Home Cerpen Cinta Di saat mentari bersinar
Di saat mentari bersinar
NOR RAFIDAH JAMIL
23/3/2015 02:29:32
2,113
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Untuk sekian kalinya Aryani menyerah.Dia redha dengan ketentuan Ilahi yang ditetapkan padanya.Andai benar tiada jodohnya dengan Hakim,dia redha.Sudah hampir seminggu arwah Hakim pergi namun masih tidak dapat memadamkan ingatan dan sisa memorinya bersama arwah.Kubur arwah pun masih merah lagi.

“Aryan nak tahu something tak?” Suara Hakim tiba-tiba.

Aryani mengangkat muka. “Something?Apa tu?” Aryani menyoal ingin tahu.

Hakim mengambil ranting kayu yang di tangan Aryani lalu menguis-nguis sesuatu di pasir.

‘Akim & Aryani’.

Aryani hanya memerhatikan sahaja kelakuan Hakim lalu tersenyum.Ternyata dia turut senang dengan kehadiran Hakim di sisinya selalu.

“Aryan nak tahu apa yang membahagiakan Akim dalam dunia ini?” Hakim merenung ke dalam anak mata coklat hazel milik Aryani.

“Akim bertuah sebab ada Aryan di sisi waktu Akim susah dan senang.Akim merasa sangat bahagia bila melihat senyuman Aryan.Andai ditakdirkan Akim pergi dulu suatu hari nanti,Akim dapat pergi dengan tenang Tuhan telah makbulkan doa Akim dapat berada disamping Aryan” Ucap Hakim kedengaran sayu.

“Apa yang Akim merepek?Tolong jangan buat Aryan takut,please?Setiap ubat ada penawarnya.Aryan yakin Akim mampu bertahan.Akim kena kuat.Sekurangnya kita usaha Akim.Ajal,jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan” Suara Aryani tergetar-getar.Dia tidak mahu kehilangan Hakim.Hakim adalah cinta pertamanya.Apatah lagi lelaki itu telah pun menjadi tunangannya.

“Tubuh Akim tidak kuat lagi nak jalani terapi Aryan.Akim cuba untuk pulih untuk jadi seperti dulu demi Aryan.Maafkan Akim Aryan” Luah Hakim suatu petang itu.

Aryani sendiri merasa sayu melihat Hakim yang berada di sisinya.Memang betul apa yang diberitahu Hakim,kesan daripada terapi itu menyebabkan Hakim keguguran seluruh rambut dan seringkali juga lelaki itu merasa mual dan muntah-muntah selain ada juga simptom lain.Sekiranya digantikan dengan tempat Hakim,dia sanggup.

“Aryan!” Laung suatu suara menghentikan lamunannya lewat senja itu.

Aryani menoleh belakang.

Wani berlari-lari anak ke arahnya yang sedang duduk di atas batu menghadap ke laut. “Dah senja Aryan,mari pulang.Tak elok anak dara macam kau ni duduk luar sorang-sorang macam ni” Ajak Wani dengan suara termengah-mengah sambil tangan memegang pinggang.

“Aku okay,jangan risau.Kau tak payahkan risaukan aku” Aryani menyedapkan hati sahabatnya.

“Okay apa bendanya?Dah macam kucing hilang anak je aku tengok muka kau sekarang ni.Aku tak kira kau kena ikut aku masuk dalam jugak.Kalau aku tidak aku menjerit panggil mak ayah kau usung kau masuk dalam umah,kau nak?” Ugut Wani tersengih-sengih.

Membuntang mata Aryani memandang Wani.Ada-ada saja sahabatnya itu.Suka benar mengugutnya. “Ei, tak abis dengan taktik lama dia tu” Aryani memasamkan muka sebelum akhirnya mengalah.Dia mengibas-ngibas pasir dipunggung sebelum berjalan menuruti Wani.

“Sudahlah Yan,tak elok dikenang perkara yang berlalu.Mungkin sudah sampai ajal arwah untuk menemui Ilahi.Lagipun tidak baik untuk arwah,sekurangnya Aryan kena redha dengan pemergian arwah dan perbanyakkan doa untuk arwah” Nasihat Pak Jamal kepada satu-satunya anak perempuannya itu seusai makan malam.

Aryani hanya tunduk membisu.Dia cuba mengawal rasa hati yang semakin bergelodak hiba.Rindunya pada arwah seolah baru semalam sahaja mereka berjumpa.

Wani hanya mendengar sahaja apa yang disembangkan anak beranak itu.Mencelah pun tidak.Biarlah sekurangnya hati Aryani tenang dulu,fikirnya.Mungkin pemergian Hakim terlalu mengejut menyebabkan sahabatnya itu tidak mampu menerima kenyataan.

“Kejap betul masa berlalu kan abang?Esok Aryan dan Wani dah nak balik ke kolej tak da lah Lijah teman nak berlabun nanti” Mak Lijah mengubah topik perbualan “Eh Wani,kalau ada masa tak ada nak buat apa-apa datanglah sekali dengan Aryan mari umah mak cik.Senang ati mak cik Aryan balik ada kawan” Pelawa Mak Lijah.

“In sha Allah mak cik,kalau Wani free boleh ikut Aryan balik lagi.Boleh makan sedap-sedap lagi kat umah mak cik” Balas Wani tersendawa kekenyangan.

Aryani mencebik melihat tingkah laku Wani.Laju tangannya hinggap di peha sahabatnya itu.Wani sepantas boleh ingin mengelak.Berdekah-dekah ketawanya apabila melihat wajah Aryani yang merona merah apabila tidak berjaya mencubit pahanya.

Pak Jamal dan Mak Lijah hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat perangai mereka “Aryan jangan lupa bawa kerepek pisang yang mak dah bungkus tu nanti esok ya” Pesan Mak Mah kepada anak tunggalnya.

Aryani mengangguk lantas menghadiahkan jelingan kepada Wani.


“Please Aryan,Karl betul-betul nak kenal dengan Aryan.Itupun salah ke?Terus terang dengan Karl apa yang buat hati Aryan susah sangat nak terima Karl ni?Karl ada buat salah pada Aryan ke?” Rykal semakin ingin tahu.Selagi gadis itu membisu selagi itu dia tidak akan berganjak.

Aryani merengus.Susah bercakap dengan orang yang tak faham bahasa.Degil juga lelaki mamat sorang di hadapannya kini. ‘Bahasa Melayu pun tak makan saman jangan salahkan aku kalau aku speaking bahasa Perancis kejap lagi’.

“Stop it!Tolong ke tepi sebelum saya menjerit!Awak tak tahu apa-apa senang awak cakap.Bukan awak berada kat tempat saya!” Marah Aryani dengan suara yang sedikit ditahan.Bimbang sekiranya menganggu pelajar lain yang turut mengulangkaji di perpustakaan itu.

“Okay,kalau Karl salah,Karl mintak maaf kat Aryan walaupun Karl sendiri tak tahu apa salah Karl pada Aryan.Opps!Pasal surat layang tu Karl mengaku memang Karl yang tulis.Tapi semua itu ikhlas Aryan.Aryan tak main-main soal membabitkan soal hati dan perasaan.Memang selama ini Karl playboy hurung perempuan ke hulu hilir tapi itu dulu Aryan.Trust me,Aryan,please” Rayu Rykal.

Rykal kecewa.Begitu marah sekali Aryani padanya.Setahunya dia tidak berbuat apa-apa yang salah pada gadis itu.Dia cuma ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat namun disalah tafsir oleh gadis itu.

“Aryan bagilah saya peluang untuk kenal awak dulu.Jangan hukum saya tanpa tahu salah saya” Rykal merayu.

“Nope!” Tegas jawapan Aryani.Hitam katanya hitamlah.

Aryani melangkah pergi tanpa perasaan.Sayup-sayup kedengaran Rykal memanggilnya namun tidak diperdulikan tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.

Aryuni ditimpa perasaan bersalah.Gara-garanya Rykal sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkannya dari jadi mangsa langgar lari.Dia harus pergi berjumpa dengan Rykal untuk meminta maaf.

Pertemuan pun diatur.Kebetulan waktu itu dia dan Rykal tiada kuliah.Jadi senang sikit dia datang menemui lelaki itu.

Beberapa minit kemudian,Rykal muncul.Dia berpakaian agak ringkas pada petang itu dengan berseluar jeans dan T-shirt berwarna biru.Rykal memang menepati masa.

Aryani memaniskan muka.Sejujurnya dia ditimpa perasaan bersalah kerana mentafsir yang bukan-bukan mengenai Rykal.Dia menghela nafas perlahan mengurangkan sedikit kegugupan.

“Aryan nak mintak maaf sebab banyak salah sangka pada Karl selama ni.Sebenarnya Aryan tak ada niat pun nak marah Karl aritu”

Rykal tersenyum.Dia tidak menyimpan sedikit dendam pun terhadap gadis itu.Bukan sifatnya suka berdendam. “Karl faham apa yang Aryan rasa waktu tu,Karl langsung tak tahu menahu apa yang terjadi kat arwah Akim.Kalau Akim kat tempat Aryan pun mesti Karl akan buat macam yang Aryan buat.Karl betul-betul mintak maaf okay”

“Aryan redha dengan ketentuan Ilahi.Tuhan lebih sayangkan arwah” Lirih suara Aryuni.

Rykal mengangguk. “So,we’re friends now?” Rykal menghulurkan tangan.

Aryani menyambut huluran tangan Rykal seraya menggangguk.


“Amboi amboi sejak bercintan-cintun ni asyik tersenyum sorang-sorang je.Ada apa-apa ke?” Sakat Wani.

“Hish sibuk nak tau.Buat hal sendiri sudahlah” Cebik Aryani sambil menyelak majalah Remaja.

Mengekek ketawa Wani melihat muncung sahabatnya itu.Dia gembira dengan perubahan sahabatnya itu.Aryani kembali menjadi sahabatnya yang seperti dulu yang agak riang dan gila-gila.Dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

“Ehem!Ceritalah kat aku sikit pasal kau dengan mamat tu” Tanya Wani.Gaya macam wartawan dalam ruangan Terjah rancangan Melodi saja gayanya.

“Ewah-ewah!Mamat mana pulak ni?” Soal Aryani dengan kening terangkat sebelah.

“Eleh!Kura-kura dalam perahu buat-buat tak tahu konon.Macam aku tak tahu kau dengan Karl ada something kan?Pandai ya nak main sorok-sorok?” Teka Wani.

Aryani mengangkat bahu.


“Selamat ulang tahun Aryan,semoga ceria selalu dan dimurahkan rezeki hendaknya” Ucap Rykal ikhlas.

Thanks Karl for wish” Ucap Aryani terharu.

You’re welcome honey” Balas Rykal romantik.

Merona kemerahan wajah Aryani.Sejak kebelakangan ini semakin jiwang karat pulak lelaki di hadapannya itu.

Sebungkus kotak berikat reben dikeluarkan lalu diletakkan di atas tapak tangan Aryani. “This is special for you Aryan” Ujarnya tersenyum memandang Aryani.

Aryani terpana.Baginya ucapan pun sudah memadai tidak perlu sampai membeli hadiah.Dia memandang Rykal yang juga turut memadangnya.

“Bukalah” Arah Rykal.

Perlahan Aryani meleraikan ikatan reben lalu mengeluarkan isi di dalam kotak tersebut.Sebentuk kristal berbentuk angsa itu diamatinya.Sungguh unik sekali rekaan kristal itu.

Thanks Karl for the gift.I’m really appreciate it” Ujar Aryani terharu.

“Kenapa Karl bohong Aryan?Kenapa tak cakap terus terang dengan Aryan?Sampai hati Karl buat Aryan macam tak tahu apa-apa.Agaknya kalau Syaza tak cerita mesti Aryan tak tahu semua ni kan?” Marah Aryani bercampur geram.

“Aryan dengar dulu apa Karl nak cakap.Karl ada sebab kenapa Karl buat semua ni.Karl betul-betul sayangkan Aryan.Dengar dulu apa Karl nak cakap” Rykal menenangkan Aryani.

“Memang Karl adik kandung Akim seperti yang Syaza beritahu kat Aryan.Karl betul-betul mintak maaf.Sebelum abang Akim pergi dia amanahkan pada Karl suruh jaga Aryan.Karl terpaksa rahsiakan hal ni sebab tak nak Aryan terima Karl kerana amanat abang Akim.Karl nak Aryan terima Karl dengan hati yang ikhlas” Rykal akhirnya berterus terang.

It’s enough Karl!Aryan tak nak dengar apa-apa penjelasan lagi buat masa sekarang.Tolong tinggalkan Aryan.Jangan cari saya lagi lepas ni” Tangis Aryani hiba sebelum berlalu pergi.

“Aryan!” Rykal menjerit memanggil sambil mengejar gadis itu dan hampir sahaja dia ditumbuk Aryani.


Aryani menumbuk-numbuk bantal yang berada di atas ribanya.Dia membayangkan seolah-olah dia menumbuk Harraz ketika itu.Geram tidak usah cakaplah.Sampai hati Harraz menipunya hidup-hidup.

Wani memadang pelik sahabatnya.Gaya macam orang putus cinta je minah ni. “Angin tak ada ribut tak ada macam tak tentu arah aku tengok kau ni.Kau ada masalah ke beb?”

Aryani tersedu-sedu menahan tangis.

Serba salah pula Wani ingin bertanya.Sesudahnya dia diamkan diri saja sehingga keadaan sahabatnya itu kembali reda.Suatu khidmat pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit Sony Erisson miliknya oleh nombor yang tidak dikenali.

Mesej itu berbunyi,

Karl accident petang tadi.Hopely sesiapa yang terbaca mesej ni datang segera ke hospital Ampang.Urgent!- Azri

“Innalillahhirojiun” Wani beristigfar.

“Aryan” Dia menghulurkan telefon bimbit kepada gadis itu.

Aryani segera menyambut lantas membaca ayat yang tertulis dalam telefon bimbit sahabatnya. ‘Ya Allah!’Terasa sesak dirasakan dadanya kala itu.Tubuhnya rebah menyimbah ke lantai mujurlah sempat disambut oleh Wani.Saat itu semua pandangan bertukar kelam dan kosong.

Setahun kemudian…

ThanksAryansebab sentiasa berada di sisi abang saat abang betul-betul memerlukan pertolongan sayang.Thank so muchAryan.Aryan adalah anugerah dari-Nya yang tidak ternilainya untuk Karl” Ucap Rykal ikhlas dan tulus.Dia bersyukur kerana terselamat dari kemalangan ngeri tersebut.Kini dia menunggu masa untuk pulih semula untuk memulakan hidup baharu dengan gadis kesayangannya itu.Doktor pakar telah memeriksa keadaan kakinya dan mengatakan masih ada harapan sekiranya menjalani rawatan.

Aryani menolak kerusi roda yang diduduki Rykal menghadap ke laut Selatan yang terbentang luas.Dia menghirup sedalam-dalamnya nafas lega kerana akhirnya cinta mereka bersatu.

“Aryan janji akan bersama di sisi Karl sehingga hujung nyawa Aryan.Dulu Aryan pernah kehilangan cinta pertama Aryan dan kini Aryan tak mahu kehilangan Karl pula.Cukuplah sekali Aryan menderita” Luah Aryani.

Lagi dua minggu mereka akan diijabkabulkan.Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana mengakbulkan doa mereka selama ini.Segala dugaan dan ranjau duri ditempuhi sepanjang tempoh perkenalan mereka.Lewat petang itu mereka sama-sama menikmati keindahan alam yang terbentang luas di mata tatkala hati bersulam bahagia.

Tamat…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.