Irene
Ixora lantas menjawab panggilan itu sebaik sahaja telefon bimbitnya berdering
dengan berat hati. Suara garau yang amat dirinduinya itu menerjah gegendang
telinganya memberi salam.
“
Iren!” Panggil Zayid apabila tidak mendengar Irene Ixora tidak menjawab
salamnya.
“
Ya ada apa?” Soal Erene Ixora sebaik kembali ke alam realiti.
“
Awak okay? Awak masih marah kat saya lagi ke Iren?” Soal Zayid dengan nada
serba salah dihujung talian.
“
Tak” Irene menjawab sepatah.
“
Betul ni? Are you sure?”Soalnya
lagi.
“
Yes sure, I’m okay” Jawab Irene Ixora dengan nada suara yang kedengaran agak
hambar.
Irene Ixora melepaskan keluhan
perlahan sambil lalu memejamkan mata. Terasa baru semalam dia berkenalan dengan
Zayid. Kini sudah masuk lima tahun hubungan mereka. Dia merasakan Zayid sudah
tidak serius lagi padanya berbanding mula-mula dia mengenali lelaki itu di universiti suatu ketika dulu.
“ Iren, are you here?”
“
Sorry ganggu Iren malam-malam ni. Eren suka tak hadiah tu?”
“ Suka apa?” Irene Ixora memulangkan soalan
semula pada Zayid. Dia tahu apa yang dimaksudkan Zayid.
“
Sorry, saya tak makan cupcake. Saya
tak nak gemuk nanti. Awak makanlah sorang-sorang” Bidas Irene Ixora. Apa kes
pulak nak merajuk nak kena bagi cupcake, tak sweet langsung, kutuknya. Matanya
tidak lepas merenung kotak berisi cupcake
di atas meja.
Zayid
ketawa terbahak-bahak dihujung talian menyakitkan hati Irene Ixora. “ It’s okay Iren, saya tak marah awak pun.
Suatu hari nanti awak mesti suka cupcakeitu”
Ujarnya yakin.
“
Tak romantik langsung awak ni!” Kutuk Irene Ixora sengaja.
“ I miss
you, Iren” Ucap Zayid tulus dan ikhlas.
Irene
Ixora terkedu. Sebutir mutiara jernih jatuh mengenai pipi gebunya. Dia terharu
mendengar pengakuan ikhlas dari Zayid menyatakan dia turut merindui dirinya.
“
Jangan merajuk lama-lama ya sayang. Okaylah, Zayid nak masuk tidur dulu. See you later. Sweet dream”Ucapnya
sebelum meletakkan talian.
Irene
Ixora tersengih sendirian akhirnya. Entah kenapa cair juga hatinya yang bagaikan
kerak nasi itu apabila Zayid memujuknya.
“
Iren! Iren!” Pekik Rabiatul.
“
Irene Ixora!” Rabiatul memanggil nama penuh Irene Ixora.
“
Aku nak tanya kau boleh?” Rabiatul mengenyit-ngenyit matanya.
“
Ya Cik Rabiatul sayang, tanya banyak pun boleh” Irene Ixora berloyar buruk.
“
Hisy kau ni” Cebik Rabiatul. Boleh pulak berloyar buruk saat dia tengah serius.
Irene
Ixora memerhatikan muncung tajam Rabiatul.
Rabiatul
bangun dan duduk bersila di hadapan Iren Ixora. “ Kau cinta pada Zayid ya. Baik
bagitau aku cepat”
Mulut Irene Ixora bagaikan terkunci
apabila ditebak dengan soalan seperti itu oleh Rabiatul. “ Wrong! Aku sayang dia okay?”
Dahi
Rabiatul berkerut seribu “Kau sayang dia tapi kau cintakan dia tak?”
“ Itulah masalah korang, masing-masing suka
sama suka tapi susah betul nak luahkan. Ego tak bertempat! Tak faham betul aku
dengan korang ni” Bebel Rabiatul.
Irene Ixora menadah telinga
mendengar bebelan kawan baiknya itu “ Entahlah Atul, aku tak ada jawapan untuk
soalan kau tu. Mungkin jodoh aku dengan Zayid tak panjang agaknya. Lagipun
orang tua Zayid tak restu hubungan kami, aku tak naklah jadi penghalang
rosakkan hubungan mereka anak beranak”
Rabiatul memandang Irene Ixora gadis
kacukan Inggeris itu “ Itulah kau Iren, mudah sangat mengalah. Kau kena
pertahankan hubungan kau tu, bayangkan lima tahun kau dengan Zayid, takkan nak
putus macam tu je. Sayang tau” Nasihat Rabiatul seperti dia pula yang bercinta.
Irene Ixora terdiam. Berlawan cakap
dengan Rabiatul sudah macam gaya pergi berperang. Agaknya, waktu universiti
dulu teringin nak jadi lawyer, itu
yang terbawa-bawa sampai sekarang.
“ Zayid, awak buat apa kat sini?”
Riak wajah Irene Ixora jelas terkejut. Kemunculan Zayid di depan butik
pengantin lewat petang itu benar-benar mengejutkan Irene Ixora.
Wajah Zayid ternyata serba-salah
ketika memandang Irene Ixora. Tidak tahu pula dia akan bertembung dengan gadis
itu di situ. “ Err…saya tak buat apa-apa pun, Iren. Saya datang…” Belum sempat
Zayid menghabiskan kata, muncul seorang gadis bertubuh tinggi lampai memaut
mesra bahu Zayid.
Irene Ixora hampir pengsan melihat
drama yang sedang berlaku di hadapannya ketika itu. Dia tidak menyangka sampai
rapuhnya cinta Zayid padanya. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Kalau tidak
dikuatkan iman, waktu itu juga dicekik-cekik lelaki itu yang hanya tahu
mempermainkan perasaannya sahaja.
“Honey, what’s wrong? Who is girl, honey?” Tegur gadis itu dengan suara manja menggoda
yang sengaja dibuat-buat. Dia menghadiahkan
jelingan kepada Irene Ixora.
“ Oh, I Sarah,
bakal isteri Zayid. Nice to meet you,
Iren. Zayid selalu cerita pasal you kat I” Sarah memperkenalkan diri tanpa
disuruh. Irene Ixora menyambut huluran tangan Sarah.
Irene Ixora
memaniskan muka meskipun hatinya retak bukan kepalang. “ Well, congratulation Zayid”
Ucap Irene Ixora berbalas pandang dengan Zayid. Wajah Zayid berlagak selamba
seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. I
hate you Zayid!
“ Iren…I…” Zayid
tergagap-gagap.
“ It’s okay Zayid. I doakan you bahagia
lepas ni” Ucap Irene Ixora ikhlas.
“ Okay, we’ve to go, Iren. Mungkin lain
kali kita boleh berborak panjang lagi kan?” Sarah tersenyum memandang Irene
Ixora.
Zayid pula
memandang Irene Ixora dengan pandangan yang sukar dimengertikan.
“ Iren, kau okay
ke ni? Risau aku tengok kau dari semalam tak jamah apa-apa. Janganlah buat aku
risau, Iren” Nada suara Rabiatul gusar.
“ Kau jangan
risaulah pasal aku. Aku tak apa-apalah, putus cinta je bukannya hilang laki
pun” Itulah Irene Ixora, orang tengah sedih boleh pula dia siap berloyar buruk
lagi.
Rabiatul
menggeleng-geleng “ Tapi tak sangka pulak aku, berani betul Zayid buat kau
macam tu ek? Setahu aku, Zayid tu cinta setengah mati betul kat kau.
Entah-entah…” Ayat Rabiatul terhenti di situ. Fikirannya jauh menerawang
teringatkan sesuatu.
“ Sudahlah Atul,
aku malas nak ungkit benda yang dah lepas. Buat serabut otak aku je”
Dia menyelak-nyelak majalah
Remaja sambil berbaring di atas katil.
Irene
Ixora menyergah Rabiatul yang jauh termenung. “ Mak!”
Rabiatul
mengurut-urut perlahan dadanya “ Iren…Iren, nasib aku tak kena serangan sakit
jantung tadi. Kalau ikutkan arini jugak aku kena hurung masuk hospital”
Irene
Ixora ketawa terbahak-bahak. Dia gemar menyakat Rabiatul.
“ Kau freetak malam ni?”
Irene
Ixora mengangkat kening sebelah. Buang tabiat ke Rabiatul ni? “ Kenapa?”
“
Aku tanya kau ni, kau freeke takarini?”
“ Free je. Kenapa, kau nak belanja aku
makan ke?” Soal Irene Ixora teruja.
“ Malam ni aku
belanja makan kau nak?” Ajak Rabiatul.
“
Seriously?! Irene Ixora sungguh terkejut. Inilah peluangnya nak suruh Rabiatul
belanja,maklumlah orang tengah dapat gaji.
“
Apa kau ingat muka aku ni muka main-main ke? I’m serious okay” Tempelaknya laju.
“
Yalah, yalah aku percaya kat kau. Anyway,
alang-alang kau belanja malam ni, aku nak sangat makan stemboat plus chicken
chop boleh?” Suara Irene Ixora mengada-ngada.
“
Amboi Cik Iren, tu nak melantak namanya faham? Cekik duit aku arini tau” Ujar
Rabiatul sambil tersengih.
“Ala kau ni,
bolehlah. Dua-dua sekali ya. Kau kan sekarang tengah gaji” Provok Irene Ixora
senang hati.
“ Eleh
mengadalah kau ni” Kutuk Rabiatul.
Irene Ixora segera
mencapai tuala sebelum bergerak ke bilik mandi.
“ Jangan lupa
pakai lawa-lawa malam ni tau!” Jerit Rabiatul sebelum Irene Ixora menghilang
disebalik pintu mandi.
“ Cantiknya kau,
Iren. Meletup gitu” Puji Rabiatul.
“ Hisy, kau ni.
Ajak makan je pun. Kau suruh aku pakai gaun ni apahal? Buang tabiat ke?” Irene
Ixora memandang pelik ke arah Rabiatul.
“ Tak mengapa
Iren, yang penting kau cantik sangat malam ni tau” Pujinya berserta sengihan.
Irene Ixora
menjungkit bahu. Dia masuk ke restoran Jazz House Buffet Steamboat sambil
Rabiatul mengekorinya dari arah belakang. Irene Ixora mengambil tempat
berhadapan Rabiatul. Tidak lama kemudian, pelayan datang membawa senarai menu
ditangannya. Irene Ixora membelek-belek menu yang tersenarai dalam buku tersebut.
Dia menghalakan pandangan ke arah Rabiatul yang sedang duduk kegelisahan.
“ Atul, kau ni
kenapa? Resah semacam je, macam kucing hilang anak aku tengok ni” Soal Irene
Ixora pelik.
“ Iren, kau order dulu la ya. Aku nak ke toiletkejap. Aku tak boleh tahan dah ni”
Kaki Rabiatul terkepit-kepit.
“ Hurm yalah.
Aku orderdulu. Jangan lama sangat
pulak dalam toilet tu” Irene Ixora
mengingatkan Rabiatul.
Rabiatul
tersengih.
Lima belas minit
berlalu, bayang Rabiatul tak muncul-muncul lagi. Pelayan pula datang membawa
makanan yang dipesan. Dua pinggan nasi, acar dan ikan sweet sour sudah
terhidang di atas meja.
“ Cik Iren,
terimalah free gift dari kami. Tentu Cik
Iren suka hadiah ni” Beritahu pelayan itu. Kotak berikat reben dihulurkan
kepada Irene Ixora.
Irene Ixora
membuka kotak berisi cupcake itu. “ Ops
sorry, tapi saya tak order pun cupcake ni”
Pelayan itu
berlalu meninggalkan Irene Ixora dengan seribu tanda tanya. Irene Ixora
merengus kuat. Ikutkan hati saat itu juga dia mahu baling cupcake itu ke dinding. Mungkin baru hatinya puas. Dia tiada mood pada malam itu.
“ Iren” Tegur
suatu suara garau dari belakang.
Irene Ixora
berpaling ke belakang. Mulutnya melopong.
“ Tutup mulut
tu, nanti lalat masuk” Sindir Zayid.
“ Hey, awak buat
apa kat sini?! Awak ikut saya ek?” Tuduh Irene Ixora.
Zayid merenung
tajam memandang gadis yang sedang duduk di hadapannya.
Irene Ixora
lantas bangkit dari kerusi yang didudukinya. Belum sempat dia melangkah, Zayid
menarik tangannya kuat.
“ Lepaskan!
Kalau tidak saya jerit sekarang!”
Zayid tersenyum
jengkel. “ Jeritlah, kalau tak malu. Nak bagi semua orang dengar, saya tak
halang awak Iren”
“ Hisy awak ni
kenapa Zayid? Dah hilang akal ke?” Soal Irene Ixora setelah kembali duduk. Dia
menolak kasar tangan Zayid yang kuat merentap pergelangan tangannya.
“ Ya, saya
gilakan awak Iren” Meluncur laju ayat yang terkeluar dari mulut Zayid.
Irene Ixora
memalingkan muka. Tidak sanggup bertentangan mata dengan orang yang telah
menyakiti hatinya.
“ Iren, saya tau
yang apa yang ada dalam hati awak tu. Saya tahu apa yang awak rasa, Iren”
Ujarnya seolah dapat membaca fikiran Irene Ixora.
“ Apa yang awak
faham, Zayid? Lima tahun saya setia dengan awak, Zayid. Bukan sekejap lama tu. I’m tired! Tapi awak jangan risau, saya
bukannya jenis berdendam. Saya akan turut doakan kebahagiaan awak dengan isteri
awak” Ucap Irene Ixora ikhlas. Dia sudah reda dengan apa yang berlaku antara
dirinya dengan Zayid.
“ I’m not married yet” Ucap Zayid sepatah.
Irene Ixora
mengerutkan dahi. “ Apa maksud awak, Zayid? Saya tak fahamlah”
Zayid tersengih “
Saya minta maaf Iren. Kalau saya tak buat macam tu, sampai bila pun saya tak
tahu yang awak ni sayang kat saya. Saya ingatkan awak akan ambil peduli, Iren
lepas saya dan sepupu saya berlakon untuk bagi awak cemburu. Trust me, Iren. I’m still love you” Kali ini wajah Zayid penuh berharap.
Irene Ixora
mengeluh “ Jadi, Sarah tu cousin you?”
Zayid mengangguk
perlahan. “ Kalau Atul tak citer semua ni kat saya, saya rasa sampai bila-bila
pun saya tak tau”
Irene Ixora
terkejut. Rabiatul? Satu lagi kejutan buatnya. Kurang asam, semua ni rancangan
kau rupanya. Jadi, pertemuannya dengan Zayid adalah plan Rabiatul. Patutlah beria-ia tadi ajak dia keluar. Nak belanja
konon. Siap kau aku tuntut nanti!
“ Saya minta
maaf, Zayid. Mungkin semua ni salah saya. Saya yang ego, awak tak salah pun”
Irene Ixora mulai sebak.
“ Iren, you will married me?” Zayid membongkokkan
badannya. Kotak berisi cupcake itu
dibuka. Sebentuk cincin berlian dikeluarkan ditengah-tengah cupcake itu lalu disarungkan ke jari
runcing Irene Ixora.
Irene Ixora
tergamam.
“ You will married me? Iren, sudikah awak
menjadi isteri, teman, kekasih dan ibu kepada anak-anak saya nanti?” Soalnya
lagi.
“ Yes, I will” Irene Ixora tertunduk malu.
Wajahnya merona kemerahan. Mata-mata yang memandang dia tidak hiraukan.
Wajah Zayid
kelihatan gembira “Iren, saya tau yang awak memang tak suka makan cupcake ni, tapi saya nak awak tau bila
awak makan cupcake ni, saya nak awak
ingat pada saya je”
“ Zayid, saya
nak cakap sesuatu” Irene Ixora meminta izin.
Zayid mendongak.
Dia risau sekiranya Irene Ixora berubah fikiran.
“ I hate you…but I love you” Ucap Irene
Ixora dengan nada perlahan namun masih boleh didengari oleh Zayid.
“ I love you too, Iren” Zayid tersenyum
bahagia.
Bibir Irene Ixora
turut menguntum senyuman bahagia.