Home Cerpen Seram/Misteri KHAYALAN
KHAYALAN
NOR RAFIDAH JAMIL
2/4/2015 20:38:12
2,153
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Wirda tekun menaip sesuatu di atas papan keyboard tanpa berganjak sedikit dari kerusi yang sedang di dudukinya itu.Sesekali dia melirik jam Casio yang tersarung di pergelangan tangannya.Setelah bertungkus lumus mencari maklumat,akhirnya dia mampu menarik nafas lega kerana segala maklumat yang dicari selama ini berjaya diperolehi.Dia tersenyum lebar.Kariernya sebagai seorang pegawai penyiasat menuntut satu pengorbanan yang besar baginya.Dia menoleh ke kiri dan kanan memandang sekitar ruang di dalam pejabat itu.Kebanyakan rakan sekerja yang lain sudah pulang ke rumah.Hanya segelintir pekerja yang masih berada di situ.

Wirda menyerahkan maklumat yang diperolehi kepada bosnya,Janet.

Wow great!I tahu you cekap buat kerja Wid.Orang macam you lah yang Ibetul-betul harapkan” Puji melangit setelah menyemak helaian kertas itu.

Wajah Wirda kemerahan.Malu kerana seringkali benar Janet memujinya.Dia pun sekadar menjalankan tanggungjawabnya sahaja.

ThanksMr.Janet.Saya sekadar menjalankan arahan” Ucap Wirda sopan.

You’ve deserved Wid” Janet tersenyum.

Wirda berlalu keluar dari bilik bos kemudiaanya.Dia berura-ura mahu pulang ke rumah selepas itu.Seharian berada di pejabat menyiapkan kerja benar-benar membuatkan badannya agak letih.Ketika sedang asyik mengemas,Azfar rakan sekerja menegurnya.

“Kes baru lagi Cik Wirda?” Soal Azfar ingin tahu.

Wirda mengangkat muka.Dia mengangguk perlahan.

Murder case,Azfar.Similar cases previously actuallyJelas Wirda.

Azfar tidak langsung menunjukkan riak muka terkejut.Dia sebenarnya sudah lali mendengar kes-kes seperti itu sejak bekerja di unit penyiasatan tersebut.Mujurlah dia bekerja di unit lain walaupun sama tingkat.

Who’s the murderer?” Azfar merenung Wirda tanpa berkerdip mata.

Wirda menggeleng.Dia baru teringat segala maklumat yang diperolehi tadi masih dalam penyiasatan lagi.Setelah dapat dikenalpasti barulah pembunuh itu akan diheret ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman selanjutnya. “Kes ni baru lagi,Azfar.Semuanya masih dalam penyiasatan lagi.ButAzfar…..” Wirda bersuara tanpa menyudahkan katanya.

Azfar ditebak perasaan ingin tahu. “Tapi apa Wid?”

“Pelaku pembunuhan kes baru ni sama seperti kes sebelum ni.Kau ingat lagi tak?” Wirda berbalas pandangan dengan Azfar.

Azfar mengerutkan dahi mengingati sesuatu. “Kes pembunuhan mangsa bernama Qistina maksud kau?” Azfar memulangkan soalan kepada Wirda.

Wirda mengangguk laju.

“Kebetulan je kot Wid.Mustahil orang yang sama” Sanggah Azfar.

“Anyway,kes kau tu bunyi macam menarik je.Okay,I’ve to go now.Anything call me?” Ujarnya sambil mengenyit mata memandang Wirda.

Wirda memasamkan muka.Berborak dengan Azfar kadang-kadang ada loyar buruknya juga.Kadang-kadang dia akan jadi serius selebihnya mahu mengusik.

Laila merenung dirinya di hadapan cermin antik yang dibaru dibelinya di sebuah kedai antik pada minggu lepas.Cermin antik berukir motif flora itu diletakkan di dalam bilik barunya.Dia tersenyum puas kerana telah berjaya memiliki cermin tersebut sebaik sahaja tawar-menawar dengan penjual kedai tersebut.

Dia berjalan menuju ke jendela dan lalu dibuka seluas-luasnya,membiarkan udara luar masuk menerembos biliknya.Terasa sedikit menyamankan apabila bayu lembut menampar pipi gebunya.Ketenangan itu seboleh mungkin ingin dinikmatinya.Dia memejamkan mata menikmati nikmat angin bayu pada lewat senja itu.

“Lela!Lela!” Laung ibunya,Hamidah dari dapur.

Laila membuka matanya.Baru terasa dia seperti dibuai mimpi,ibunya memanggil pula. “Ya ibu,Lela nak turun la ni” Sahut Laila sambil menuruni anak tangga menuju ke dapur.Ibunya Hamidah sedang asyik menyediakan lauk untuk dihidangkan di atas meja.Laila turut juga membantu ibunya menghidangkan lauk.

“Wah banyaknya ibu masak arini,lapar pulak perut Lela sekarang ni” Puji Laila sambil memegang perut.Lauk masak lemak cili padi, sayur kalian ikan masin dan sambal belacan yang terhidang di depan mata semakin merancakkan perutnya asyik berdendang sayang dari tadi.

“Bibik kamu yang tolong ibu sediakan bahan-bahan masakan ni petang tadi.Ibu tukang masak je” Balas Hamidah merendah diri.

Laila mengambil tempat di hadapan ibunya “Bibik mana ibu?Tak nak makan sekali ke?” Soal Laila apabila melihat orang gajinya tiada di situ.

Hamidah menghulurkan pinggan kepada anaknya “Bibik kamu makan kejap lagi katanya.Banyak kerja ngomongya” Jawab Hamidah dengan slanga Indonesia.Orang gajinya itu memang seorang yang rajin bekerja. Atas alasan itu menyebabkan dia tidak mahu bertukar orang gaji yang baru.

Laila tergelak.Sejak orang gajinya bekerja berkhidmat di situ,gaya percakapan ibunya sudah seperti Indonesia.Sejak ibunya berpisah dengan ayahnya dan berkahwin lain,tinggal mereka sahaja dua beranak bersama bibik mereka.Mujurlah ada Mbak Dewi,bibik mereka kalau tidak pasti sunyi villa yang diduduki mereka.

“Makan Lela.Kejap lagi boleh solat maghrib sama-sama” Arah Hamidah menghabiskan suapan nasi yang terakhir.

Laila mengangguk.

Tubuh Laila menggigil-gigil ketakutan sebaik sahaja lembaga tersebut menghampirinya.Dia cuba menyembunyikan diri di sebalik tirai langsir jendela dari terus diganggu lembaga dari diganggu oleh lembaga yang hampir menyerupai wajahnya.Dia menampar kuat pipinya dengan harapan bahawa semua itu hanyalah halusinasi.Ternyata dia tidak bermimpi dan apa yang dilihatnya ketika itu benar-benar wujud.Anak kerongkongnya seakan tersekat untuk menjerit memanggil ibu dan Dewi,bibiknya.Dia bangun dan tidak mahu mengalah.Lagi jauh dia berlari selagi itu dia dikejar.Matanya melilau liar di ruang kamar bilik mencari kelibat lembaga itu.

“Jangan ganggu aku!Pergi kau dari sini!Pergi!Jahanam kau!” Tengking Laila kuat bergema kuat di pelosok luar villa yang tersergam indah tersebut.Nafasnya tercungap-cungap gara-gara kepenatan dikejar dari tadi.

Lembaga yang menyerupai wajahnya ketawa disertai dengan hilaian kuat lagi menyeramkan. “Aku adalah kau Laila!Dan kau adalah aku.Kau lupa!?Kita serupa Laila.Tiada bezanya.Hati dan jasad kita sama Laila” Jawab lembaga itu dengan hilaian ketawa.Malahan lebih kuat dari tadi.Dia menghampiri Laila yang benar-benar sedang ketakutan.

“Tipu!Kau tipu aku!Aku tak kenal kau!Baik kau keluar dari sini!Keluar sekarang!” Tengkingnya lagi lalu menutup kedua-dua belah telinga dari mendengar hilauan suara yang menyeramkan itu.Mukanya pucat lesi.Bagaikan tidak berdarah walaupun ditoreh dengan pisau sekalipun.

“Ingat janji kita Laila.Kau lupa kau pernah berjanji sesuatu pada aku?Apa sumpah kau selama ni!?Kau lupa!?” Tengking lembaga itu disertai hilaian yang kuat bergema.Dia merenung tajam memandang Laila.

“Aku tak pernah berjanji apa-apa dengan kau syaitan!” Laila bergegas ke katil lalu membaling kuat bantal tepat mengenai tubuh lembaga tersebut.Lembaga itu ketawa berdekah dan kuat mengertawakan Laila. “Hahahaha…kau yang cipta dunia fantasi kau sendiri Laila.Sekarang dunia kau dan aku sama.Kau ingat tu Laila!” Ulang lembaga itu sekali lagi.

“Pergi kau dari sini!Pergi sebelum aku bunuh kau sekarang!Pergi….!” Laila menengking bagaikan mahu terkeluar anak tekak.Lembaga itu seolah-olah sengaja ingin menambahkan ketakutannya lagi.

“Baiklah aku akan pergi Laila!Tapi kau kena ingat janji kita Laila” Lembaga itu mengingatkan Laila dan berlalu pergi meninggalkan Laila yang menggigil ketakutan.

“Kenapa tidak diminum airnya tu nonLaila?Tidak enakkah air yang Mbak Dewi buat?” Soal Mbak Dewi mengejutkan Laila yang leka termenung.Dia menghampiri Laila kemudian.Jag berisi air kopi dan sepiring kuih karipap itu dijengahnya.Sedikit kecil hati dengan sikap Laila.Kebiasaannya gadis itu akan makan saja apa yang dimasak dan seringkali disuruh memasak masakan kegemarannya.

Non Laila kenapa mukanya pucat sekali?Non ada masalah ke?Gawat Non Laila kalau dipendam terusan begini?” Soal Mbak Dewi dengan pekat slangaIndonesianya.Dia memandang kasihan melihat wajah anak majikan kesayangannya.Gadis itu sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.Sudah lima tahun dia berkahwin dengan suaminya,Wak Sarkawi di sana namun masih belum mempunyai anak lagi.Mungkin tiada rezeki lagi,fikirnya.

Laila cuba untuk tersenyum. “Laila tak ada apa-apalah Mbak Dewi.Biasalah tu Mbak Dewi,cuma penat sikit sejak pindah umah baru ni.Banyak sangat nak kena settleBeritahu Laila.Mujurlah ketika itu dia baru tamat belajar di UiTM,jadi bolehlah menolong apa-apa yang perlu.

Mbak Dewi mengangguk-angguk seperti burung belatuk mendengar percakapan Laila. “Baik Non Laila pergi istirehat dulu.Lepas abis masak,Mbak Dewi panggil non Laila kejap lagi” Arah Mbak Dewi risau.

“Laila okay Mbak Dewi.Jangan risau pasal Laila” Laila merangkul bahu bibiknya.Dia memang agak manja dengan wanita berusia separuh abad itu.Mbak Dewi tersenyum melihat kelakuan Laila yang agak keanak-anakan itu.

Non Laila tidak keluar ke mana-mana arini?” Mbak Dewi menyoal.

Laila menggeleng perlahan. “Arini Laila temankan Mbak Dewi kat umah boleh?” Laila malas nak keluar mana-mana” Laila mengusik.

“Kesian si cowok terusan menunggu Non Laila.Sudah diajak tidak mahu pergi” Mbak Dewi lantas teringatkan Aril kenalan gadis itu selama ini.

“Laila dah bagitau Aril dah arini tak keluar ke mana-mana.Dia faham Mbak Dewi.Alah Mbak Dewi tak perlu risau” Laila tersengih macam kerang busuk.

“Suka ati Non Laila.Ngomong-ngomong ni nanti kerja Mbak Dewi tidak beres-beres.Sebentar lagi Nyonyasudah mahu pulang makan” Bebel Mbak Dewi sambil tangannya ligat memotong bawang merah dan sayur kobis.Dia bercadang ingin memasak sayur campur dan tom yam merah untuk makanan malam.

Jeritan Hamidah bergema memecah kesunyian malam di dalam villa dua tingkat di pinggir bukit tersebut.Jeritan kuat itu memaksa Laila mendapatkan ibunya “Kenapa ibu!?Ada perompak pecah masuk ke!?” Soal Laila cemas.Dia menghampiri ibunya yang sedang duduk bersimpuh di hadapan mayat kaku Mbak Dewi.

“Mbak Dewi…” Laila merangkul ibunya.

Hamidah memeriksa nadi Mbak Dewi. “Innalillahhiwainnahilahirojiun” Hamidah mengucap.Dia menangis tersedu-sedan di atas bahu anaknya.

Tidak lama kemudian,pihak polis datang untuk memeriksa di seluruh kawasan sekitar villa tersebut.Tiada tanda-tanda perompak pecah masuk di dalam villa itu.Mereka kemudian membawa mayat Mbak Dewi untuk disiasat punca kematiannya. “Beginilah Puan,saya akan menjalankan siasatan untuk menyiasat punca sebenar kematian bibik Puan.Selain itu, saya sarankan Puan lebih berhati-hati dan jangan lupa mengunci semua tingkap dan pintu” Tutur polis dengan panjang lebar.

Hamidah mengangguk lemah.Pemergian Mbak Dewi umpama menarik terbang semangatnya.Laila memandang sayu melihat wajah ibunya.Dia juga turut merasa kehilangan Mbak Dewi,bibiknya.Dia memeluk erat ibunya dengan harapan memberi semangat kepada gadis itu.

“Lepaskan aku!Lepaskan akulah bodoh!Aku tak bunuh dia!Aku tak bunuh dia!Kau pekak ke!?” Jerit gadis itu diselangi hilai ketawa.

Wirda menyelak lembaran fail yang menunjukkan mengenai latar belakang gadis tersebut.Semua maklumat yang diberikan menunjukkan gadis itu berasal dari keturunan yang baik-baik.Setelah itu dia menutup fail tersebut semula.

“Awak pasti?” Soalnya kepada gadis yang meronta-ronta itu.

“Lily yang bunuh bukan saya cik.Dia yang bunuh,bukan saya” Ulangnya kuat.

Wirda memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu. “Lily?Siapa pula Lily?” Wirda menyoal lebih lanjut.

Gadis itu diam.Sesekali itu dia ketawa adakalanya menangis tersedu-sedu seorang diri.Wirda hanya memerhatikan gelagat gadis tersebut.

Who’s Lily?You twin’s?Or your friend’s?” Soal Wirda berani.

Gadis itu tidak langsung menjawab pertanyaan Wirda.Matanya asyik melilaukan ke kiri dan kanan.Wirda merengus perlahan.Bukti yang diterima belum lagi kukuh selagi gadis itu tidak memberikan kerjasama.Kelihatannya dia akan terus menyoal siasat gadis tersebut sehingga menemui jawapan.

Gadis itu cuba untuk meleraikan ikatan yang diikat kemas pada kedua-dua belah tangannya. “Saya Laila,bukan Lily.Siapa Lily?Saya tak kenal dia pun!” Pekiknya melolong.

Wirda semakin bercelaru.

“Kau nak tahu sangat kan siapa Lily kan?” Lembut pula suara Laila sambil tergelak seorang diri.

Wirda memandang Laila yang sedang menundukkan muka.

“Akulah Lily.Aku yang bunuh Syazmin.Mbak Dewi aku bunuh juga.Mereka semua tu menyusahkan aku sepanjang hidup aku je” Beritahunya sambil merenung tajam memandang Wirda.

“Apa kaitan awak dengan Syazmin?Apa salah Mbak Dewi pada awak sehingga dia awak bunuh?”

“Perempuan tu cuba rampas Aril dari aku.Memang patut dia mati.Puas hati aku dapat bunuh dia!Perempuan tu…perempuan tua tu sibuk sangat nak sibuk urusan aku memang patut jugak mati.Puas hati kau kan?Puas sekarang!” Laila menendang kuat meja.

Wirda tersenyum puas.Akhirnya kes pembunuhan sebelum ini telah berjaya diketahui siapa pembunuh sebenarnya.

How’s Wid?” Azfar menyoal seusai Wirda keluar dari bilik siasatan.

Wirda mengeluh.

What your’s opinion about Dissociative identity disorder?” Soal Wirda serius.

Wirda bergerak ke meja sambil dibuntuti Azfar dari belakang.Dia ingin mencari sedikit sebanyak maklumat mengenai penyakit itu.

“Kecelaruan personaliti atau disebut Dissociative identity disorder merupakan salah satu diagnosis psikiatri dan menerangkan keadaan dimana seseorang itu memaparkan identiti yang berbeza atau personaliti yang berbeza. Kadangkala masalah tersebut juga dirujuk sebagai kecelaruan pelbagai personaliti (MPD)” Hurai Wirda panjang lebar.

Azfar mengangguk faham mendengar penjelasan Wirda.

“Memang keadaan begini berlaku dan bukan satu rekaan. Mereka yang mempunyai masalah ini tergolong dalam masalah kecelaruan personaliti. Namun disebabkan peratusan sangat rendah iaitu sekitar satu atau dua daripada mereka yang mengalami masalah mental secara keseluruhan, DID jarang disebut” sambungnya lagi.

Azfar memandang serius mendengar penerangan Wirda mengenai penyakit itu. “Wait!Apa yang kau nak cuba sampaikan ni?Kau nak bagitau kat aku yang gadis itu mengalami kecelaruan identiti?”

Wirda mengangguk. “Dia mengaku bukan dia yang bunuh sebaliknya Lily yang melakukan semua pembunuhan itu.Lily adalah halusinasi yang dia cipta sendiri dalam dunia khayalannya.Setakat yang Wid tahu dia menghadapi kemurungan sejak perpisahan kedua orang tuanya sebelum ini” Terang Wirda penuh yakin berdasarkan bukti yang diketahui dari ibu Laila.

Makin parah pula kes Wirda untuk kali ini.Jarang kes sebegitu ditemui.Azfar merenung Wirda yang sedang leka merenung laptop di hadapannya.Dia akhirnya tersenyum kerana kes gadis tersebut menemui jawapan di sebalik pembunuhan misteri tersebut.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.