Untuk
sekian kalinya Aryani menyerah.Dia redha dengan ketentuan Ilahi yang ditetapkan
padanya.Andai benar tiada jodohnya dengan Hakim,dia redha.Sudah hampir seminggu
arwah Hakim pergi namun masih tidak dapat memadamkan ingatan dan sisa memorinya
bersama arwah.Kubur arwah pun masih merah lagi.
“Aryan
nak tahu something tak?” Suara Hakim tiba-tiba.
Aryani
mengangkat muka. “Something?Apa tu?” Aryani menyoal ingin tahu.
Hakim
mengambil ranting kayu yang di tangan Aryani lalu menguis-nguis sesuatu di
pasir.
‘Akim
& Aryani’.
Aryani
hanya memerhatikan sahaja kelakuan Hakim lalu tersenyum.Ternyata dia turut
senang dengan kehadiran Hakim di sisinya selalu.
“Aryan
nak tahu apa yang membahagiakan Akim dalam dunia ini?” Hakim merenung ke dalam
anak mata coklat hazel milik Aryani.
“Akim
bertuah sebab ada Aryan di sisi waktu Akim susah dan senang.Akim merasa sangat
bahagia bila melihat senyuman Aryan.Andai ditakdirkan Akim pergi dulu suatu
hari nanti,Akim dapat pergi dengan tenang Tuhan telah makbulkan doa Akim dapat
berada disamping Aryan” Ucap Hakim kedengaran sayu.
“Apa
yang Akim merepek?Tolong jangan buat Aryan takut,please?Setiap ubat ada
penawarnya.Aryan yakin Akim mampu bertahan.Akim kena kuat.Sekurangnya kita
usaha Akim.Ajal,jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan” Suara Aryani tergetar-getar.Dia
tidak mahu kehilangan Hakim.Hakim adalah cinta pertamanya.Apatah lagi lelaki
itu telah pun menjadi tunangannya.
“Tubuh
Akim tidak kuat lagi nak jalani terapi Aryan.Akim cuba untuk pulih untuk jadi
seperti dulu demi Aryan.Maafkan Akim Aryan” Luah Hakim suatu petang itu.
Aryani
sendiri merasa sayu melihat Hakim yang berada di sisinya.Memang betul apa yang
diberitahu Hakim,kesan daripada terapi itu menyebabkan Hakim keguguran seluruh
rambut dan seringkali juga lelaki itu merasa mual dan muntah-muntah selain ada
juga simptom lain.Sekiranya digantikan dengan tempat Hakim,dia sanggup.
“Aryan!”
Laung suatu suara menghentikan lamunannya lewat senja itu.
Aryani
menoleh belakang.
Wani
berlari-lari anak ke arahnya yang sedang duduk di atas batu menghadap ke laut.
“Dah senja Aryan,mari pulang.Tak elok anak dara macam kau ni duduk luar
sorang-sorang macam ni” Ajak Wani dengan suara termengah-mengah sambil tangan
memegang pinggang.
“Aku
okay,jangan risau.Kau tak payahkan risaukan aku” Aryani menyedapkan hati
sahabatnya.
“Okay
apa bendanya?Dah macam kucing hilang anak je aku tengok muka kau sekarang
ni.Aku tak kira kau kena ikut aku masuk dalam jugak.Kalau aku tidak aku menjerit
panggil mak ayah kau usung kau masuk dalam umah,kau nak?” Ugut Wani
tersengih-sengih.
Membuntang
mata Aryani memandang Wani.Ada-ada saja sahabatnya itu.Suka benar mengugutnya.
“Ei, tak abis dengan taktik lama dia tu” Aryani memasamkan muka sebelum
akhirnya mengalah.Dia mengibas-ngibas pasir dipunggung sebelum berjalan
menuruti Wani.
“Sudahlah
Yan,tak elok dikenang perkara yang berlalu.Mungkin sudah sampai ajal arwah
untuk menemui Ilahi.Lagipun tidak baik untuk arwah,sekurangnya Aryan kena redha
dengan pemergian arwah dan perbanyakkan doa untuk arwah” Nasihat Pak Jamal
kepada satu-satunya anak perempuannya itu seusai makan malam.
Aryani
hanya tunduk membisu.Dia cuba mengawal rasa hati yang semakin bergelodak hiba.Rindunya
pada arwah seolah baru semalam sahaja mereka berjumpa.
Wani
hanya mendengar sahaja apa yang disembangkan anak beranak itu.Mencelah pun tidak.Biarlah
sekurangnya hati Aryani tenang dulu,fikirnya.Mungkin pemergian Hakim terlalu
mengejut menyebabkan sahabatnya itu tidak mampu menerima kenyataan.
“Kejap
betul masa berlalu kan abang?Esok Aryan dan Wani dah nak balik ke kolej tak da
lah Lijah teman nak berlabun nanti” Mak
Lijah mengubah topik perbualan “Eh Wani,kalau ada masa tak ada nak buat apa-apa
datanglah sekali dengan Aryan mari umah mak cik.Senang ati mak cik Aryan balik
ada kawan” Pelawa Mak Lijah.
“In sha Allah mak cik,kalau Wani free boleh ikut Aryan balik lagi.Boleh
makan sedap-sedap lagi kat umah mak cik” Balas Wani tersendawa kekenyangan.
Aryani
mencebik melihat tingkah laku Wani.Laju
tangannya hinggap di peha sahabatnya itu.Wani sepantas boleh ingin
mengelak.Berdekah-dekah ketawanya apabila melihat wajah Aryani yang merona
merah apabila tidak berjaya mencubit pahanya.
Pak
Jamal dan Mak Lijah hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat perangai mereka “Aryan
jangan lupa bawa kerepek pisang yang mak dah bungkus tu nanti esok ya” Pesan
Mak Mah kepada anak tunggalnya.
Aryani
mengangguk lantas menghadiahkan jelingan kepada Wani.
“Please
Aryan,Karl betul-betul nak kenal dengan Aryan.Itupun salah ke?Terus terang
dengan Karl apa yang buat hati Aryan susah sangat nak terima Karl ni?Karl ada
buat salah pada Aryan ke?” Rykal semakin ingin tahu.Selagi gadis itu membisu
selagi itu dia tidak akan berganjak.
Aryani
merengus.Susah bercakap dengan orang yang tak faham bahasa.Degil juga lelaki
mamat sorang di hadapannya kini. ‘Bahasa Melayu pun tak makan saman jangan
salahkan aku kalau aku speaking bahasa Perancis kejap lagi’.
“Stop
it!Tolong ke tepi sebelum saya menjerit!Awak tak tahu apa-apa senang awak
cakap.Bukan awak berada kat tempat saya!” Marah Aryani dengan suara yang
sedikit ditahan.Bimbang sekiranya menganggu pelajar lain yang turut
mengulangkaji di perpustakaan itu.
“Okay,kalau
Karl salah,Karl mintak maaf kat Aryan walaupun Karl sendiri tak tahu apa salah
Karl pada Aryan.Opps!Pasal surat layang tu Karl mengaku memang Karl yang
tulis.Tapi semua itu ikhlas Aryan.Aryan tak main-main soal membabitkan soal
hati dan perasaan.Memang selama ini Karl playboy
hurung perempuan ke hulu hilir tapi itu dulu Aryan.Trust me,Aryan,please” Rayu
Rykal.
Rykal
kecewa.Begitu marah sekali Aryani padanya.Setahunya dia tidak berbuat apa-apa
yang salah pada gadis itu.Dia cuma ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat
namun disalah tafsir oleh gadis itu.
“Aryan
bagilah saya peluang untuk kenal awak dulu.Jangan hukum saya tanpa tahu salah
saya” Rykal merayu.
“Nope!”
Tegas jawapan Aryani.Hitam katanya hitamlah.
Aryani
melangkah pergi tanpa perasaan.Sayup-sayup kedengaran Rykal memanggilnya namun
tidak diperdulikan tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
Aryuni ditimpa perasaan bersalah.Gara-garanya Rykal
sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkannya dari jadi mangsa langgar
lari.Dia harus pergi berjumpa dengan Rykal untuk meminta maaf.
Pertemuan pun diatur.Kebetulan waktu itu dia dan Rykal
tiada kuliah.Jadi senang sikit dia datang menemui lelaki itu.
Beberapa
minit kemudian,Rykal muncul.Dia berpakaian agak ringkas pada petang itu dengan
berseluar jeans dan T-shirt berwarna biru.Rykal memang menepati masa.
Aryani memaniskan muka.Sejujurnya dia ditimpa
perasaan bersalah kerana mentafsir yang bukan-bukan mengenai Rykal.Dia menghela
nafas perlahan mengurangkan sedikit kegugupan.
“Aryan
nak mintak maaf sebab banyak salah sangka pada Karl selama ni.Sebenarnya Aryan
tak ada niat pun nak marah Karl aritu”
Rykal
tersenyum.Dia tidak menyimpan sedikit dendam pun terhadap gadis itu.Bukan
sifatnya suka berdendam. “Karl faham apa yang Aryan rasa waktu tu,Karl langsung
tak tahu menahu apa yang terjadi kat arwah Akim.Kalau Akim kat tempat Aryan pun
mesti Karl akan buat macam yang Aryan buat.Karl betul-betul mintak maaf okay”
“Aryan
redha dengan ketentuan Ilahi.Tuhan lebih sayangkan arwah” Lirih suara Aryuni.
Rykal
mengangguk. “So,we’re friends now?”
Rykal menghulurkan tangan.
Aryani
menyambut huluran tangan Rykal seraya menggangguk.
“Amboi
amboi sejak bercintan-cintun ni asyik tersenyum sorang-sorang je.Ada apa-apa
ke?” Sakat Wani.
“Hish
sibuk nak tau.Buat hal sendiri sudahlah” Cebik Aryani sambil menyelak majalah
Remaja.
Mengekek
ketawa Wani melihat muncung sahabatnya itu.Dia gembira dengan perubahan
sahabatnya itu.Aryani kembali menjadi sahabatnya yang seperti dulu yang agak
riang dan gila-gila.Dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
“Ehem!Ceritalah
kat aku sikit pasal kau dengan mamat tu” Tanya Wani.Gaya macam wartawan dalam
ruangan Terjah rancangan Melodi saja gayanya.
“Ewah-ewah!Mamat
mana pulak ni?” Soal Aryani dengan kening terangkat sebelah.
“Eleh!Kura-kura
dalam perahu buat-buat tak tahu konon.Macam aku tak tahu kau dengan Karl ada
something kan?Pandai ya nak main sorok-sorok?” Teka Wani.
Aryani
mengangkat bahu.
“Selamat
ulang tahun Aryan,semoga ceria selalu dan dimurahkan rezeki hendaknya” Ucap
Rykal ikhlas.
“Thanks Karl for wish” Ucap Aryani terharu.
“You’re welcome honey” Balas Rykal
romantik.
Merona
kemerahan wajah Aryani.Sejak kebelakangan ini semakin jiwang karat pulak lelaki
di hadapannya itu.
Sebungkus
kotak berikat reben dikeluarkan lalu diletakkan di atas tapak tangan Aryani. “This is special for you Aryan” Ujarnya
tersenyum memandang Aryani.
Aryani
terpana.Baginya ucapan pun sudah memadai tidak perlu sampai membeli hadiah.Dia
memandang Rykal yang juga turut memadangnya.
“Bukalah”
Arah Rykal.
Perlahan Aryani meleraikan ikatan reben lalu
mengeluarkan isi di dalam kotak tersebut.Sebentuk kristal berbentuk angsa itu
diamatinya.Sungguh unik sekali rekaan kristal itu.
“Thanks Karl for the gift.I’m really appreciate it” Ujar Aryani terharu.
“Kenapa Karl bohong Aryan?Kenapa tak cakap terus terang
dengan Aryan?Sampai hati Karl buat Aryan macam tak tahu apa-apa.Agaknya kalau
Syaza tak cerita mesti Aryan tak tahu semua ni kan?” Marah Aryani bercampur
geram.
“Aryan dengar dulu apa Karl nak cakap.Karl ada sebab
kenapa Karl buat semua ni.Karl betul-betul sayangkan Aryan.Dengar dulu apa Karl
nak cakap” Rykal menenangkan Aryani.
“Memang Karl adik kandung Akim seperti yang Syaza
beritahu kat Aryan.Karl betul-betul mintak maaf.Sebelum abang Akim pergi dia
amanahkan pada Karl suruh jaga Aryan.Karl terpaksa rahsiakan hal ni sebab tak
nak Aryan terima Karl kerana amanat abang Akim.Karl nak Aryan terima Karl
dengan hati yang ikhlas” Rykal akhirnya berterus terang.
“It’s enough
Karl!Aryan tak nak dengar apa-apa penjelasan lagi buat masa sekarang.Tolong
tinggalkan Aryan.Jangan cari saya lagi lepas ni” Tangis Aryani hiba sebelum
berlalu pergi.
“Aryan!” Rykal menjerit memanggil sambil mengejar gadis
itu dan hampir sahaja dia ditumbuk
Aryani.
Aryani
menumbuk-numbuk bantal yang berada di atas ribanya.Dia membayangkan seolah-olah
dia menumbuk Harraz ketika itu.Geram tidak usah cakaplah.Sampai hati Harraz
menipunya hidup-hidup.
Wani
memadang pelik sahabatnya.Gaya macam orang putus cinta je minah ni. “Angin tak
ada ribut tak ada macam tak tentu arah aku tengok kau ni.Kau ada masalah ke beb?”
Aryani
tersedu-sedu menahan tangis.
Serba
salah pula Wani ingin bertanya.Sesudahnya dia diamkan diri saja sehingga
keadaan sahabatnya itu kembali reda.Suatu khidmat pesanan ringkas masuk ke
telefon bimbit Sony Erisson miliknya oleh nombor yang tidak dikenali.
Mesej
itu berbunyi,
‘Karl accident petang tadi.Hopely sesiapa
yang terbaca mesej ni datang segera ke hospital Ampang.Urgent!- Azri
“Innalillahhirojiun” Wani
beristigfar.
“Aryan” Dia menghulurkan telefon
bimbit kepada gadis itu.
Aryani
segera menyambut lantas membaca ayat yang tertulis dalam telefon bimbit
sahabatnya. ‘Ya Allah!’Terasa sesak dirasakan dadanya kala itu.Tubuhnya rebah
menyimbah ke lantai mujurlah sempat disambut oleh Wani.Saat itu semua pandangan
bertukar kelam dan kosong.
Setahun kemudian…
“ThanksAryansebab sentiasa berada di sisi abang saat abang betul-betul
memerlukan pertolongan sayang.Thank so
muchAryan.Aryan adalah anugerah dari-Nya yang tidak ternilainya untuk Karl”
Ucap Rykal ikhlas dan tulus.Dia bersyukur kerana terselamat dari kemalangan
ngeri tersebut.Kini dia menunggu masa untuk pulih semula untuk memulakan hidup
baharu dengan gadis kesayangannya itu.Doktor pakar telah memeriksa keadaan
kakinya dan mengatakan masih ada harapan sekiranya menjalani rawatan.
Aryani
menolak kerusi roda yang diduduki Rykal menghadap ke laut Selatan yang
terbentang luas.Dia menghirup sedalam-dalamnya nafas lega kerana akhirnya cinta
mereka bersatu.
“Aryan
janji akan bersama di sisi Karl sehingga hujung nyawa Aryan.Dulu Aryan pernah
kehilangan cinta pertama Aryan dan kini Aryan tak mahu kehilangan Karl
pula.Cukuplah sekali Aryan menderita” Luah Aryani.
Lagi
dua minggu mereka akan diijabkabulkan.Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana mengakbulkan doa mereka selama ini.Segala dugaan dan ranjau duri
ditempuhi sepanjang tempoh perkenalan mereka.Lewat petang itu mereka sama-sama
menikmati keindahan alam yang terbentang luas di mata tatkala hati bersulam
bahagia.
Tamat…