Qalesya
membongkokkan sedikit badan mengutip beberapa helai kertas yang terkeluar dari
fail yang dipegangnya tanpa memandang langsung lelaki yang melanggarnya.Dia
ralit mengutip tanpa menyedari lelaki itu merenungnya tajam. ‘Agak-agaklah
mamat sorang ni,main langgar-langgar orang” Namun hanya terluah di dalam
hati.Ada jalan lain untuk ke kuliah B,masih nak guna jalan tu jugak.Kebetulan
waktu itu dia perjalanan pulang dari library
dan bercadang ingin ke cafekerana
sudah Rabiatul dan Zura ajak lepak bersama.
“Heh!Macam
tak ada laluan lain ke nak lalu!Takkan itu pun saya nak bagi signal!” Qalesya
hilang sabar.Dia sungguh pantang sekiranya ada sesiapa yang melengah-lengahkan
masanya.Itu sifatnya dari dulu.
“Sorry sebab langgar awak.Tak perasan pulak
awak lalu tadi” Edry memohon maaf sambil memandang Hannah.Sejenak fikirannya
terbayangkan akan wajah seseorang.Dia seolah pernah melihat gadis itu sebelum
ini.
‘Sorry naik lori lah’ Qalesha
memerli di dalam hati.
“Kay!Memang tak salah kau ni Kay
kan?” Soal Edry meminta kepastian.
Hannah
mengerutkan dahi. ‘Kay?Siapa pulak Kay?’ Dia memandang atas bawah lelaki yang
memanggilnya dengan gelaran Kay itu. “Err maaf,saya rasa awak salah orang
ni.Saya bukan Kay,saya tak tahu siapa Kay yang awak maksudkan tu.Mungkin
pelanduk dua serupa kot.Maaf ya” Ujar Qalesha menafikan.Dia memerhatikan dari
atas ke bawah penampilan lelaki itu.Berkasual kemeja biru dan segak bertali
leher.
Edry tidak
berpuas hati dengan jawapan dari gadis itu.Dia amat mengenali gadis yang sedang
berdiri di hadapannya itu.Masakan dia lupa akan parut halus yang sedikit nampak
pada dahi gadis tersebut.Ya!Parut itulah yang mengingatkan dia pada seseorang.Memang
dia tidak salah orang. “Edry ni,Kay langsung tak kenal Edry ek?” Soalnya lagi.
“Maaf ya,saya
langsung tak kenal awak.Mungkin awak salah orang kot.Nama saya bukan Kay.Saya
nak cepat ni,kawan saya tengah tunggu saya kat cafe” Qalesya segera meminta diri.
Edry
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Mungkin benar cakap gadis itu
mengatakan kemungkinan dia salah orang barangkali.Dia memandang Qalesha yang
sudah menjauh pergi meninggalkannya terpinga-pinga di situ.
Qalesha menilik
dirinya di hadapan cermin soleknya sambil tersenyum sendirian.Dia teringat
kembali waktu zaman sekolah dulu dia berpakaian agak brutal dengan hanya
mengenakan T-shirt dan berseluar jeans bertampal.Sengaja dia berbuat
begitu.Katanya mengikut arus pemodenan dan segelintir remaja yang berpakaian
begitu.Selain itu dia berpakaian begitu kerana agak selesa dan mudah baginya
untuk bergerak ke mana-mana. Ditambah pula sikapnya yang agak kasar menyebabkan
tiada lelaki yang mahu berkawan rapat dengannya.Dia sebenarnya tidak menyedari dia
mempunyai keunikannya yang tersendiri tapi tersembunyi kerana cara berpakaian
yang sedemikian.
Mujurlah ada
seorang lelaki yang sudi berkawan dengannya.Dia jugalah yang menghulurkan salam
perkenalan.Qalesha menyambutnya secara baik tanpa syak wasangka.Sangkaannya dia
seorang yang baik.Walhal tanpa dia menyedari ada udang di sebalik batu.Apabila
mendapat tahu niatnya,Qalesha mulai berang dan sejak itu dia melancarkan perang
Dunia Kedua.Sampai bila-bila dia tidak akan melupakan peristiwa itu.
Rabiatul merangkap
teman sebiliknya tekun menulis nota di atas meja belajar tanpa sedikit pun
bergerak memandang Qalesya.Rabiatul memang seorang yang kaki study berbanding dirinya yang agak
ikut moodsekiranya mahu
mengulangkaji pelajaran.
Qalesya
menyergah Rabiatul dari belakang. “Mak!” Jerit Rabiatul kuat.Memang sikapnya
suka melatah membuatkan Qalesya gemar benar mengusiknya.Dia mengurut dadanya
perlahan sambil menarik nafas perlahan.Habis terbang semua semangatnya.
Qalesha mengekek
ketawa geli hati.Dia memang kuat menyakat.Rabiatul yang selalu menjadi
mangsanya.
“Nasib aku tak
sakit jantung kalau tak dah lama kena hurung masuk hospital arini jugak.Buatnya
mati terkejut karang malam nanti aku kacau kau nanti” Ujar Rabiatul sambil
membuat aksi menjelirkan lidah menakutkan Qalesha.
“Kau study apa tu?” Qalesya menyoal.
“Subjek programming kelas Dr.Atira.Kau genius
tak payah study pun tak apa.Dapat A
plus A tambah lagi walaupun tak study” Rabiatul mencebik.
Qalesya
membulatkan bijik mata.
“Aku peninglah
bab-bab nak cari jawapan tuk soalan ni.Kau ada idea tak nak jawab soalan nombor
tiga ni?” Soal Rabiatul meminta pertolongan.
Qalesya
menyambut huluran kertas Rabiatul lalu ralit memikirkan formula yang sesuai
digunakan untuk soalan tersebut.Mujurlah mereka dari jurusan yang sama kos
Teknologi Maklumat. “For this questions,aku rasa kau gunacoding
ni.Kat line six tu kita declare variable yang bernama nombor. Means dekat line six ni kita bagitau kat komputer suruh dia sediakan satu
tempat untuk data jenis integer dan labelkan tempat tu sebagai nombor” Qalesya
menerangkan satu-persatu.
Rabiatul
mengangguk-angguk mendengar penerangan Qalesya.
“Faham?” Soal
Qalesya.
“ThanksQalesh.Malam ni aku belanja kau
makan nak?” Pancing Qalesya tersengih.
“Seriously!?” Soal
Qalesya dengan riak muka sengaja terkejut.
Rabiatul
mengangguk. “Apa kau ingat muka aku ni ada main-main ke? I’m seriously okay” Bidas
Rabiatul.
“Anyway alang-alang kau belanja aku,malam
ni aku nak makan steamboat plus chicken
chop.’
“Amboi cik Qalesh
oi!Nak makan ke nak melantak.Tu menteka darah namanya.Cekik duit poket aku ni
arini” Bebel Rabiatul macam orang tua.
“Dua-dua
sekali.Alang-alang kau belanja kan” Provok Qalesya suka hati.
“Kenapa awak nak tipu saya Kay?Okay,saya lupa awak ada
nama nick name,Qalesha right?” Sindir Edry.
Muka
Qalesya pucat.Walaupun dia menyamar begitu Edry merangkap musuh ketatnya selama
ini berjaya mengenalinya.Sungguh benci wajah yang itu yang seringkali menganggu
gugat ketenangannya selama ini.Bertahun juga dia cuba melupakan perbuatan
lelaki itu terhadap dirinya.Apakah semua ini?Kini dia harus berdepan dengan
musuh ketatnya semula.
“Kenapa
cari saya lagi?Tak puas sakitkan hati saya!?Tak puas mainkan hati saya.Walaupun
saya agak kasar,saya masih punya hati dan perasaan.Tak cukup lagi awak malukan
saya depan kawan-kawan awak!?” Tengking Qalesya.
“PleaseQalesh masa tu Edry kena
cabar.Edry tak sengaja nak malukan Kay pun.Tak terlintas langsung nak malukan
Kay.Edry cuba cari Kay sebab nak tebus salah Edry pada Kay selama ni.Mostly two yearsEdry cuba cari Kay,jangankan
nak jawab callEdry pun Kay tak
jawab.Edry tahu banyak salah silap Edry pada Kay.I’m sorry Kay” Edry
berterus-terang.
Qalesya
rasa mahu pitam mendengar penjelasan dari Edry.Teganya hati lelaki itu
mempermainkan perasaannya.Sakit hatinya hanya Tuhan yang tahu.Begitu senang
juga lelaki itu meminta maaf atas segala perbuatannya selama ini.Qalesya
diterpa kebimbangan.Adakah lelaki itu mempunyai agenda tersendiri kemunculannya
kali ini. “It’s to muchEdry,saya tak
mahu dengar apa-apa lagi. I’m not
interested!” Mukanya merah menahan marah.
“Honey what’s wrong?Who is the girl?” Sapa suatu suara dengan manja menggoda.Dia
menghadiahkan jelingan kepada Qalesya.
Edry
mulai meluat dengan sikap terlebih gedik Syazmin.Datang tidak diundang tanpa
segan silu memanggilnya dengan gelaran begitu.Umpama perigi cari timba saja
lagaknya.Gadis itu merupakan anak kenalan mamanya.Syazmin suka mengejarnya
sejak dulu lagi dan itu yang membuatkan Edry rimas.
“Oh nothing.Edrybincang pasal group assigment tadi” Bohong Edryterdesak.
“Lupa nak kenalkan ni member Edry masa zaman sekolah dulu,Qalesh” Edry
merahsiakan identiti Qalesya.
Qalesya
cuba untuk tersenyum.Walang di dalam hati bukan kepalang.Kalau diikutkan mahu
ditoreh-toreh muka lelaki itu sampai berdarah.Baru dia tahu perasaan apabila
diri disakiti. “Saya Qalesh kawan Edry” Qalesya memaksa diri memperkenalkan
diri.
“Wow!Nice to meet you,sorry fikir yang bukan-bukan pasal you tadi. ISyazmin,tunang Edry actually”
Sengaja perkataan tunang itu ditekankan.
Qalesya
menyambut huluran tangan yang dihulurkan Syazmin walhal hati kecewa bukan
kepalang.
Qalesya
asyik mengelamun tanpa menyedari Rabiatul asyik memandangnya dari tadi.Sekejap-sekejap
badan dikalihkan ke kiri sekejap ke kanan.Serba tak kena saja gayanya.Macam
cacing kepanasan rupanya.
“Kenapa
tak berterus terang kau suka kat dia?Tak usah disimpan tengok kau sendiri yang
makan hati.Siapa susah sekarang ni?Aku jugak kan?Straight to the point la.Lupakan benda yang dah lepas.Dia kan
mintak maaf.Semua orang pernah buat silap Qalesh” Nasihat Rabiatul panjang
lebar.Minah ni kalau dah ceramah mengalahkan pakar motivasi terkenal, Datuk
Fadzilah Kamsar.
“Senang
kau cakap,kau bukan ada kat tempat aku.Dia yang beri harapan kat aku dan dia
juga orang yang sakitkan hati aku.Tak cukup lagi sakitkan hati aku,dia perkenalkan
tunang dia pulak pada aku” Cerita Qalesya sambil menahan air mata dari
berjuraian.
“What!?Kau
tak cerita kat aku pun sebelum ni?” Soal Rabiatul terkejut lalu terbangun.
“Sabarlah
Qalesh,aku faham perasaan kau sekarang ni.Now,
aku nak kau banyakkan bersabar.Bagi aku lah lelaki macam tu memang nak kena
penumbuk” Nasihat Rabiatul setelah mengetahui kedudukan cerita yang sebenar.Dia
mengepal penumbuk.Tidak padan dengan badannya yang kecil.
“ThanksRuby,kau sentiasa ada saat aku susah macam ni.Tak tahu macam mana aku
nak balas jasa kau” Qalesya terharu.
“No problem Qalesh.Siapa lagi tempat kau
mengadu kalau bukan kawan kau yang baik ni sorang kan?” Rabiatul memuji diri
sendiri.
‘Eleh
angkat bakul puji diri pulak minah sorang ni’.
Petang itu Rabiatul mengadu demam.Timbul rasa kasihan
melihat kawan baiknya itu menggigil kesejukan.Hairan bin ajaib melihat kawannya
yang seorang itu.Baru sekejap tadi dia tengok gadis itu kelihatan sihat
walafiat.Tiada tanda-tanda mahu demam.Tidak mahu mensyaki apa-apa,Qalesya
menelefon teksi yang diambil dari telefon bimbit kawannya itu untuk menghantar gadis
itu ke hospital.
“Sorry
Qalesh,aku tak dapat nak ikut kau ke hospital tu” Beritahu Rabiatul dengan
suara terketar-ketar sambil berselubung.
“Mana
boleh Ruby,aku tengok kau macam dah teruk sangat ni.Karang jatuh pengsan aku
pulak yang susah nanti” Qalesya memaksa.Dia menarik selimut yang disarung di
tubuh Rabiatul.
“Badan aku ni
rasa sejuk semacam aje” Beritahunya lagi.
Qalesya serba
salah.Dia berkira-kira sama ada mahu membawa kawannya itu ke hospital.Dia juga
khuatir sekiranya jadi apa-apa pada kawannya itu.Mahu tak mahu dia mengambil
keputusan untuk pergi seorang diri sahaja ke hospital memandangkan keadaan
Rabiatul agak teruk ketika itu. “Anything kau callje aku kalau ada apa-apa berlaku ya,Ruby.Jangan lupa pulak”
Qalesya mengingatkan sebelum berlalu ke luar bilik.
Rabiatul
mengangguk-angguk mendengar Qalesya berkata begitu. “Sure Qalesh,apa-apa nanti
aku inform kau” Balasnya.
Qalesya
menahan debaran di dalam hati.Seingat jalan yang sedang dilaluinya ketika itu bukan
laluan menuju ke hospital.Mungkin pemandu teksi itu menggunakan jalan pintas
barangkali,fikirnya.Hampir lima belas minit dia berkeadaan begitu,seagaknya
perjalanan ke hospital tidaklah sejauh mana.
“Err
encik....agak-agak berapa minit lagi nak sampai ke hospital?Jauh sangat ni
encik.Karang lambat pulak sampai nanti.Risau pulak kawan saya sorang-sorang kat
umah waktu ni” Qalesya melahirkan kerisauan.Dia cuba menjengah wajah pemandu
teksi itu yang sedang memandu tersebut tapi tidak berapa jelas kerana
terselindung di sebalik topi yang dipakainya.Pertanyaan Qalesha dibiarkan sepi
begitu.
“Sekejap lagi
sampailah cik Qal…” Balas pemandu teksi itu tanpa menyudahkan ayat yang
seterusnya.Dia kembali fokus meneruskan pemanduan sambil matanya merenung gadis
yang duduk di belakang melalui cermin hadapan.
“Cik
Qal?” ‘Apa aku salah aku dengar ke?’
Qalesya sempat menangkap ayat yang terakhir.
“Maaf ya
bertanya,kalau tak salah saya dengar encik ada sebut nama saya?” Qalesya
menyoal penuh berani.Soalan Qalesya dibiarkan sepi.Pemandu teksi itu tidak menjawab
langsung pertanyaan gadis itu. “Err encik jangan nak buat tak senonoh dengan
saya ye,saya ada tali pinggang taek wan do.Kalau encik nak buat tak elok dengan
saya silaplah” Qalesya bersuara keras.Matanya melilaukan mata ke kiri kanan.
Pemandu teksi
itu menghentikan teksi betul-betul menghadap bangunan Putrajaya yang tersergam
indah lalu keluar dari perut teksi.Qalesya memandang pelik tingkah laku pemandu
teksi tersebut.
“Kay suka
lihat matahari terbenam?” Soal lelaki itu sambil menanggalkan topi yang
dipakainya.Edry menyoal.Dulu Qalesya pernah memberitahunya dia suka melihat
matahari terbenam.Biarlah kali ini dia tunaikan permintaan gadis itu.
Melopong
mulut Qalesya “Apa semua ni Edry!?Awak yang plan
semua ni ke?Apa lagi awak nak!?” Qalesya mulai hilang sabar.Geram pun ada.
“Sorry Kay.Edry tahu apa yang Edry buat
ni salah.Sukarnya nak raih kemaafan dari Kay.Edry tahu banyak salah silap pada
Kay selama ini.Maafkan Edry,please?”
Rayu Edry.
Qalesya
bungkam.
“Edry tak
akan ganggu Kay lepas ni.Mungkin ini pertemuan kita yang terakhir.Edry tahu Kay
dah tanamkan perasaan benci pada Edry.It’s
okay,Edry faham” Suara Edry hiba.Dia ingin berlalu dari situ sebaliknya
terhenti sebaik sahaja namanya dipanggil.
“Edry!Kenapa
awak lakukan semua ni?Saya dah lama maafkan awak dari dulu.Tapi sejak awak
muncul saya rasa seolah-olah terngiang-ngiang kembali kata-kata awak semula”
Jerit Qalesya.
“Sebab saya
sukakan awak Kay.Trust me Kay.Apa
yang awak dengar semua tu tak sama dengan apa yang ada dalam hati saya sekarang.Lepas
awak pergi saya rasa seolah-olah saya kehilangan sesuatu yang bermakna dalam
hidup saya” Edry membuat pengakuan tulus dan ikhlas.
Mutiara
jernih jatuh menuruni pipi mulus Qalesya.Pengakuan Edry amat mengejutkan
dirinya.Pengakuan yang benar-benar dan jujur dan ikhlas dari hati.
Sejambak
bunga ros yang dipegang sedari tadi dihulurkan pada Qalesya.Wajah gadis itu
merona kemerahan. “Edry nak tanya sesuatu boleh?” Soal Qalesya ragu-ragu.
“Siapa perempuan tu?” Ada nada cemburu sedikit.
Edry tersenyum.Makin
menyakitkan hati Qalesya pula. “Anak kenalan mama Edry.Dia je yang
melebih-lebih.Tapi Kay jangan risau dia akan bertunang tak lama lagi” Edry
memandang tepat ke anak mata Qalesya.
“Kay nak tahu
sesuatu tak?” Giliran Edry menyoal semula.
“Cakap
je la.Apa dia?” Qalesya melonjak ingin tahu.
“Sebenarnya…sebenarnya
Ruby yang plan semua ni untuk Edry” Suara jujur Edry.
Untuk
kali keduanya mulut Qalesya melopong.Patutlah ajak pergi hospital banyak betul
alasan.Rupanya ini permainan minah tu.Qalesya tersenyum sendirian apabila
memikirkan peristiwa tadi.Hampir terpedaya dengan muka sakit kawannya,Rabiatul.
Edry
tersenyum bersulam bahagia melihat senyuman Qalesya.Edry menudingkan jarinya ke
arah matahari yang terbenam.Terpukau sungguh Qalesya dan dia berterima kasih
kerana Edry masih ingat apa impiannya ketika dahulu. “Thanks Edry bawak Kay ke
sini” Qalesya tersenyum menampakkan sebaris gigi yang tersusun.
Tamat…