Wirda
tekun menaip sesuatu di atas papan keyboard
tanpa berganjak sedikit dari kerusi yang sedang di dudukinya itu.Sesekali
dia melirik jam Casio yang tersarung di pergelangan tangannya.Setelah
bertungkus lumus mencari maklumat,akhirnya dia mampu menarik nafas lega kerana
segala maklumat yang dicari selama ini berjaya diperolehi.Dia tersenyum lebar.Kariernya
sebagai seorang pegawai penyiasat menuntut satu pengorbanan yang besar
baginya.Dia menoleh ke kiri dan kanan memandang sekitar ruang di dalam pejabat
itu.Kebanyakan rakan sekerja yang lain sudah pulang ke rumah.Hanya segelintir
pekerja yang masih berada di situ.
Wirda menyerahkan maklumat yang diperolehi kepada
bosnya,Janet.
“Wow great!I tahu you cekap buat kerja
Wid.Orang macam you lah yang Ibetul-betul
harapkan” Puji melangit setelah menyemak helaian kertas itu.
Wajah Wirda kemerahan.Malu kerana seringkali benar Janet
memujinya.Dia pun sekadar menjalankan tanggungjawabnya sahaja.
“ThanksMr.Janet.Saya sekadar menjalankan
arahan” Ucap Wirda sopan.
“You’ve deserved Wid” Janet tersenyum.
Wirda
berlalu keluar dari bilik bos kemudiaanya.Dia berura-ura mahu pulang ke rumah
selepas itu.Seharian berada di pejabat menyiapkan kerja benar-benar membuatkan
badannya agak letih.Ketika sedang asyik mengemas,Azfar rakan sekerja
menegurnya.
“Kes
baru lagi Cik Wirda?” Soal Azfar ingin tahu.
Wirda
mengangkat muka.Dia mengangguk perlahan.
“Murder case,Azfar.Similar cases previously actually”Jelas Wirda.
Azfar
tidak langsung menunjukkan riak muka terkejut.Dia sebenarnya sudah lali
mendengar kes-kes seperti itu sejak bekerja di unit penyiasatan
tersebut.Mujurlah dia bekerja di unit lain walaupun sama tingkat.
“Who’s the murderer?” Azfar merenung
Wirda tanpa berkerdip mata.
Wirda
menggeleng.Dia baru teringat segala maklumat yang diperolehi tadi masih dalam
penyiasatan lagi.Setelah dapat dikenalpasti barulah pembunuh itu akan diheret ke
mahkamah untuk dijatuhkan hukuman selanjutnya. “Kes ni baru lagi,Azfar.Semuanya
masih dalam penyiasatan lagi.ButAzfar…..”
Wirda bersuara tanpa menyudahkan katanya.
Azfar
ditebak perasaan ingin tahu. “Tapi apa Wid?”
“Pelaku
pembunuhan kes baru ni sama seperti kes sebelum ni.Kau ingat lagi tak?” Wirda
berbalas pandangan dengan Azfar.
Azfar
mengerutkan dahi mengingati sesuatu. “Kes pembunuhan mangsa bernama Qistina
maksud kau?” Azfar memulangkan soalan kepada Wirda.
Wirda
mengangguk laju.
“Kebetulan
je kot Wid.Mustahil orang yang sama” Sanggah Azfar.
“Anyway,kes
kau tu bunyi macam menarik je.Okay,I’ve
to go now.Anything call me?” Ujarnya sambil mengenyit mata memandang Wirda.
Wirda
memasamkan muka.Berborak dengan Azfar kadang-kadang ada loyar buruknya juga.Kadang-kadang
dia akan jadi serius selebihnya mahu mengusik.
Laila
merenung dirinya di hadapan cermin antik yang dibaru dibelinya di sebuah kedai
antik pada minggu lepas.Cermin antik berukir motif flora itu diletakkan di
dalam bilik barunya.Dia tersenyum puas kerana telah berjaya memiliki cermin
tersebut sebaik sahaja tawar-menawar dengan penjual kedai tersebut.
Dia
berjalan menuju ke jendela dan lalu dibuka seluas-luasnya,membiarkan udara luar
masuk menerembos biliknya.Terasa sedikit menyamankan apabila bayu lembut
menampar pipi gebunya.Ketenangan itu seboleh mungkin ingin dinikmatinya.Dia
memejamkan mata menikmati nikmat angin bayu pada lewat senja itu.
“Lela!Lela!” Laung ibunya,Hamidah dari dapur.
Laila membuka matanya.Baru terasa dia seperti dibuai
mimpi,ibunya memanggil pula. “Ya ibu,Lela nak turun la ni” Sahut Laila sambil
menuruni anak tangga menuju ke dapur.Ibunya Hamidah sedang asyik menyediakan
lauk untuk dihidangkan di atas meja.Laila turut juga membantu ibunya
menghidangkan lauk.
“Wah banyaknya ibu masak arini,lapar pulak perut Lela
sekarang ni” Puji Laila sambil memegang perut.Lauk masak lemak cili padi, sayur
kalian ikan masin dan sambal belacan yang terhidang di depan mata semakin
merancakkan perutnya asyik berdendang sayang dari tadi.
“Bibik kamu yang tolong ibu sediakan bahan-bahan masakan
ni petang tadi.Ibu tukang masak je” Balas Hamidah merendah diri.
Laila mengambil tempat di hadapan ibunya “Bibik mana
ibu?Tak nak makan sekali ke?” Soal Laila apabila melihat orang gajinya tiada di
situ.
Hamidah menghulurkan pinggan kepada anaknya “Bibik kamu
makan kejap lagi katanya.Banyak kerja ngomongya” Jawab Hamidah dengan slanga Indonesia.Orang gajinya itu
memang seorang yang rajin bekerja. Atas alasan itu menyebabkan dia tidak mahu
bertukar orang gaji yang baru.
Laila tergelak.Sejak orang gajinya bekerja berkhidmat di
situ,gaya percakapan ibunya sudah seperti Indonesia.Sejak ibunya berpisah
dengan ayahnya dan berkahwin lain,tinggal mereka sahaja dua beranak bersama
bibik mereka.Mujurlah ada Mbak Dewi,bibik mereka kalau tidak pasti sunyi villa
yang diduduki mereka.
“Makan
Lela.Kejap lagi boleh solat maghrib sama-sama” Arah Hamidah menghabiskan suapan
nasi yang terakhir.
Laila
mengangguk.
Tubuh
Laila menggigil-gigil ketakutan sebaik sahaja lembaga tersebut
menghampirinya.Dia cuba menyembunyikan diri di sebalik tirai langsir jendela
dari terus diganggu lembaga dari diganggu oleh lembaga yang hampir menyerupai
wajahnya.Dia menampar kuat pipinya dengan harapan bahawa semua itu hanyalah
halusinasi.Ternyata dia tidak bermimpi dan apa yang dilihatnya ketika itu
benar-benar wujud.Anak kerongkongnya seakan tersekat untuk menjerit memanggil
ibu dan Dewi,bibiknya.Dia bangun dan
tidak mahu mengalah.Lagi jauh dia berlari selagi itu dia dikejar.Matanya melilau
liar di ruang kamar bilik mencari kelibat lembaga itu.
“Jangan ganggu aku!Pergi kau dari
sini!Pergi!Jahanam kau!” Tengking Laila kuat bergema kuat di pelosok luar villa
yang tersergam indah tersebut.Nafasnya tercungap-cungap gara-gara kepenatan dikejar
dari tadi.
Lembaga
yang menyerupai wajahnya ketawa disertai dengan hilaian kuat lagi menyeramkan.
“Aku adalah kau Laila!Dan kau adalah aku.Kau lupa!?Kita serupa Laila.Tiada
bezanya.Hati dan jasad kita sama Laila” Jawab lembaga itu dengan hilaian ketawa.Malahan
lebih kuat dari tadi.Dia menghampiri Laila yang benar-benar sedang ketakutan.
“Tipu!Kau
tipu aku!Aku tak kenal kau!Baik kau keluar dari sini!Keluar sekarang!” Tengkingnya
lagi lalu menutup kedua-dua belah telinga dari mendengar hilauan suara yang
menyeramkan itu.Mukanya pucat lesi.Bagaikan tidak berdarah walaupun ditoreh
dengan pisau sekalipun.
“Ingat
janji kita Laila.Kau lupa kau pernah berjanji sesuatu pada aku?Apa sumpah kau
selama ni!?Kau lupa!?” Tengking lembaga itu disertai hilaian yang kuat bergema.Dia
merenung tajam memandang Laila.
“Aku
tak pernah berjanji apa-apa dengan kau syaitan!” Laila bergegas ke katil lalu
membaling kuat bantal tepat mengenai tubuh lembaga tersebut.Lembaga itu ketawa
berdekah dan kuat mengertawakan Laila. “Hahahaha…kau yang cipta dunia fantasi
kau sendiri Laila.Sekarang dunia kau dan aku sama.Kau ingat tu Laila!” Ulang
lembaga itu sekali lagi.
“Pergi
kau dari sini!Pergi sebelum aku bunuh kau sekarang!Pergi….!” Laila menengking
bagaikan mahu terkeluar anak tekak.Lembaga itu seolah-olah sengaja ingin
menambahkan ketakutannya lagi.
“Baiklah aku akan pergi Laila!Tapi kau kena
ingat janji kita Laila” Lembaga itu mengingatkan Laila dan berlalu pergi
meninggalkan Laila yang menggigil ketakutan.
“Kenapa
tidak diminum airnya tu nonLaila?Tidak enakkah air yang Mbak Dewi buat?”
Soal Mbak Dewi mengejutkan Laila yang leka termenung.Dia menghampiri Laila
kemudian.Jag berisi air kopi dan sepiring kuih karipap itu dijengahnya.Sedikit
kecil hati dengan sikap Laila.Kebiasaannya gadis itu akan makan saja apa yang
dimasak dan seringkali disuruh memasak masakan kegemarannya.
“Non Laila kenapa mukanya pucat sekali?Non ada masalah ke?Gawat Non Laila kalau
dipendam terusan begini?” Soal Mbak Dewi dengan pekat slangaIndonesianya.Dia memandang kasihan melihat wajah anak
majikan kesayangannya.Gadis itu sudah dianggap seperti anak kandungnya
sendiri.Sudah lima tahun dia berkahwin dengan suaminya,Wak Sarkawi di sana
namun masih belum mempunyai anak lagi.Mungkin tiada rezeki lagi,fikirnya.
Laila
cuba untuk tersenyum. “Laila tak ada apa-apalah Mbak Dewi.Biasalah tu Mbak
Dewi,cuma penat sikit sejak pindah umah baru ni.Banyak sangat nak kena settle”Beritahu Laila.Mujurlah ketika itu dia baru tamat belajar di UiTM,jadi
bolehlah menolong apa-apa yang perlu.
Mbak
Dewi mengangguk-angguk seperti burung belatuk mendengar percakapan Laila. “Baik
Non Laila pergi istirehat dulu.Lepas
abis masak,Mbak Dewi panggil non
Laila kejap lagi” Arah Mbak Dewi risau.
“Laila
okay Mbak Dewi.Jangan risau pasal Laila” Laila merangkul bahu bibiknya.Dia
memang agak manja dengan wanita berusia separuh abad itu.Mbak Dewi tersenyum
melihat kelakuan Laila yang agak keanak-anakan itu.
“Non Laila tidak keluar ke mana-mana
arini?” Mbak Dewi menyoal.
Laila
menggeleng perlahan. “Arini Laila temankan Mbak Dewi kat umah boleh?” Laila
malas nak keluar mana-mana” Laila mengusik.
“Kesian
si cowok terusan menunggu Non Laila.Sudah diajak tidak mahu pergi”
Mbak Dewi lantas teringatkan Aril kenalan gadis itu selama ini.
“Laila
dah bagitau Aril dah arini tak keluar ke mana-mana.Dia faham Mbak Dewi.Alah
Mbak Dewi tak perlu risau” Laila tersengih macam kerang busuk.
“Suka
ati Non Laila.Ngomong-ngomong ni nanti kerja Mbak Dewi tidak beres-beres.Sebentar
lagi Nyonyasudah mahu pulang makan”
Bebel Mbak Dewi sambil tangannya ligat
memotong bawang merah dan sayur kobis.Dia bercadang ingin memasak sayur campur dan
tom yam merah untuk makanan malam.
Jeritan
Hamidah bergema memecah kesunyian malam di dalam villa dua tingkat di pinggir
bukit tersebut.Jeritan kuat itu memaksa Laila mendapatkan ibunya “Kenapa ibu!?Ada
perompak pecah masuk ke!?” Soal Laila cemas.Dia menghampiri ibunya yang sedang
duduk bersimpuh di hadapan mayat kaku Mbak Dewi.
“Mbak
Dewi…” Laila merangkul ibunya.
Hamidah
memeriksa nadi Mbak Dewi. “Innalillahhiwainnahilahirojiun” Hamidah mengucap.Dia
menangis tersedu-sedan di atas bahu anaknya.
Tidak
lama kemudian,pihak polis datang untuk memeriksa di seluruh kawasan sekitar
villa tersebut.Tiada tanda-tanda perompak pecah masuk di dalam villa itu.Mereka
kemudian membawa mayat Mbak Dewi untuk disiasat punca kematiannya. “Beginilah Puan,saya akan
menjalankan siasatan untuk menyiasat punca sebenar kematian bibik Puan.Selain
itu, saya sarankan Puan lebih berhati-hati dan jangan lupa mengunci semua
tingkap dan pintu” Tutur polis dengan panjang lebar.
Hamidah
mengangguk lemah.Pemergian Mbak Dewi umpama menarik terbang semangatnya.Laila
memandang sayu melihat wajah ibunya.Dia juga turut merasa kehilangan Mbak
Dewi,bibiknya.Dia memeluk erat ibunya dengan harapan memberi semangat kepada
gadis itu.
“Lepaskan
aku!Lepaskan akulah bodoh!Aku tak bunuh dia!Aku tak bunuh dia!Kau pekak ke!?”
Jerit gadis itu diselangi hilai ketawa.
Wirda
menyelak lembaran fail yang menunjukkan mengenai latar belakang gadis
tersebut.Semua maklumat yang diberikan menunjukkan gadis itu berasal dari
keturunan yang baik-baik.Setelah itu dia menutup fail tersebut semula.
“Awak
pasti?” Soalnya kepada gadis yang meronta-ronta itu.
“Lily
yang bunuh bukan saya cik.Dia yang bunuh,bukan saya” Ulangnya kuat.
Wirda memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu.
“Lily?Siapa pula Lily?” Wirda menyoal lebih lanjut.
Gadis itu diam.Sesekali itu dia ketawa adakalanya
menangis tersedu-sedu seorang diri.Wirda hanya memerhatikan gelagat gadis
tersebut.
“Who’s Lily?You
twin’s?Or your friend’s?” Soal Wirda berani.
Gadis itu tidak langsung menjawab pertanyaan
Wirda.Matanya asyik melilaukan ke kiri dan kanan.Wirda merengus perlahan.Bukti
yang diterima belum lagi kukuh selagi gadis itu tidak memberikan
kerjasama.Kelihatannya dia akan terus menyoal siasat gadis tersebut sehingga
menemui jawapan.
Gadis itu cuba untuk meleraikan ikatan yang diikat kemas
pada kedua-dua belah tangannya. “Saya Laila,bukan Lily.Siapa Lily?Saya tak
kenal dia pun!” Pekiknya melolong.
Wirda semakin bercelaru.
“Kau nak tahu sangat kan siapa Lily kan?” Lembut pula
suara Laila sambil tergelak seorang diri.
Wirda memandang Laila yang sedang menundukkan muka.
“Akulah Lily.Aku yang bunuh Syazmin.Mbak Dewi aku bunuh
juga.Mereka semua tu menyusahkan aku sepanjang hidup aku je” Beritahunya sambil
merenung tajam memandang Wirda.
“Apa kaitan awak dengan Syazmin?Apa salah Mbak Dewi pada
awak sehingga dia awak bunuh?”
“Perempuan tu cuba rampas Aril dari aku.Memang patut dia
mati.Puas hati aku dapat bunuh dia!Perempuan tu…perempuan tua tu sibuk sangat
nak sibuk urusan aku memang patut jugak mati.Puas hati kau kan?Puas sekarang!”
Laila menendang kuat meja.
Wirda tersenyum puas.Akhirnya kes pembunuhan sebelum ini
telah berjaya diketahui siapa pembunuh sebenarnya.
“How’s Wid?”
Azfar menyoal seusai Wirda keluar dari bilik siasatan.
Wirda mengeluh.
“What your’s
opinion about Dissociative identity disorder?” Soal Wirda serius.
Wirda bergerak ke meja sambil dibuntuti Azfar dari
belakang.Dia ingin mencari sedikit sebanyak maklumat mengenai penyakit itu.
“Kecelaruan
personaliti atau disebut Dissociative
identity disorder merupakan salah satu diagnosis psikiatri dan menerangkan
keadaan dimana seseorang itu memaparkan identiti yang berbeza atau personaliti
yang berbeza. Kadangkala
masalah tersebut juga dirujuk sebagai kecelaruan pelbagai personaliti (MPD)”
Hurai Wirda panjang lebar.
Azfar
mengangguk faham mendengar penjelasan Wirda.
“Memang
keadaan begini berlaku dan bukan satu rekaan. Mereka yang mempunyai masalah ini
tergolong dalam masalah kecelaruan personaliti. Namun disebabkan peratusan
sangat rendah iaitu sekitar satu atau dua daripada mereka yang mengalami
masalah mental secara keseluruhan, DID jarang disebut” sambungnya lagi.
Azfar
memandang serius mendengar penerangan Wirda mengenai penyakit itu. “Wait!Apa
yang kau nak cuba sampaikan ni?Kau nak bagitau kat aku yang gadis itu mengalami
kecelaruan identiti?”
Wirda
mengangguk. “Dia mengaku bukan dia yang bunuh sebaliknya Lily yang melakukan
semua pembunuhan itu.Lily adalah halusinasi yang dia cipta sendiri dalam dunia
khayalannya.Setakat yang Wid tahu dia menghadapi kemurungan sejak perpisahan kedua orang tuanya sebelum ini”
Terang Wirda penuh yakin berdasarkan bukti yang diketahui dari ibu Laila.
Makin
parah pula kes Wirda untuk kali ini.Jarang kes sebegitu ditemui.Azfar merenung
Wirda yang sedang leka merenung laptop
di hadapannya.Dia akhirnya tersenyum kerana kes gadis tersebut menemui jawapan
di sebalik pembunuhan misteri tersebut.