Home Novel Komedi/Romantik Komedi Siapa Tak Sayang Bini?
Siapa Tak Sayang Bini?
Nur Insyirah
1/4/2014 16:12:17
97,942
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 6

Tak cukup dengan Shah Alam, sampai ke Putrajaya Maira membawa Emili meronda. Semuanya semata-mata nak mencari tempat lepak yang memenuhi piawaian Maira.

“Taubat nasuha aku nak bawak kau lepak sambil bincang di restoran. Malu gila kot!” tempelak Maira. Kereta Viva Emili dipandu dengan kelajuan sederhana. Emili pula hanya bungkam di kerusi sebelah pemandu.

“Kau pun satu! Agak-agaklah nak kenakan aku! Kau memang sengaja nak kenakan aku tadi, kan?”

Emili tidak menjawab. Pandangannya redup. Mata sepetnya berubah kuyu. Hatinya terasa dengan penerimaan Maira tadi. “Kalau aku cakap aku serius macam mana? Kau jangan tekan brek mengejut!”

Emili terlambat beberapa saat untuk memberikan amaran itu. Kaki Maira lebih laju menekan brek hingga berdecit bunyi tayar kereta itu.

Emili mengurut dadanya. Mujurlah dia memakai tali pinggang keledar. Kalau tak, sah-sah mukanya melekap didashboard kereta. Itu pun kalau nasibnya baik. Kalau tak baik, silap-silap boleh terpelanting keluar dari cermin hadapan keretanya. Mujurlah tiada kereta di belakang mereka. Emili pejam mata. Cepat-cepat dia membuang semua prasangka ‘kalau tidak’ itu.

“Kau ni! Drama tu sikit-sikit dahlah. Turun! Bagi aku drive! Karang belum sempat aku bersanding dengan abang kau, tak pasal-pasal aku mati muda pulak!” tempelak Emili geram.

Maira pandang tepat wajah serius Emili. Sudah masuk kali ketiga Emili mengulang ayat yang sama. “Jadi, pengakuan kau tadi memang betul?”

Emili tidak segera menjawab. Dikuak kasar pintu kereta dan dia terus menuju ke pintu sebelah pemandu. “Turun! Akudrive!”

Maira akur. Dalam fikiran yang masih tidak sepenuhnya normal, dia menonong berjalan ke sisi sebelah penumpang. Elok saja masuk, duduk Maira dihala ke arah Emili dan bukannya ke jalan raya. Matanya tepat mencari mata sepet gadis itu.

“Ini gurauan ke betul-betul?”

‘Sama aje soalan mak dengan anak...’ rungut hati Emili. Bibirnya diketap kuat. Tiada jawapan yang keluar hingga ke destinasi yang dituju. Tasik Putrajaya!


Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.