Home Novel Cinta ENGKAU YANG AKU SAYANG
ENGKAU YANG AKU SAYANG
NOR RAFIDAH JAMIL
21/10/2014 17:37:23
21,639
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 6
Sesi kuliah pagi itu dibatalkan kerana Prof Salina ada urusan penting ingin diselesaikan. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah. Dewan kuliah itu kembali lengang. Raisya memasukkan semula pen dan nota ke dalam beg sandangnya. Hazrul mendekati mereka berdua. Dikerling Raisya yang sedang asyik memasukkan buku nota ke dalam beg sandang. Sesudah itu, dia memandang Syikin pula. Syikin buat muka seposen. Hazrul mencebik.

“Kau kenapa Hazrul? Pandang-pandang macam nak telan orang aje!” Tutur Raisya tiba-tiba.

“Kelam kabut ‘mak’ siap awal-awal. Alih-alih kelas cancelpula” Rungutnya sambil buat gaya tangan ke atas. Acah-acah mak ngah! Gara-gara bangun lambat tadi, kelam-kabut dia bersiap-siap. Mandi pun alang-alang P.Ramlee. Cuma, dia takdelah cerita pada mereka berdua, gerenti kena ejek punya.

“Nasiblah kelas cancel arini. Buku nota pun aku lupa bawak tau! Kalau tak, confirm kena cekik tadi” Sambungnya lagi. Rungutan Hazrul itu mengundang ketawa mereka berdua. Alahai Hazrul. Kalau tak buat lawak memang tak sah!

Hazrul menjeling mereka berdua “Hah…elok sangatlah tu. Bukan main gelakkan orang. Kena diri sendiri padan muka”

“Amboi, sedapnya bahasa.Tak sayang mulut betul” Celah Syikin.

Raisya berhenti ketawa.

Hazrul tersengih “ Sorry. Aku gurau jela. Lekas marah berkedut pula muka kau tu.Takde siapa yang nak nanti.Aku boleh offerdiri kalau kau nak, Raisya” Sakatnya sambil mengerdipkan sebelah mata ke arah Raisya.

Syikin menahan ketawa.

Naik meremang bulu roma Raisya. Biar betul si Hazrul ni. Dah buang tabiat ke? Matanya memandang dinding kuliah. Mujurlah hanya mereka bertiga aje yang masih berada di dalam dewan itu.

“Raisya, kau jangan buat muka lagu tu. Aku main-main jela” Ujar Hazrul dengan loghat Kedah.

“Hazrul, kau jangan kacau si Raisya ni kalau tak nak kena tumbuk dengan Najmi tu. Silap aribulan, lebam biji mata kau tu” Sergah Syikin.

“Eleh takut apanya! Setakat badan kurus kering macam dia tu. Raisya, cuba kau bandingkan dia dengan aku. Siapa lebih sado dan macho? Aku juga kan? Eleh, setakat badan keding macam tu” Hazrul mendabik dada. Badannya memang sado. Mana tidak, tiap-tiap hari pergi gym.

Raisya malas melayan. Dia mengerling jam di tangan. Sudah pukul satu tengahari. Perutnya mula meragam. Dia bangun dari kerusi diikuti pula Syikin melangkah keluar dari dewan kuliah. Hazrul mengekor dari belakang. Mereka bergerak beriringan ke cafe sama-sama untuk mengisi perut. Keadaan di cafe waktu tengahari itu agak hingar-bingar dengan kehadiran ramai pelajar di situ. Setelah memilih dan membayar harga air dan minuman, mereka mengambil tempat dihujung cafe.

“Amboi, bukan main lahapnya kau makan. Tak pandang kiri kanan langsung! Kebulur sangat ke? Berapa tahun kau tak makan, Raisya?” Tegur Hazrul dengan sisa nasi goreng paprik dimulut.

Raisya tersengih.

“Syikin, kau sama pun sama dua kali lima aje dengan si Raisya ni,” Hazrul memandang Syikin disebelah Raisya.

Syikin sampai terbatuk-batuk ditegur Hazrul. Hazrul menolak limau ais ke arah Syikin. Dia menjegilkan biji mata memandang Hazrul. Kacau daunlah mamat ni! Baru seleranya tadi ada terus hilang.

“Mak aih…sorrytak sengaja” Ujar Hazrul mengakui silapnya.

Raisya menepuk-nepuk belakang Syikin. Barulah, dia rasa lega sikit “Thanks, Raisya”,

“Raisya, Syikin…kau nampak tak apa yang aku nampak sekarang?” Soal Hazrul dengan mata-mata terkebil-kebil. Lama.

“Nampak? Apa yang kau nampak, Hazrul?” Soal Raisya pelik. Dia melilaukan mata liar disekeliling cafe itu. Apa yang Hazrul ni nampak? Pelik-pelik si Hazrul ni!

“Dia dengan konco-konco dialah. Kau tengok tu, Raisya!” Hazrul menudingkan jari ke arah sekumpulan diva yang asyik bersembang. Bising pula tu. Ganggu orang aje. Sengaja nak cari perhatianlah tu agaknya.

“Mana Hazrul?” Serentak Raisya dan Syikin bertanya.

“Itu…belakang kau tu je!”

Mereka berpaling ke belakang. Tidak mahu terlepas melihat siapa yang dimaksudkan oleh Hazrul itu.

“Ala…biar jela. Bukan dia usik kau pun” Bidas Raisya, setelah faham siapa yang dimaksudkan oleh Hazrul. Adila dengan geng-geng dia. Siapa yang tak kenal dengan Adila? Budak glamour di universiti itu. Entahlah, dia pun bukan jenis kaki gosip. Tapi, dari apa yang dia dengar dari mulut orang, Adila ni suka kikis duit orang. Sasarannya adalah lelaki-lelaki kaya. Itu ajelah yang dia dengar. Dia pun malas nak kecoh-kecoh sebenarnya. Selagi orang itu tak usik dia, lebih baik buat hal sendiri.

“Entahlah Hazrul. Betul tu” Sokong Syikin pula. Memang betul apa yang si Raisya itu cakap.

Hazrul terdiam. Bukan apa, dia cuma tidak berapa berkenan dengan sikap Adila.

“ Nak ke mana tu Edlin? Siang malam Edlin keluar. Dah pagi baru nak balik” Tegur Tuan Johari sebaik melihat anak tirinya itu menyarung kasut di luar pintu. Meski Edlin anak tirinya, dia berhak tegur sekiranya gadis itu berbuat salah. Lagipun, Edlin memang dia anggap macam anak kandungnya sendiri. Tiada langsung istilah pilih kasih langsung antara mereka.

“Ayah, Edlin dah lambat ni. Bising pula kawan-kawan Edlin nanti”,

Tuan Johari menggeleng-geleng kepala. Hati tuanya terasa dengan perbuatan anak tirinya itu “ Edlin, cuba ikut jejak Kak Raisya kamu tu. Edlin tu perempuan. Ayah tak mahu perkara buruk terjadi kat Edlin nanti” Nasihat Tuan Johari dengan penuh berhemah. Siapa tahu Edlin akan termakan dengan kata-katanya itu.

Edlin lekas bangun “ Ayah ni tak abis-abis Kak Raisya! Raisya! Raisya! Edlin tetap Edlin. Boleh tak ayah jangan samakan Edlin dengan Kak Raisya? Yalah, mentang-mentang Edlin ni cuma anak tiri ayah”

“Astagfirullah budak ni. Ke situ pulak dia fikir” Tuan Johari segera beristigfar. Kasih sayangnya sama rata pada Edlin walaupun bukan anak kandungnya.

“Sudahlah ayah. Edlin malas nak bergaduh dengan ayah. Edlin penat. Dahlah, Edlin kena pergi dulu”

“Edlin! Edlin!” Laung Puan Yasmin dari dapur.

Edlin berpaling. Apa lagi orang tua tu nak?

“Ya mama” Edlin menyahut.

“Edlin nak keluar ke mana pula?” Puan Yasmin menyoal sebaik keluar saja dari dapur.

“Edlin nak keluar! Bosan! Alang-alang mama ada ni. Edlin nak minta sikit duit. Nak beli buku rujukan. Mama lupa ke tahun ni Edlin kan nak SPM. Edlin nak masuk U, nak jadi macam Kak Raisya. Itu yang ayah mahu. Kan?” Celupar mulut Edlin.

“Edlin, kenapa cakap kat ayah macam tu? Berdosa tau” Marah Puan Yasmin. Semarah-marah dia pada Raisya, dia masih belum hilang hormat pada suaminya itu.

“Argh…mama pun sama jela. Nak menangkan perempuan tu! Takpelah, Edlin boleh cari duit sendiri. Lepas ni, tak payah nak minta kat mama lagi” Panas hati Edlin.

“Edlin!” Jerit Puan Yasmin.

Tuan Johari memandang isterinya “Awak tengoklah tu. Apa nak jadi dengan Edlin tu agaknya. Dah besar panjang tapi tak tahu jaga adab bercakap dengan orang tua. Awak sebagai ibunya, pun dia tengking. Ada ke patut dia buat macam tu kat awak”

“Sudahlah bang. Saya malas nak besarkan perkara ni. Edlin tu budak-budak lagi bang. Biar ajelah. Lama-lama nanti dia sedarlah tu” Puan Yasmin masih menyebelahi anak gadisnya.

“Min masak apa tengahari ni? Perut abang lapar ni” Usik Tuan Johari sambil memegang perutnya yang buncit.

Puan Yasmin menjeling suaminya “ Ayam masak tom yam favourite abang dan sayur kailan ikan masin. Jomlah makan, karang sejuk pula nasi tu nanti” Ajak Puan Yasmin sebelum menghilang semula ke dapur.

Seusai saja menunaikan solat Isyak, Raisya berteleku di atas meja belajar. Ingin menyiapkan tutorial Programming, subjek yang diajar Dr. Zam.

“Raisya” Tegur Syikin.

Raisya berpaling.

“Kau boleh tolong aku tak babe?” Serius semacam aje muka Syikin.

“Ya. Tolong apa? Banyak pun boleh” Ujar Raisya sempat lagi berloyar buruk.

Syikin tersengih “Pandai betul kau loyar buruk ya. Takpelah, alang-alang kau nak tolong tu. Banyaklah juga” Jawab Syikin. Dia meletakkan laptop di atas meja Raisya.

“Apa ni Syikin?” Soal Raisya bodoh. Dipandangnya sekilas ke arah Syikin sebelum memandang skrin laptop itu.

“Ala Raisya. Bukan kau kata nak sangat tolong tadi. Aku bagilah kau laptop aku tu. Aku dah cuba runtadi kat laptop aku. Tapi asyik error je la. Aku blur sikit kalau bab coding-coding ni. Kau boleh tengok tak apa masalah coding aku ni” Ulas Syikin panjang lebar.

Raisya kemudian memandang semula ke skrin laptop Syikin. Tangannya bermain-main dengan codingpada laptop tersebut. Jenuh dia cari error pada coding itu. Baru aje run, codingkeluar error pula. Berpeluh jugalah nak buat satu soalan tu saja. Syikin cuma diam memerhati.

Akhirnya Raisya tersenyum “Yes! Aku dah dapat cari error tu” Beritahu Raisya tiba-tiba mengejutkan Syikin. Syikin membongkokkan badan memandang ke skrin laptop.

“Cakaplah Raisya. Mana error tu?” Nada Syikin teruja ingin tahu.

Raisya masih fokus memandang skrin laptop itu “ For this questions, aku rasa kau kena guna coding ni. Kau kena declare variable yang bernama nombor pada line six ni. Maksudnya, di line six ni kita bagitahu komputer suruh dia sediakan satu tempat untuk data jenis integer dan labelkan tempat itu sebagai nombor” Raisya menerangkan satu-persatu pada Syikin.

Syikin mengangguk-angguk mendengar penerangan Raisya. Otak Raisya ni memang genius. Kalau dialah, agaknya sampai esok pun tak dapat cari mana error tu.

Thanks, Raisya” Ucap Syikin berterima kasih. Kedudukan laptop beralih arah.

Thanks je?” Raisya menjongketkan sebelah kening. Syikin mengherotkan sebelah mulut. Hisy, nampak sangat tak ihklas langsung nak tolong tadi.

“ Cakaplah, kau nak apa? Tapi, jangan mahal-mahal pula”

Raisya tersenyum penuh makna. Dia cuma bergurau aje tadi “ Chicken chop special satu”

“Eee….tak ikhlas langsung!” Jerit Syikin.

Raisya buat muka kesian pula.

“Yalah…yalah. Chicken chop satu. Nantilah kalau-kalau aku free, kita pergi makan sama-sama. Chicken chop je tau. Aku dah pokai ni”

“Steamboat jangan lupa” Sakat Raisya lagi.

“Eee…mengadanya!” Jerit Syikin malah lebih kuat.

.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.