Bab 11: Si Lanun

BAB 11: SI LANUN

 

Daratan Jahol, Rumah KetuaKampung

“Woi Frezay, bangunlah.Berapa lama lagi kau nak tidur hah?”

Menggeliat. Berubah posisimengiring ke kanan.

“Frezay!”

“Hmm..jangan kacau la.Bising la kau ni. Dah, pergi main jauh-jauh. Syuhh..!!”

Vishvak mengepal penumbuk.Urat marahnya terbentuk di dahi. Kawannya yang seorang ni memang la kalau tidurtak ingat dunia. Kalau dunia kiamat sekali pun, dijamin tak sedar.

“Frezay, kalau kau nakselamat dari dari penumbuk percuma aku, baik kau bangun sekarang. Kalau tak...”

“Bisinglah. Jangan la kacauaku la kucing, nanti arnab tu lari...”

Frezay terus mengumamsendirian. Vishvak membara hatinya. Dikepalnya penumbuk sekuat hati. ‘Kaukucingkan aku?’ Nyalaan hatinya membara hebat. Hampir saja penumbuknyatepat singgah di pipi Frezay kalau tak disebabkan ada tangan kecil yangmenghalangnya.

“Abang Vishvak jangantumbuk Abang Frezay. Kesian dia..”

Vishvak melepaskan keluhan.Pegangan si kecil Sara membantutkan niatnya nak mengejutkan Frezay. “Sara tautak, ni aje satu-satunya cara nak kejutkan Abang Frezay kamu ni ha. Guna lacara apa sekalipun dia takkan sedar punya kalau dah tidur lena macam ni.”

“Emm..Abang. Sara ada satucara. Dijamin Abang Frezay akan bangun. Hehehe..” Sara berbisik pada Vishvaksambil ketawa terkekeh-kekeh.

“Boleh pakai ke cara tu?”Vishvak bertanya, cuak.

“Boleh. Dijamin boleh. Saradah cuba pada ayah Sara. Menjadi...” Sara siap membuat thumbs uplagi.

“Ok. Kita cuba.”

‘Siap kau Frezay. Kalau kautak insaf lagi lepas ni, aku tak tahu la...’ Hati Vishvak berbisik jahat.Senyuman sinisnya terlakar di wajah, persis ahli sihir jahat.

 

Bilik Persediaan PelancaranJabatan Zentrix ( Zentrix Launch Prep Room)

Prof Helt memandangKarasuma dan Bitch seorang demi seorang. Berpuas hati, dia mengangguk kepala.

“Karasuma, ni pesan akuuntuk kamu. Sebaik saja kamu jumpa budak bertiga tu, pastikan mereka bertigadalam keadaan semua ok. Maksud aku, sihat fizikal dan mental. Aku tak kisah apayang kau nak buat, tapi pastikan mereka selamat.”

Karasuma tabik hormat.“Baik, Prof Helt.”

“Bitch. Kau perempuan, jadikau akan in charge Z5 Rienna. Pun sama, aku tak kisah apa yangkau nak buat asalkan dia selamat.”

“Baik, Pro Helt.” Bitchjuga tabik hormat.

“Aku percayakan kamu berduasebagai orang kanan aku. Hmm.. pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan.Pergi dengan harapan mereka selamat, dan pulang dengan keadaan mereka selamat.Kalau isi kamu berdua berjaya, hadiahnya ialah honeymoon sebulankat Xiria.”

“Baik Prof!” Kedua-duanyatabik hormat.

“Ehem.. aku pergidulu. Good luck.” Prof Helt keluar dari bilik itu dengan senyumantersungging di bibir tuanya. ‘Hmm.. budak berdua tu. Ingat aku ni tak tau keyang korang bercinta di belakang aku? Aku ni makan garam lebih dari korang la.Sekali jeling aku boleh nampak aura lebey- debey (lovey dovey) loving birds tu.Ish..ish..ish.. mengaku jelah.

Dum! Pintu tertutup dengansendirinya.

Karasuma dan Bitch salingmemandang antara satu sama lain. Kemudian masing-masing memandang ke tempatlain.

‘Dah kenapa Prof Helttawarkan hadiah honeymoon?.’ –Karasuma.

‘Kau ni kan Karasuma.Kenapa kau ni lurus sangat? Kau tak perasan ke yang aku dah lama minat kau?’–Bitch.

‘Aku tetap tak faham.Bukannya aku nak kahwin dalam masa terdekat ni pun.’ –Karasuma.

‘Tolonglah sedar Karasuma..macam-macam hint aku dah bagi kat kau, tapi kenapa tetap jugakau tak faham-faham? Ke memang kau sengaja buat-buat tak faham? ’ –Bitch.

‘Aku faham, faham! Tapikomitmen aku pada Jabatan Zentrix ni tak memungkinkan kita untuk bersama’–Karasuma.

Bitch pandang Karasuma.Keluhan terbit di bibirnya comelnya. Nasib badan la ada hati dengan manusiayang terkenal dengan gelaran ‘lelaki tiada perasaan’ ni. Senyuman plastikdiberikan kepada Karasuma yang secara tak sengaja memandangnya. Tanpa sepatahkata, dia keluar dari bilik itu, meninggalkan Karasuma seorang diri.

‘Sabar ye Bitch. Aku hanyaperlukan waktu. Sampai masanya, aku akan buktikan yang aku bukan seperti yangkau sangkakan. Aku bukan ‘lelaki tiada perasaan.’ –Karasuma.

Waktu berlepas lagi 10minit, jadi Bitch mengambil masa ini untuk bertenang. Termenung seketika.‘Macam mana la agaknya bekerjasama dengan lelaki takde perasaan ni? Agak-agakkalau aku jatuh gunung sekalipun, dia sambut tak aku? Eh..memang tak lakan? Scene tu nampak sweet sangat. Takmungkin dia akan buat macam tu. Tak mungkin, tak mungkin.’ Dihalaunyaangan-angan itu pergi jauh.

 

Daratan Jahol, Rumah KetuaKampung

Frezay pelik. Pelikmelihatkan kanak-kanak di depannya masing-masing senyap dan galakmemerhatikannya. Kemudian, masing-masing ketawa. Perlahan pada mulanya,kemudian bertukar menjadi gelakan, sampai terbongkok-bongkok menahan ketawa.

Frezay memerhatikanpakaiannya. Tiada apa-apa yang pelik. Kemudian, dia meraba muka. Juga tiadaapa-apa yang abnormal. ‘Dah kenapa budak-budak ni?’ Hatinyaberbisik hairan.

Matanya menangkap kelibatKai yang berada di sebalik perigi. “Kai!” Separuh melaung dia memanggil Kai.

“Ya..!” Kai menyahut balikdan bergegas ke tempat Frezay sambil tangannya masih tak lepas dari tong yangpenuh berisi air. Kepalanya ditunduk ke bawah untuk menyeimbangi badannya.

“Kenapa Frezay?” Kaibertanya tertahan-tahan, lelah mengangkut air air dari perigi.

“Sepatutnya aku yang tanyakau, budak-budak ni dah kenapa? Apasal diorang gelakkan aku?”

Kai memandang Frezay.Sungguh berseni wajah seniornya itu. Senyumannya disembunyikan.

“Entah, aku pun tak tahu.Eh, cepatlah mandi. Kita nak kena pergi ke rumah Nenek Nenda kejap lagi.”

“Nenek Nenda? Siapa tu?”

“Kau ni banyak bunyi la.Cepatlah siap. Nanti kau tahulah kenapa budak-budak tu gelakkan kau. Aku masukdulu eaa..” Kai senyum tertahan-tahan. Senak perutnya menahan ketawa ni.

‘Diorang ni dah kenapa?Ah..biar jela.’ Frezay terus menapak ke perigi. Dicapainya timba dandicampakkan ke dalam perigi. Sementara menanti air penuh, dia menjengukkankepalanya ke dalam perigi. Seketika, keningnya berkerut. Mukanya blur mencernamaklumat yang diterima. “Ya Allahhhhhhh!!!!!!”

Vishvak dan Sara,terkekek-kekek ketawa di balik pintu. “Rasakan kau Frezay. Ha, aku kejutkan kautak nak bangun. Ni, aku bagi chance utuk kau bangun sendiri.Siap bagi special hadiah lagi.” Hatinya berbisik jahat.

 

Daratan Jahol, Rumah NenekNenda

Frezay memuncung. Vishvakdan Kai berlagak biasa seperti tiada apa-apa berlaku. Namun, dalam hati merekaberdua, bagai digeletek! Nak dihamburkan tawa, kesian pula kat Frezay. Lagipun,mereka berdua sekarang ni sedang menghadap Nenek Nenda.

“Frezay, senyum sikit. Dahkenapa muka kamu ketat semacam je nenek tengok?”

Frezay mengendurkan rautwajahnya, dan memberikan senyuman buat Nenek Nenda.

“Macam tu la, baru nampakhensem.” Nenek Nenda memuji.

Kembang semangkuk.

Frezay menjeling tajamVishvak dan Kai. Mereka berdua buat-buat bodoh, tak faham maksud Frezay.Fikiran mereka melayang teringatkan perbuatan mereka mendajalkan Frezay.Pendajal dan penyubahat memperdajalkan.

Imbas kembali:

“Boleh pakai ke cara tu?”Vishvak bertanya, cuak.

“Boleh. Dijamin boleh. Saradah cuba pada ayah Sara. Menjadi...” Sara siap membuat thumbs uplagi.

“Ok. Kita cuba.”

‘Siap kau Frezay. Kalau kautak insaf lagi lepas ni, aku tak tahu la...’ Hati Vishvak berbisik jahat.Senyuman sinisnya terlakar di wajah, persis ahli sihir jahat.

Sara bergegas mencapaiperalatan melukisnya. Dengan kepandaiannya melukis, dia melukis dengan penuhberseni muka Frezay yang sedang tidur. Hasilnya, terzahirlah di muka kacakFrezay itu satu lukisan abstrak seekor katak puru. Lukisan yang hidup.Sepanjang proses melukis itu, tak henti-henti Vishvak ketawa. Ditambahnyaperisa lukisan itu dengan membuat latar belakang katak yang sedang menjelirlidah.

Kai yang ketika itu sudahpun tersedar, hairan dengan bunyi ketawa itu. Dicarinya punca suara, danseketika dia terpaku. “Vishvak, apa yang kau buat ni? Hahahaha!!” Dia turutsama ketawa.

“Syhhh..! Kai, kaubuat-buat biasa je tau lepas ni. Aku nak tengok reaksi dia.” Vishvakmemberitahu.

“Ok..ok.!”

Sejam kemudian, Frezaybangun. Tanah liat di mukanya sudah kering dan itu membuatkan dia tidak sedarapa pun yang terlakar di wajahnya. Selamba dia bangun dan keluar dari rumah.Menyedari dirinya diketawakan, dia hairan. Namun, apabila dia melihat wajahnyadalam bayang-bayang air perigi, dia terasa dirinya diiperdajalkan. Siapa lagikalau bukan Vishvak yang memang terkenal dengan tangannya yang penuh bersenimelakar di atas muka orang? Kali ini dia terkena buat kali kedua! Fine.Taubat kali ni aku pastikan aku bangun awal dari dia, siap buat solat tahajjudlagi.

Tamat imbas kembali.

“Ehemmm..!”

“Ya, nek.” Serentak merekabertiga menyahut.

Nenek Nenda memandangmereka silih berganti. Raut wajahnya terlakar rasa ingin tahu. “Kamu semuasebenarnya dari mana? Kenapa kamu semua boleh hanyut sampai ke sini?”

“Err.. sebenarnya..”

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu rumah NenekNenda membantutkan niat Vishvak untuk bercakap. Setelah Nenek Nenda memberikankeizinan, terjengul kepala seorang lelaki awal 40-an iaitu Guren dan anaknyaSara, berserta beberapa orang penduduk kampung. Mereka semua duduk mengelilingiVishvak, Frezay dan Kai.

“Maaflah kamu bertiga,nampaknya penduduk kampung ni pun nak tahu tentang kamu semua.” Nenek Nendabersuara.

“Takpe, nek. Kami akanberterus terang. Tiada rahsia.” Frezay memecah keheningan suasana, sekaligusmenghilangkan rasa bersalah Nenek Nenda. Sepatutnya perbincangan ni hanyadihadiri oleh Nenek Nenda dan Guren sahaja.

“Ehem.. baiklah. Biar sayamemperkenalkan diri dulu. Saya Vishvak, dia Frezay dan ini Kai. Kami semuadatang dari tanah seberang. Kami diserang oleh orang jahat, dan kami tak kenalmereka. Sebenarnya, kami semua berempat, namun kami terpisah. Sekarang ni kamitak tahu di mana dia.” Vishvak mula bercerita. Penduduk kampung hanyamengangguk-angguk.

“Hidup ke mati kawan kami,kami tak tahu. Gua yang kami pergi tu telah runtuh. Di situlah kami terpisah.Air deras memisahkan kami dengan Rienna.” Kai bersuara. Hatinya sakit.

“Maaf kalau aku bertanya,kawan kamu tu perempuan ke?” Guren mencelah.

“Ya.”

“Hmm.. Kesian budak tu.Kalau dia terselamat pun, kemungkinan untuk hidup tu rendah. Kamu bertigabernasib baik kerana terdampar di di gigi pantai perkampungan kami.” Perlahansuara Guren, menyesali apa yang terjadi.

“Kamu nampak tak pulau yangberbalam-balam tu? Itu Pulau Hulu. Pulau tu dulu asalnya penempatan pendudukkampung ni. Namun, disebabkan oleh satu puak lanun ni, kami terpaksa pindah kesini. Sekarang ni, pulau tu dah jadi markaz mereka. Sebab tu aku kata, kalaupun kawan kamu tu hidup lagi, nasibnya masih samar-samar. Lanun-lanun tu bukansebarang lanun. Mereka tu penjenayah yang amat dikehendaki oleh kerajaan ni.Mereka ada kuasa ajaib. Susah nak lawan. Pihak kerajaan dah tawarkan hadiahlumayan, namun tiada siapa yang berani menewaskan mereka. Mereka teramatkejam.” Guren menunduk ke lantai. Hatinya pedih kerana perkara itu.

Suasana senyap hening.Masing-masing bagai terkunci peti suara apabila hal lanun dibicarakan. Gerunbercambah subur di hati.

“Ceritakan hal yangsebenarnya berlaku kepada kami.” Kai bersuara tenang, namun tidak setenanghatinya. Hatinya kuat mengatakan Rienna masih hidup.

Guren membuka cerita duka.

Empat bulan yang lalu,petang yang damai bertukar menjadi gegak gempita. Sebuah kapal lanun yang besartelah menceroboh Pulau Hulu. Pada masa itu, tanam-tanaman dan haiwan ternakansubur hidupnya. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam daunnya lebar,batangnya besar. Buahnya pula masak ranum, rasanya sangat manis. Haiwanternakan pula gemuk-gemuk dan beranak pinak. Susu haiwan tidak pernah putus.

Dengan datangnya puak lanuntersebut, kedamaian yang dikecapi mereka direnggut serta merta. Haiwan dirampasdan tanaman dimusnahkan. Pulau itu diisytiharkan sebagai milik mereka.Orang-orang kampung melawan namun sia-sia saja. Mereka dibunuh dan dilemparkanke laut untuk menjadi makanan para ikan di lautan. Guren sebagai ketua, telahmengumpulkan penduduk kampung yang masih terselamat dan melarikan diri keDaratan Jahol.

“Macam tulah ceritanya. Duabulan lepas mereka juga ada datang ke daratan, namun mereka tidak membuatkekacauan seperti di Pulau Hulu. Mereka hanya memusnahkan tanaman dan merampasternakan kami, tetapi tidak membunuh. Aku agak mereka memerlukan bekalanmakanan.” Kata Guren.

“Jadi, sebab itulahpenduduk kampung tidak berpindah? Kerana mereka tidak membunuh?” Frezaybertanya. Penduduk kampung hanya mengiyakan.

“Melampau!” Kai mengepalpenumbuk. “Tak guna punya lanun!” Kai berdiri. Marah.

“Sabar Kai. Sabar separuhdari iman.” Frezay menarik Kai untuk duduk semula.

Vishvak memandang pendudukkampung seorang demi seorang, kemudian matanya beralih kepada Guren dan NenekNenda. “Saya rasa kita perlu lakukan sesuatu. Lanun macam tu tak bolehdibiarkan bermaharajalela. Pertahankan kampung ni.!” Vishvak bersuara lantang,meniupkan semangat juang dalam penduduk kampung.

Penduduk kampungteragak-agak. Guren bangun dan mengepal penumbuk. “Demi nenek moyang dan ibubapa kita, kita mesti pertahankan hak kita. Hidup Jaholll!!!!!”

“Ya!!!!!!!!!!” Bergegarrumah Nenek Nenda dengan gema suara semangat juang penduduk kampung.

“Rienna, kau tunggu kami.kami tahu kau masih hidup. Kami akan selamatkan kau.” Kai berbisik keras,berbara hatinya.

 

>>> BERSAMBUNG

Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh