Home Novel Alternatif TIKAM BELAKANG
TIKAM BELAKANG
Eija Khadeeja
12/6/2015 11:28:02
8,630
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Senarai Bab
BAB 5

5

TERDENGAR pintu bilik pejabat aku diketuk. Aku yang baru sahaja mengemas apa yang patut tersandar sebentar.

“Masuk!” Tak payah laung kuat-kuat. Bilik pejabat aku tu bukannya besar sangat.

Tercapul wajah Ema dan seperti biasa aura negatif dia tu memang melekat kuat.

‘Kau harus bersikap profesional.’ ‘SMS’ diterima dari hati.

“Masuk Ema.” Aku ukirkan senyuman. Ikhlas okey!

Ema masuk. Tapi bukannya dia seorang. Ada dua orang lelaki dan seorang wanita mengekori dari belakang. Wanita tu... aku kenal dia!

Berdiri terus aku! Rasa terkejut waktu ni tak payahlah kau orang nak ukur. Memang cukup untuk meroyankan aku.

“Dian... Diana! Kau buat apa kat sini?” Aku menghampiri perempuan rendah dan berkulit putih mulus itu.

Pucat terus wajah Diana. Dia menapak kebelakang. Dah kenapa reaksi dia macam jumpa hantu?

“Elly... kau kat sini?” Bergetar tubuh Diana. Serius! Aku tak tipu.

“Aku depan kau kot...” Aku peluk tubuh Diana. Rindu yang teramat-amat pada kawan terbaik aku ni.

Diana kaku. Dia macam bukan diri dia yang dulu. Kalau dulu, bukan main lagi dia happy giler setiap kali kita orang bersama. Aku lepaskan pelukan. Bukan apa, tak naklah manusia-manusia di sekeliling aku ni salah faham pula.

“Banyak benda yang aku nak tanya kau. Nanti kita story.”

Diana masih seperti tadi. Bisu dan membatu.

Aku alihkan pandangan aku pada dua orang lelaki yang lebih kurang sama je ton kulitnya.

“Saya Elly dan awak berdua?” Aku tak hulurkan tangan. Haram kot bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim.

“Saya Linggam. Driver. Tapi kadang-kadang kena buat itu kerja... installation juga.”

Biasalah tu. Dah nama pun kerja dengan company orang Malaysia. Multi task kot.

“Dah lama ke kerja dekat sini?” soal aku lagi. Saja nak jadi peramah sikit.

“Dari showroom ni dibuka lagi. Tiga tahun dalam,” terang Linggam.

Dalam? Dalam mana? Ooo... maksudnya dalam tiga tahun. Tak apa, kesalahan tatabahasa yang boleh dimaafkan.

“Awak pula?” Aku pandang pula lelaki di sisi Linggam.

“Saya Salam. Baru setahun kerja sini. Asal Bangladesh.”

Wah! Aku nak tepuk tangan boleh? Dahlah fasih daripada si Linggam bila dia berbahasa Melayu. Agresif pula tu. Aku tak tanya lagi dia dah jawab. Bagus! Senang sikit kerja aku.

“Bekerja sebagai apa?” Part ni dia lupa nak bagitahu aku.

Installer...” Sepatah je dia jawab. Tapi senyumannya bukan main lebar lagi sampai ke telinga.

Nak tak nak aku terpaksa juga hadap wajah yang kelam di sisi aku ni. ‘Senyum jangan tak senyum Elly!’

“Ema... dah berapa lama awak bekerja sebagai Sales Assistant?

“Lagi lama daripada kau.”

Wah! Cantik bahasa! Ada juga yang makan kasut ni.

“Soalan saya, berapa lama awak bekerja di sini?” Tegas dah suara aku.

Kalau cara ni tak berkesan juga jangan salahkan aku kalau tiba-tiba petir menyambar ke telinga si kering kedengking ni.

Ema mencengil. Tajam giler pandangan mata tak bundar dia tu. Ingat aku takutlah tu! Sikit pun taklah!

“Jawablah. Saya rasa awak tak bisu lagi.”

“Ema... sama saya kerja. Sudah...”

“Maaf Linggam. Saya tak tanya awak. Saya tanya perempuan di sebelah saya.” Aku ukirkan senyuman pada Linggam. Dia tak salah. Perempuan sebelah aku ni yang menyirapkan darah.

“Saya tunggu jawapan awak Ema. Berapa lama awak bekerja di sini?”

Kau nak game! Aku on je!

“Tiga tahun!” Amboi! Tingginya suara. Kalau merdu tak apa.

“Tiga tahun... emm... sepatutnya dalam tempoh tiga tahun ni awak dah banyak belajar. Tapi kenapa penampilan awak selekeh sangat?”

“Hei! Kau jangan nak cari pasal ya! Mrs. Tan tak pernah kecoh pun dengan apa yang aku pakai. Yang kau lebih-lebih ni kenapa?” Taring sebenar dah nampak!

“Mulai sekarang saya yang akan bertanggungjawab terhadap semua pekerja di sini. Awak bekerja di bahagian sales! Awak sepatutnya tahu tentang etika pemakaian. Saya takkan benarkan awak pakai selebek macam ni. Macam mana awak nak berhadapan dengan client? Perkara pertama yang client akan tengok adalah apa yang awak pakai. Next time jangan pakai selipar dan baju t-shirt gedobok macam ni!”

Ema tarik muka. Dah macam muka singa betina tahan cirit pun ada aku tengok.

“Awak nak pergi mana tu?!” Aku menjerit waktu Ema dengan kurang ajarnya berpaling dan melangkah. Takutlah tu!

“Banyak lagi kerja aku dekat luar tu!”

Wah! Menjawab!

“Sebelum awak keluar, saya nak minta tolong... tolong pakai perfume lepas ni.”

Sumpah! Aku memang tak tahan dengan bau tengik si kedengking tu. Macam manalah dia boleh bekerja di bahagian sales?

Dump! Kuat betul Ema tutup pintu bilik pejabat aku. Pemberontakan yang jelas dan nyata!

Baru hari pertama, aku dah nampak masalah-masalah akan datang. Selagi Ema bekerja di sini, selagi itulah aku terpaksa main ‘perang-perang’ dengan dia. Aku suka game! Dan aku akan pastikan yang aku akan menang!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.