“ Hey bro, how are you? Macamana projek kau kat Dubai
tu?” Tegur Izam. Nasrul terkejut lantas menutup laptopnya. Sejak bila Izam masuk
bilik dia, langsung dia tidak sedar. Sedar-sedar Izam sudah duduk di kerusi.
“Bila kau masuk, Izam?” Soal Nasrul pelik.
“Mana kau nak sedar, Nas? Tekun giler kau buat kerja aku tengok
tadi. Agaknya bunyi bom meletop, pun kau tak dengar” Perli Izam.
“Takdelah, aku busy buat finding ni. Nak hantar report projek kat
Dubai pada daddy aku nanti”
“Dah settle ke?” Soal Izam sambil matanya melilau ruangan bilik
Nasrul. Rekabentuk bilik dengan berkonsepkan minimalis sudah cukup sempurna
dimatanya.
“Dah”
“Congrate, Nas. Kau dah
banggakan daddy kau. Tak sia-sia daddy kau bagi handle projek tu. Kau boleh buat semua tu” Izam memberi sokongan.
“Welcome, Zam. Kau pun
banyak bagi sokongan kat aku” Ujar Nasrul tersengih. Izam adalah kawan rapatnya
sejak zaman universiti lagi. Mereka sama-sama dalam jurusan pentadbiran
perniagaan di Uitm, Shah Alam.
“No problem! Jom lunch, perut aku dah lapar ni” Ajak Izam.
Nasrul masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Nasrul ni, kalau bab kerja
langsung tak ingat nak makan.
“Kejap lagi aku lunch, kau pergilah dulu” Balas Nasrul menyambung
kerjanya yang tergendala tadi. Izam bangun dari kerusi.
“ Alah lunch kejap aje. Come on Nas, kerja kau tu bila-bila
boleh settle”
“Yalah, yalah” Ujar Nasrul beralah. Segera dia bangun dari
kerusinya lalu membuntuti Izam dari belakang.
“Oh, mak kau!” Mak Wan melatah. Daliya mengusik Mak Wan ketika
orang tua itu sedang sibuk berada di dapur. Memang dia suka mengusik Mak Wan, orang
tua itu memang rajin melayannya. Tidak tahu pula yang Mak Wan kuat melatah
orangnya.
“Astagfirullahalzim, Liya…nasib baik senduk elok je kat tangan Mak
Wan ni, kalau tak dah lama Liya kena senduk ni tadi. Hisy budak ni. Takde
penyakit, cari penyakit” Bebel Mak Wan, menggeleng-gelengkan kepala.
“Er, sorry Mak Wan” Muka
Daliya serba-salah.
Mak Wan menjeling Daliya “Dah, jangan buat lagi tau. Karang Liya
tak masuk hospital, Mak Wan pula kena masuk hospital sebab sakit jantung”
“Okey, Mak Wan. Lepas ni Liya tak buat macam tu lagi” Daliya
mengangkat tangan gaya orang mahu berikrar.
“Mak Wan tak marah pun. Mana boleh Mak Wan marah, nanti Liya lari.
Kalau Liya takde, tinggallah Mak Wan sorang-sorang kerja kat sini. Mestilah
rasa sunyi”
Daliya tersengih macam kerang busuk “Mak Wan ni, ke situ pula. Liya
nak lari ke mana?”
Mak Wan tersenyum lalu menyambung kerjanya semula.
“Mak Wan nak masak apa tu?” Daliya menyoal. Dari tadi dia tengok
orang tua itu sibuk mengacau adunan tepung dalam mangkuk.
“Hah…Liya mesti suka kuih ni, kan?”
Daliya mengerutkan dahi. Keningnya dijongketkan. Tidak tahu kuih
apa yang dimaksudkan oleh Mak Wan “Kuih apa tu, Mak Wan?” Soalnya ingin tahu.
“Nama kuih ni, kuih nona manis, Liya. Kuih ni asalnya dari
Indonesia. Sedap ni Liya. Boleh datin dan datuk minum petang dengan kuih ni
nanti” Ujar Mak Wan panjang lebar.
“Ye ke, Mak Wan? Macam menarik je kuih ni. Mesti sedap, kan?” Soal
Daliya ingin tahu.
Mak Wan tersenyum.
“Memanglah sedap. Kalau Liya nak resepi, bagitahu aje pada Mak
Wan. Nanti Mak Wan boleh bagi” Ujar Mak Wan.
“Okey, Mak Wan”
“Liya seronok kerja kat sini?”
“Mestilah seronok Mak Wan…kalau tak, dah lama Liya cari kerja
lain. Kenapa Mak Wan tanya?” Soal Daliya pula.
Mak Wan tersengih “Tak ada apalah, Liya. Saja Mak Wan tanya.
Daliya mengangguk “Okeylah Mak Wan, Liya ke depan dulu ya. Nak
sambung balik kerja”
Nasrul
melangkah perlahan masuk ke dalam rumah dan membawa haluan ke ruang tamu. Dia
melabuhkan punggung di atas sofa lembut itu. Briefcase kulit berwarna hitam
diletakkan di atas meja kecil. Dia menyandarkan badan pada sofa lalu menghela
nafas lega. Sebaik saja melihat kelibat Daliya melintas, dia memanggil gadis
itu.
“Kau
busy ke?” Soal Nasrul sambil mata tidak berkelip merenung Daliya. Daliya
berpaling ke tempat lain.
“Er,
taklah. Awak nak apa?”
Nasrul
merengus “Buatkan aku air. Aku nak fresh orange. Boleh kau buatkan?”
“Okey!
Tunggu tau” Ujar Daliya tersengih.
“Hurm, jangan lama sangat. Aku haus ni” Nasrul
menjeling. Tidak sampai lima minit, Daliya muncul dengan fresh orange di
tangan. Nasrul meneguknya dengan rakus sekali. Daliya memandang kelakuan Nasrul
itu.
“Ada
apa-apa lagi, Encik Nasrul?”
Daliya
menyoal.
Nasrul
buat-buat tak dengar. Macam patung aje Daliya tunggu di situ. Dia mencapai
remote astro membuka siaran televisyen membiarkan Daliya terpinga-pinga di
situ.
“Encik
Nasrul, awak dengar tak apa saya cakap?” Muka Daliya tidak puas hati.
“Er,
apa awak tanya tadi? Saya tak dengarlah”
Daliya
mencebik.
“Saya
tanya awak nak apa-apa lagi tak? Kalau tak ada, saya nak ke dapur sekarang”
Balas Daliya. Meluat gila dia dengan sikap Nasrul itu. Pura-pura tak dengar
kononnya.
“Awak
nak buat apa?” Soal Nasrul bodoh. Terkulat-kulat dia memandang Daliya.
Daliya
mengerutkan dahinya. Apa punya soalanlah lelaki ni.
“Saya
nak ke dapur nak tolong Mak Wan masak. Encik Nasrul, kalau nak tanya, tanyalah
soalan logik sikit. Okeylah, saya nak ke dapur dulu. Kalau nak apa-apa, panggil
jela ya”
Nasrul
diam. Daliya sudah menghilang di dapur. Dia mengutuk dirinya sendiri. Malu juga
ditegur Daliya tadi. Nasib baiklah dia pandai control macho.
“Nasrul,
bila balik?” Datin Maimon menyoal. Dia melabuhkan punggung di sebelah Nasrul.
“Baru
tadi, mummy. Daddy mana?” Soal Nasrul sambil matanya melilau-lilau sekeliling.
“Ada
kat bilik tengah berehat. Nas pergilah berehat kat bilik. Mummy tengok muka Nas
macam penat semacam aje”
Nasrul
bangun “Okey, mummy. Nas naik bilik dulu. Nak solat maghrib dulu. Kejap lagi,
kita turun makan sama-sama”
Datin Maimon mengangguk lalu tersenyum.