Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
Bab 14
BAB 14

“Kenapa ni honey? I tengok you ni dari tadi asyik muncung je… Mulut tu dah boleh sangkut penyangkut baju dah,”tanya Syafiq Rayyan kepada Maria.

“I sakit hati tahu tak?”

“Entah… I tak tahu… Bukannya I boleh nampak hati you…”

“You ni kannn… Sengaja nak sakitkan lagi hati I ni kan?” kata Maria sambil menguis-nguis nasi di dalam pinggan.

“Okey… I gurau je...... Tell me what going on?”

“Tak ada apa-apa…. Masalah perempuan…”

Maria naik malas untuk berkongsi perasaan geram dihatinya terhadap Lisa bersama buah hatinya. Nanti dia juga yang akan diberi nasihat. Jangan itulah… Jangan inilah…

“Honey, bila you nak berhijrah?” tanya Syafiq Rayyan dengan penuh pengharapan.

“Berhijrah? Nak berhijrah ke mana? Kan rumah family I dekat sini… Buat apa nak tinggal jauh-jauh… Lainlah kalau kita dah kahwin…”

“Bukan tu maksud I… Maybe you should wear a hijab.”

“Should I start wearing my hijab?”

“Well, wearing hijab, that would be a good thing to do," kata Syafiq Rayyan dengan ikhlas.

“Leceh la…. Nanti nak kena seterikan tudung tu lagi… Nak melilitnya pun dah satu hal… Tudung sekarang mahal macam sepasang baju… Baik beli baju....”

“Dah tudung berjenama, memanglah mahal… Cuba tengok dekat kedai-kedai biasa, taklah mahal… Alat solek bukan main banyak lagi.... Itu boleh pula kan? Tak mahal pula bagi you…”

“Tengoklah nanti,” kata Maria sambil tersenyum manis.

“Ok, kalau you nak berhijab, I janji akan tanggung segala kos tudung yang you beli… Ikutlah jenama apa pun. Saya belanja!” kata Syafiq Rayyan dengan teruja. Tak sabar hatinya untuk melihat buah hatinya menutup aurat dengan sempurna.

“Ok… You tolong doakan untuk I… Semoga menjadi wanita muslimah yang you inginkan.”

Sudah berkali-kali Syafiq Rayyan memujuknya agar bertudung. Namun, hatinya masih berkeras untuk tidak melakukan kewajipan tersebut. Mungkin suatu hari nanti…

Irfan keluar dari kereta dengan keadaan tergesa-gesa. Lisa ditinggalkan seorang diri di dalam kereta. Melihat Irfan melakukannya seperti itu, perlahan-lahan Lisa membuka pintu kereta. Ketika kakinya berpijak dihalaman rumah tersebut, hatinya cukup terpesona. Rumah banglo mewah dua tinggat ini sungguh unik binaannya. Diserikan pula dengan tanaman yang menghijau dan mempunyai pelbagai jenis pokok bunga. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke pintu hadapan rumah. Lisa cuba meninjau ke dalam tetapi tidak nampak kelibat seorang manusia pun.

Nak masuk, tapi tak dipelawa. Lagi pun dia bukan kenal dengan Irfan dan rumah ini begitu besar untuk dia terjah dengan begitu sahaja. Lisa mengambil keputusan untuk melabuhkan punggungnya di kerusi taman berhampiran dengan pintu rumah. Dengan keadaan cuaca redup sebegini, taman ini kelihatan sungguh indah.

“Masuklah,” kata Irfan yang tiba-tiba muncul dihadapan pintu.

Lisa mula menuruti langkah Irfan menuju ke bilik Puan Elinna. Pintu lif dibuka.

“Waahh… Dalam rumah pun ada lif!” kata Lisa sedikit teruja.

Irfan tersenyum mendengar kata-kata Lisa.

“Ini idea papalah ni…. Dia cakap senang kalau siapa-siapa sakit, tak payah bersusah payah turun naik tangga…. Tapi lain pula jadinya, orang sihat yang guna… Kalau nak turun baru kami guna tangga…. Nak naik atas, kami guna lif….Hahaha…. Pemalaskan?”

“Boleh dikatakan pemalas jugalah…”

Lisa tersenyum lebar mendengar penjelasan Irfan. Nampak keramahan ketika Irfan berpewatakan begini. Tidak seperti tadi, seram Lisa tengok.

Sesudah pintu lif terbuka, Irfan mendepakan sebelah tangan memberi laluan agar Lisa keluar dari lif terlebih dahulu.

“Wahh… Dah ala-ala princess dah ni,” kata Lisa didalam hati. Malu pun ada bila diperlakukan seperti itu.

Di bilik, Puan Elinna sedang berbaring dikatil. Tuan Iskandar dan Iffa turut berada di dalam bilik tersebut. Puan Elinna tersenyum memandang Lisa yang baru sahaja memasuki biliknya.

“Cantik gadis ini berpakaian seperti ini… Mereka berdua ni ada apa-apa ke?” bisik hati Puan Elinna.

Lisa bersalaman dengan Puan Elinna dan Iffa.

“Kenapa ni puan? Macam mana boleh jadi macam ni...”

“Tak payah berpuan dengan saya…. Panggil mak cik sudah,” kata Puan Elinna.

Lisa hanya mengangguk.

“So, macam mana boleh jadi macam ni mak cik?”

“Tadi mak cik berkebun…. Tiba-tiba, mata ni rasa berpinar. Selepas tu keadaan nampak gelap... Mak cik terus tak sedarkan diri selepas tu... Mungkin mak cik buat kerja bawah terik matahari kut… Sebab tu jadi macam ni. Tapi sebelum ni tak pernah pun jadi macam ni. Ini pun masih rasa pening-pening,” beritahu Puan Elinna sambil memicit kepalanya.

Irfan bertindak mendekati mamanya. Tangannya ringan sahaja mengambil alih tugas tangan Puan Elinna.

“Owhhh macam tu… Mak cik sarapan tak sebelum buat kerja?”

“Mak cik puasa… Tapi mak cik ada sahur tadi… Makan roti satu keping…”

“Mungkin sebab ni mak cik pengsan. Tak cukup tenaga. Lagipun mak cik sahur roti satu keping je…”

“Betullah tu agaknya… Lagipun isteri pak cik ni buat kerja mengalahkan tauke ladang sayur… Mencangkul, menggembur tanah, tanam pokok…. Sampai pengsan buat kerja,” sampuk Tuan Iskandar.

“Habis tu, abang bukan nak tolongggg...,” kata puan Elinna sambil menjeling suaminya.

“Saya tengok matahari dah terpacak atas kepala macam tu pun saya rasa macam dah malas… Ingatkan awak kuat… Hahahaha…”

Puan Elinna hanya menjeling pada suaminya yang sengaja mentertawakannya. Masa muda-muda dulu bukan main lagi bersemangat membanting tulang empat kerat walaupun matahari dah terpacak atas kepala. Sekarang? Mentang-mentanglah dah jadi bos…

“Mak cik dah makan belum?”

Minum air kosong je tadi…”

“Ermmm… Kalau macam tu mak cik makanlah dulu atau minum minuman manis… Buat tambah tenaga… Haa... sebelum tu, mak cik ada penyakit kencing manis tak?”

“Alhamdulillah, tak ada…”

“Baguslah kalau macam tu…. Sekarang mak cik makan dululah…”

“Okay, Iffa pergi buatkan,” kata Iffa sambil terus bangun dari tempat duduknya.

“Kamu berdua ni dari mana? Dating yer?” tanya Puan Elinna.

“Dating?” terkeluar pertanyaan tersebut dari mulut Lisa. Kalaulah Puan Elinna tahu dia dan anaknya sebentar tadi bagaikan sedang berperang.

“Mama mana tahu kami pergi dating?” sampuk Irfan.

“Dah cik misi kita dah pakai cantik-cantik macam ni….”

“Kami baru nak keluar ma… Tiba-tiba dapat call mama pengsan. Tu terus pecut balik ke rumah ni.”

“Ye ke… Sejak bila ni?.”

“Adalah,” kata Irfan sambil menggaru dahinya yang tidak gatal.

“Tak beritahu mama pun ya,” kata Puan Elinna gembira.

Lisa mencari ruang untuk menyampuk. Menyampah dengan kelakuan Irfan. Penjelasan yang tidak benar yang keluar dari mulut Irfan. Sama sekali tidak benar! Dia tak pernah berniat untuk dating dengan lelaki dihadapannya.

Irfan memandang Lisa. Dia tahu Lisa geram dengan pengakuannya tadi. Oopss… Jelingan tajam matanya. Irfan terus mengalihkan pandangan kepada mamanya yang masih berkata-kata. Irfan mengangguk-angguk dan mengiakan kata-kata Puan Elinna.

“Mak cik sebenarnya kami…”

“Sebenarnya kamu berdua dah rapat masa pak cik tinggal di wad ya? Pak cik dah agak dah… Sebab lepas Irfan kenal dengan nurse hari tu dia terus jadi lain… Dah macam orang angau…” Belum sempat Lisa menghabiskan ayatnya, Tuan Iskandar menyampuk.

“Aku angau??” bisik Irfan di dalam hati. Papa ni agak-agaklah… Nanti perasan pula si minah ni…” Baru nak mengenakan Lisa, dia juga dikenakan.

Lisa hilang kata-kata. Lelaki ni angau?? Tapi kelakuannya sebentar tadi macam nak memburu musuh!

“Oh ya…Panggil saya Lisa…Tak payah bahasakan saya nurselah,” kata Lisa sambil tersenyum. Sengaja dia mengubah topik dek kerana perasaan gementar melanda dirinya. Kalaulah betul kata Tuan Iskandar.

“Bukan Natasya ke?” tanya Tuan Iskandar.

“Itu nama saya semasa bekerja… Nama penuh saya Lisa Amira Natasya binti…… Haa binti apa Encik Irfan?” Lisa sengaja ingin menduga Irfan.

“Binti Abdul Hamid,” jawab Irfan sambil tersenyum.

Terkejut Lisa apabila Irfan mengetahui dia berbintikan siapa.

Puan Elinna tersenyum melihat gelagat merpati dua sejoli dihadapannya. Hatinya sudah berbunga. Nanti dapat menantulah dia tidak lama lagi.

“Amboi... Panjangnya nama dia… Nice name,” puji Puan Elinna sambil ketawa kecil.

“Makanan dah sampai.” Iffa muncul sambil membawa dulang makanan.

Lega hati Lisa melihat kehadiran Iffa. Moga-moga jangan diperpanjangkan lagi hal ini.

Tiba-tiba, telefon pintar Lisa berbunyi. Panggilan itu dari emaknya iaitu ibu angkat yang sudi menjaga dia dan adiknya ketika kecil.

“Maafkan saya… Saya jawab panggilan dulu,” kata Lisa lalu beredar keluar dari bilik.

Tidak sampai 10 minit Lisa menamatkan perbualan. Tidak sedap beborak panjang-panjang di rumah orang. Gembira sungguh hati Lisa, emak dan ayahnya mahu bertandang ke rumahnya minggu hadapan. Senyuman manis melebar di wajahnya.

Kaki Lisa mula melangkah masuk ke dalam bilik Puan Elinna yang tidak bertutup pintunya dari tadi.

“Maafkan saya… Saya rasa saya perlu balik sekarang. Sebabnya, emak saya nak datang ke rumah…”

“Aik? Bukan minggu depan ke?” fikir Irfan. Sengaja dia mencuri dengar perbualan Lisa sebentar tadi.

“Yalah… Terima kasih Lisa,” kata Puan Elinna.

“Tak ada apalah… Bukan saya ada buat apa-apa pun,” kata Lisa sambil bersalaman dengan Puan Elinna dan Iffa.

Irfan menunggu di dalam kereta. Lisa masih rancak berbual dengan papanya diluar rumah. Bagaikan kenalan yang dah lama kenal. Irfan terlupa bahawa Lisalah yang menjaga papanya dihospital dahulu.

Mata Irfan memandang fail Lisa yang diletakkan disebelah. Ada sekeping kertas hijau pucuk pisang yang terkeluar sedikit dari tempat penyimpanan yang menarik perhatian Irfan. Kertas tersebut ditarik keluar.

Kertas tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian yang digaris sendiri oleh Lisa. Dibahagian atas tertera <3 Lisa Sweet <3.

“Kebudak-budakanlah dia ni… Macam budak sekolah menengah rendah,” kata Irfan sambil mengintai Lisa diluar.

Perkara yang disukai

1. Menanam pokok bunga.

2. Pelihara kucing dan hamster.

3. Dihadiahkan pokok bunga/ benih bunga.

4. Bergambar.

5. Bercuti di pulau-pulau.

6. Suasana yang penuh keceriaan.

Perkara/benda yang tidak disukai

1. Asap rokok

2. Orang yang menganiai binatang.

3. Suasana sesak.

4. Orang yang mencuri mendengar perbualan .

5. Orang-orang yang suka membuang sampah merata-rata.

6. Gelang Getah.

7. Penyakut baju

Perkara yang diingini

1. Menjadi model.

2. Melancong merentasi sempadan negara.

3. Dilamar secara mengejut. Hehehe... Boleh ke?

4. Teman lelaki/ Suami yang kacak… hehehe… Ada ke yang nak?

5. Sebuah rumah kecil ditepi pantai.

6. Sebuah penempatan untuk kucing jalanan.

Irfan cepat-cepat mencampakkan kertas tersebut ke belakang apabila melihat Lisa sudah menghampiri kereta. Belum sempat lagi dia membaca keseluruhan isi kertas tersebut. Irfan berpura-pura menukar-nukar siaran radio ketika Lisa memasuki keretanya.

“Bukan ke minggu depan emak kau nak datang? Gaya cakap macam nak datang hari ni… Duduklah lama sikit rumah aku ni....”

“Awak dengar perbualan saya tadi ya?”

“Mulalah tu nak melenting,” kata Irfan sambil mengundurkan kereta.

Maka bermulalah lagi episod perang mereka berdua.

Perlahan-lahan Lisa mengangkat bagasinya ke tingkat atas. Beratnya tidak terkata. Setelah tombol pintu biliknya dibuka, Lisa berlari menuju kearah katil. Badannya dihempaskan di atas tilam empuk. Matanya dipejam serapat-rapatnya. Tiba-tiba bayangan Irfan terlihat jelas diminda. Senyuman, kelakuan dan tutur bicara Irfan berlegar-legar diminda. Masih terngiang-ngiang lagi ditelinga Lisa kata-kata yang diucapkan Irfan sebentar tadi.

“Sudi tak kau jadi teman wanita aku?” tanya Irfan serius.

“Hello…Perangai macam ni nak jadi teman lelaki saya? Tak mungkin! Sama sekali tak mungkin!!”

“Apa? Ingat kau bagus sangat?” Irfan mula naik angin.

“Eh, tentulah… Ini Lisa Amira Natasya tau! Sekali senyum, berdarah hidung orang yang melihat!” balas Lisa geram.

Irfan hanya mengertawakannya tanpa henti.

Mungkin dia fikir aku perasan.

“Ah, lantaklah!”

Lisa membuka matanya dan memandang kipas yang sedang ligat berpusing di dalam bilik. Lisa mengetap bibir.

“Dia serius ke?” bisik hati Lisa.

Lisa bingkas bangun dari katil. Terlupa yang dia belum lagi menunaikan solat Zohor. Cepat-cepat dia mempersiapkan diri untuk solat. Malas Lisa melayan perasaanya yang seakan mahu memberi ruang kepada Irfan untuk mengenali dirinya lebih dekat.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.