“Hai Raisya” Tegur suatu garau dibelakang. Raisya terus menutup
buku nota dan berkira-kira ingin keluar dari library. Akan tetapi, Fendi terlebih dahulu menghalang laluannya.
“Hai”
Balas Raisya sepatah. Tidak berminat nak layan mamat poyo dihadapannya ketika
itu.
“Amboi,
sombongnya. Tegur sikit pun tak boleh” Sindir Fendi sambil berpeluk tubuh.
“Awak
nak apa Fendi?” Suara Raisya tertahan-tahan. Kalau takde siapa kat library tu, dah lama dia tengking lelaki
tidak tahu malu yang sedang berdiri didepannya tatkala itu.
“Raisya,
Raisya. Aku kasihan tengok kau” Fendi menggeleng-gelengkan kepala sambil
tersengih-sengih. Entah kenapa Fendi berkata begitu, Raisya sendiri tidak
faham.
“Straight to the point Fendi! Aku takde
masa nak dengar bahasa kiasan kau tu! Kalau kau tak ada benda nak cakap. Baik
kau pergi!” Raisya mulai naik berang. Dia membetulkan kedudukan tudung yang
senget.
“Okay, fine!” Akhirnya Fendi mengalah.
Raisya
memalingkan muka memandang ke tempat lain.
“Apa
kau nak cakap?!” Raisya menjeling. Naik meluat pula dengan sikap Fendi yang
suka berkias-kias itu.
“Fasal
Najmi” Fendi bersuara perlahan, sesekali memandang sekeliling library. Tiba masanya dia memberitahu
akan hal Najmi pada Raisya. Dia tidak mahu Raisya terus ditipu hidup-hidup.
“Kenapa
dengan dia? Kau jangan nak fitnah dia bukan-bukan Fendi” Ugut Raisya.
“Fitnah
apanya, Raisya? Aku nampak dengan mata aku sendiri dia dengan perempuan lain
semalam. Perempuan tu kau sendiri kenal. Aku tak naklah kau diperbodohkan,
Raisya. Lagi-lagi lelaki macam Najmi tu. Aku tak nak dia gunakan aje. Itu je.
Aku akui memang aku ni taklah baik sangat. Tapi, sekurang-kurangnya aku ni
bukan jenis berpura-pura” Adu Fendi panjang lebar. Najmi kawan rapatnya sejak
sekolah dulu. Semua perangai Najmi dia sudah tahu.
“Enough, Fendi! Aku malas nak dengar
cerita tak betul kau tu. Najmi bukan macam itulah. Mungkin apa yang kau lihat
tu orang lain. Dari aku naik berang, baik kau pergi Fendi” Raisya buat acuh tak
acuh.
“Terpulang
pada kau, Raisya nak percaya atau tidak. Well…suatu
hari, kau akan berterima kasih pada aku. Okeylah aku blah dulu. Karang ada
singa naik hantu kejap lagi”
Raisya
terdiam. Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni?
“ Sorry,
late. Najmi ada hal sikit tadi”
Ucapnya menyedari kesilapannya.
“Takpe” Balas Raisya sepatah setelah mengambil
tempat disebelah pemandu. Masak sangat sikap Najmi itu. Janji pukul tiga
petang, sekarang sudah jam empat. Mujurlah dia agak penyabar sikit orangnya.
Kereta MyVi Najmi bergerak meninggalkan perkarangan kolej meluncur laju melalui
lebuan lebuhraya. Najmi menghalakan pandangan ke atas jalan raya.
“Pukul berapa Najmi balik malam tadi?” Raisya
menyoal, dikerling Najmi dengan ekor matanya. Pandangan Najmi masih dihala ke
atas laluan jalan raya.
“Pukul dua pagi. Ada group discussion malam tadi”
“Lambatnya. Dah settle ke?” Riak muka Raisya
terkejut. Patutlah, dilihat Najmi asyik menguap aje dari tadi.
“Tapi…kenapa Fendi” Raisya tidak menyudahkan
ayatnya.
“Erm, kenapa dengan Fendi? Dia tu memang jenis
macam tu. Suka buat cerita. Ada ahli group
pun macam takde je. Selalu mengelak bila nak discuss” Najmi merengus.
Raisya terdiam. Ada benarnya kata-kata Najmi
itu. Fendi itu pun budak bermasalah. Suka ponteng
kelas dan suka cari pasal dengan orang. Teringat pula perbualan dia dengan
Fendi pagi tadi. Benarkah apa yang diberitahu Fendi itu?
Suasana di dalam kereta itu menyepi, dengan
bertemankan suara deejay Suria FM, Linda Onn yang sibuk berceloteh itu ini.
Raisya leka melayan perasaan. Kata-kata Fendi terngiang-ngiang dalam fikiran,
bagaikan pita perakam.
Najmi membelok ke restoran Mc Donalds yang
terletak di simpang jalan. Tekaknya terasa ingin makan fast food. Dia memarkirkan kereta di petak khas yang disediakan dan
mematikan enjin. Kemudian, keluar dari perut kereta lalu Raisya membuntuti dari
belakang.
“Raisya nak orderapa-apa tak?” Soal Najmi setelah Raisya melabuhkan punggung
dikerusi. Raisya Cuma menggeleng-geleng. Perutnya terasa sebu. Dari tengahari
tadi dia belum jamah apa-apa.
Najmi berlalu ke kaunter dan membuat pesanan.
Hampir lima belas dia kembali dengan membawa dulang. Dia duduk berhadapan
Raisya. Dua set burger chicken dan minuman pepsi diletakkan di atas meja.
“Najmi, saya tak order apa-apa pun tadi. Burger ni untuk
siapa?” Direnungnya Najmi lama. Mungkin lelaki itu salah dengar.
“For your, Raisya” Jawabnya sepatah
sambil mengunyah burger.
“Okay, thanks” Terpaksa juga dia makan burger
itu. Tidak mahu Najmi berkecil hati dengannya.
Zakuan leka
menaip sesuatu di laptop, sehingga tidak dengar Razif memanggil namanya tadi.
Tekun menghadap laptop sehingga Razif masuk ke bilik pun dia tidak sedar.
Alih-alih Razif sudah masuk ke biliknya.
“Hey bro!” Bahu
Zakuan ditepuk. Dia mendongak. Bila pula Razif masuk, macam pelesit aje.
Razif tersengih
lalu mengambil duduk berhadapan Zakuan.
“Bila pula kau
masuk. Tak dengar bunyi pun” Usul Zakuan pelik.
Razif tergelak “
Orang kalau dah sibuk sangat tu. Bunyi bom pun dia tak dengar” Dia akui Zakuan
memang pekerja yang rajin. Mungkin kerana sebab itu dia diberi tugas
mengendalikan projek sehingga ke luar negara. Zakuan hampir sebaya dengan
umurnya. Namun, sayang sekali. Dia ada rupa, boleh tahan juga handsome.
Kedudukan pun bukan calang-calang orangnya. Tapi, belum ada something yang
special. Agaknya Zakuan ni terlampau memilih orangnya. Pernah juga terfikir nak
kenal-kenalkan Zakuan ni pada adik perempuannya, Raisya gadis itu sudah
berpunya.
“Kau apa tu? Aku
ganggu kau ke, Zack?” Razif memang menggelar Zakuan dengan gelaran Zack. Supaya
nampak lebih akrab. Macam skema pula panggil nama penuh.
“Taklah busy pun. Aku tengah jemur kain ni”
Zakuan berseloroh. Apa punya soalanlah Razif ni.
Razif tersengih “Amboi,
berloyar buruk kau ya” Ujarnya sambil menyilangkan kaki dikerusi.
“So, macam mana
dengan projek kau kat sana? Diorang ada cakap apa-apa? Anything? Ada apa-apa
lagi yang tak siap?” Soal Razif bertubi-tubi. Lima bulan lamanya Zakuan di luar
negara orang, harap ada perkembangan baik. Dia tahu yang Zakuan boleh diharap.
“So far, okay. Fasal bahan mentah tu. Kau
tolong tengok mana yang patut. Banyak client
komplain pasal tu” Ujar Zakuan serius.
Razif mengangguk-angguk
“Okay, anything else?”
Zakuan menggeleng.
“Jom lunch!” Ajak Razif lalu memandang jam tangan.
“Come
on, Zack. Pukul satu dah bro! Kerja kau tu bila-bila pun kau boleh settle”
Ajak Razif bersungguh-sungguh apabila melihat Zakuan tidak berkutik dari tadi. Zakuan
ni, kalau bab kerja. Langsung terus tak ingat nak makan agaknya.
“ Okey!” Zakuan mengemas semula
fail-fail yang berlambak di atas meja dan membuntuti Razif dari belakang.