Home Novel Komedi/Romantik Komedi Siapa Tak Sayang Bini?
Siapa Tak Sayang Bini?
Nur Insyirah
1/4/2014 16:12:17
97,938
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1

1

Kampung Muara, Tahun 2013


Hati Emili resah. Duduknya tak pernah statik sejak sejam lalu. Sekejap berdiri, sekejap duduk, sekejap baring. Bilik yang serba pink dipandang dengan pandangan kosong. Tangannya diletakkan di atas kepala. Tilam bersaiz king jenama Dunlopillo yang empuk bagaikan tidak terasa empuknya. Resah. Fikiran jadi berserabut.

“Hisy! Macam mana ni... lagi dua bulan... sempat ke kalau nak merancang soal kahwin? Takkan nak kahwin dalam masa dua bulan ni kot? Macam mustahil aje... tapi...” Emili mengomel sendirian. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. Fikirannya terasa kusut.

Laptop yang masih terpasang dicapai pula. Ditarik rapat ke depannya. Dalam posisi meniarap, Emili melayari internet. Peti e-mel yahoo dibuka kembali. Lama mata Emili meneliti bait-bait ayat yang tertera di dalam e-mel itu. Walau sudah berulang kali membaca kiriman e-mel itu, matanya masih fokus pada setiap bait ayat yang tertera. Emili bimbang terlepas ayat-ayat penting yang dinanti-nantikan.

un dah di universiti. Tak lama lagi, habis belajar. Okeylah tu kalau saya tinggal dia orang sekejap, kan?

My Dear, Mili.

Saya nak awak jadi orang pertama yang tahu... surprise! Saya dah confirm dapat tempat di UK dengan biasiswa penuh untuk buat Ph.D! Mula-mula saya speechless! Tak sangka dapat dua offer. Satu di Malaysia, satu lagi UK. Tapi, lepas saya buat istikharah, hati saya yakin nak ke UK. Lagipun Kak Murni dah boleh jaga mak. Maira pun dah di universiti. Tak lama lagi, habis belajar. Okeylah tu kalau saya tinggal dia orang sekejap, kan?

“Hah... memang okey tinggal dia orang. Tinggal aku yang tak okey! Sambar dek awek Scottish naya aje aku menangis tak berlagu...” rungut Emili. Bacaannya disambung lagi.

Lagipun ini untuk masa depan yang lebih baik. Bukan senang nak dapat offer ni. Saya pun tak nak lepaskan peluang. Teringin juga nak menimba ilmu di negara orang. Lepas ni... saya harap keluarga saya takkan dicemuh lagi. Letihlah, Mili. Awak takpe, pengaruh kuat! Siapa berani cemuh Tauke Liew kat kampung tu? Saya ni... apalah yang ada...

“Cantik sikit! Awak tu dah jadi pensyarah tau! Ada ijazah pun bukan cikai-cikai punya keputusan. Ijazah kelas pertama kot! Anugerah Diraja lagi! Dahlah tak payah buat Sarjana... boleh langkau terus buat Ph.D pulak tu. Macam ni punya keputusan pun nak rendah diri lagi ke? Kalaulah aku dapat otak macam ni...” Tergeleng-geleng kepala Emili. Tapi gelengannya bertukar sengihan pula bila terkenangkan corak pembelajarannya. ‘Aku bukan tak pandai. Tapi malas...’ bisik hatinya. Matanya difokus kembali pada skrinlaptop.

By the way, awak tetap tak nak sambung belajar ke? Maira dah separuh jalan di Universiti. Awak kenapa tak nak apply lagi sekali? Sayang tau... jangan berhenti belajar. Muda-muda nilah kena pulun cari ilmu. Kalau dah tua, dah ada suami, ada anak nanti susah sikit awak nak fokus pada study. Sekarang ni, awak belum ada tanggungjawab apa-apa. Baik awak fikir elok-elok.

Belum terlambat lagi, Mili. Tak lama lagi KPT akan buka permohonan baru untuk ke IPTA. Eloklah awak mohon. Kalau tak nak IPTA pun, masuk aje IPTS. Awak bukan tak mampu. Asalkan awak minat nak sambung belajar, kat mana-mana IPT pun tak kisah asalkan sah berdaftar dan diiktiraf. Itu aje. Ilmu ni penting, Mili...

Emili tersenyum. “Macam boleh bayang aje cara dia membebel kat aku ni. Haiya... siapa tak nak belajar? Tapi... tapi... hmm...” Terherot-herot bibir Amili membaca bait-bait ayat itu sambil meniru gaya si pengirim e-mel yang terpahat kukuh di layar mindanya.

Saya tahu awak mesti tengah mengajuk cakap saya sekarang, kan? Mulut tu mesti tengah muncung sebab saya membebel kat sini. Saya takkan berhenti membebel selagi awak tak nak sambung belajar! Hadaplah awak dengan bebelan saya ni :D

Oh ya, lupa nak cakap... Saya fly ke UK lagi dua bulan. So sekarang ni agak busy dengan macam-macam urusan. Saya nak kena siapkan soalan peperiksaan akhir dengan pensyarah terlibat, bla... bla... bla... pendek kata banyak kerja ofis kena settle sebelum berangkat. Kalau saya lambat reply e-mel awak atau terlupa nak bukak e-mel, jangan merajuk tau!

“Gila tak merajuk! Tiap-tiap hari aku tunggu e-mel dia... ini baru duduk sebelah negeri. Penang-Kedah pun aku dah terasa jauh. Belum lagi langkau benua, langkau laut! Hisy! Tak boleh jadi ni!”

Lastly, sebelum saya terlupa... saya ada kirimkan something untuk awak! Souvenir dari Sarawak. Rasanya esok sampai kot. Saya pos guna courier sebab dah tahu... awak ni bukan suka nak tunggu-tunggu. Lagi tak dapat apa yang dia nak tu... mau penuh inbox telefon asyik tanya je... :p

Amili tersengih. “Amboi! Asyik kena batang hidung aku aje ni...”

Tolong jangan lupa fikirkan semula pasal study awak tu okey? Saya tahu awak boleh pergi lagi jauh. Ingat, kejar 5 perkara sebelum 5 perkara. Ingat lagi tak tazkirah yang saya send sebelum ni? Kalau awak dah lupa, dengan senang hati saya akan resend lagi! :p Biar juling mata sepet awak tu baca!

p/s: Solat istikharah tu maksudnya solat sunat untuk mendapat petunjuk jika kita dalam dilema. Macam saya yang dalam dilema nak pilih ke UK atau stay kat Malaysia aje.

Regards,

Fahim

Bait-bait terakhir dalam e-mel itu makin membuatkan Emili tersenyum lebar. Makin berbunga hatinya. “Macam tau-tau aje aku nak tanya...”

Fahim tidak pernah sekalipun tidak menyelitkan topik-topik keagamaan yang baru baginya. Tentang puasa dan solat, dia sudah terlalu biasa kerana acapkali didedahkan oleh keluarga Fahim. Kadang-kadang Emili cuba-cuba juga berpuasa. Sekadar suka-suka untuk merasai apa yang dirasa oleh orang yang berpuasa.

Emili mengeluh berat. “Oh hati... katakanlah padaku apa yang harus aku lakukan. Hatiku telah lama terkunci untuk lelaki lain kecuali dia.” Bayangan wajah Fahim muncul di kotak fikirannya. Tubuh tinggi lampai Fahim... gaya maskulinnya. Wajah Melayu asli. Persis Remy Ishak. Cuma yang membezakan rupa mereka, Fahim berkaca mata. Emili disapa panahan cinta...

“Fahim... jom kahwin!”

Previous: Prolog
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.