Home Novel Fantasi Gerbang Rahsia
Gerbang Rahsia
miazahra
5/9/2019 21:45:06
66,501
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 5

Amir mengesat peluh didahi dengan menggunakan tuala jenama Good Morning. Hasil kebunnya seperti pisang, cempedak, ubi kayu dan sebagainya diletakkan di ruang belakang van. Pak Ngah Jasin mengira semua hasil kebun yang dimasukkan ke dalam vannya. Not seratus dikeluarkan dari kocek baju lalu diserahkan kepada Amir.

"Eh, banyak ni Pak Ngah." Amir terkebil-kebil melihat wang kertas itu. Jumlah itu terlalu besar baginya, tidak sepadan dengan apa yang dijual kepada Pak Ngah Jasin.

"Tak apa. Ambil aja. Pak Ngah sedekahkan untuk kamu dengan Zahlia. Orang tua yang berusia lebih separuh abad itu menghulurkan duit kertas itu kepada Amir. Amir mendoakan kesejaheraan orang tua itu di dalam hati. Pak Ngah Jasin terlalu baik kepadanya. Dia tidak pernah ambil peduli fitnah orang kampung kepada keluarga Amir.

"Oh, ya. Pak Ngah nak minta tolong kamu sikit boleh?" Topi bulat yang dipakai dikipas-kipas untuk menyejukkan badan yang mula terasa panas dan berpeluh.

"Tolong apa Pak Ngah?"

"Tolong hantarkan sayur dan ikan keli ke rumah mendiang Tuan Howard tu esok. Pak Ngah tak boleh pergi, Mak Ngah kamu nak ke rumah saudaranya petang ni. Ada kematian. Takut Pak Ngah tak sempat balik ke sini semula malam ni."

"Amir, kalau tak boleh pergi tak apa. Pak Ngah pergi sendiri nanti ye?" Kata lelaki iu setelah lama Amir mendiamkan diri. Lelaki itu memegang lembut bahu Amir. Dia tahu Amir berat hati untuk ke rumah itu. Rumah itu sudah seperti puaka bagi Amir. Dia tidak mahu memaksa.

"Tak apalah. Amir boleh pergi. Tapi Amir pinjam motor Pak Ngah ye?" Lelaki itu sudah terlalu baik terhadap dirinya. Dia kasihan melihat Pak Ngah Jasin. Lelaki itu sepatutnya berehat dirumah dalam usia sebegini, tapi masih juga orang tua itu membanting tulang di kebun.

"Betul ni?"

"Betul..." Pak Ngah Jasin menepuk-nepuk bahu anak muda itu. Dia kagum dengan semangat yang dimiliki oleh Amir. Dia yang menanggung keluarga setelah ketiadaan kedua orang tuanya. Mana hendak belajar lagi, dengan menjaga Zahlia dan bekerja sambilan membantunya dikebun.

"Kalau macam tu tak apalah. Pagi esok datang ke rumah Pak Ngah ye? Jangan lambat pulak. Sebab diorang nak buat kenduri sebelah malam. Kenduri masuk rumah katanya."

"Oh..." Amir meneruskan pekerjaannya. Dia malas mahu melanjutkan perbualan mereka. Dalam hatinya memikirkan sesuatu.

KEESOKAN PAGINYA Amir bersiap-siap awal untuk ke rumah Pak Ngah Jasin. Zahlia didapur sibuk menggoreng bihun. Amir melihat dirinya dihadapan cermin.

"Siapa yang baru pindah ke situ agaknya..."

"Amir, makan!!!" Suara Zahlia yang seperti guruh itu mematikan lamunan Amir. Jam tangan Casio pemberian arwah ayahnya dipakaikan dipergelangan tangan kanan. Langkah kaki dihalakan ke dapur.

"Lambat... Bersiap mengalahkan perempuan." Teh tarik dituang ke mug berwarna merah lalu diletakkan dihadapan Amir.

"Suka hati la... Orang ni banyak peminat tau. Kena la jaga penampilan." Zahlia mencebik muka, menyampah.

"Banyak la kau. Makanlah dulu. Akak nak masuk bilik bersiap." Apron Doraemon dipakainaya ditanggalkan lalu disangkut di dinding. Amir hanya mengangguk. Bihun goreng disuap ke dalam mulut. Serta merta mukanya berubah.

"Masinnya!!! Kak aku ni nak kahwin dah ke apa?" Dia hanya mampu menggelengkan kepala. Zahlia memang tak ada bakat memasak. Kadang-kadang garam dan gula pun bertukar lagi sampaikan arwah mama terpaksa meletakkan label pada bekas garam dan gula. Amir mengeluh lemah.

"Mama... Amir rindukan mama..." Air mata yang menitis dipipi segera disapu dengan hujung jari. Dia tidak mahu kakaknya melihat dirinya yang sedang sedih. Cukuplah selama ini Zahlia menyalahkan dirinya sebagai penyebab kematian kedua orang tua mereka.

"Okey, siap. Jom." Laung gadis berkulit hitam manis itu. Zahlia sudah berdiri dimuka pintu bersedia untuk menyarungkan kasut bertutup berwarna hitam. Amir segera mengemas meja makan lalu berlari ke arah ruang tamu. Kakaknya yang seorang itu bukan boleh menunggu lama. Nanti bernanah telinga Amir mendengar Zahlia membebel. Tapi kalau Zahlia yang lambat tak apa pula.

"Cepat pulak siap. Surah Yassin ada bawa?" Songkok di atas almari dicapai lalu diletakkan di atas kepala.

"Dah. Jomlah cepat. Nanti lambat." Setelah memastikan pintu rumah selamat dikunci, mereka berjalan beriringan ke tanah perkuburan. Sudah menjadi kemestian mereka setiap jumaat untuk ke sana bagi mendoakan kesejahteraan insan yang mereka kasihi. Sepanjang berada ditanah perkuburan. Mereka tidak perasaan yang ada sepasang mata yang memerhatikan setiap tingkah laku mereka.

"Assallamualaikum..." Amir berdiri dimuka pintu.

"Wa'alaikummussallam..." Bagai dapat membaca fikiran Shima, dia memberitahu tujuan kedatangannya.

"Saya tolong hantarkan barang yang mak cik pesan dari Pak Ngah Jasin. Dia tak dapat datang sebab ada hal."

"Oh, boleh tolong bawakkan ke dalam tak?" Shima menghadiahkan senyuman.

"Boleh." Jawab Amir pendek. Bungkusan plastik berisi ikan keli dan sayuran segar dibawa masuk ke ruang dapur. Habis sahaja memunggah segala barangan yang dipesan Amir segera meminta diri untuk pulang.

"Ini duitnya." Shima menghulurkan not RM 50 kepada Amir.

" Eh, Pak Ngah cakap dah bayarkan?"

"Tak apa. Ni upah untuk kamu sebab tolong punggahkan barang-barang tu."

"Eh, tak apa. Benda kecil aje." Amir menolak lembut. Niatnya ikhlas. Kalau Shima tak memintanya untuk memunggahkan barang-barang itu pun dia pasti akan mengofferkan dirinya untuk menolong wanita itu.

"Tak apalah. Mak cik pun ikhlas nak bagi." Shima menghulurkan not RM50 itu kepada Amir. Amir menerima duit itu dengan rasa malu. Memang dia malu apabila sering diberi bantuan kewangan begitu. Dia tidak suka melihat pandangan mata simpati orang ramai kepadanya. Dia benci perasaan itu. Dia tahu mereka yang membantu itu berniat ikhlas. Tetapi entahlah. Dia berasa useless diperlakukan begitu.

'Tak apalah, ini semua untuk Kak Zahlia.'

"Mama!!!" Lamunannya terhenti.

"Mama! Mama nampak Black tak?"

"Mana mama tahu. Mama bukan P.A kucing kamu tu..." Shima kembali ke meja empat segi diruang dapur itu meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.

"Mama ni... Black hilang dari subuh tadi tau... Tolong la cari. Sarah takut Black hilang..." Muka Maisarah sedikit mencuka. Barangkali geram dengan sikap acuh tak acuh ibunya itu.

"Mak cik, saya minta diri dulu ye..." Amir mencelah meminta izin untuk mengundurkan diri.

"Terima kasih ye... Jangan lupa datang nanti ye? Bawa la family sekali." Amir sekadar senyum tanda mengiyakan.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.