Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Olok-Olok
Kekasih Olok-Olok
Eija Khadeeja
25/7/2014 15:49:50
208,068
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
PROLOG

PROLOG

Sekeping kertas diambil dan kata-kata ditintakan sebagai pengganti bicaranya.

Assalamualaikum,

Apabila papa membaca surat ini, Juliana sudah jauh melangkah pergi meninggalkan rumah ini. Bukan niat Juliana untuk melarikan diri. Tetapi... Juliana terpaksa membuat keputusan ini. Semuanya kerana Juliana tidak dapat menerima khilaf yang telah papa lakukan ke atas diri Juliana.

Papa... setiap kali Juliana terpandangkan wajah papa, pasti Juliana terfikir satu perkara... mengapa harus papa mengkhianati Juliana?

Maafkan Juliana kerana tidak mampu memujuk diri ini untuk terus berada di sisi papa.

Salam kasih daripada anakmu,

Juliana.

Mengalir air mata Juliana saat dia menyudahkan luahan hatinya. Dia melipat kemas kertas itu dan diletakkan di atas meja soleknya.

Perlahan, Juliana melangkah keluar dari biliknya sebelum mendapatkan pintu utama rumah kayu dua tingkat itu. Cepat pula dia memboloskan dirinya keluar. Di dalam rintik hujan, dia mengharungi subuh yang dingin. Sedingin hatinya saat ini.

‘Papa... maafkan Juliana,’ rintih hati Juliana bersama langkah yang tiada tujuannya.

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.