“So
what’s up?” soal Tengku Faiq ringkas
apabila dia kembali ke ruang tamu setelah menukar pakaian yang telah basah.
“Nothing. Saja drop bylawat kau. Kata dapat MC, tapi
tak sangka dapat tengok scene keluarga bahagia pulak ya, Farel.”
Usikan Mus membuatkan Tengku Faiq
membuntangkan matanya. Farel di hadapannya hanya ketawa. “Merepek apa kau ni,
Mus? Kau orang dari mana ni?”
“Dari ofislah. Baru lepas
meeting tadi. Sampai aje ofis pagi tadi, May cakap kau dapat MC. Aku call
handphone kau tak berjawab. BBM pun tak reply. Itu yang kami
datang,” ulas Farel.
“Oh maaflah tak dengar pun bunyi handphone.
Ada kat ataslah tu. Apasal tak callnombor rumah je?”
Bicara mereka terhenti apabila
Adif datang membawa sedulang air dan kuih kering.
“Jemputlah minum,” pelawa Adif
ringkas setelah menghidangkan air yang dibawa.
“Macam mana nak sedar kalau tengah
diulit bahagia...” balas Mus separuh berbisik apabila Adif berlalu semula ke
dapur.
“Mus!” jerit Tengku Faiq sambil
membaling kusyen kecil di sebelahnya.
Mus hanya tergelak sambil
menyambut kusyen kecil yang menuju ke arahnya. Farel hanya menggeleng melihat
ragam rakan-rakannya.
“Macam budak-budak. Kau pun satu
Mus tak habis-habis nak usik dia. Biarlah orang tengah bahagia... Yang kau tu
bila lagi? Aku tak lama dah, Faiq pun dah selamat. Tinggal kau aje yang
membujang.” Kata-kata Farel disambut dengan ketawa kuat Tengku Faiq.
“Entah-entah kau ni gay
tak?” Giliran Tengku Faiq pula menggiat.
“Baik sikit cakap tu. Nanti
silap-silap ada yang kena hentak ni,” ugut Mus sambil mengangkat buku lima.
Namun kata-katanya hanya disambut dengan gelak tawa kedua-dua sahabatnya.
“Alah... itu pun nak emo.
Rilekslah.” Farel cuba meredakan keadaan. Tahu sangat gurauan mereka yang ada
kalanya kasar.
“Kau ni apa kes sampai MC ni?
Selalunya payah betul nak cuti? Yang tangan berbalut tu apahal?”
Soalan Mus hanya disambut dengan
sengihan kecil. Namun, tiada jawapan yang diberikan. Tangan kirinya
menggamit-gamit ke arah anaknya apabila melihat si kecil itu telah siap menukar
baju. Rambutnya juga telah disikat rapi siap bereben bunga-bunga lagi!
‘Ini kerja Adiflah ni,’ getus hati
kecilnya.
“Salam dengan uncle, sayang...”
suruh Tengku Faiq apabila anaknya telah berada dalam pangkuannya.
Akur dengan arahan babahnya,
Tengku Auni tunduk menyalami kedua-dua sahabat babahnya lalu kembali duduk di
pangkuan babahnya.
“Babah... mama cakap jangan lupa
makan ubat.”
Polos bicara Tengu Auni menggamit
tawa kedua-dua sahabatnya. Tengku Faiq hanya tersenyum.
“Baiknya mama...” ujar Mus
seolah-olah mengejek Tengku Faiq yang selama ini begitu membenci kehadiran Adif
dalam hidupnya. Alih-alih, wanita itu juga yang menjaga kebajikan dirinya.
“Sibuk aje mengata aku. Sikit aje
luka. Aku tertusuk gelas pecah semalam. Kena jahit sikit sebab luka dalam,”
terang Tengku Faiq ringkas.
“Amboi, gurau kasar dengan bini
kat dapur ke sampai luka-luka bagai?” giat Mus mengusik. Air teh yang
dihidangkan oleh Adif diteguk perlahan. Matanya menangkap riak sabahatnya yang
kelihatan selamba.
“Mengada-ngadalah kau ni. Tak
sengaja pun,” balas Tengku Faiq. Enggan mengulas panjang komen temannya kerana
bimbang disalah erti sedangkan hatinya tidak punya apa-apa perasaan terhadap
isterinya.
“Whatever. Apa yang kami nampak tadi rasanya a good
improvement for you to move on. Cubalah spend quality time together.Buka
hati kau untuk dia Faiq.” Farel cuba member nasihat setelah sekian lama menjadi
pemerhati dan mendengar segala keluhan sahabatnya mengenai perkahwinan barunya
itu.
“Auni sayang, pergi tolong mama
kat dapur ya? Babah nak bincang dengan uncle.”
“Okey babah!” Tengku Auni patuh.
Tengku Faiq melihat anaknya yang
berlari-lari kecil menuju ke dapur. Pandangannya dihalakan pula ke arah
sabahatnya. Keluhan kecil dilepaskan.
“Entahlah... hati aku payah nak
terima dia. She’s something. Weird and mysterious.Hati aku masih belum
terbuka untuk orang lain walaupun dia tu dah sah jadi isteri aku. Biarah masa
yang tentukan.”
Kata-kata Tengku Faiq membuatkan
Farel dan Mus berpandangan sesama sendiri dan mengangkat bahu. Sudah berbuih
mulut mereka memberikan nasihat, namun hati sahabat mereka itu terlalu keras.
Cintanya seolah-olah tersemadi bersama-sama jasad arwah isterinya, Maisara!
“Kami sentiasa doakan yang terbaik
untuk kau, Faiq. Cuma aku harap kau tak bazirkan masa dengan meratapi pemergian
arwah saja. Dah bertahun-tahun dia pergi... Hidup mesti diteruskan. Permata dah
ada di depan mata tu jangan disia-siakan, kelak kau akan menyesal.” Panjang
lebar ucapan Farel, namun hanya disambut dingin oleh Tengku Faiq. Reaksi biasa
bagi mereka apabila membicarakan soal hati dan perasaannya.
“Dahlah, jom gerak. Aku ada lunch-meeting
dengan klien kejap lagi,” ujar Mus memecahkan suasana yang bertukar hambar.
“Okey Faiq, kami gerak dulu.”
Tengku Faiq hanya mengangguk dan
menyalami sahabat-sabahatnya sambil menemani mereka hingga ke pintu.
“By the way, thanks for coming
Mus, Farel,” ucap Tengku Faiq sambil
menepuk-nepuk bahu sahabatnya.
“Alah... geli pulak aku dengar
Faiq touching. Macam tak biasa pulak.” Usikan Mus disambut dengan
tumbukan kecil di bahunya.
Tengku Faiq hanya tersenyum
melihat kereta Nissan Murano hitam milik Mus yang makin hilang daripada
pandangan. Senyumannya masih bersisa ketika masuk semula ke rumah, mati
serta-merta apabila terpandangkan isterinya yang sedang mengemas cawan-cawan
yang digunakan tadi.
Pandangannya bersatu dengan Adif
yang nyata kaku tiba-tiba apabila melihat dirinya. Tengku Faiq segera melarikan
pandangannya dengan menuju ke tangga dan terus menghilangkan diri ke bilik.
Adif terduduk di sofa. Termangu
seketika. Perasaannya bergetar. Antara sebak, sayu, dan geram. Semuanya
bersatu. Diadun sebati di dalam hatinya.
‘Awak... pandanglah saya sebagai
isteri awak... Berilah saya peluang untuk menjadi isteri awak demi kebahagiaan
Auni. Sara... aku cuba, Sara... Aku cuba...’ rintih hati kecilnya.