Sesi kuliah pagi itu dibatalkan kerana
Prof Salina ada urusan penting ingin diselesaikan. Semua pelajar berpusu-pusu
keluar dari dewan kuliah. Dewan kuliah itu kembali lengang. Raisya memasukkan
semula pen dan nota ke dalam beg sandangnya. Hazrul mendekati mereka berdua.
Dikerling Raisya yang sedang asyik memasukkan buku nota ke dalam beg sandang.
Sesudah itu, dia memandang Syikin pula. Syikin buat muka seposen. Hazrul mencebik.
“Kau kenapa Hazrul? Pandang-pandang
macam nak telan orang aje!” Tutur Raisya tiba-tiba.
“Kelam kabut ‘mak’ siap awal-awal.
Alih-alih kelas cancelpula”
Rungutnya sambil buat gaya tangan ke atas. Acah-acah mak ngah! Gara-gara bangun
lambat tadi, kelam-kabut dia bersiap-siap. Mandi pun alang-alang P.Ramlee. Cuma,
dia takdelah cerita pada mereka berdua, gerenti kena ejek punya.
“Nasiblah kelas cancel arini. Buku nota pun aku lupa bawak tau! Kalau tak, confirm kena cekik tadi” Sambungnya
lagi. Rungutan Hazrul itu mengundang ketawa mereka berdua. Alahai Hazrul. Kalau
tak buat lawak memang tak sah!
Hazrul menjeling mereka berdua “Hah…elok
sangatlah tu. Bukan main gelakkan orang. Kena diri sendiri padan muka”
“Amboi,
sedapnya bahasa.Tak sayang mulut betul” Celah Syikin.
Raisya berhenti ketawa.
Hazrul tersengih “ Sorry. Aku gurau jela. Lekas marah berkedut pula muka kau tu.Takde
siapa yang nak nanti.Aku boleh offerdiri
kalau kau nak, Raisya” Sakatnya sambil mengerdipkan sebelah mata ke arah
Raisya.
Syikin menahan ketawa.
Naik meremang bulu roma Raisya. Biar
betul si Hazrul ni. Dah buang tabiat ke? Matanya memandang dinding kuliah.
Mujurlah hanya mereka bertiga aje yang masih berada di dalam dewan itu.
“Raisya, kau jangan buat muka lagu tu.
Aku main-main jela” Ujar Hazrul dengan loghat Kedah.
“Hazrul, kau jangan kacau si Raisya ni
kalau tak nak kena tumbuk dengan Najmi tu. Silap aribulan, lebam biji mata kau
tu” Sergah Syikin.
“Eleh takut apanya! Setakat badan kurus
kering macam dia tu. Raisya, cuba kau bandingkan dia dengan aku. Siapa lebih
sado dan macho? Aku juga kan? Eleh, setakat badan keding macam tu” Hazrul
mendabik dada. Badannya memang sado. Mana tidak, tiap-tiap hari pergi gym.
Raisya malas melayan. Dia mengerling
jam di tangan. Sudah pukul satu tengahari. Perutnya mula meragam. Dia bangun
dari kerusi diikuti pula Syikin melangkah keluar dari dewan kuliah. Hazrul
mengekor dari belakang. Mereka bergerak beriringan ke cafe sama-sama untuk
mengisi perut. Keadaan di cafe waktu tengahari itu agak hingar-bingar dengan
kehadiran ramai pelajar di situ. Setelah memilih dan membayar harga air dan
minuman, mereka mengambil tempat dihujung cafe.
“Amboi, bukan main lahapnya kau makan.
Tak pandang kiri kanan langsung! Kebulur sangat ke? Berapa tahun kau tak makan,
Raisya?” Tegur Hazrul dengan sisa nasi goreng paprik dimulut.
Raisya tersengih.
“Syikin, kau sama pun sama dua kali
lima aje dengan si Raisya ni,” Hazrul memandang Syikin disebelah Raisya.
Syikin sampai terbatuk-batuk ditegur
Hazrul. Hazrul menolak limau ais ke arah Syikin. Dia menjegilkan biji mata
memandang Hazrul. Kacau daunlah mamat ni! Baru seleranya tadi ada terus hilang.
“Mak aih…sorrytak sengaja” Ujar Hazrul mengakui silapnya.
Raisya menepuk-nepuk belakang Syikin. Barulah,
dia rasa lega sikit “Thanks, Raisya”,
“Raisya, Syikin…kau nampak tak apa yang
aku nampak sekarang?” Soal Hazrul dengan mata-mata terkebil-kebil. Lama.
“Nampak? Apa yang kau nampak, Hazrul?”
Soal Raisya pelik. Dia melilaukan mata liar disekeliling cafe itu. Apa yang
Hazrul ni nampak? Pelik-pelik si Hazrul ni!
“Dia dengan konco-konco dialah. Kau
tengok tu, Raisya!” Hazrul menudingkan jari ke arah sekumpulan diva yang asyik
bersembang. Bising pula tu. Ganggu orang aje. Sengaja nak cari perhatianlah tu
agaknya.
“Mana Hazrul?” Serentak Raisya dan
Syikin bertanya.
“Itu…belakang kau tu je!”
Mereka berpaling ke belakang. Tidak mahu
terlepas melihat siapa yang dimaksudkan oleh Hazrul itu.
“Ala…biar jela. Bukan dia usik kau pun”
Bidas Raisya, setelah faham siapa yang dimaksudkan oleh Hazrul. Adila dengan
geng-geng dia. Siapa yang tak kenal dengan Adila? Budak glamour di universiti
itu. Entahlah, dia pun bukan jenis kaki gosip. Tapi, dari apa yang dia dengar
dari mulut orang, Adila ni suka kikis duit orang. Sasarannya adalah lelaki-lelaki
kaya. Itu ajelah yang dia dengar. Dia pun malas nak kecoh-kecoh sebenarnya.
Selagi orang itu tak usik dia, lebih baik buat hal sendiri.
“Entahlah Hazrul. Betul tu” Sokong
Syikin pula. Memang betul apa yang si Raisya itu cakap.
Hazrul terdiam. Bukan apa, dia cuma
tidak berapa berkenan dengan sikap Adila.
“ Nak ke mana tu
Edlin? Siang malam Edlin keluar. Dah pagi baru nak balik” Tegur Tuan Johari
sebaik melihat anak tirinya itu menyarung kasut di luar pintu. Meski Edlin anak
tirinya, dia berhak tegur sekiranya gadis itu berbuat salah. Lagipun, Edlin
memang dia anggap macam anak kandungnya sendiri. Tiada langsung istilah pilih
kasih langsung antara mereka.
“Ayah, Edlin dah
lambat ni. Bising pula kawan-kawan Edlin nanti”,
Tuan Johari menggeleng-geleng
kepala. Hati tuanya terasa dengan perbuatan anak tirinya itu “ Edlin, cuba ikut
jejak Kak Raisya kamu tu. Edlin tu perempuan. Ayah tak mahu perkara buruk
terjadi kat Edlin nanti” Nasihat Tuan Johari dengan penuh berhemah. Siapa tahu
Edlin akan termakan dengan kata-katanya itu.
Edlin lekas
bangun “ Ayah ni tak abis-abis Kak Raisya! Raisya! Raisya! Edlin tetap Edlin.
Boleh tak ayah jangan samakan Edlin dengan Kak Raisya? Yalah, mentang-mentang
Edlin ni cuma anak tiri ayah”
“Astagfirullah
budak ni. Ke situ pulak dia fikir” Tuan Johari segera beristigfar. Kasih
sayangnya sama rata pada Edlin walaupun bukan anak kandungnya.
“Sudahlah ayah.
Edlin malas nak bergaduh dengan ayah. Edlin penat. Dahlah, Edlin kena pergi
dulu”
“Edlin! Edlin!”
Laung Puan Yasmin dari dapur.
Edlin berpaling.
Apa lagi orang tua tu nak?
“Ya mama” Edlin
menyahut.
“Edlin nak keluar
ke mana pula?” Puan Yasmin menyoal sebaik keluar saja dari dapur.
“Edlin nak
keluar! Bosan! Alang-alang mama ada ni. Edlin nak minta sikit duit. Nak beli
buku rujukan. Mama lupa ke tahun ni Edlin kan nak SPM. Edlin nak masuk U, nak
jadi macam Kak Raisya. Itu yang ayah mahu. Kan?” Celupar mulut Edlin.
“Edlin, kenapa
cakap kat ayah macam tu? Berdosa tau” Marah Puan Yasmin. Semarah-marah dia pada
Raisya, dia masih belum hilang hormat pada suaminya itu.
“Argh…mama pun
sama jela. Nak menangkan perempuan tu! Takpelah, Edlin boleh cari duit sendiri.
Lepas ni, tak payah nak minta kat mama lagi” Panas hati Edlin.
“Edlin!” Jerit
Puan Yasmin.
Tuan Johari
memandang isterinya “Awak tengoklah tu. Apa nak jadi dengan Edlin tu agaknya. Dah
besar panjang tapi tak tahu jaga adab bercakap dengan orang tua. Awak sebagai
ibunya, pun dia tengking. Ada ke patut dia buat macam tu kat awak”
“Sudahlah bang.
Saya malas nak besarkan perkara ni. Edlin tu budak-budak lagi bang. Biar
ajelah. Lama-lama nanti dia sedarlah tu” Puan Yasmin masih menyebelahi anak
gadisnya.
“Min masak apa
tengahari ni? Perut abang lapar ni” Usik Tuan Johari sambil memegang perutnya
yang buncit.
Puan Yasmin menjeling suaminya “ Ayam masak tom yam favourite
abang dan sayur kailan ikan masin. Jomlah makan, karang sejuk pula nasi tu
nanti” Ajak Puan Yasmin sebelum menghilang semula ke dapur.
Seusai saja menunaikan solat Isyak,
Raisya berteleku di atas meja belajar. Ingin menyiapkan tutorial Programming,
subjek yang diajar Dr. Zam.
“Raisya” Tegur Syikin.
Raisya berpaling.
“Kau boleh tolong aku tak babe?” Serius semacam aje muka Syikin.
“Ya. Tolong apa? Banyak pun boleh” Ujar
Raisya sempat lagi berloyar buruk.
Syikin tersengih “Pandai betul kau
loyar buruk ya. Takpelah, alang-alang kau nak tolong tu. Banyaklah juga” Jawab
Syikin. Dia meletakkan laptop di atas meja Raisya.
“Apa ni Syikin?” Soal Raisya bodoh. Dipandangnya
sekilas ke arah Syikin sebelum memandang skrin laptop itu.
“Ala Raisya. Bukan kau kata nak sangat
tolong tadi. Aku bagilah kau laptop aku tu. Aku dah cuba runtadi kat laptop aku. Tapi asyik error je la. Aku blur
sikit kalau bab coding-coding ni. Kau
boleh tengok tak apa masalah coding
aku ni” Ulas Syikin panjang lebar.
Raisya kemudian memandang semula ke skrin
laptop Syikin. Tangannya bermain-main dengan codingpada laptop tersebut. Jenuh dia cari error pada coding itu. Baru aje run,
codingkeluar error pula. Berpeluh
jugalah nak buat satu soalan tu saja. Syikin cuma diam memerhati.
Akhirnya Raisya tersenyum “Yes! Aku dah
dapat cari error tu” Beritahu Raisya
tiba-tiba mengejutkan Syikin. Syikin membongkokkan badan memandang ke skrin
laptop.
“Cakaplah Raisya. Mana error tu?” Nada Syikin teruja ingin
tahu.
Raisya masih fokus memandang skrin
laptop itu “ For this questions, aku rasa kau kena guna coding ni. Kau kena declare variable
yang bernama nombor pada line six ni.
Maksudnya, di line six ni kita
bagitahu komputer suruh dia sediakan satu tempat untuk data jenis integer dan labelkan tempat itu sebagai
nombor” Raisya menerangkan satu-persatu pada Syikin.
Syikin mengangguk-angguk mendengar
penerangan Raisya. Otak Raisya ni memang genius. Kalau dialah, agaknya sampai
esok pun tak dapat cari mana error
tu.
“Thanks, Raisya” Ucap Syikin berterima
kasih. Kedudukan laptop beralih arah.
“Thanks je?” Raisya menjongketkan sebelah
kening. Syikin mengherotkan sebelah mulut. Hisy, nampak sangat tak ihklas
langsung nak tolong tadi.
“
Cakaplah, kau nak apa? Tapi, jangan mahal-mahal pula”
Raisya
tersenyum penuh makna. Dia cuma bergurau aje tadi “ Chicken chop special satu”
“Eee….tak
ikhlas langsung!” Jerit Syikin.
Raisya
buat muka kesian pula.
“Yalah…yalah.
Chicken chop satu. Nantilah kalau-kalau aku free, kita pergi makan sama-sama.
Chicken chop je tau. Aku dah pokai ni”
“Steamboat
jangan lupa” Sakat Raisya lagi.
“Eee…mengadanya!”
Jerit Syikin malah lebih kuat.
.