Home Novel Fantasi Gerbang Rahsia
Gerbang Rahsia
miazahra
5/9/2019 21:45:06
66,529
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 16

BAHAGIAN II

"APA YANG KAU NAK BUAT LEPAS NI?" tanya lelaki berkaca mata hitam kepada Mikael. Minuman coklat panas yang di hidang sejak dari tadi belum pun disentuh Mikael. Selera lelaki berusia awal 20-an itu seakan mati.

"I don't know. Mungkin aku akan teruskan usaha daddy yang tak kesampaian tu." Matanya masih lagi merenung ke luar tingkap.

"You mean, about the house?" Kening lelaki berkulit putih kemerahan itu sedikit terjungkit naik. Kaca mata yang dipakai tadi kini ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja.

"You know what? I think you should stop. It just a myth. Cerita itu semua mengarut. Semua yang jadi dalam keluarga kita semuanya kebetulan. We need to move on with our live Mike." Howard amat memahami perasaan sepupunya itu. Bukan mudah untuk menerima kehilangan kedua orang tua kandung secara mengejut. Tambah lagi apabila kemalangan itu pula berlaku secara misteri.

Ibu bapa Mikael telah ditemui rentung di dalam bilik hotel. Mereka berdua dijumpai oleh petugas hotel yang ingin membersihkan bilik yang didiami itu. Anehnya, tiada tanda kebakaran di dalam bilik itu. Tidak ada benda lain pun yang terbakar. Hanya ibu dan bapa Mikael sahaja. Alarm kebakaran juga tidak berbunyi. Seperti ibubapanya dibakar di tempat lain dan mayatnya di letakkan kembali di situ.

Tetapi semua itu sangat mustahil. Melalui kamera litar tertutup, kedua pasangan malang itu tidak pernah meninggalkan bilik itu setelah makan malam di restoran yang terletak di tingkat dua hotel terbabit. Tiada juga kelibat orang lain yang bertandang ke bilik mereka yang terletak di tingkat tujuh. Dan tiada tanda-tanda pecah masuk. Jasad mereka seolah-olah terbakar sendiri.

“Masalahnya, mereka mati sewaktu nak buat kajian tentang rumah tu! I don’t know. I thinks there;s something about that house.”

Maybe you just think too much because you’re stress. Apa kata kalau kau pergi bercuti untuk tenangkan diri?” Cadang Howard. Dia tidak mahu sepupunya itu terbawa-bawa dengan perasaan. Dia tidak mahu ada lagi seorang ahli keluarga Weiser terlalu taksub dengan cerita misteri tentang rumah pusaka mereka di Malaysia. Baginya itu semua sekadar cerita dongeng sahaja. Setiap tragedi yang berlaku ke atas keluarha mereka semuanya adalah kebetulan.

“No. I need to find the truth.” Howard hanya mampu menggeleng. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi kepada sepupunya itu. Tambah lagi Mikael memang terkenal dengan sikapnya yang degil dan keras kepala.

“What about your study?”

“Aku akan teruskan pengajian macam biasa. Lepas habis exam baru aku akan ke Malaysia.”

“Ikut suka kaulah. Tapi, kau bukan pernah jejak kaki ke sana pun.”

“That’s why I need you help. I want you to go with me.” Mikael memejamkan mata. Mukanya terasa panas dengan latte yang disembur Howard. Sapu tangan dibawa ke muka untuk membersihkan sisa-sisa minuman yang bercampur air liur lelaki yang berada di hadapannya.

“I’m sorry… but, you know that I don’t like hot place right?” Kata Howard sambil menyapu mulutnya dengan belakang tapak tangan. Lelaki itu memang tidak menggemari tempat beriklim tropika. Katanya, dia tidak suka berpeluh.

Oh, Howard. Don’t be such a baby. Lagipun rumah tu dengan kawasan bukit. Tempat tu tak panas sangat.” Mikael cuba memujuk. Dia boleh sahaja ke sana seorang diri. Tapi dia perlukan Howard. Hanya Howard sahaja tahu apa yang dilakukan oleh ayahnya sebelum ini. Walaupun Howard tidak pernah percaya dengan kajian yang dilakukan bapanya itu, tetapi hanya lelaki itu yang setia menjadi pendengar hasil kajian arwah bapanya ketika dia sendiri sibuk dengan pengajiannnya.

How do you know? You’ve never been there before.” Howard memandang Mikael dengan pandangan sinis. Dia merasakan yang Mikael sengaja mereka-reka cerita untuk memancingnya bagi menyertai lelaki muda itu ke dalam pengembaraan yang tidak masuk akal.

“I know. Dad have told me before.” Howard tersandang dikerusi sambil tangan mengurut pelipis. Nampaknya dia sudah tidak punya alasan lagi untuk menolak pelawaan Mikael.

 

 

Sebulan Kemudian…

“Good morning, young man!” Howard melulu masuk ke dalam rumah tanpa terlebih dahulu mengetuk pintu. Walaupun dibasahi peluh, wajahnya kelihatan ceria. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Mikael yang sedang membacuh kopi hanya memandang dengan terkebil-kebil.

“Awalnya bangun, kau pergi mana?” Tanya Mikael. Matanya melihat jam di dinding. Baru pukul 7 pagi. Setahunya Howard bangun paling awal pun pukul 10 pagi. Ini dengan siap pakej keluar berjoging lagi. Pelik.

“Nak jadi orang yang berjaya dan proaktif kena la bagun awal. Aku pergi jogging dekat kawasan air terjun belakang tu. It’s so beautiful. You should go and see it. Or maybe this evening we can’t go there for fishing.”

Mikael mengerut kening. Dia berasa semakin pelik. Abang sepupnya itu memang bencikan aktiviti luar. Dia ingat lagi, dahulu pak ciknya terpaksa mengumpan Howard dengan berjanji untuk membelikannya Walkman asalkan Howard mahu mengikutnya pergi berkhemah. Dan sekarang, memancing? Lelaki itu pegang batang pancing pun tak reti.

“What?” tanya Howard sambil menghirup air kosong yang diambil dari dalam peti sejuk.

“Since, when you’re into outdoor things?” Soal Mikael kepada lelaki di hadapannya.

“Since we’re here? You know what? This is the best place I’ve ever been in my life. Thanks dor asked me to join you. I think I love this place.”

Mulut Mikael ternganga. Cawan yang baru hendak disua ke mulut diletakkan kembali ke atas meja. Memang sah ada benda yang tak kena dengan sepupunya yang paling rapat itu. Mungkinkah lelaki itu sudah terkena sampukan jembalang atau apa sahaja makhluk ghaib yang menghuni sekitar kawasan rumah ini?

Mikael hanya mampu memerhati tindak-tanduk Howard yang sangat ceria menghabiskan minumannya. Sedar dirinya diperhatikan Howard lantas bangun kemudian ke sinki untuk membasuh gelas minuman yang digunakan tadi. Seusai itu dia bergerak keluar dari ruangan dapur sambil tersenyum ke arah Mikael. Dan tak semena-mena lelaki itu mengenyit mata kepada Mikael sambil berlalu pergi.

Tersentak tidak percaya, Mikael menggelengkan kepalanya. Memang ada benda yang tak kena dengan Howard. Dan walau apa pun benda itu, dia perlu menyiasatnya secepat mungkin. Dia tak mahu pula nanti dia kembali ke England dengan sepupu yang sewel.

Petang itu, Howard beriya-iya mengajak Mikael ke sebuah kawasan air terjun yang terletak tidak jauh dari rumah agam milik keluarga mereka. Awalnya Mikael tidak mahu turut serta kerana mahu menumpukan perhatian untuk membaca jurnal bapanya mengenai sejarah rumah agam itu. Tetapi disebabkan Howard nak sangat adik sepupunya itu menemaninya memancing jadi dia mengikut sahaja.

Lelaki bermata Hazel itu ingin sekali melihat apa yang menarik sangat di kawasan ini sehinggakan lelaki yang tidak pernah sukakan outdoor activity itu sekarang tidak lekat di rumah.

“Dekat sejam dah kita memancing dekat sini, tak ada ikan pun. Jom la balik. Dah nak senja ni.” Mikael bangun sambil menyapu daun kering yang melekat pada seluarnya. Dia membuat regangan ringan bagi menghilangkan rasa lenguh setelah terlalu lama duduk menunggu sekiranya terdapat ikan yang mahu memakan umpan roti yang diletakkan pada mata kail miliknya.

“Just wait for another 15 minutes. Maybe when can get a catch.” Pujuk Howard. Sejak mereka sampai ke kawasan air terjun itu, mata Howard meliar melihat sekitar kawasan itu. Dia seperti sedang mencari-cari sesuatu.

“Hey? What are you looking for?” Mikael mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“What? Nothing. Why?”

“Iyalah dari tadi tertoleh-toleh, mata meliar tengok sekeliling. Dah macam beruk kena tempoyak dah.” Mata lelaki itu melekat pada Howard yang masih kelihatan tidak duduk diam.

“Bukan kera kena belacan ke? Nak tipu pun agak-agak la, aku ambil kelas Bahasa Melayu kot dekat kolej.”

“Eh? Salah ke? Kau ni kenapa nampak gelabah sejak dari tadi. Dah la nak Maghrib ni, kita pulak dekat kawasan hutan. Kau jangan, orang kampung cakap kawasan ni keras tau.” Mikael memperlahankan suara dihujung ayatnya.

Mata Howard pulak tiba-tiba membesar. Mukanya berubah pucat. Lelaki itu badan sahaja besar tetapi boleh tahan penakut juga. Bayangkanlah, nak tengok cerita hantu pun terpaksa berteman. Kalau tak, memang lelaki itu tak akan berani untuk menonton sendirian walaupun pada tengah hari terang!

Sebenarnya Mikael juga sama, tetapi dia pandai menyembunyikan rasa takut yang bersarang dalam dirinya dengan cara minum kopi sebelum menonton filem seram. Bagi kebanyakkan orang, kopi merupakan cara terbaik untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Tetapi tidak bagi lelaki berdarah kacukan itu. Buat dirinya kopi merupakan ubat tidur yang terbaik. Jadi, baru beberapa minit filem ditayangkan dia akan tertidur nyenyak. Bila ditegur dia akan memberi alasan yang cerita tersebut tidak menarik atau dia terlalu letih. Settle masalah.

“Kau ni, mulut tak reti nak jaga. Dah la, jom balik.” Howard mula bangun dan mengemas kelengkapan memancingnya. Kali ini matanya tidak lagi berani memerhati sekeliling. Takut sekiranya ternampak sesuatu yang tidak sepatutnya. Mikael yang terlihat perubahan Howard hanya tersengih sambil turut mengemas barang-barang miliknya.

Tiba-tiba kedengaran suara perempuan ketawa tidak jauh dari tempat mereka berada. Serta merta, bulu tengkuk kedua-dua lelaki itu berdiri tegak. Bunyi tapak kaki berjalan jelas kedengaran. Makin lama makin mendekat. Denyutan nadi masing-masing mula meningkat naik. Peluh mula membasahi dahi.

“Selamat petang, maaf mengganggu.” Satu suara gemersik menyapa Mikael dan Howard dari belakang. Pergerakkan kedua-dua lelaki itu menjadi kaku. Mikael dan Howard tidak berpaling untuk melihat siapa gerangan pemilik suara gemersik itu. Masing-masing berasa takut dan gementar.

 

 

 

 

Previous: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.