Home Novel Komedi/Romantik Komedi Siapa Tak Sayang Bini?
Siapa Tak Sayang Bini?
Nur Insyirah
1/4/2014 16:12:17
97,946
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 7

MULUT Maira ternganga. Cerita Emili tentang cinta rahsianya agak sukar dipercayai. Apatah lagi lelaki yang terlibat itu abangnya!

“Aku tak percayalah! Abang Im dengan kau bercinta?”

“Kenapa kau tak percaya pulak?”

“Abang Im tu, kanworkaholic. Perempuan pun dia layan tak layan aje. Dari zaman sekolah sampai ke universiti dia fokus dengan kerja dan studi. Hal-hal perempuan ni tak pernah pulak dia ambik kisah. Lagipun aku tak pernah pun tengok dia layan kau mesra-mesra? Bukti tak ada! Macam mana aku nak percaya? Selama ni pun, kau jarang bercakap dengan dia... macam mana pulak... tup-tup kau orang berdua bercinta?” Maira masih belum dapat menerima hakikat.

Emili bingung. Hilang kata untuk menjelaskan kisah cinta rahsianya pada Maira. Sedangkan teman baiknya sendiri pun tidak percaya apatah lagi Mak Diah dan Kak Murni. Emili bungkam. Sedih pun ada. Tiba-tiba perasaanya bercampur baur. Marahkan Fahim yang meletakkan syarat untuk berahsia.

“Itulah masalah aku... kalau kau rasa kau nak percaya, percayalah. Kalau tak nak, terpulang. Siapa aku nak paksa kau untuk percaya? Cara kau terkejut tu... macam aku ni tak layak untuk bercinta. Disebabkan masalah cinta rahsia nilah aku perlukan kau untuk bercerita...” lirih suara Emili. Merajuk. Bibirnya mula muncung. Pipinya panas. Kelopak matanya bergenang dengan air mata.

“Chop! Chop! Kita letak tepi jap perasaan emo-emo ni. Cuba yakinkan aku dengan bukti yang boleh diterima dek akal yang kau orang ni bercinta? SMS, MMS, WhatsApp, Weechat, Line, Viber, BBM? Apa-apa ajelah yang boleh menjadi bukti sahih.” Maira menurunkan ilmu guamannya. Hampir dua tahun dia berhempas pulas dengan buku-buku dan kuliah perundangan, malam ini dia ingin menunjukkan skil berbahas seorang peguam!

Emili mencebik. Rasa meluat pun ada tika itu. “Poyo aje... aku tak guna semua tu. E-mel aje...”

Pengakuan Emili membuatkan mata Maira buntang. Dia sendiri keliru sama ada nak gelak atau nak terkejut, atau kedua-duanya sekali. “Kalau kau cakap e-mel, memang aku percaya itu abang aku. Tapi, boleh tak aku gelak barang seminit dua?”

Tanpa menunggu kebenaran daripada Emili, Maira gelak tanpa belas kasihan. Sikit pun dia tidak menjaga hati dan perasaan Emili yang sedang berpeluk tubuh. Memerhati tanpa riak lucu meskipun Maira ketawa hingga berair juring matanya.

“Sahabat sejati memang begini, kan?” bidas Emili.

Maira pekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya yang berisi. Bibirnya turut diketap kuat untuk menahan gelak lagi.

“Dah cukup dua minit. Kalau kau tak berhenti gelak, aku tinggal kau kat sini!” ugut Emili, geram!

“Okey! Okey! Akustop. Balik nanti aku sambung lagi. Alah, bukan apa... sekarang nismartphone dah moden kot. Kau orang bere-mel bagai dah macam hantar perutusan hal-hal rasmi pulak. Kenapa tak pakai kemudahan yang lebih mesra pengguna? E-mel ni dah ketinggalan zaman. Kalau WhatsApp kan lebih mudah? Boleh berchit-chat. Ini e-mel... Kiraupgrade sikit dari surat,” kritik Maira lagi. Dia langsung tak perasan wajah Emili makin mencuka. Masam.

“Syed Ahmad Fahim tu, abang siapa?”

“Abang aku?”

“So?”

“Eleh... nak caripoint mengutuk adik-beradik akulah tu. Kutuk-kutuk pun, dia jugak yang kau cinta. Tapi, kan... macam mana kau boleh jatuh hati dengan dia, eh?”

“Nak flashback balik kisah jatuh cinta ni makan masa... kau sahabat bertuah pun boleh tak perasan, kira misi abang kau berjayalah, kan?” Emili balas dengan soalan. Fikirannya lebih tertumpu pada masa yang berbaki dua bulan sebelum Fahim berlepas ke UK.

“Okey... okey. Kitahold duluflashback tu. Sekarang ni, apa masalahnya? Sebelum aku terlupa nak cakap, aku suka kalau kau jadi kakak ipar aku. Happy?”

Emili senyum nipis bila mendengar pengakuan ikhlas Maira. Tapi, senyumannya tak lama. Masalah itu masih kekal sebagai masalah.

“Ceritalah. Apa masalahnya? Kau orang gaduh ke?” teka Maira bila Emili teragak-agak nak bercerita.

“Aku... aku... aku rasa...”

“Dah kenapa pulak gagap tiba-tiba ni?”

“Aku nak kahwin dengan abang kau dalam masa dua bulan ni, agak-agak boleh tak?” Lancar bibir nipis beroleslip gloss merah jambu itu berbicara.

“What?!”

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.