Home Novel Cinta ENGKAU YANG AKU SAYANG
ENGKAU YANG AKU SAYANG
NOR RAFIDAH JAMIL
21/10/2014 17:37:23
21,624
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

Entah untuk kali berapa dia cuba mendail nombor Hafiz, tidak pula diangkat-angkatnya. Yang kedengaran suara operator ‘wanita’ yang menjawabnya. Sudah dua minggu lelaki itu tidak menghubunginya. Tidak pernah pula Hafiz berkelakuan begini, sakitkah dia sihatkah dia sendiri pun tidak tahu khabar lelaki itu.

“ Dia angkat tak?” Wiwi menyoal, dipandangnya muka Hani yang resah semacam.

Hani menggeleng perlahan “ Tak, busykot” Balas Hani.

Exam kan nak dekat. Tengah study le agaknya tu” Wiwi mengagak, tidak mahu Hani berfikir yang bukan-bukan.

“ Sudahlah, jangan risaulah…Tak lari ke mana pun Hafiz tu. Kalau kau duk kalut sangat dia lari kau ikat kaki dia. Duduk diam-diam je depan mata kau hah”

“ Hesy… ke situ pula kau fikir. Kau ingat aku ni queen control?” Ujar Hani tersengih.

“ Manalah tahu” Usik Wiwi menjongket kening. Satu cubitan singgah di pahanya, membuatnya menyeringai kesakitan.

“ Ouch! Sakitlah!” Jeritnya lalu mengaduh sakit, digosok-gosoknya paha kanannya.

“ Hahaha…”

“ Siap kau, pecah kaca pecah gelas, ada hari aku balas tau” Ugut Wiwi.

Hani tergelak, tidak takut langsung dengan ugutan Wiwi. Dia tahu yang gadis itu hanya cakap main-main.

“ Eh Hani, apa khabar lelaki yang tolong kau aritu? Kau ada contactdia ke?” Tebak Wiwi dengan soalan.

“ Alamak kereta aku…” Segera dia menepuk dahinya, dia teringatkan sesuatu.Keretanya masih ada dibengkel, bagaimanalah dia boleh terlupa.Nasib baiklah Wiwi juga yang ingatkan dia akan hal itu.

Wiwi senyum mengejek “ Untung ada aku ni ingatkan kau, Hani. Hrm kalau tak setahun kereta kau kat bengkel tu”

Thanks, Wiwi…” Ucap Hani berterima kasih seraya cuba ingin memeluk Wiwi.

Wiwi cepat-cepat mengelak “ Eee…janganlah kat sini. Jatuh saham aku tau. Kau tu ada Hafiz, lainlah aku ni…single available lagitau…

Suasana di cafe hingar-bingar dengan kehadiran pelajar yang turun makan di cafe tersebut. Sudah lewat petang cafe itu masih dikunjungi pelajar, ada yang buat discussion group, ada juga yang berdating.

Mereka berjalan beriringan sebaik menjejak kaki ke dalam shopping complex Pavillion yang terletak di jalan Bukit Bintang.Keadaan di dalam shopping complex tersebut sesak dengan kehadiran manusia yang bertali-arus.

Dari satu kedai ke satu kedai mereka masuk, sekadar untuk cuci-cuci mata aje. Duduk memerap di bilik pun sudah tentunya agak membosankan. Sebaik saja tiba di gerbang pintu masuk kedai Popular, Hani memberhentikan langkah.Alang-alang singgah di situ, baik dia singgah sebentar. Pandangan ditala pada Wiwi dan Hazrul.

“ Argh, masuk je la…jangan lama-lama sangat dalam tu. Aku dah lapar ni” Gerutu Hazrul.

“ Okey!Kejap aje” Balas Hani.

Hani mengorak langkah ke pintu masuk sambil Wiwi mengekori dari belakang. Langkah diatur ke rak yang menempatkan koleksi novel itu “ Yeah….akhirnya dapat juga apa yang aku cari” Soraknya gembira.Novel karya novelis Ramlee Awang Murshid berada digenggaman.Kesemuanya lima buah novel karya penulis tersohor itu.

“ Sudah?” Soal Wiwi.

Hani mengangguk puas, sudah dapat apa yang dia cari.

“ Novel yang kau beli hari itu kau dah baca ke, Han?” Soal Wiwi hairan.Bulan lepas baru saja beli dua buah novel, sejak bila Hani baca novel itu.Tidak pula dia perasan.Aneh!

Hani mengangguk laju.

Senyuman meniti dibibir Wiwi.Dia tahu Hani memang hantu novel.Kalau boleh setiap bulan tidak mahu ketinggalan membeli novel.Setelah membuat pembayaran di kaunter, mereka berlalu keluar.

“Banyaknya beli...kau makan ke baca buku tu?” Perli Hazrul.

“Dua-dua sekali kot” Balas Hani selamba.

Melebar sengih Hazrul. Dia tahu Hani memang suka berloyar buruk dari dulu.Hazrul memegang perutnya “ Okey, sebut aje fasal makan ni, nak makan kat mana?” Soalnya.

“ Hrm tak kisahlah janji perut kenyang” Jawab Wiwi.

“ Kau pulak,Han?”

“ Aku ikut Wiwi je.Tak kisah mana-mana pun” Balas Hani.

“ Hah kita makan kat food court aje la.Banyak sikit pilihan.Kan?” Cadang Hazrul.

Hani dan Wiwi mengangguk serentak.Hazrul tersengih, baguslah kalau masing-masing sudah setuju.

“ Okey”

Langkah kaki dibawa menuju ke food court di tingkat atas.Sampai saja di tingkat atas, mereka masih meninjau-ninjau memilih mahu makan di restoran mana.Setiap restoran berbeza menu dan beraneka lauknya.Jadi, sukar sikitlah untuk memberi pilihan.

“Hani, tetiba aku lapar KFC. Jom, kita makan sana ajelah ya” Ajak Hazrul tiba-tiba.

Kecil besar mata Hani memandang Hazrul. Banyak songeh pula mamat ni. Kejap nak ke food court, lepas itu nak makan KFC pula. Macam orang mengidam pun ada “Jangan nak mengada tau” Ugut Hani.

Matanya meliar sekeliling memerhati ragam orang di situ. Namun, dalam sibuk dia memerhati, matanya tertancap pada sepasang manusia yang sangat dikenalinya.

Mata Hani memandang liar sekeliling menyaksikan pelbagai ragam di restoran itu.Namun, dalam sibuk dia memerhati ragam orang di situ, matanya tertatap pada dua manusia yang sangat dikenalinya.Agaknya sebab itu yang menyebabkan Hazrul mengajaknya makan tempat lain.

“ Hey Hani…kau nak pergi mana tu?” Soal Wiwi sempat menarik tangan Hani.

Hani menolak tangan Wiwi yang memegangnya “ Kau tunggu sini kejap, Wi. Aku ada hal nak settle”

Wiwi kebingungan.

“ Kenapa tu?” Soal Wiwi pelik.

Hazrul mengangkat bahu.

“Pelik pulak aku perempuan ni” Ngomel Wiwi tanpa mengetahui kedudukan cerita yang sebenarnya.

“Kau pergilah order dulu” Arah Hazrul.

“ Yalah” Ujar Wiwi tersengih.

Hani datang mendekat ke arah pasangan itu yang konon-konon sedang memadu asrama. Siap berpegangan tangan lagi macam tak mahu lepas. Naik loya tekaknya melihatnya.Nampaknya, arini ada free show jadi tak perlu nak ke pawagam “ Oh, rupanya dating kat sini. Sibuk memanjang ni sebab datingje ke?” Sinis Hani.

‘Hani? Muka Hafiz pucat lesi. Dia berbalas pandangan dengan AdiIa. Terkejut melihat Hani berdiri di hadapannya ketika itu.

“ Tak payah nak buat muka terkejut macam tu,Fiz. Baguslah, lepas ni tak payah sorok-sorok lagi, kan? By the way, congrate…” Nada Hani selamba.

“Hani, aku minta maaf. Aku dengan Ila…” Hafiz tidak menghabiskan ayatnya.

Stop! Saya tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut awak, Fiz. Okey, saya pun malas nak ambil tahu lagi fasal awak lepas ni. Saya doakan awak bahagia dengan pilihan awak. Awak tak payah risau, saya bukannya jenis berdendam” Sinis nada Hani.

“ Hani, err…aku…” Suara Adila tergagap-gagap.Dia bangun dari kerusi.Mimik mukanya kelihatan serba-salah.Tidak tahu bagaimana mahu berterus-terang dengan Hani.

“ Ila, it’s okay.Aku takkan serang kau,okey?”

Hani cuba mengawal perasaan kecewa yang melanda.

“ Hafiz, thanks for everyting” Ucapnya berlalu meninggalkan mereka.Hafiz terduduk lantas meraup rambut yang terjuntai di dahi dengan kasar.Adila melihat kelakuannya itu, dia tahu Hafiz benar-benar serabut ketika itu.

“ Han,kau ke mana tadi? Jadi ke tak nak makan ni?” Desak Wiwi.

Hani tidak mengendahkan langsung soalan Wiwi “ Aku nak balik sekarang.Tak selera nak makan kat sini. Korang berdua ajelah makan kat sini” Mendatar suaranya.

“ Hani!” Laung Wiwi. Namun Hani makin menjauh.

“ Eh,kenapa dengan Han tu?” Makin Wiwi tidak faham dengan perangai sahabatnya yang seorang itu. Kejap angin baik, bila datang angin tak baiknya, dengan dia sekali dimarahnya.

“ Kau bungkus ajelah nasi tu,Wi. Makan kat bilik jelah. Dia tengah serabut agaknya tu kot”

“Eh, apa maksud kau, Hazrul? Kau ada sembunyikan apa-apa dari aku ya?” Wiwi mencungkil rahsia. Firasatnya kuat mengatakan yang Hazrul ada menyembunyikan apa-apa darinya.

“Entah!” Hazrul mengangkat bahu.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.