Home Novel Fantasi Gerbang Rahsia
Gerbang Rahsia
miazahra
5/9/2019 21:45:06
66,858
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 4

LEMBAH ALMERA

PUTERI ALISSA berdiri di hujung halaman istana Nurul Jannah sambil memandang padang rumput yang terbentang luas. Dia menarik nafas panjang menyedut udara segar di kawasan pergunungan itu. Penduduk dikawasan itu yang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ada yang membawa ternakan mereka untuk meragut rumput, Ada yang sedang berlatih menunggang kuda. Dan ada pula yang sekadar berehat dibawah pokok.

Kelibat sekumpulan anak kecil yang bermain kejar mengejar menarik perhatiannya. Alangkah indahnya hidup anak-anak itu. Walaupun negara mereka sedang berada dalam musibah, tetapi anak-anak itu tetap ceria seperti tiada apa yang berlaku. Dia cuba membayangkan kehidupan penduduk ditempat itu sebelum peperangan meletus. Kata bapanya, negara mereka ini merupakan antara kuasa besar yang hebat dan berdiri megah sebelum ini.

Peradaban mereka merupakan antara peradaban yang terhebat. Negara mereka juga pernah menjadi pusat ilmu terulung di rantau itu. Banyak ilmuan serta cendekiawan dilahirkan di tanah hijau ini.

Namun kerana hasad dengki dan juga sifat tamak yang mengusai jiwa, negara mereka telah dilanda peperangan yang teramat panjang lalu memusnahkan segala peradaban serta kemajuan yang telah mereka kecapi. Rakyat mulai hidup ketakutan. Nilai mata wang mereka jatuh mendadak.

Puteri Alissa menghembus nafas berat. Entah bila peperangan di antara mereka dengan kerajaan Merlin akan berakhir. Selagi mana Maharaja Mozad masih berkuasa, selagi itu Lembah Almeera tidak akan aman.

"Apa yang dimenungkan tu?" Satu suara menyapa Puteri Alissa dari belakang.

"Kanda Mateen... Tak ada apa-apa. Hanya melihat rakyat kita yang sibuk dengan urusan masing-masing dibawah sana. Sudah lama rasanya suasana tidak seaman inikan?" Puteri Alissa tersenyum semula. Suasana tenang ini memang mendamaikan jiwa. Kalau boleh dia mahukan suasana ketika ini berkekalan untuk selama-lamanya.

"Alhamdulillah... Syukur... Tetapi suasana ini tidak akan bertahan lama. Kanda yakin Maharaja Mozad sedang merancang sesuatu. Kita harus sentiasa berwaspada Alissa, bila-bila masa sahaja kerajaan Merlin boleh menyerang." Kata-kata Putera Mateen itu benar. Sudah terlalu lama Maharaja Mozad tidak menceroboh ke dalam kawasan mereka. Pasti dia sedang merangka suatu rancangan besar.

"Macam mana dengan lelaki itu kanda? Adakah kanda yakin dia dapat membantu kita?"

"Insyaallah... Dia pun sedang menjalani latihan dengan jeneral. Nampaknya dia sudah semakin baik berbanding dahulu."

"Baguslah macam tu... Jangan jadi macam dulu sudahlah, nak angkat pedang pun tak mampu..." Puteri Alissa tertawa kecil. Lucu mengenang kembali peristiwa lama.

"Oh... Selama ni, Alissa selalu perhatikan dialah ye..." Putera Mateen mengusik adinda yang seorang itu.

"Eh, kanda ni... Kan adinda pun ada bersama dipadang latihan sewaktu dia dibawa ke tempat kita ini..." Puteri Alissa memuncungkan bibir. Dia tahu niat kandanya itu. Sejak dua menjak ini Putera Mateen selalu sahaja menyebut tentang lelaki yang didakwa mampu menyelamatkan bangsa mereka dihadapannya.

"Manalah tahu... Adinda kanda ni kan dah besar...cantik..."

"Eh, kanda! Tengok tu!" Kelihatan seorang lelaki berkumis cuba mengimbangkan dirinya di atas kuda hitam yang berlari lagu sambil cuba memanah seekor burung yang sedang berterbangan dilangit biru. Lagaknya kemas dan bergaya seperti seorang pejuang. Anak panah lelaki itu tepat mengenai burung merpati malang itu. Burung merpati putih itu jatuh ke atas padang yang terbentang luas.

Lelaki itu kemudian memacu kudanya ke tempat burung itu jatuh sambil diikuti seorang lelaki yang turut menunggang kuda berwarna coklat. Lelaki yang memanah burung itu kemudian turun daripada kuda untuk mengambil ganjarannya. Pemilik kuda coklat yang berkumis nipis itu turut turun dari kudanya. Dia menepuk-nepuk bahu pemanah itu seperti mengucapkan tahniah.

"Tak sangka dia akan menjadi sehebat itu. Padahal sebelum ini, nak naik kuda pun tak reti." Ngomel Puteri Alissa sambil menguntum senyuman.

"Tengoklah, siapa gurunya."

"Jeneral Raqiem saja yang mampu bersabar dengan Rayyan."

"Tengok, Alissa saja yang memahami Jeneral kira." Puteri Alissa menghadiahkan satu cubitan pada lengan kekandanya itu. Malu dirinya diusik sebegitu rupa. Mujurlah tika itu tiada siapa yang berada disitu. Kalau tak bertambah malulah dirinya nanti.

Putera Mateen melambaikan tangannya kearah dua orang pemuda yang masih berada di padang rumput itu. Mereka membalas kembali lambaian pemerintah kerajaan Lembah Almeera.

"Mari Alissa, kanda ingin bersantap bersama mereka berdua sambil berbincang tentang strategi kita seterusnya. Dinda turut serta sekali ya?"

"Untuk apa? Dindak an kurang mahir mengenai bidang ketenteraan. Kanda, Jeneral Raqiem dan Rayyan sahaja sudah cukup untuk berbincang."

"Kanda tetap perlukan dinda. Ingat, ini kerajaan warisan dari ayahanda. Kalau satu hari nanti kanda sudah tiada, Kanda mahu dinda mengambil alih tampuk pemerintahan."

"Apa yang kanda merepek ni? Kanda mahu ke mana? Kanda jangan tinggalkan Alissa. Alissa dah tak punya siapa-siapa lagi." Rintih Puteri Alissa. Hatinya terasa sebak. Kata-kata Putera Mateen itu membuatkan dirinya berasa sedih. Dia takut apa-apa terjadi terhadap abang kesayangannya itu.

"Semua yang hidup pasti akan merasai mati Alissa. Cuma masanya sahaja yang kita tak pasti bila. Lagi pun nanti Alissa pasti akan bersuami. Kanda tak akan selamanya dapat menjagamu. Jadi kanda mahu Alissa bersedia untuk hidup berdikari tanpa kanda."

"Kanda...'

Puteri Alissa mendakap erat tubuh Putera Mateen. Pelukkannya cukup erat. Seperti tidak mahu melepaskan Sultan yang berusia 30-an itu. Putera bermata biru itu mengusap lembut kepala adindanya. Dia tahu kenyataannya tadi membuatkan Puteri Alissa berasa sedih. Tetapi dia mahu Puteri Alissa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Peperangan dengan kerajaan Merlin tidak dapat dielakkan lagi. Bila-bila masa sahaja pertempuran akan berlaku. Dia sendiri yang akan mengetuai angkatan tenteranya dalam peperangan menentang kerajaan Merlin. Dalam peperangan itu nanti pasti banyak nyawa yang bakal terkorban termasuk dirinya. Jadi dia mahu warisnya nanti bersedia untuk memimpin kerajaan mereka nanti. Dan warisnya nanti pastilah Alessa.

Dia juga telah merancang sesuatu untuk adiknya nanti. Dan rancangan itu akan dilaksanakan sebelum dia melangkah ke medan perang. Dia mahukan keselamatan adiknya terjamin.

"Sudahlah Alissa, jangan buat scene sedih dekat sini. Malu kalau orang tengok." Putera Mateen meleraikan pelukan adiknya.

"Scene? Apa tu?" Puteri Alissa mengesat air mata yang menitis dengan jari jemari yang runcing.

"Scene? Kanda pun kurang pasti sebenarnya. Tapi Rayyan selalu sebut perkataan tu."

"Hurm... Kanda ni memang dah terpengaruh dengan Rayyan tu. Makin banyak perkataan pelik-pelik yang kanda sebut lately."

"Lately? Nampaknya bukan kanda seorang yang terpengaruh dengan Rayyan."

Putera Mateen menguntum senyuman mengusik. Puteri Alissa hanya mencebikkan muka. Malas melayan usikan kekandanya.

Sudahlah kanda. Mari kita kembali ke dalam istana. Matahari dah tinggi ni. Kanda ada mesyuarat dengan jemaah menteri kan sebentar lagi?"

"Oh, ya! Kanda hampir terlupa. Alissa turut serta sekali ya. Kanda perlukan adinda untuk usul mengenai sistem pengairan untuk mengelakkan banjir di kawasan Anggora."

"Kalau begitu, apa kata kita jemput Rayyan untuk turut serta. Dinda tertarik dengan cerita sistem saliran yang digunakan di tempatnya. Mungkin kita boleh gunakan cara yang sama di kawasan Anggora.

"Kalau begitu, nanti Kanda akan pinta Ehsaan untuk menjemput Rayyan dan Jeneral Raqiem sekali."

Dua orang kerabat diraja itu berjalan beriringan menuju ke dalam istana. Dari kejauhan kelihatan seekor burung gagak bersembunyi disebalik rimbunan daun sebatang pokok. Burung bermata merah memerhati segala tindak-tanduk pewaris kerajaan Almeera itu. Selepas Putera Mateen dan Puteri Alissa masuk ke dalam istana, burung gagak itu pun mengepakkan sayapnya dan terbang jauh menghindari kawasan istana.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.