Bab 1: Pertemuan Pertama

Bilik Kajian Fosil Purba: Tingkat 1

“Wow, besarnya bilik ni,” jerit Rienna keriangan. Dia terpegun melihat keluasan dan keunikan bilik itu yang dipenuhi dengan pelbagai alat elektronik yang serba canggih dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

“Kalau ya pun, perlahankanlah sikit suara kau tu. Kau ingat perangai kau yang macam orang tak siuman tu baik sangat ke?” sindir Kai.

Rienna, berasal dari Zonna, gadis itu tidak berfikiran luas tentang ilmu kemodenan. Dia hanya tingal di tengah hutan, dan satu-satunya puteri bagi kerajaan hutan. Dia bersahabat baik semua binatang dan binatang-binatang itu akan tunduk pada perintahnya. Dia seorang yang periang, comel ( sentiasa control comel lah) dan baik hati menyebabkan haiwan-haiwan di dalam hutan itu ‘jatuh cinta’ akan perwatakannya.

Kai, pelajar yang terpilih dari Quryen, dengan kata nama lain negara yang paling maju di dunia. Kai banyak didedahkan dengan ilmu robotik dan perkomputeran menjadikan dia seorang yang paling genius dalam bidang ini di usia yang muda. Mengalahkan saintis-saintis yang membuat kajian tentang robot. Di masa kecilnya, dia banyak belajar di makmal kajian. Dia berperwatakan baik hati, sabar dan patuh kepada orang tua disamping mempunyai paras yang tampan dan kacak ( sesekali sekala control macho jugalah). Sudah ramai perempuan yang cuba menggodanya tapi satu pun tidak dilayan. Walaupun dia mempunyai perangai yang baik, dia tetap tidak menyenangi pelajar perempuan itu yang datang dari perut hutan. Terlalu ketinggalan zaman.

“Yang kau tiba-tiba nak sakat aku ni kenapa? Kau ingat kau tu bagus sangat ke? Kalau kau mempunyai kemahiran robotik, aku punya kemahiran lain. Kemahiran yang tak dapat dipelajari oleh orang seperti kau,” Balas Rienna. Hatinya begitu sakit dengan kata-kata budak tu. “Menyampah.”

“Kemahiran apa? Setahu aku, orang macam kau hanya tahu bermain dengan beruk kera je,” kata Kai disusuli dengan senyum sinisnya.

“Ewah, ewah, sedap mulut je kau mengata aku hah. Eh, baik kau pergi ambil pisau sekarang juga.”

“Pisau? Kau dah gila ke apa? Nak buat apa dengan pisau tu?”

“Nak bedah otak kau, biar kau sendiri yang kaji adakah betul otak kau ni dah terputus wayar ke, atau dah tercabut fius? Bercakap macam orang mereng tak betul jalan.”

“Kau..!” Kai mengetap gigi menahan geram. Marahnya dah sampai 90 darjah celcius dah ni. Janganlah lava keluar masa ni, kalau tak mati budak tu dikerjakannya.

“Apa kau-kau? Kat sini aku tak nampak pun ada lembu. Kalau kau nak pukul, pukullah. Dasar pengecut!” Rienna menentang mata musuh ketatnya. ‘Hek eleh, berani konon, tapi nak lawan aku pun penakut. Bagus Rienna, bagus, buatkan dia menyerah kalah dengan kau. Buat, buat!’

Hampir nak pecah ketawanya melihatkan muka merah padam lelaki di depannya. ‘Ada hati nak lawan aku, tengok kaki lah. Ini Rienna lah, sapa tak kenal Puteri Rienna Raisyah dari Zonna yang terkenal dengan kenakalannya. Biar pun umur baru mencecah 21 tahun, tapi perangai masih macam budak-budak. Mukanya yang cute menambahkan lagi bonusnya.

“Asal diam? Takut?” Cabarnya lagi.

Kai memandang geram muka budak perempuan yang paling-paling-paling dibencinya. Dahlah keluar dari perut hutan, berlagak, nakal dan kolot dari segi semua hal. Memang conform budak ketinggalan zaman. Kenapalah orang-orang kat Jabatan Zentrix ni mereng sangat pilih budak ni untuk sertai jabatan ni. Dah tu pulak, sekumpulan lagi dengannya dalam kumpulan Zentrical Z5. Wah, ini dah betul-betul menyusahkan. Pandang ½ saat pun dia tak ingin, inikan pula kena pandang sepanjang sekumpulan. Aduh, parah betul ni!

“Weh, kau ingat aku diam ni aku menyerah kalah lah? Dengar sini Rienna anak tarzan dari ceruk hutan yang ketinggalan zaman, aku ni jenis lelaki yang bertimbang rasa dengan perempuan. Jatuhlah maruah aku kalau aku pukul kau.”

“Oh, takut jatuh maruah. Apasal? Takut tak dapat jadi ketua Jabatan zentrix? Alah, tengok muka kau pun dah rasa kau takkan layak punya..!”

Rienna mencebik seraya tersenyum sinis memandang muka kelat Kai.

“Well, kau menang kali ni. Tapi ingat, apa yang aku kata tadi semuanya betul dan takkan ada salah. Dasar budak yang hanya tahu bermain dengan beruk kera!” Kai sengaja menekan perkataan beruk kera sambil tersenyum mengejek.

Berbahang terasa muka ni. Rienna menjeling marah dengan penuh kesumat dendam. Kai pula sengaja mahu mencari fasal dengan menjelirkan lidahnya. Muka Rienna yang sedia merah menjadi semakin merah…menyala-nyala marak api dalam matanya.

“ Kau ni memang betul-betul nak kena!?” Jeritnya dalam nada amarah yang tak dapat dibendung lagi.

“Apalah yang kau boleh buat.” Sindir Kai lagi. Sengaja ingin menyakitkan hati budak perempuan itu.

“Eiii..geramnya. Memang biullah lelaki sorang ni. Dia ni memang betul-betul nak kena.” Bisik Rienna dalam hati. Dalam fikirannya, sedang ‘berterbangan’ idea untuk mengajar si periuk api Kai.

“O.k Cik Cisso sayang, awak boleh keluar sekarang. Ada seseorang nak jumpa awak. Kan awak dah lama menginginkan ‘saat indah’ bersama si dia, pergilah, jangan lepaskan peluang ni. Dan……buatlah apa yang awak suka, saya bagi kebenaran,” Rienna berbisik dengan senyuman sinis menghiasi bibirnya. Sebentar kemudian………

MAKK!!!!!!!!!!!!

FIRST KISS!!

“Pergilah, tikus bodoh! Kau ni menyemak saja kat sini. Oi budak, ambik balik tikus kau yang gatal ni. Ah!! Menyemak!” Kai menyumpah seranah.

“Teruskan Cik Cisso. Kan nama awak Kiss. Pergi je lah. Pedulikan cakap dia, sebenarnya, dia nakkan awak, betul tak cakap saya? Rienna menyenyit mata dan tersenyum comel.

Mata Kai tidak berkelip-kelip. Lupa pada Cisso, lupa pada kemarahan dan lupa segala-galanya. Tak pernah dia melihat orang secantik itu selama ini.

ADUH!!!

“Kau buat apa hah?” tanya Rienna dalam keberangan. Satu sepakan sudah tepat kena pada pipi Kai.

Kai jatuh tertiarap. Secara tak sengaja, dia tertekan satu butang tanpa disedarinya. Serentak dengan itu juga, lantai itu terbuka dan kedua-duanya sekali terjatuh ke dalam lubang yang maha gelap. Rienna menjerit sekuat hati manakala Kai pula masih berpinar akibat sepakan spontan dari Rienna menyebabkan dia tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya.


Bilik Mesyuarat 01

“Menyusahkan betul budak berdua ni. Dah tahu Prof Helt nak jumpa hari ni, hari ni jugak diorang hilang ya. Kalau aku jumpa budak berdua tu, siap nanti,!” Vishvak membebel dalam kegeraman.

“Aku pun hairan juga, ke mana perginya budak berdua tu. Lagipun, mereka tu pelajar baru, tak tahu selok belok tempat ni. Jangan bimbanglah Vishvak, takkan ke mana budak tu. Jomlah, Prof Helt nak jumpa tu. Jangan kita pula yang terlambat.” Sahut Frezay.

“Tapi kau kan tahu, Prof Helt tu ‘singa’ orangnya. Mampuslah kita kalau Prof tahu budak-budak tu tak ada bersama kita. Kau dah lupa ke?” bantah Vishvak.

“Alah, ini buka salah kita pun. Dah diorang nak hilang, lantaklah. Kenapa, kau takut? Relakslah,” kata Frezay dengan bersahaja. Dalam hatinya, hanya Tuhan saja yang tahu maha hebatnya gelora jiwa nak berdepan dengan Prof tua yang dikenali sebagai ‘perantara singa dua benua (Afrika Utara dan Selatan).

“Harap-harap tak apalah,” Vishvak bersuara kendur.


Bilik Kajian Fosil Purba: Bawah Tanah.

“Kat mana ni?” Kai memerhati sekeliling.

Baru dia sedar, dirinya buka lagi berada dalam bilik yang luas tanpa perabot tetapi berada dalam sebuah hutan yang masih segar udaranya. Dia berasa sangat tenang, seolah-olah kepalanya disimbahi dengan air. Terasa damai dan sejuk sekali. Dia membuka mata. Memerhati sekeliling. Matanya menangkap sesusuk tubuh yang kaku, bersandar di sebatang pokok. Mata tubuh itu, terbuntang luas, seperti terkejut. Perlahan-lahan, Kai menghampiri dan menggoncang tubuh itu. Senyap, tidak berkutik langsung.

PANGG!!!

“Hah.h..h, kenapa…kat mana? Reinna terpinga-pinga.

Melihatkan Kai didepannya sedang ketawa berdekah-dekah, timbul rasa geram dalam dirinya.

“Kenapa kau tampar aku hah?” Api kegeramam Rienna mula memuncak.

“La, suka hati akulah nak buat apa pun. Aku nak tampar ke, nak tending ke, ataupun masukkan kau dalam mulut raksasa pun boleh, itu bukan hak kau.”

“Dasar lelaki biul. Weh, kau ingat aku yang kecil molek dan comel sentiasa ni mudah sangat ke nak jadi bola kau? Hello, aku ni mahal tau!”

“Mahal? Nampak macam murah je. Cuma mata kau yang Nampak ….”

“Nampak apa?” Rienna sudah bercekak pinggang.

“Menawan.”

“Huh?”

“Err..tak de, tak de.” Kai tergagap-gagap.

Rienna memincingkan matanya kepada muka gelabah Kai dan kemudian bibirnya mengukir senyum.

“Aha!” Rienna berasa seronok sangat dapat kenakan Kai. Dapat tengok mukanya yang makin handsome bila gelabah lagi dia suka. Memang kacak! ‘Op..cop, cop Rienna, apa nak jadi dengan kau ni? Jangan puji dia sangat.’

“Ehem…berangan la tu.” Suara Kai mencantas lamunannya.

Rienna kembali kealam nyata. Mukanya serta-merta masam mencuka bila tengok cara Kai mentertawakannya.

“Kau patut cermin muka kau tadi, macam hantu kekurangan vitamin,” Sindir Kai sambil ketawa terbahak-bahak.

“Kau atau aku yang kekurangan vitamin? Aku rasa kau yang akan kekurangan vitamin nanti. Bye,” sahut Rienna dan berlari sekuat hati.

“Budak ni memang kekurangan zat,” bisik Kai sendirian.

Tapi dia faham apa yang Rienna maksudkan dengan ‘kekurangan vitamin’ apabila........

Mukanya pucat lesi. Kalau ditoreh pun tidak berdarah. Lembaga dinosour didepannya memang menakutkan. Kakinya seperti dipaku di atas tanah tu. Dia ingin lari tapi tak boleh.

GRRRR!!!

“Maaf, saya bukan kawan awak. Saya…saya ….saya nak lari sekarang!!!!” katanya dengan terketar-ketar dan secara automatik, kakinya membuka langkah seribu.


Bilik Kawalan Utama..

TIT…TIT….TIT….

Siren kecemasan di bilik kawalan berbunyi dengan nyaring. Para petugas di situ kelam kabut. Bagai terkeluar biji mata Prof Helt melihat pelajarnya berada dalam zon larangan. Marahnya bukan kepalang.

“Keluarkan mereka dari situ,” Prof Helt memerintah.

Gelang perak yang terlilit di tangan Kai dan Rienna bercahaya dan serentak dengan itu juga, Kai merasakan dirinya ditarik oleh satu gelombang electromagnet. Seketika, dia berasa lega tetapi…….

“Macam mana kamu boleh masuk ke kawasan tu hah?” suara itu yang kedengaran pada pendengaran pertamanya. Dia berpaling, demi itu….

ALAMAK, PROFESOR HELT!” serentak perkataan itu keluar dari mulut budak berdua itu.

“Saya..errr maksud saya kami …terjatuh Prof,” Kai tergagap-gagap.

“Terjatuh???” pekik Prof Helt yang memaksa Kai dan Rienna serta Semua orang di situ menutup telinga mereka.

“Err..Tuan, mereka berdua ni pelajar baru di sini. Mengkin mereka terjatuh dengan tak sengaja. Kan di sini banyak peralatan tersembunyi,” Vishvak membela dan sengaja tersenyum. Senyuman plastik. Senyuman yang tidak berapa menjadi.

“Huh,” Prof Helt mendengus kasar. Marah benar nampaknya dengan perlakuan budak-budak tu. Termasuk Vishak dan Frezay sekali.

“Sudah, pergi masuk ke bilik dan jangan keluar ke mana-mana lagi. Sekali lagi aku nampak kau semua keluar, nahas!” Tambah Prof Helt dan sempat memberi amaran keras. Kai meneguk air liur yang terasa melekat di kerongkong. Rienna pula menggeletar kepala lulut. Vishvak dan Frezay pula saling berpandangan. Kecut perut dengan amaran tadi. Bukan mereka tak tahu dengan perangai Prof Helt. Lebih-lebih Vishvak dan Frezay, senior di situ. Satu pasukan tahu dengan perangai profesor tua tu.

BERSAMBUNG>>>

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh