Home Novel Cinta DINDA CINTA KANDA
DINDA CINTA KANDA
Nur Insyirah
17/3/2014 16:59:57
73,849
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

PROLOG


Subhanallah... Alhamdulillah... Ya Allah... aku bersyukur kepada-Mu. Akhirnya ENGKAU ketemukan kami setelah sekian lama aku menderita kerana merindui mereka, Ya Allah...” Adif merintih perlahan tatkala dia melihat seraut wajah ayu di samping seorang lelaki. Wanita itu nampak sangat bahagia walaupun sekadar gambar.

“Cik Adif? Ada masalah ke?”

Adif pantas mengesat air matanya bila ditegur oleh setiausaha kliennya.

“Oh... May, terkejut saya. Tak ada apa-apa. Tengok gambar kahwin bos awak ni. Cantik betul isteri dia.” Adif cuba berbasa-basi. Otaknya ligat mencari idea untuk mengorek rahsia mengenai keluarga itu.

May tersenyum. Dia menghulurkan secawan Milo panas kepada Adif. “Wife bos I memang cantik. Kata Encik Mustaqim dan Encik Farel, Puan Sara ni penyayang dan baik hati.”

‘Dia memang baik... terlalu baik, May...’ bisik hati Adif. Senyuman manis cuba dibentuk di bibirnya meskipun kelihatan janggal. Kelopak matanya mula panas. Adif segera menenangkan dirinya.

“Oh... nama penuh dia apa?”

“Nur Maisara binti Iskandar...”

Adif terkedu. ‘Tepat! Memang orang yang sama! Allahuakbar...’

“Cik Adif punya cup cakes ni sedap betul. Cute-cute aje. Pastri-pastri tadi pun sedap sangat. Semua tu resipi Cik Adif sendiri ke?” puji May sambil mulutnya sibuk mengunyah cup cakes.

Adif tersengih melihat bakal ibu yang begitu berselera menikmati cup cakes yang dibawanya. Bibirnya yang comot dengan krim langsung tidak dipedulikan oleh May.

“Campur-campur. Ada resipi saya sendiri. Ada juga chef saya yang buat,” balas Adif.

“I like it so much! So lepas ni kalau ada hi-tea event or my own personal event, I tak cari lain dah! Nanti saya tempah dengan Cik Adif awal-awal. Mana pulak bos ni lambat betul. Tadi cakap nak jumpa Cik Adif personally. By the way,makanan untuk majlis semalam memang heaven!” Petah wanita kacukan Baba Nyonya itu memuji-muji Adif.

“Tak payahlah nak formal sangat dengan saya. Nak ber ‘cik-cik’ pula. Panggil saya Adif aje. Puan Sara selalu ke datang ofis ni?” Adif cuba mengorek informasi.

May terdiam tiba-tiba. Perlahan-lahan dia menggerakkan tubuhnya yang memboyot itu merapati Adif. “Puan Sara sebenarnya dah tak ada... dia meninggal semasa melahirkan anak sulung mereka. Sejak hari itu...”

Deringan telefon di atas meja menghentikan cerita May yang baru bermula. May bingkas bangun untuk menyambut panggilan itu. Kepalanya terangguk-angguk. Tangannya tangkas mencatatkan sesuatu di atas kertas yang dicapai berhampiran dengan telefon itu.

Muka May berubah riak. Senyumannya pudar. “Aiyaa... Adif... bos I ni angin satu macam pulak. Boleh tak you datang ke sini semula esok? Bos terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pulak. Lepas tu nak kena pergi ke tapak projek terus sebab ada kes. Dia minta maaf sangat pada you Adif. Boleh datang balik tak esok?”

“Never mind. Its okay, May. I understand and I’ll come back tomorrow,”pintas Adif sambil tersenyum. Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang. Adif ingin benar bertemu empat mata dengan lelaki itu.

May menghela nafas tanda syukur. “Mesti menyusahkan you aje nak berulang alik, kan? Tapi, nak buat macam mana loh... bos I ni unexpected person.”

“Tak apalah. I okey, May. Kalau tak ada apa-apa lagi, I nak gerak dulu.” Adif bangun untuk meminta diri.

“Okey Adif... by the way, thanks again for the cup cakes.I tak sangka you bawa betul-betul tadi untuk I.”

“You kan mengidam... nanti kempunan pulak. Bye, May... see you tomorrow,” ujar Adif sebelum berlalu meninggalkan pejabat TMF Architecture Sdn. Bhd.

Di hatinya bergolak dengan pelbagai rasa. Sedih, gembira, terharu, sebak, semuanya berkumpul menjadi satu. Air mata Adif tumpah sebaik sahaja tubuhnya berada di dalam MyVi putih miliknya.

“Mak... ayah... Adif dah jumpa Sara... tapi Sara dah tak ada... Sara dah ikut mak dengan ayah... Macam mana Adif nak beritahu Amir nanti? Adif belum pasti dia kat mana...” Adif teresak-esak menangis. Kepalanya dirapatkan ke stereng. Berjuraian air matanya turun membasahi pipi mulus itu.

Tengku Faiq bin Tengku Ismail

Pengarah Urusan, TMF Architecture Sdn. Bhd.

Tingkat 7, Wisma Persekutuan

40200 Shah Alam Selangor

03-3310223

Adif menggenggam erat kad bisnes milik kliennya. Hatinya tidak sabar untuk bertemu dengan lelaki itu esok. Dalam mengucap syukur kerana doanya telah termakbul... hatinya agak berdebar-debar bila mengingati kembali wajah lelaki tampan persis pelakon Hollywood, Brad Pit. Mereka beberapa kali bersua muka, tetapi langsung tidak mempunyai kesempatan untuk berbual-bual. Namun, hari ini Adif merasakan dunia suramnya kembali bercahaya apabila pencariannya selama ini berakhir.

“Tengku Faiq...” Meluncur sebaris nama itu di bibirnya.

Dalam debaran yang mula terasa, Adif cuba menenangkan dirinya. Esok, hari yang paling penting kerana esok akan menjadi hari yang bersejarah buat dirinya. Mungkinkah?

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.