“Kenapa awak pandang saya macam tu? Kalau awak
marah fasal semalam, saya minta maaf” Ucap Daliya perlahan. Nasrul dari tadi
asyik menjelingnya. Naik seram pun ada.
“Duduk!” Arah Nasrul keras. Daliya menurut.
Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas sofa empuk itu.
“Fasal semalam, erm…”
“Tak payahlah nak minta maaf kat aku, bukan
salah kau pun. Sekarang ni, kau free tak?” Nasrul memandang raut wajah bujur
sirih Daliya. Daliya memandang Nasrul pula. Baguslah, kalau Nasrul fikir macam
tu, sekurang-kurangnya lega sikit hati dia.
“Awak nak suruh saya buat apa?” Soal Daliya
naif. Nasrul merengus kuat. Daliya tenang memandang wajah Nasrul yang bertukar
merah. Kejap angin lelaki itu baik, kadang-kadang macam singa saja. Ada
musimnya juga kot.
“Jawablah, kau free ke tak sekarang? Susah
betul nak jawab soalan aku ni” Gerutu Nasrul.
“Tengah freelah ni. Awak tak nampak ke saya
tengah duduk ni? Cakaplah, awak saya nak saya suruh buat apa-apa ke? Lekas
bagitahu, sebelum saya tutup offer saya ni” Daliya melawak. Yalah, tengok muka
Nasrul berubah singa tadi, siapa tak gerun.
Tidak semena-mena, Nasrul ikut ketawa “Pandai
kau buat lawakkan. Tak kelakar langsung” Perlinya. Daliya pantas bangun dari
sofa.
“Jangan buang masa saya, Encik Nasrul. Kalau
awak takde apa nak bagitahu, saya nak sambung balik kerja saya”
“Nanti dulu” Nasrul memandang wajahnya. Daliya
memalingkan muka ke jendela luar.
“Buatkan aku spaghetti, tekak aku rasa nak
makan. Kau reti ke buat?” Soalnya seolah-olah memperlekehkan Daliya. Daliya
tersenyum tenang. Eleh, setakat masak itu pejam celik siaplah. Ingatkan apalah
tadi, desisnya.
“Bagi aku 30 minit” Lagak Daliya mengalahkan
chef lalu meninggalkan Nasrul yang tersengih-sengih memandangnya.
“Okay,
we see” Balas Nasrul sebelum Daliya sudah menghilang di dapur.
Nasrul menilik jam. Tiga puluh minit sudah
berlalu seperti yang dijanjikan, Daliya masih belum muncul. Bibirnya mengukir
senyum. Agaknya spaghetti yang dimasak sudah hangit. Fikirnya yang buruk-buruk
mengenai Daliya. Daliya, Daliya…kenapa tak berterus-terang aje kau tak pandai
nak buat benda-benda macam tu.
“Spagetti oglio olio siap, tuan” Jerit Daliya
mengejutkan Nasrul. Dia meletakkan pinggan berisi spaghetti ke atas meja. Sudu
dan garpu sudah juga sudah sedia diletakkan di atas pinggan corak bunga itu.
“Lambat lima minit” Tegur Nasrul. Daliya
tersenyum.
Aroma bau spaghetti terasa menusuk ke
hidungnya. Ternyata Daliya memang betul-betul berani menyahut cabarannya tadi.
Nasrul lantas mencapai sudu dan garpu. Daliya asyik memandangnya. Mahu
mendengar komen dari Nasrul.
“Baca bismillah dulu” Daliya menegur. Nasrul
mengangkat muka memandangnya. Malu ditegur begitu oleh gadis itu. Hampir-hampir
dia lupa tadi.
“Bismillah” Ucap Nasrul perlahan. Sesudu
spaghetti sudah singgah dimulutnya.
“Sedap ke?” Soal Daliya ingin tahu.
“Bolehlah, not
bad” Balas Nasrul sepatah.
Daliya menarik muka masam.
“Not bad? Penat tau saya masak. Alah, kalau sedap
cakaplah jelah. Dah dua kali awak tambah saya tengok” Daliya mencebik.
Nasrul terdiam dan buat-buat pekak lalu bangun
dari sofa meninggalkan Daliya yang
terkebil-kebil di situ.
“Who are
you?” Soal Tengku Helina dengan nada menjengkelkan. Dipandangnya Daliya
dari atas ke bawah. Daliya tidak bersuara. Lidahnya terkelu. Seorang gadis
berpakaian seksi skirt paras betis dan berkasut tumit tinggi direnungnya. Belum
pernah dia lihat gadis itu sepanjang dia bekerja di situ.
“Err, Daliya. Panggil Liya je” Jawab Daliya.
Tengku Helina pandang acuh tak acuh ke wajah Daliya.
“I Tengku Helina. Call me Tengku Helina. I datang
nak jumpa Nasrul. Boleh bagi I masuk? Lenguh lutut I berdiri lama-lama kat
sini”
Daliya mengangguk lalu segera memberi laluan.
Tengku Helina meluru masuk hampir terlanggar bahunya. Daliya menarik nafas
perlahan. Layankan saja karenah perempuan gedik itu.
“Cik” Daliya memanggil. Tengku Helina menoleh
ke belakang.
“Excuse me, Tengku Helina…” Jeling Tengku
Helina.
“Tengku Helina lupa nak buka kasut” Beritahu
Daliya sambil cuba menahan gelak. Muka Tengku Helina sudah memerah “Thanks”
Angkuh nadanya sebelum keluar ke pintu.
“Nas” Gedik suara Tengku Helina memanggil
Nasrul yang sedang duduk di sofa. Kemudian dia melabuhkan punggung di sofa
bersebelahan Nasrul. Muka Nasrul ketika itu berubah 360 darjah.
“Elin, apa you buat kat sini? Er, bila you
sampai?” Soal Nasrul berbasa-basi. Dia cuba menjarakkan sedikit kedudukan dari
Tengku Helina.
“Babe, I dengar you jatuh tangga. Macamana you
boleh jatuh? You ni cuai sangatlah” Ngomel Tengku Helina manja.
“Kaki you dah okay ke?” Soal Tengku Helina
lagi. Nasrul mengangguk.
Berbulu telinga Daliya mendengar suara
terlebih over Tengku Helina. Bertambah
meluat pun ada tengok gadis itu asyik merenung saja ke muka Nasrul. Memang
padan sangat dengan Nasrul. Eh, aku cemburu ke? Desisnya. Tapi kenapa Nasrul
buat tak layan aje kat Tengku Helina?
“Kenapa orang gaji you lembap sangat ni?
Tetamu datang buatkan air, bukannya berdiri macam patung aje kat situ” Tengku
Helina menjeling Daliya. Daliya menjegilkan biji mata. Amboi, sedap betul
bahasa kau. Aku bukannya bekerja dengan kau nak buat macam-macam.
“Liya, pergi ke dapur tu bawakan dua gelas
juice orange. Now!” Arah Nasrul tegas. Tengku Helina tersenyum. Suka benar dia
lihat muka Nasrul serius menyuruh gadis itu ke dapur.
“Okey, tuan” Daliya menjawab.
Daliya keluar dari dapur membawa sedulang
berisi dua gelas juice orange. Tengku Helina asyik membelek-belek handphone
sambil itu tersenyum sorang-sorang. Nasrul pula merenung televisyen. Takde
agaknya topik nak dibualkan. Tengok muka Nasrul macam terpaksa aje layan
karenah Tengku Helina itu.
“Elin tak nak lunch kat sini ke? Alang-alang
dah singgah sini. Eloklah lunch terus kat sini” Ajak Datin Mariam
bersungguh-sungguh. Nasrul masih duduk melayan televisyen seolah-olah rancangan
televisyen itu yang menarik perhatiannya.
“Okay auntie” Bagai dipucuk ulam mendatang,
Tengku Helina terus saja bersetuju dengan pelawaan Datin Mariam itu. Daliya
sudah beransur ke dapur mahu segera menyiapkan hidangan di atas meja. Mak Wan
ada di dapur ketika itu. Daliya menolong apa-apa yang patut.
“Usah malu-malu Elin, duduklah. Bukan selalu
pun” Datin Mariam tersengih. Tengku Helina mengambil tempat di sebelah Nasrul.
“Siapa yang masak semua lauk ni, auntie?” Soal
Tengku Helina. Banyak pulak tu. Ada ayam rempah, air asam, sayur kailan, sambal
sotong dan pencuci mulut.
“Mak Wan dan Liya yang masuk lauk-lauk ni. Mak
Wan tak larat nak buat sorang-sorang, Elin. Mujurlah ada Liya ni” Puji Datin
Mariam.
“Tengoklah Nas tu. Sampai dua kali tambah.
Sedap sangat agaknya tu. Elin, tambahlah lagi. Tak payah nak segan-segan kalau
kat rumah auntie ni”
Tengku Helina menjeling Nasrul disebelahnya, sebelum memandang semula ke arah Datin Mariam.
“Semalam Mak Wan
tengok macam serius aje Liya berborak dengan Nas. Ada apa-apa ke?” Usik Mak
Wan. “Takde apalah Mak Wan. Tuan tu teringin sangat
nak makan spaghetti, jadi Liya buatkan spaghetti oglio. Tak ada apa-apa pun”
Jawab Daliya panjang lebar. Mak Wan mengerutkan dahi.
“Spagetti apa, Liya?”
“Oglio olio”
“Hah? Oglio ke elio? Aduh, terbelit lidah Mak
Wan nak menyebutnya. Mak Wan manalah tahu masakan western ni” Bebel Mak Wan.
Daliya mengekek ketawa. Lucu.
“Oglio oliolah Mak Wan” Ulangnya sekali lagi.
Mak Wan tersenyum penuh makna “Mak Wan tengok
sepadan sangat Liya dengan Nas tu. Liya tak suka Nas?” Soal Mak Wan ingin tahu.
Kalaulah benar, alangkah bagus juga. Daliya seorang yang lemah-lembut walaupun
kadangkala ada nakalnya juga. Nasrul pula degil orangnya. Hurm, padan sangatlah
tu.
“Merepeklah Mak Wan ni. Tak sesuai langsung
pun. Cuma orang gaji ajelah” Daliya merendah diri.
Mak Wan menggeleng-geleng.
“Hisy tak baik Liya cakap macam tu. Liya dah
ada boyfriend ke?”
Daliya tersengih-sengih “ Boyfriend? Er…takde.
Mak Wan tanya ni sebab nak padankan dengan anak jiran sebelah ke?” Usiknya.
Mak Wan memandang sekilas ke wajah putih
bersih Daliya.
“Takde? Liya cantik, manis pulak tu. Takkanlah
takde boyfriend?” Mak Wan tidak percaya. Sangkanya Daliya cuma main-main.
“Buat apa Liya nak tipu. Betullah, Mak Wan”
Daliya menafikan. Sambil itu tangannya lincah memotong bawang lalu dimasukkan
ke dalam pinggan.
“Mak Wan nak masak apa arini?” Daliya
cepat-cepat mengubah topik perbualan. Mak Wan menoleh, Daliya memang suka
mengelak.
“Ikan pari masak asam”
“Wah, sedap tu Mak Wan” Puji Daliya.
“Apalah Liya ni. Belum rasa lagi bukan main
puji dia” Mak Wan menggeleng-gelengkan kepala. Daliya memegang bahu Mak Wan.
“Dengar nama pun dah sedap Mak Wan. Mak Wan masak
apa pun semua sedap” Kembang hidung Mak Wan mendengar Daliya memujinya.
“Liya pun apa kurangnya. Tak payahlah nak puji
Mak Wan lebih-lebih” Kata Mak Wan sambil tersengih-sengih.
“Biasa ajelah, Mak Wan. Banyak lagi yang Liya
kena belajar. Tapi, takpelah Mak Wan ada. Bolehlah Liya belajar memasak dengan
Mak Wan" Balas Daliya.