Home Novel Cinta ENGKAU YANG AKU SAYANG
ENGKAU YANG AKU SAYANG
NOR RAFIDAH JAMIL
21/10/2014 17:37:23
21,621
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1
Raisya membuang pandang ke lautan biru luas yang melatari matanya tatkala itu. Hampir setengah jam dia duduk bersimpuh di atas pasir. Tenang dan mendamaikan. Tudung dia turut berkibar-kibar gara-gara tempias sang angin. Pulau Senojaedo, itulah lokasi percutiannya kali ini. Dia tersenyum seorang diri kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki ke situ jua. Puas jugalah nak pujuk ayahnya memberinya keizinan ke situ, akhirnya setelah berbagai alasan barulah, ayahnya memberi kebenaran.

Telefon bimbit di dalam beg sandang berdering lantas mengejutkannya. Terpapar nama Syikin, roomatenya di skrin telefon.

“Eh Raisya! Kau ada kat mana tu babe?” Suara lantang Syikin menerjah gegendang telinga. Itu dia, Syikin. Beri salam tak, terus main redah. Dia menjarakkan sedikit telefon dari telinga.

“Bagi salam dulu Cik Syikin oi, main terjah aje. Nasib tak luruh jantung aku ni” Ngomel Raisya memarahi sikap gelojoh Asyikin.

“Yalah, tuan puteri, intan payung.Assalamualaikum…”

“Waalaikummussalam…Hah, kan bagus macam tu. Sopan aje dengar” Raisya tersengih. Sambil menjawab panggilan Syikin, mata dia sesekali melorot ke arah seorang budak perempuan kecil sedang bermain bola di situ.

“Bagitau aku kau kat mana tu? Bertuah punya kawan, baru je tiga hari dekat sana langsung tak ingat nak call aku” Bebel Syikin dihujung talian.

Raisya mengekek ketawa. Gaya Syikin membebel mengalahkan mak-mak orang.

“Mana ada lupa kau. Kau tu je agaknya tak ingat kat aku. Aku okey je kat sini. Aku ada kat Senojaedo ni. Ada apa kau call?”

“Senojaedo? Apa bendanya tu?” Soal Syikin. Belum pernah dia mendengar nama pelik itu sebelum ini.

“Nama pulau. Aku kat pulaulah ni” Jawab Raisya.

“Oh, aku ingatkan apa kebendanya tadi. Najmi ada call kau ke, Raisya?”

“Alamak!” Raisya terkejut, seraya menepuk dahi.

Syikin tersengih “Itulah kau. Muda lagi pun nyanyuk. Aku nak sampaikan pesan buah hati kau tu, Najmi asyik callaku tanya fasal kau. Dah dua hari handphone aku ni tak reti duduk diam tau.”

“Ala.Yeke?Macam aku boleh tak perasan?” Raisya mati kutu.

“Takpe, don’t worry. kau tak payah risau. Tahulah aku kelentong si Najmi tu. Kau jangan lupa reply mesej dia. Karang ada yang jadi singa pula nanti” Syikin bergurau.

Raisya mengekek ketawa.

“Lawak sangat ke?” Sindir Syikin.

“Taklah!Tak kelakar pun” Bidas Raisya pula.

“Eleh!Abis kenapa kau gelak?Kelakarlah tu” Bidas Syikin tidak puas hati.

“Kau nak kirim apa, Syikin?Alang-alang aku ada kat sini.Aku boleh tolong belikan souvenieror anythingyangkau nak kirim.Bagitahu ajelah” Raisya cuba mengubah topik perbualan.

“Hah…elok sangatlah tu.Ingat dah lupa kat aku tadi”

“Mana boleh lupa dekat kau.Cakaplah, kau nak kirim apa?Sebelum aku tutup offer aku ni” Ugut Raisya.Menggelebah habis Syikin.Pucuk dicita ulam mendatang.Mana boleh dia tolak mentah-mentah.Bukan selalu berpeluang dapat ole-ole dari negara matahari terbit itu.

“Yalah,yalah…Aku tengah sibuk sekarang. Nanti-nantilah aku mesej kau. Raisya, aku tak boleh nak call kau lama-lama, ada hal babe. Bye!” Tutur Syikin sebelum mematikan talian.

Raisya memasukkan semula handphone ke dalam beg sandang lalu fokus kembali merenung keindahan laut biru itu. Air laut yang beralut lembut terasa membuai-buai perasaannya tatkala itu. Kesyukuran dipanjatkan di dalam hati menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi. Baru saja merasai kenikmatan sang angin bertiup lembut dari arah barat itu, tumpuannya terganggu akan lembaga yang tenggelam timbul sedang terkapai-kapai ditengah-tengah laut.Dadanya cemas, ditoleh kiri dan kanan.Namun, cuma dia yang berada di situ ketika itu.Hari telah merangkak senja, sudah pasti semua orang sudah pulang ke tempat masing-masing.

Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun ke dalam laut. Ini melibatkan soal nyawa, dia tidak boleh melarikan diri begitu saja. Lagipun, hanya dia seorang yang berada di situ ketika itu.Dengan sekuat kudrat yang ada, dia menarik tubuh lelaki itu sehingga ke darat.Mujurlah, air laut tidak terlalu dalam waktu itu.Kalau air pasang ketika itu, agak susah jugalah.Dada bidang lelaki itu ditekan berkali-kali, berharap air laut yang masuk akan berlalu keluar.Merah padam mukanya.Agaknya apa reaksi lelaki itu nanti sebaik saja tersedar.

Raisya Sufi menghentikan perbuatannya itu setelah terdengar lelaki itu terbatuk-batuk. Lantas dia menarik nafas lega.

“Encik okey ke ni?” Nada Raisya benar-benar cemas.Soalannya tidak berjawab.Tetapi, dia masih memberi ruang untuk lelaki itu bersuara.Raisya hairan, lelaki itu asyik merenungnya tanpa berkelip biji mata.Dia buat-buat tidak nampak, mungkin juga terkejut dengan apa yang berlaku padanya sebentar tadi.Tekanya menapis semua fikiran yang bukan-bukan.

“ Perempuan ni menyusahkan!” Angin lelaki itu tiba-tiba sebelum bangun.

“Excuse me! Awak cakap saya menyusahkan awak? Hello…saya bergadai nyawa nak selamatkan awak tadi. Berani awak cakap saya macam tu” Bentak Raisya sambil bercekak pinggang. Orang macam ni tak boleh bagi muka langsung.Memang tak reti bersyukur agaknya.

Zakuan tersengih “ Saya tak cakap apa-apa pun.Kenapa awak tiba-tiba nak melenting?” Sindirnya sinis.

“Dah tu saya sorang perempuan kat sini.Memang ada orang lain ke kat sini?” Lawan Raisya.Mukanya merah.Kalau ikutkan hati, sudah lama dia ajar cukup-cukup lelaki itu.

“Boleh saya tahu apa nama awak?”Soal Zakuan.

“Tak penting untuk awak tahu!” Jawab Raisya sengaja bermain api dengan lelaki itu. ‘Aku peduli apa, dia yang mulakan dulu. Padan muka!’

“Okey!” Zakuan beralah.Dia pun tidak berminat nak tahu nama perempuan singa itu.

Are you Malay?” Raisya menyoal dengan dahi berkerut.Lelaki campuran Inggeris itu fasih pula berbahasa Melayu.

Yes!” Jawabnya sepatah.

Raisya terpempan “You look…” Dia tidak menyudahkan ayatnya.

“Kenapa? Handsome sangat ke muka saya ni?Ada ala-ala Leonardo Dicaprio sampai mulut awak tu ternganga luas macam tu?” Zakuan sengaja mengenakan gadis itu.Raisya lantas menutup mulut. ‘ Eeee…tolonglah jangan perasan’.Sempat lagi dia mengutuk lelaki itu dalam hati.

“Apa awak buat kat sini? Macam mana awak boleh lemas?”

Zakuan mengangkat bahu.Malas menjawab pertanyaan gadis itu.Belum masanya lagi untuk dia bercerita.Raisya mencebik.Ada lagi ke spesies pelik macam ni kat dunia ni.Orang tanya, jawablah.Apa susah sangat.Macam jawab soalan SPM pula.

My name is Aril Zakuan. Panggil aje saya Zakuan” Dia memperkenal diri tanpa dipinta.Raisya mengangguk perlahan.Boleh tahan nama tu.Sedap pulak dengar, ala-ala nama pelakon.

I’m killing myself” Zakuan membuat pengakuan.Muka ditundukkan ke bawah.Malu bertentang mata dengan gadis itu.Mesti gadis itu berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya.

“Eh, awak ni buat lawak ke?” Soal Raisya tidak percaya. Sudah hilang akalkah lelaki itu?

Zakuan menggeleng lemah.

“Kalau saya tahu awak bunuh diri, saya tak akan selamatkan awak tadi.Buang masa saya aje selamatkan awak .Apesal awak bunuh diri kat sini.Kan senang terjun aje bangunan, cepat sikit mati.Buat orang susah hati ajelah.Awak tahu kan bunuh diri itu satu dosa besar?” Raisya mulai hilang sabar.Aril terdiam.Kata-kata gadis itu sedikit menyinggung perasaannya.Dia tahu semua ini berpunca darinya.Tetapi gadis itu tidak berhak berkata begitu padanya.Melalui nada percakapan gadis itu, Aril tahu dia tidak ikhlas menyelamatkannya.

“Kenapa awak diam?Awak terasa ke apa yang saya cakap ni?” Raisya bertanya.

“Sudah puas membebel?” Perli Zakuan. Direnung tajam gadis bermata coklat hazel itu.

Sorry,I don’t mean it” Ucap Raisya meminta maaf.Sudahlah!Dia sendiri malas berbalah mengenai hal itu lagi.Pasti lelaki itu ada sebab tersendiri mengapa dia bertindak diluar jangkaan.Melihat renungan lelaki itu yang semacam, dia sendiri mahu cepat-cepat pergi dari situ.

It’s okay.It is my fault.Awak tak salah langsung apa-apa pun.Saya yang salah, buat keputusan bodoh macam ni” Zakuan menyalahkan dirinya.

Raisya serba-salah.Tahu yang kata-katanya tadi mengguris hati lelaki itu.Aduhai Raisya, bercakap itu biarlah berlapik sikit.

“Err…saya minta maaf” Ucap Raisya.

“Kenapa awak ni degil sangat?Saya dah cakap awak tak salah apa-apa pun kat saya.Tak perlulah nak minta maaf!” Nada suara Zakuan sedikit keras.Raisya mengerutkan kening tidak faham dengan sikap aneh lelaki itu.Pelik, pelik. Pertama kali dia berhadapan dengan lelaki macam tu.Minta maaf pun salah ke?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.