Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Olok-Olok
Kekasih Olok-Olok
Eija Khadeeja
25/7/2014 15:49:50
207,152
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 16

16

DERINGAN handphone melencongkan perhatian Juliana dari terus menonton rancangan di kaca TV. Dia mengambil handphonenya yang diletakkan di atas meja di hadapannya.

“Assalamualaikum.” Salam dihulur. Juliana sudah tahu siapakah si pemanggilnya.

“Waalaikumussalam. Awak dah siap ke?” Salam dijawab dan soalan ditanyai oleh Asyraf.

“Dah. Awak dah sampai ke?” soal Juliana pula.

“Dah. Saya dekat bawah ni. Awak nak nak saya naik atas ke?” Jawapan bersama persoalan lahir di dalam bicara Asyraf kali ini.

“Eh! Tak payah. Kejap lagi saya turun,” larang Juliana.

Terdengar tawa daripada Asyraf sebelum talian diputuskan. Dia tahu yang Juliana sememangnya tidak berapa menggemari seandainya dia menjengah naik ke kondominiumnya itu. Pasti batas di antara mereka itulah penyebabnya.

Juliana tidak menunggu lama. Dia meletakkan kembali gajetnya itu di atas meja dan berlalu ke dapur untuk membasuh cawan yang digunakannya. Selesai membasuhnya, Juliana kembali ke ruang tamu untuk mendapatkan beg tangannya. Dia terlupa untuk mengambil handphone miliknya yang masih terletak di atas meja di ruang tamu itu. Selamba sahaja dia membuka pintu utama dan gril kondominium itu. Namun saat deringan handphone kembali berbunyi, dia pantas menyedari kealpaannya itu.

 “Ya ALLAH... macam manalah aku boleh lupa nak simpan balik handphone aku ni? Ni mesti mamat tu yang call. Alah... kena tunggu lama sikit pun tak boleh,” omel Juliana sewaktu dia kembali semula ke ruang tamu kondominium itu untuk mendapatkan handphonenya tanpa mengunci terlebih dahulu pintu kondominium itu.

“Assalamualaikum... ya... saya nak turunlah ni. Sabarlah sikit. Lagipun kita bukannya nak pergi mana-manapun. Kita cuma nak beli barang dapur jekan,” tutur Juliana saat berpaling semula untuk kembali ke pintu utama kondominium itu dan di saat itulah sesusuk tubuh berdiri tergak di hadapannya.

“Arghhh!!!” jeritan kuat menggegarkan kondominium itu dan handphone yang dipegangnya tercampak ke lantai akibat rasa terkejut.

Asyraf yang terdengarkan jeritan di hujung talian pantas berlalri mendapatkan lif. Takut benar dirinya tika ini. Takut seandainya musibah sedang melanda kekasih olok-oloknya itu.

“Kenapa? Kau takut?” soal Melisa ketika dia mencengkam kuat lengan Juliana.

“A... apa yang kau buat dekat rumah aku ni?”soal Juliana sambil cuba melepaskan dirinya.

“Rumah kau? Ini bukannya rumah kau. Ini rumah Asyraf! Dasar perempuan murahan! Patutlah Asyraf sayang sangat dekat kau... rupa-rupanya kau ni perempuan simpanan dia!” jerkah Melisa.

“Tak. Saya bukannya perempuan simpanan dia. Awak dah salah faham.” Sudah berkerut wajah Juliana akibat rasa sakit yang kian bertambah.

“Apa yang aku dah salah faham? Memang betul yang kau ni perempuan murahan! Sanggup jual maruah kau semata-mata nak duduk dalam rumah mewah ni! Perempuan tak sedar diri. Kalau tak disebabkan kau, Asyraf takkan tolak aku. Dia cintakan aku!” Kian kuat genggaman Melisa.

“Lepaskan aku! Asyraf bukannya milik kau. Dia tak pernah cintakan kau!” Hilang sudah hormat Juliana buat model muda itu. Suaranya turun meninggi.

“Siapa kata yang dia tak cintakan aku? Siapa kata?!” Kini kedua-dua bahu Juliana pula menjadi kerakusan tangan Melisa.

“Aku tanya! Siapa kata yang Asyraf tak cintakan aku?! Jawab!” Melisa semakin hilang kawalan.

“Memang... memang Asyraf tak pernah cintakan kau. Dia langsung tak pernah menyimpan sedikit pun perasaan pada kau.” Juliana masih memberanikan dirinya untuk menentangi wanita gila di hadapannya itu.

“Tipu! Penipu!!!” Melisa menolak kasar tubuh musuhnya itu. Juliana terjelepok ke lantai setelah kepalanya terhantuk di bucu meja. Darah pekat mengalir laju membasahi wajahnya.

Melisa tidak mengendahkan kecederaan yang dialami oleh Juliana. Dia membongkokkan tubuhnya untuk mendapatkan wanita yang dianggapnya sebagai pemisah buatnya dan Asyraf.

“Perempuan tak guna! Ada hati kau nak rampas Asyraf daripada aku. Kau dengar sini baik-baik... Asyraf tetap akan jadi milik aku. Kalau kau tak nak aku hancurkan hidup kau, lebih baik kau jauhkan diri kau daripada Asyraf. Kalau tak...”

“Kalau tak apa?!!!” jerkah Asyraf saat menolak kasar tubuh Melisa.

Wajah Melisa tersembam ke lantai. Hidungnya berdarah akibat kekasaran lelaki yang amat dicintainya itu. Asyraf langsung tidak mengendahkan keadaan wanita yang teramat dibencinya itu. Dia langsung tidak menyangka yang Melisa boleh bertindak sejauh itu.

“Juliana... awak okey ke?” soal Asyraf saat mendapatkan Juliana yang sedang mengerang kesakitan.

“Saya... okey. Tapi... darah. Dahi saya berdarah. Saya takut... takut...” Tidak sempat Juliana menghabiskan kata-katanya, dia sudah tidak sedarkan diri.

Asyraf semakin ketakutan, “Juliana bangun. Bangun...” Asyraf menepuk-nepuk perlahan pipi kekasih olok-oloknya itu.

“Hahaha... hahaha... hahaha...” Melisa ketawa lepas saat dia melihatkan keadaan Juliana.

“Bagus! Lebih baik kau mampus je!” caci Melisa lagi.

“Tak guna! Lebih baik kau berambus dari sini sebelum aku tangankan kau!” Asyraf mencengilkan matanya ke arah Melisa. Andailah diikutkan hasutan amarahnya tika ini, mahu sahaja ‘dihabisi’ wanita yang tidak bermaruah itu.

“I tahu yang you takkan sampai hati nak tangankan I. I tahu yang you terlalu cintakan I.” Melisa bagaikan orang gila dalam melahirkan kata-katanya. Dia bangkit. Namun tubuh kedua insan di hadapannya itu tidak dihampiri.

“Asyraf... jangan salahkan I kalau Juliana tak dapat lagi melihat kekacakan wajah you tu. I akan lakukan apa sahaja supaya dia tinggalkan you!” Keras kata-kata Melisa saat dia menuturkan baris akhir bicaranya. Langkah pula terus diatur untuk meninggalkan kondominium yang baru sahaja merakam peristiwa buruk buat musuhnya itu.

‘Aku harap kau mampus, Juliana!’ maki Melisa di hatinya.

Asyraf pula pantas mendokong tubuh Juliana yang masih tidak sedarkan diri itu. Doa segera berbunyi di hatinya, ‘Ya ALLAH... KAU tolonglah selamatkan Juliana. Jangan biarkan dia pergi meninggalkan aku.’

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.