Bab 10: Terpisah

Pulau Hulu, 3Kilometer dari Daratan Jahol


Bayu pantai mendesir halusmenyapa pipi. Rienna terjaga dari mimpi ngeri. Dia bangun dan seketikaotaknya blur mencerna maklumat.

Matanya meliar memandangsekeliling. Tiada sesiapa pun disitu melainkan dirinya seorang. Ah… keseoranganlagi. Dia mengukir senyuman tawar. Dengan susah payah, dia berdiri danmenghadap laut. Fikirannya terimbau pada kejadian sebelum dirinya berkelanaseorang diri di tengah pulau yang senyap tak berpenghuni ni.

Imbas kembali..

Dalam keadaan tenggelamtimbul, Rienna mencari nafas dengan cuba berpaut pada apa-apa objek yang sempatdigapainya. Panik. Namun dikuatkan semangat demi misi ini. Kai, Vishvak danFrezay dilihatnya membuat perkara yang sama. Air deras menolak mereka berempatkeluar dari gua yang beransur-ansur tenggelam sepenuhnya.

Kepingan purba yang sempatdirampas dari Srion tadi kejap dalam pegangannya. Walau apapun yang terjadi,Rienna sesekali tidak akan berputus asa dengan kepingan tu. Itu adalah bagaikannyawanya dalam Jabatan Zentrix.

Tamat imbas kembali.

Dia menyapu pasir halusyang melekat di pakaiannya. Seketika matanya meliar memandang sekeliling,menganalisa kedudukannya. Firasatnya mengatakan bahawa dia sekarang berada dipulau terasing yang langsung terputus hubungan dengan Negara Kota, dan apa yangpenting dia keseorangan. Walaupun pulau itu diakui sangat cantik, tapisayangnya senyap sunyi tidak berpenghuni.

“Haila Rienna, nak mengeluhpun tak guna. Nak harapkan Jabatan Zentrix? Percuma je markah kau nanti. JadiRienna, berusaha lebih lagi. Jangan putus asa. Biar seorang asal berjaya. Ya,aku kuat! Hasbunallahu wanikmal wakeel (hanya Allahpenolongku)” Rienna menggenggam tangannya kejap. Memberi semangat kepadadirinya sendiri. Kemudian, dia beransur bergerak mencari tempat berteduh.

Bilik Kawalan Utama Jabatanzentrix

“Macam mana Karasuma? Dapatkesan lokasi mereka berempat?” Prof Helt bertanya, risau.

“Maafkan saya Prof, bagisaya sedikit saja masa lagi. Kami hampir dapat mengesan mereka, Cuma tungguanalisa terakhir. Kejap je lagi, dalam 5 minit.” Karasuma kalut dengan memicitkeyboard komputernya.

“Ok. Aku harap merekabaik-baik saja. Bitch, Z1-Z4 dah kembali kan? Berikan laporan.”

“Baik.” Bitch dengan pantasmembacakan laporan perjalanan kumpulan-kumpulan tersebut. Sesakali Prof Heltmenyampuk, sambil kepalanya teranggung-angguk bersetuju dengan laporan itu.

“Bagus pencapaian mereka.Dalam tempoh 20 jam masing-masing-masing boleh menyelesaikan isi mereka denganjayanya. Seperti dijangka dari kumpulan elit. Bitch, panggil Mary datang sinisekejap. Aku ada hal nak cakap dengan dia.”

“Baik.” Bitch keluar daribilik itu dan bergegas ke bilik sebelah. Bukan tidak boleh telefon, tapi sajaingin exercise, dah naik kematu punggungnya duduk di kerusimenganalisa laporan Z1-Z4. Berjalan seketika mampu mengembalikan kecergasan.Itu pegangannya.

Lima minit kemudian, Bitchdan Mary sudah terpacak di depan Prof Helt. Tegak keduanya menanti arahan.

“Mary, uruskan Z1-Z4bersama dengan Zamani. Siapkan mereka untuk ke tamadun seterusnya. Ingat, kerjabagi tip-top. Seperti kita tahu, China ni lain sikit dari tamadunlain. Jadi, kali ni aku mahu kau dan Zamani uruskan, sebab Zamani tu pakardalam sejarah China. Faham?” Tegas Prof Helt berbicara. Nampak aurakeketuaannya.

“Ya, Prof.” Mary akur.“Prof, macam mana dengan Z5? Perlu ke saya sediakan juga preparation untukdiorang? Memandangkan…” Mary menekur lantai. Tak sanggup meluahkan kata.

“Jangan risau Mary. Akupercayakan diorang.”

Bitch, Mary, Karasuma dansemua petugas bilik kawalan mengangkat kepala. Terkejut! Prof Helt percayakanorang? Melakar sejarah hari ni. Untung korang Z5….

“Tapi..Err..” Mary menggarukepala yang tak gatal.

“Takpe. Kau tak perlu buatapa-apa preparation untuk diorang. Kes diorang ni, aku nakBitch dan Karasuma uruskan. Dah pergi sekarang. Ingat, kerja mesti tip-top.”Prof Helt berpeluk tubuh.

“Baik Prof.” Mary bergegaskeluar.

“Prof!”

Prof Helt berpalingmenghadap Karasuma. Dahinya yang sedia bergaris bertambah garisannya.Melihatkan gaya Karasuma, hatinya mengatakan sesuatu yang buruk telah berlaku.

“Sejarah berubah.Orang-orang Mixzof dah tenggelamkan kepulauan Mulu.”

“Apa???” Prof Heltmenyinga. “Tak guna punya Mixzof!”

Prof Helt bercekakpinggang. Matanya tajam memandang Karasuma dan Bitch silih berganti, membuatkanmereka berdua semakin resah.

“Kedudukan mereka macammana?”

“Dapat dikenalpasti Prof.”Karasuma menghela nafas, lelah. “Z5 Rienna terpisah dengan kawan-kawannyasejauh 3 kilometer. Dari koordinat yang saya dapat, Z5 Rienna sekarang beradadi Pulau Hulu, seorang diri. Pulau tu tiada tanda-tanda penempatan manusia,seperti yang dicatat oleh Mohab, pelayar terkenal zaman tu.”

Oh my God.” Bitchmenekup mulut. “Mesti dia takut.”

“Budak lelaki bertiga tupula?” Prof Helt bertanya tidak sabar.

“Mereka saya kira selamat.Cuma saya bimbangkan Kai, sebab berdasarkan data vitalnya, agak lemahberbanding dari yang lain. Mereka berada di Daratan Jahol, 3 kilometer dariPulau Hulu.”

Prof Helt mengeluh. Dahinyadipicit.

“Kamu berdua, bersiapsekarang. Pergi cari budak-budak tu!” Arahan mandatori dijatuhkan. Karasuma danBitch mengangguk pantas.

Setelah Karasuma dan Bitchhilang pada pandangan matanya, dia mengeluh lagi. ‘Mixzof, kau dah kenapa naklibatkan orang-orang aku dalam hal kita berdua?’ Hatinya runsing memikirkan halitu. Mixzof yang dikenalinya dulu bukan macam ni gayanya.

“Raj, ambil alih tugasKarasuma. Pastikan jejak Karasuma dan Bitch tidak hilang lepas ni.” Prof Heltmengarahkan Raj, iaitu pembantu Karasuma untuk mengambil alih tugas yang biasaKarasuma lakukan, iaitu memantau jejak ahli Zentrical yang dihantar untukmelakukan misi ke serata dunia.

Raj mengangguk, akur denganamanah baru.


Daratan Jahol, 3 Kilometerdari Pulau Hulu.


Suara kanak-kanak yangriang bermain di pesisiran pantai itu tiba-tiba berubah menjadi jeritan.Suasana menjadi kecoh seketika. Sara, kanak-kanak perempuan berumur 9 tahunyang hanya berbaju mandi laju berlari mendapatkan ayahnya sambil menangis.

Ayah! Ayah! Ayah!

Guren yang hanya berseluarlabuh dan tidak berbaju, berhenti dari menempa besi. Dia hairan. Lantas kerjanyadihentikan, dia mendapatkan Sara dan terus mendukungnya. “Kenapa Sara?”

“Sana. Pantai. Ada orang.Mati.” Tersekat-sekat katanya. Tangisnya masih bersisa.

Guren tergamam. Diamatinyawajah anaknya mendalam. Terlihat sendu di dasar mata kanak-kanak itu. Lantasdipeluknya budak itu dengan penuh kasih sayang. “Tenang, anakku. Tenang.”

Selepas seketika, Sarasemakin tenang. “Sara, tunjukkan ayah tempat yang Sara jumpa orang mati tu.”Sara mengangguk perlahan.

Sampai di tempat yangditunjukkan Sara, dilihatnya orang ramai sudah ramai berkerumun, mengelilingitiga jasad yang tidak berkutik di gigi pantai. Bisik-bisik halus kedengaran.

Dia meminta laluan kedepan, untuk melihat keadaan mayat-mayat tersebut. Sara diturunkan daridukungannya. Seketika, matanya menganalisis mayat-mayat tersebut.

Tiga orang pemuda asing.Itu yang pertama kali disimpul oleh benaknya. Dia merapati jasad-jasad itu, danmemeriksa nadi mereka. Raut wajahnya bertukar cerah. “Orang-orang ini belummati!”

Suasana kecoh.Masing-masing bercakap sesama sendiri.

“Ketua, apa kita nak buatdengan mereka bertiga ni?” Tanya Fu, pemuda kampung itu.

“Bawa mereka ke rumah akudulu.”

“Tapi ketua, mereka orangasing. Kita tak kenal mereka. Macam mana kalau mereka salah seorang dari puakLanun? Mati kita, ketua.” Yu, pemuda kampung itu bertanya, gusar.

“Ya ketua..!” Orang-orangkampung turut bersetuju dengan kegusaran Yu.

“Tapi, takkan kita nakbiarkan mereka macam tu? Kesian. Adat kita untuk meraikan orang luar yangdatang ke kampung kita dengan tangan terbuka, selagi mereka berniat baik. Nenektengok muka budak-budak bertiga ni macam orang baik-baik. Apa salahnya kita bagipeluang pada mereka?” Nenek Nenda bersuara, setelah sekian lama membisumemerhatikan gelagat orang-orang kampung.

Nenek Nenda faham akankegusaran mereka. Kalau tidak kerana puak-puak lanun mengganggu ketenteramanmereka sejak dua bulan lalu, kegusaran ini tidak akan tercetus. Lanun-lanun itumerampas harta benda, ternakan dan makanan orang-orang kampung. Tanam-tanamanpula dimusnahkan. Kejadian itu memberi impak trauma yang mendalam dalam jiwamereka semua, apatah lagi bila kali kedua lanun-lanun tersebut datang, merekatelah membunuh seorang wanita. Jadi, buat masa sekarang keadaan kampung memangtidak aman dan sentiasa berjaga-jaga.

“Tapi nek..” Orang-orangkampung bersuara ragu-ragu.

“Takpe. Kita selamatkandulu mereka bertiga. Kalau mereka ada niat jahat, kita akan pastikan merekatidak akan keluar dari kampung ni hidup-hidup.” Nenek Nenda memberi kata putus.Orang-orang kampung terdiam. Kemudian, masing-masing mengangguk kepala,bersetuju dengan cadangan itu.

“Jadi, siapa yang sudiuntuk merawat mereka bertiga ni?” Nenek Nenda bertanya lagi.

“Saya, Nenek.” Gurenmengangkat tangan. “Lagipun saya ketua di sini. Rasanya biarlah saya yangmemikul tanggungjawab ini.”

“Baiklah. Kamu semua,tolong angkat mereka semua ke rumah Guren.” Nenek Nenda bersuara setelahmembisu seketika.

“Baik, nenek.” Mereka semuaakur. Kemudian, masing-masing memapah orang asing itu ke rumah ketua mereka.Nenek Nenda tersenyum senang.

Nenek Nenda berharap,kesudian penduduk kampung ini membantu orang dalam kesusahan membawa rahmat bagimereka semua. Itu doanya kepada Tuhan yang mereka percaya.


>>> BERSAMBUNG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh