Bab 7: Jalan Keluar


Kai membuka mata. Pandangannya kabur dek kepeningan yang melanda diri akibat sihir Srion. Dalam kepayahan, dia bangkit berlunjur dan memerhatikan keadaan sekeliling. Dia menyentuh permukaan tanah. Lembab dan keras. Sejuk suasana. Matanya melilau memandang sekeliling, selajur terpandang dua batang tubuh yang tidak bergerak -kaku. Dia merangkak mendapatkan mereka berdua.

“Vishvak. Frezay. Bangunlah.”

Senyap. Dia menggoncang badan keduanya, kali ini agak kuat. Sesaat kemudian, Frezay mula sedar tapi masih mamai, diikuti oleh Vishvak. Beberapa minit diambil oleh mereka untuk mencerna maklumat tentang keadaan mereka sekarang.

Setelah berasa agak kuat, Vishvak berdiri dan meraba-raba dinding. Sah! Ini sebuah terowong lama memandangkan kelembapan dan kekerasan dinding tersebut. Kulat juga tumbuh meliar di sekelilingnya.

“Ini terowong lama. Mungkin tempat pembuatan arang batu, atau terowong bawah tanah.” Frezay memandang Vishvak dan Kai silih berganti, dalam gelap. Matanya sudah boleh melihat dengan samar-samar benda disekelilingnya.

Tap!

Serentak mereka bertiga menajamkan pendengaran masing-masing. Bunyi titisan air. Apakah…?

“Jalan keluar!!” Ceria muka mereka bertiga.

Sesekali kaki mereka tersadung akar pokok yang tumbuh menjalar di tanah, namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mencari jalan keluar. Bunyi air bermakna ada udara. Jika ada udara bermakna ada jalan keluar. Ini yang pegangan yang dipegang oleh semua ahli Zentrical jika menghadapi suasana sulit terperangkap dalam gua atau terowong dan seumpamanya.

“Berhenti!” Vishvak memberi isyarat dan menunjuk ke depan.

Frezay dan Kai memicingkan anak mata. “Astaghfirullahal azim..”

Di depan mereka sekarang, berselerak tulang temulang manusia yang sudah lama. Sesetengahnya pula, ada rangka yang masih elok dengan pakaian. Ternyata, benda di depan mereka sekarang sungguh menakutkan.

“Lupa pula, aku ada bawa mancis la. Hehehe..” Kai menggaru kepala.

“Ngek la kau ni. Cepat keluarkan mancis tu.” Vishvak menyekeh kepala Kai. Kai hanya tersengih.

Suasana terang sedikit dari tadi dengan bantuan cahaya mancis. Di satu sudut, Frezay tersenyum lega apabila ternampak jamung. Segera, dia menyalakan jamung tersebut dan suasana menjadi terang benderang. Mereka semua bersyukur.

Vishvak berjalan merapati rangka yang masih elok duduk di atas benda yang seakan bangku diperbuat dari tanah dan memeriksa rangka itu. Pada pemerhatiannya, rangka itu ialah seorang tawanan kerana terlihatkan objek bulat seakan gari masih terlekat di tangannya. Kedudukan rangka tersebut juga memperlihatkan azab yang teruk diterima sepanjang berada di sini. Hatinya sayu.

Matanyanya juga meliar memandang kepada beberapa rangka lain yang sudah tidak sempurna sifatnya. Ada yang terlentang dengan tangan hilang, mencangkung tanpa kepala, dan kepala masih terlekat di alat pemenggal kepala dengan tulang temulang berselerak di bawah. Bagai terngiang-ngiang jerit pekik lolongan mangsa ini menanti detik kematian. Sesungguhnya kematian itu suatu yang pasti. Setiap makluk yang bernyawa di atas muka bumi ini, termasuklah pokok tetap merasai mati, cuma waktu dan cara kematian itu saja yang tidak diketahui.

“Ini penjara lama. Tengoklah Frezay, alat ni macam The Spanish Tickler pada Zaman Pertengahan Eropah yang digunakan untuk menyeksa banduan sebelum mati.” Kai bersuara sambil memegang alat tu. “Benda ni boleh merobek daging dan tulang sekaligus tau. Tajam ni. Biasanya ia digunakan dengan bermula dengan merobek kaki kemudian semakin menaik ke atas. Wajah yang terakhir dirobek.”

“Kejam.” Frezay memejam mata.

“Ni pula macamColombian Necktie.” Kai menarik keluar sehelai kain kasar berbentuk tali leher yang tergantung di leher satu mangsa. “Kalau korang nak tahu, aku pernah tengok alat ni kat pameran hukuman mati tahun lepas. Kaedah pelaksanaan hukuman ini adalah salah satu yang sadis. Tekak mangsa adalah disayat, sering kali dengan pisau tapi benar-benar ada benda tajam yang akan dilakukan, dan kemudian lidah mereka ditarik keluar melalui luka yang terbuka. Sewaktu zaman La Violencia, sebuah tempoh sejarah Colombia penuh dengan pembunuhan, ini adalah bentuk paling umum pelaksanaan. Hal ini digunakan terutama untuk menakutkan orang lain yang mencari fakta.

“Aku tak sangka zaman ni pun dah ada alat penyeksaan yang kejam macam ni.” Frezay mengeluh.

Frezay menapak keluar dari ruang itu. Tak sanggup lagi melihatkan keadaan rangka-rangka berselerak tu, ditambah lagi dengan udara yang berbau hapak. Dia terus mengajak kedua regunya keluar. Apa yang penting sekarang, mereka perlu mencari jalan keluar.

Kai menahan Frezay dari terus melangkah dan mengajaknya masuk semula ke dalam kurungan tersebut. Frezay tertanya-tanya.

Vishvak menunjuk kepada suatu objek bersinar apabila dilimpahi cahaya jamung di tepi penjara. Kai menelitinya dengan terperinci.

“Rantai tangan berlian biru.. bukan ke ni Rienna punya? Aku pernah nampak dia pakai hari tu.” Kai bersuara hairan.

“Mungkinkah…” Frezay dan Vishvak berpandangan sesama sendiri.

“Ya, Rienna pernah lalu kat sini. Korang semua, kita kena cari Rienna cepat. Dia mungkin tak jauh lagi dari sini.” Vishvak bertindak segera.

“Baikk!!”

Mereka bertiga berlari keluar dari penjara lama itu dan berusaha menjejaki Rienna denga hanya satu petunjuk – rantai tangan berlian biru.


Telaga Terapung

Rienna menggigil ketakutan sambil memeluk lutut. Sungguh dia menggeletar sekarang ni, selepas menyaksikan tulang-temulang berselerak beserta alat-alat penyiksaan. Kala itu, bersimpang siur di kepalanya pelbagai bentuk muka tawanan yang menerima siksaan. Takut. Terbeliak. Terbelalak. Terlolong. Semua itu terbentuk menjadi ilusi dan igauannya sekarang ni.

Dia terjumpa satu tempat ini, yang permukaan atasnya berbentuk telaga memanjang ke atas. Pemandangan di sini cerah dengan imej pantulan air di bawah. Suasana juga sejuk dan nyaman. Dia tahu, disinilah sumber bunyi titisan air tersebut. Sekali imbas, dia tahu ini adalah gua dan terowong yang dilalui sebentar tadi adalah jalan untuk ke gua ini.

Lega. Itulah perasaannya ketika terjumpa kawasan ni. Biar ketakutannya masih belum lenyap sepenuhnya, namun bunyi air itu sudah cukup untuk menenangkan dirinya sendiri. Perlahan-lahan dia bangun dan membasuh mukanya.

Kala itu, dia menyedari bahawa rantai tangannya tiada. Hadiah pemberian bonda pada hari pertabalannya sebagai puteri mahkota kerajaan Zonna. Dia berdebar-debar, dan kelopak matanya terasa panas. Air matanya tumpah jua setitik demi setitik. Rantai tangan itu memiliki nilai sentimental tersendiri.

Imbas kembali.

Rienna berjalandengan kemas penuh gaya, meredah kegelapan tidak berpenghujung dengan azam membara dihati. Dia memujuk hatinya sendiri bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan. Ini sekadar lorong biasa, tak ada apa yang nak dirisaukan. Ini puteri Rienna Raisyah la. Berani orangnya.

Matanya tertancap pada satu ruang kosong di hujung lorong. Matanya sudah boleh nampak samar-samar keadaan sekeliling memandangkan sudah terbiasa dalam kegelapan sedari tadi. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke ruang kosong.

Tiba-tiba dia terasa seperti terpijak satu benda rapuh. PRAPP!!

Dia menunduk dan mengutip benda di bawah tapak kasutnya. Dengan penuh perhatian dia memerhati dengan terperinci. “Batang kayu kot. Ah biarlah.”

Dengan selamba Rienna melempar objek patah itu ke tepinya. Namun, dia terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh dan suatu objek bulat tergolek ke kakinya. Dengan mata tersepet-sepet, matanya menghantar isyarat ke otak untuk diterjemahkan. Demi saja otak menterjemahkan, tangannya automatik terlempar benda tu. Tengkorak!!

Rupanya-rupanya, dia sudah termasuk dalam penjara lama. Di situ dia menyaksikan betapa banyaknya rangka manusia berselerak sana sini dan ada yang masih elok, berada dalam pelbagai posisi dan beberapa alat penyeksaan ada yang masih tergantung di tengkuk dan ada juga yang sudah tersimpan kemas dalam satu bekas menyerupai kotak.

Kepala lututnya menggigil. Dengan langkah kaki terketar-ketar, dia berlari keluar dari penjara itu dan tangannya terpaut pada akar pokok yang berjuntai. Dia tidak sedar bahawa ada sesuatu yang terjatuh!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh