Home Novel Alternatif TIKAM BELAKANG
TIKAM BELAKANG
Eija Khadeeja
12/6/2015 11:28:02
18,142
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Senarai Bab
BAB 3

3

LEPAS mandi. Aku solat. Lepas tu apa lagi, terus cari katil.

“Kenyang betul.” Aku usap perut. Mata pun dah mamai dan aku... tak jadi tidur! Ada gangguan!

Handphone berbunyi. Mula-mula tu malas juga aku nak jawab call. Bukannya selalu aku dapat bersantai atas tilam empuk petang-petang macam ni. Empuk ke? Erk!!!

“Assalamualaikum.” Wah! Bukan main lembut lagi suara aku waktu ni. Kenapa ya?

“Waalaikumussalam... Busy ke?” soal Azrol.

Lain macam je suara buah hati aku kali ni. Hati aku pun terasa lain macam juga. Ada apa-apa yang tak kena ke?

“Tak adalah. Tak busy pun.”

Perlu ke aku beritahu yang aku dah dapat kerja baru? Tengok sikap buah hati aku ni dulu. Kalau okey baru on.

“Awak kat mana?” soal aku. Pelik sebenarnya dengan kebisuan terlampau Azrol saat ni.

“Saya... saya dekat luar ni.” Tergagap-gagap. Dah kenapa pakwe aku ni?

“Tak OT ke?” soal aku lagi.

Bukan apa, rindu sebenarnya nak dengar suara dia. Dah nak dekat seminggu kot dia tak call aku. Busy katanya.

“Tak. Elly... saya ada perkara nak cakap dengan awak.” Bergetar suara Azrol.

Dada aku pun bergetar sama. Biasalah, kamikan sehati dan sejiwa. Eceh ceh-ceh.

“Pasal apa ya?” Makin lembut suara aku.

Dia nak lamar aku ke apa? Dah berangan-angan dah aku ni.

“Pasal kita. Elly... I rasa kita dah lama kenal dan... bercinta...”

Argh!!! Betullah sangkaan aku. Dia nak lamar aku! Tapi kenapalah dia tak buat face to face. Baru gempak.

‘Elly, tolong jangan gedik!’ Sempat lagi tu hati aku hantar ‘SMS’ pada aku.

Okey. Aku cuba coolkan diri aku yang memang dah tak cool ni. Aku rasa semua perempuan pun akan merasai perkara yang sama kot.

“I rasa... I dah... dah...”

Time nilah si Azrol ni nak gagap tahap mentadak. Apa kena mengena dengan mentadak pulak ni? Aduyai!

“Dah apa?” Aku beranikan diri.

“Saya dah tak boleh nak teruskan lagi hubungan kita.” Lancar dan terang kata-kata Azrol. Kalau aku tak faham juga maksud si Azrol ni, memang aku kena masuk tadika balik.

“Tapi kenapa?” Aku tahan air mata aku. Aku tak nak lelaki durjana tu nampak aku lemah.

“Kita dah tak serasi.”

“Tak serasi? Baru sekarang awak kata yang kita tak serasi? Macam mana dengan lima tahun yang kita lalui dulu?”

“Elly... manusia berubah.”

Alasan sampah! Kalaulah mamat ni ada depan mata aku memang dah makan penyepak dah.

“Awak yang berubah! Saya tak pernah berubah. Baru sekarang saya faham kenapa awak jarang call atau SMS saya. Everything clear right now...” Aku dah menangis dah. Lantak kau oranglah nak kata aku cengeng ke apa.

“Baru sekarang awak nak sedar?”

“Apa maksud awak?” Aku betul-betul tak faham apa yang mamat ni merepek.

“Kalau dari dulu lagi awak sedar... perkara ni takkan berlaku.”

Ini dah melampau! Dahlah dia yang curang, aku pula dipersalahkannya!

“Semenjak bila awak berubah hati?”

Azrol diam. Tak tahulah takut ke apa?

“Siapa perempuan tu?” desak aku lagi. Aku yakin 100% Azrol ada perempuan lain.

“Saya kenal ke dia?”

“Itu tak penting.”

Bacul! Waktu kau nakkan aku bukan main lagi kau kejar aku. Tapi sekarang!

“Penting bagi saya. Siapa perempuan tu?!” Suara aku meninggi. Hilang dah kelembutan ala-ala perempuan Melayu terakhir.

“Elly... Saya rasa kita patut tamatkan perbualan. Assalamualaikum.” Talian diputuskan.

Nak je aku campak handphone aku ke lantai. Tapi sayang pula. Bukannya ada orang yang sudi nak gantikan.

Aku meraung. Sedih benar hati aku waktu ni. Mana taknya! Aku bercinta dengan Azrol dari umur aku 20 tahun lagi. Lima tahun dah berlalu. Banyak perancangan yang kami aturkan bersama.

“Sampai hati kau buat aku macam ni...”

Kalaulah aku tadah air mata aku, ada kot dalam semangkuk besar. Uish! Pembaziran betul. Dahlah sekarang ni ada masalah air. Catuan berlaku di mana-mana. Apa kena mengena pulak ni? Aduyai!

“Diana... aku rindukan kau...” Tanpa sedar aku sebut nama kawan baik aku.

Kawan baik yang pernah duduk sebumbung dengan aku. Tapi dah tiga bulan dia pindah. Sebabnya tempat kerja baru dia sekarang ni jauh.

Aku capai handphone aku. Aku cuba hubungi Diana. Sekali sampailah berkali-kali, dia langsung tak jawab call.

“Diana... di mana kau? Kenapa kau tak jawab panggilan aku? Aku perlukan kau!” Aku campak handphone ke tilam.

Aku turut sama mencampakkan tubuh rampingku. Erk... tang tu aku tipu. Badan aku taklah ramping sangat. Tapi yang penting aku bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan pada aku.

Baiklah. Aku sambung balik. Aku pun menangis dan menangis sampailah aku terlelap. Maghrib dan Isyak pun aku terlepas. Aku tak sengaja. Mudah-mudahan esok pagi aku akan bangun dengan ‘kehidupan’ baru. ‘Kehidupan’ yang menghidupkan jiwa aku yang telah mati.

Previous: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.