Home Novel Alternatif TIKAM BELAKANG
TIKAM BELAKANG
Eija Khadeeja
12/6/2015 11:28:02
18,140
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Senarai Bab
BAB 1

1

PUAN ROSNI memandang tepat ke wajah aku. Aku dapat mengagak apa yang dia hendak katakan. “Elly... saya betul-betul minta maaf. Saya tak dapat nak buat apa-apa lagi.”

Dia serahkan sekeping cek. Aku sambut. Aku tengok angka yang tertera. ‘Banyak ni je?’

“Saya tahu jumlah tu tak cukup. Tu je yang saya mampu.”

‘Aik... ahli sihir ke apa bos aku ni? Macam tau-tau je apa yang aku nak tanya dia.’

“Saya janji yang saya akan bayar baki gaji awak bulan ni dengan pampasan selama tiga bulan.” Lembut je suara Puan Rosni.

Kalau big boss dah cakap macam tu. Aku nak cakap apa lagi?

“Yalah. Saya faham.” Aku cuba senyum.

“Elly... awak tahukan saya dah cuba sedaya upaya selamatkan syarikat ni... tapi akhirnya saya kena mengaku yang saya tak mampu. Kes showroom yang terbakar dekat PJ tu pun tak settle lagi.” Puan Rosni mengeluh.

Kalau dia mengeluh. Agak-agak aku macam mana? Dahlah hari ni aku kehilangan pekerjaan! Mata pencarian aku ghaib tu wei! Tapi aku cuba coolkan diri aku yang dah tak berapa nak cool ni. Relaks Elly!

“Saya faham perasaan puan.” Nak tak nak terpaksa jugalah aku keluarkan kata-kata hipokrit tu.

“Terima kasih Elly. Awaklah pekerja terbaik saya. Saya berharap sangat yang kita dapat bekerjasama di masa akan datang.” Puan Rosni hulurkan tangan.

Aku sambut jugalah huluran salam dia tu. Karang dikatakannya aku ni kurang ajar. Tapi dalam hati lain pula jadinya. ‘Tak! Aku takkan bekerjasama dengan perempuan ‘ular’ macam kau ni. Lidah kau tu bukannya bercabang dua lagi. Entah berapa cabang dah yang tumbuh!’

“Saya keluar dululah.” Aku pun apa lagi. Tak menyempat-nyempat keluar dari bilik bos aku. Ops... ex-boss!

Aku pandang balik nombor yang ada pada cek. “RM 1500! Kau nak aku bayar apa dengan duit ciput ni!”

Aku mengeluh. Berat giler keluhan yang keluar dari mulut aku ni. Tapi yang pastinya nafas aku tak berbau.

Kalau ikut hati aku ni nak je aku pedajal perempuan ular tu! Bukannya aku tak boleh nak rembat barang-barang yang ada dalam showroom ni. Tapi bak kata ayah aku. Kita jangan buli orang. Buli tu perbuatan tak sihat.

“Boleh mereng aku kalau duduk lama-lama dalam showroom ni. Baik aku kemas barang aku dan blah.”

Aku angkat kotak-kotak yang ada atas meja kerja aku. Kotak-kotak ni pun macam aku, dah tak lalu nak duduk sebumbung dengan perempuan ular tu.

Baru je aku nak masukkan kotak-kotak tu dalam bonet kereta. Ada dua orang lelaki India datang dekat dengan aku. Takkan nak mengorat aku pulak? Pengsan!

“Ini Cik Elly ke?” soal lelaki yang kurus 1 inci dari member yang seorang lagi.

Aku angguk kepala. “Kenapa ya?”

“Kami datang ni nak tarik kereta.” Member yang seorang lagi bersuara.

‘Badan je besar. Tapi suara macam Doraemon.’ Dalam rasa terkejut, sempat lagi hati aku ni melahirkan komen tak bertauliahnya. Dah kelabu asap dah hati aku ni. Jap lagi aku pergi cuci.

“Boleh saya tahu encik berdua ni dari mana?” Sopan lagi suara aku.

“Dari bank. Saya Prakesh. Yang ni kawan saya Ramu,” tutur Prakesh.

Pandai pun nak perkenalkan diri. Ingin dah lupa adat rakyat Malaysia. Bukan ke orang Malaysia ni terkenal dengan sopan santunnya?

“Ada surat?” Kotak-kotak dah selamat masuk dalam bonet.

“Surat? Surat apa?” soal si Ramu aka Doraemon.

‘Surat kahwin kau! Ada?’ Itu apa yang ada dalam hati kelabu asap aku ni.

Yang real punya. “Surat dari banklah. Ada?”

Dua-dua orang mamat ni pandang aku lain macam then dia orang story bahasa tamil. Aku tak faham. Tapi instinct aku dapat teka yang dia orang ni pembohong. Entah dari ceruk dunia mana dia orang datang, tup-tup nak mengaku yang dia orang tu wakil dari bank. Setakat pakai kemeja tak bertie dah konfiden sangatlah tu.

“Tak ada surat. Tak ada kereta. Lagi pun kereta ni baru tertunggak sebulan setengah je kot. Jap lagi saya bayar yang setengah bulan tu.” Aku terus ke tempat pemandu.

“Cik tak boleh bawak kereta ni. Bank dah suruh kami tarik!” Wah! Dah macam suara opera Cina bila si Ramu ni menjerit. Nyaringnya sampai cair tahi telinga aku.

Stop! Jangan nak berkasar dengan saya dekat tempat awam ni. Baik! Sekarang jugak saya call bank.”

Tak ada acah-acah dah. Memang aku dail betul-betul nombor bank yang selalu dok kejar, suruh aku bayar tunggakan yang sebulan setengah tu. Tapi tak sempat pun operator jawab, mamat India dua orang tu dah blah.

‘Tau pun takut!’ Jerit dalam hati jelah. Karang kalau aku jerit betul-betul orang kata aku baru keluar dari Tanjung Rambutan pula.

Finally aku dapat memasukkan tubuh aku dalam perut kereta. Tapi baru je aku nak drive. Ada orang ketuk cermin kereta aku. Nasib baik perlahan. Kalau kuat memang aku sekeh mamat... eh! Bukan mamat tapi Madamlah.

‘Siapa pulak ah so ni?’ Aku turunkan cermin kereta.

“Cik Elly ke?” Tak menyempat-nyempat perempuan Cina tu soal aku.

“Ya saya.”

“Nasib baik I sempat jumpa you. I ingat you dah balik tadi.” Senyuman perempuan Cina tu betul-betul manis. Untunglah kalau orang tak ada masalah. Ya ke dia tak ada masalah? Nanti aku story.

“Kita pernah berjumpa ke?” soal aku. Masih dalam kereta. Bukan tak sopan tapi aku betul-betul dah serabut ni. Kalau boleh memang aku nak blah cepat.

“I tak pernah jumpa you. Tapi suami I pernah bertemu dengan you as a client.”

Client?” Dah berkerut dah kening aku yang lebat ni. Asli okey! Tak pakai celak pun.

“Mr. Tan... baru minggu lepas dia datang ke showroom you.”

“Ooo... I ingat Mr. Tan.” Aku senyum. Kali ni senyuman aku ikhlas. Tak pura-pura waktu dengan perempuan ular tu.

“I Mrs. Tan.” Perempuan Cina ni tak nak kalah. Dia senyum lebih lebar daripada aku. Okey! Dia menang.

‘Yalah. Takkan Mrs. Tam pulak.’ Hati aku ni dah kenapa hari ni?! Asyik keluarkan kata-kata yang negatif je. Bahaya!

“Maaf Mrs. Tan. I dah berhenti kerja. I mean secara rasminya I dah tak bekerja dengan Syarikat RCH Sdn. Bhd. Kalau Mrs. Tan nak bincang apa-apa tentang house renovation, Mrs. Tan boleh berhubung terus dengan Puan Rosni. I rasa dia masih ada dalam showroom tu.” Itu pun kalau perempuan ular tu nak layan kau.

“I tahu yang you dah berhenti kerja. Sebab tu I cari you.”

‘Dia cari aku sebab aku dah berhenti kerja? Tapi kenapa?’

“Sebab I nak tawarkan sesuatu pada you.” Laju Mrs. Tan menjawab.

Terkejut beruk aku dibuatnya. Silap! Beruk pun tak terkejut macam aku. ‘Perempuan ni ada bela saka ke apa? Macam tau-tau je apa yang ada dalam hati aku ni.’

“Miss Elly... Are you okey?” soal Mrs. Tan.

Alamak! Macam mana aku boleh mengelamun ni! Buat malu kaum kerabat betullah aku ni. “I okey. You nak tawarkan apa?”

Aku kembali ke fitrah asal aku. Straight to the point, memang inilah sikap sebenar aku.

“Apa kata kita pergi minum. Nanti I story dekat you.”

Cepat-cepat aku angguk. Bukannya tak sabar. Tapi kesian dengan ah so cantik manis ni. Berdiri dan berpanas semata-mata nak pancing aku. Aku harap-harap ‘umpan’ yang dia sediakan tu marvellouslah!

Previous: PROLOG
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.