak hati binasa.

“Kau, aku arahkan hentikan askar-askar tu dan serahkan kepingan tu pada aku.”Rienna mengarah keras.

“Tak boleh!” Bentak Srion.

“Kau nak buat apa ngan kepingan tu? Nak bantu Mixzof musnahkan dunia ni ke? Bodohnya kau. Kalau dunia musnah, bukan ke kau pun turut musnah?” Rienna memprovok.

Srion diam.

“Tapi Mixzof takkan tinggalkan aku.” Srion menjawab.

Rienna mencebik bibir. Memang la susah bercakap ngan manusia sihir depannya ni. “Ok.. Srion. Jadi, kau tak nak serahkan la ni?”

“Sampai mati pun aku takkan serahkan. Aku lebih rela turut musnah dari serahkan kepada kau! Ambik ni!!!” Srion dengan gerakan sepantas kilat menyerang Rienna. Rienna terkejut dan tidak sempat mengelak.

DUSHH!!

Rienna terpelanting ke dinding gua dan jatuh tertiarap.

“Hahaha… budak hingusan. Sakit tak rasanya?”

“Aduh… sial betul perempuan tak guna ni.” Rienna menyumpah dalam hati. Senak gila terasa perut. Dengan payah, dia bangun berdiri.

DUMM!! Gua dirasakan bergegar semakin kuat dan serpihan bumbung gua jatuh dengan banyak.

“Masa semakin suntuk.” Hati Rienna berbicara. “Aku kena cepat.”

Dengan gerakan pusingan O, Rienna berlari mengelilingi Srion dengan cepat dan membuatkan Srion pening tidak tentu arah. Srion yang tertipu dengan gerakan Rienna, tersadung kakinya sendiri apabila matanya cuba menangkap gerakan larian itu. Dalam kiraan 5 saat, Rienna berlari laju ke arah Srion dan merampas kepingan itu.

YeaYYYY!!!!

Rienna bersorak riang ambil sambil berlari ke arah Vishvak, Kai dan Frezay. “Keluar dari sini cepat sebelum gua ni runtuh dan tenggelam. Tinggalkan askar-askar tu!!”Dia melaung. “Askar ni takkan mati sebab diorang dah disihir…!!”

“Woi kenapa kau tak cakap awal-awal?? Ah bengangnya…!!” Kai terus merempuh badan salah seorang askar dan terus meloloskan diri. Frezay dan Vishvak turut mengambil tindakan yang sama dan terus berlari.

Pada masa yang sama, gua semakin kuat bergegar dan akhirnya runtuh. Air merempuh masuk dengan menggila dan mereka semua lenyap ditelan air.

>> BERSAMBUNG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh