Home Novel Cinta ENGKAU YANG AKU SAYANG
ENGKAU YANG AKU SAYANG
NOR RAFIDAH JAMIL
21/10/2014 17:37:23
21,626
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 11
Awal-awal pagi itu Juwita bangun bersiap seusai dia menunaikan solat Subuh, kerana Tengku Zarina mengajaknya menemani sedikit barang dapur untuk memasak untuk makan malam menu makanan kegemaran anak tunggalnya itu. Setelah mengenakan sedikit compact powder dan secalit lip gloss di bibir, dia bergegas turun mendapatkan wanita itu yang masih setia menunggu di dalam kereta. Haji Akhil merangkap driver majikannya, sedia membukakan pintu keretanya untuknya.Juwita mengambil tempat di sebelah Tengku Zarina.

Keadaan di dalam shopping kompleks One Utama, Petaling Jaya pusat itu membeli-belah penuh sesak dengan kunjungan manusia yang bertali arus. Dia sudah sedia maklum bahawa Kuala Lumpur memang terkenal dengan lokasi membeli belah bagi pelancong luar negara dan antara lokasi tempat bersantai warga kota dihujung minggu. Ada banyak pusat membeli belah yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor dan ia semakin banyak saban tahun dengan beberapa lokasi baru yang baru siap dan ada yang masih dalam pembinaan.

Antara lokasi pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor yang dia tahu termasuk Mid Valley Megamall, Suria KLCC, Pavilion KL, Sunway Pyramid dan juga One Utama. Dia menjadi rambang mata melihat beberapa koleksi baju, beg berjenama yang didatangkan dari luar negara.

Tengku Zarina segera meraih tangan Juwita mengikutinya ke salah satu butik berjenama yang terdapat di situ. Sebaik mereka melangkah masuk ke dalam kedai itu, pekerja di situ menyambut dengan sapaan dan sebuat senyuman manis.

Pakaian yang dijual di kedai itu harganya bervariasi dan pelbagai corak yang menarik, menyebabkan matanya benar-benar terpegun dan kagum. Selain menjual blouse berjenama, gaun dan beberapa jenis pakaian berjenama yang lain, butik itu turut menjual busana muslimah khas untuk wanita yang bertudung.

Mata Juwita tertarik akan salah satu jubah muslimah fabricchiffon georgette yang dihiasi lace di kedua belah tangan jubah tersebut. Dia meneguk air liur, fikirnya, barangkali harga baju di butik itu mahal “ Jubah itu sesuai benar dengan Juwita, cantik kalau Juwita pakai” Tegur Zarina.

“ Er… tak adalah aunty” Juwita melarikan anak matanya. Dia malu dengan pujian wanita itu.

“ Betul ni, aunty tak tipu, Juwita memang sesuai dengan jubah tu” Bidas Tengku Zarina. Dia memanggil pekerja yang berada di situ menyuruh mereka mengambil jubah yang tergantung itu.

“ Juwita ambiklah, aunty belanja” Tengku Zarina memujuk.

Juwita merasa serba salah. Wanita itu terlalu baik padanya. “ Tak payahlah aunty, Juwita masih ada baju, buat membazir je la” Tolaknya.

“ Tak membazir pun Juwita, aunty ikhlas nak belanja ni. Sekali-sekala aunty belanja Juwita, bukan selalu pun” Balas Tengku Zarina berdegil.

Juwita akhirnya mengalah. Dia ikutkan sahaja karenah wanita itu, kerana mahu segera keluar dari butik itu, dia perasan pekerja tersebut tersenyum memandangnya. Setelah membuat bayaran, dan Tengku Zarina turut membeli sepasang blouse corak bunga, mereka melangkah keluar dari butik tersebut.

Sesudah itu, mereka membeli beberapa barang dapur, sedikit bahan basah dan kering. Masa yang diambil terlalu singkat untuk membeli barang-barang tersebut. Tengku Zarina awal-awal telah membuat senarai apa yang perlu dibeli, jadi tidaklah terlalu kelam kabut.

“ Thanks Juwita temankan aunty arini” Ucap Tengku Zarina. Mereka berjalan beriringan.

“ Sama-sama aunty, tak susah mana pun. Juwita seronok dapat teman aunty” Balasnya tersipu-sipu malu.

“ Aunty kalau boleh tak nak susahkan Mak Tam, lagipun Mak Tam dan tua. Kasihan pula tengok Mak Tam. Sepatutnya dalam usia begini, orang tua itu dah boleh luangkan masa bersama anak-anak” Luah Tengku Zarina.

Juwita mengangguk memahami, “ Mak Tam dah lama kerja dengan keluarga aunty ya?”

Tengku Zarina mengangguk. “ Almost twenty years,Juwita”

Juwita tekun mendengar. Satu jangka masa yang agak lama baginya.

Come on, let’s go. Kesian Pak Akhil tunggu lama-lama kat luar tu pula” Ajak Tengku Zarina. Juwita mengikuti gerak langkah wanita itu dari belakang. Mereka kemudiannya mempercepatkan langkah menuju ke kereta yang diparkir.

Tidur nyenyak Juwita diganggu dengan bunyi bising yang datang dari arah dapur. Dia melirik jam di dinding, baru pukul dua pagi. Mustahil Tengku Zarina, Mak Tam, dan sesiapa sahaja di rumah itu berada di dapur ketika tengah-tengah malam itu. Dengan keadaan mata yang mengantuk, tanpa berfikir panjang dia turun perlahan-lahan ke ruang dapur itu. Siapa tahu pencuri, mahu pecah masuk, fikirnya.

Dia mengintai senyap-senyap mahu menyaksikan sendiri apa yang bakal dilihatnya selepas itu. Matanya yang mengantuk tadi kembali segar dengan apa yang dilihatnya sekarang. Pencuri itu mula berani membuka pintu peti ais tanpa segan silu dalam keadaan gelap begitu. Zaman sekarang ada juga pencuri macam tu ya, geletek hatinya. Dia diam dan memerhati akan apa reaksi pencuri itu selepas ini. Dia akan mengambil tindakan sendiri sekiranya pencuri itu berani untuk naik ke tingkat atas. Tepat sekali tekaannya, seperti yang diduga pencuri itu bangun setelah puan menyelongkar dan berdiri, apalagi Juwita tangkas mencapai kayu besbol lalu memukul sedikit kuat badan pencuri itu, menyebabkan pencuri itu menjerit kuat.

Jeritan yang kuat itu mengejutkan Tengku Zarina dan suaminya yang asyik dibuai mimpi. “ Fakhri!” Jerit Tengku Zarina sebaik sahaja suis lampu dibuka. Dia segera mendapatkan anak lelakinya, mengaduh kesakitan.

“ Fakhri okay?” Tengku Zarina mengurut tangan Tengku Fakhri yang kelihatan agak lembam dipukul oleh Juwita dengan kayu besbol.

Juwita membuka mulut seluas mungkin, memudahkan lalat untuk masuk ke dalam mulutnya yang ternganga luas itu. “ Saya minta maaf, tak sengaja terpukul Tengku…” Juwita takut-takut.

“ Juwita ingat pencuri yang nak pecah masuk rumah, tak sangka pulak” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Tengku Fakhri menengkingnya kuat.

“ Kau main kasar ya, muka aku yang handsomeni kau kata pencuri, agak-agaklah sikit” Dia bangun mendekati gadis itu.

Jantung Juwita umpama adrenalin yang bergerak laju, takut dia membalas pandangan lelaki persis singa itu.

“ Apa ni Fakhri? Sudahlah, Juwita tak salah pun, mama lupa nak cakap pada Juwita tadi Fakhri lambat arini” Tengku Zarina menenangkan anak lelakinya.

Juwita menahan ketawa di dalam hati, ‘eleh baru pukul sikit, kecoh satu dunia, gelaknya dalam hati. “ Saya betul-betul minta maaf Tengku Fakhri, tak ada niat langsung pun nak pukul Tengku Fakhri. Kejap lagi saya ambil ubat bagi hilang sikit sakit Tengku Fakhri tu” Juwita menawarkan diri.

“ Tak payah, terima kasih daun keladi!” Tengku Fakhri membidas.

‘ Eleh sombong, padan muka ubatlah sendiri sakit tu’ Ejek Juwita dalam hatinya.

“ Betul ni?” Juwita menyoal sengaja menyakitkan hatinya.

Tengku Amiruddin menggelengkan kepala melihat keduanya saling bertengkar tanpa menyedari langsung kehadiran dia dan isterinya. Dia memimpin tangan isterinya naik ke atas meninggalkan keduanya di dapur. “ Papa nak masuk tidur dulu, esok ada kerja papa nak selesaikan”

Tengku Fakhri saling berbalas pandangan sesama sendiri, Juwita menundukkan kepala ke bawah kecut perut dengan panahan tajam lelaki itu. “ Tunggu apa lagi, pergi tidur Fakhri, jangan nak buat bising kat sini!” Jerit Tengku Amiruddin memecah kesepian antara keduanya.

Previous: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.