Kring! Kring! Bunyi jam locengmilik Raisya tidak berhenti berdering
sejak tadi. Dia merasa sedikit tidak terganggu akan bunyi bising yang menjamah
halwa telinganya. Tiada tanda-tanda langsung mahu bangun dari tidur. Bantal
busuk di sebelah dicapai lalu menekup telinganya dengan bantal.“YA ALLAH…Raisya,bangun.Tidur lagi ke?!”
Syikin menjerit ditelinga Raisya. Baru aje keluar dari toilet, Raisya masih
terbongkang tidur.Astagfirullahalzim…apa nak jadilah dengan budak ni.Lantas dia
mengucap panjang.
Raisya cepat-cepat menarik gebar yang
terlurut di kaki ke paras bahu. Ingin menyambung tidurnya semula.Suara nyaring
Syikin menganggu lena tidurnya pagi itu.
“Aduih macamane aku nak kejutkan dia
ni. Tidur mati ke?” Syikin sudah kehilangan akal. Raisya memang tidur
mati.Datanglah bunyi bom atom sekalipun, belum tentu dia dengar.Masak
sungguh dengan perangai Raisya yang satu
itu.Hampir lima sem mereka berkawan rapat.Perangai masing-masing sudah
hadam.Dengan Raisya saja dia boleh masuk air.Raisya gila-gila sikit
orangnya.Apatah lagi, dia juga sekepala dengan gadis itu. Mereka jurusan dari
kos yang sama iaitu bidang IT. Bertuah badanlah katakan, sehingga masuk penggal
ketiga, dia masih sebilik dengan Raisya.
“Eh, Raisya..Raisya Sufi!” Jeritnya
memanggil nama penuh Raisya. Digoncang-goncangnya tubuh gadis itu. Tidur mati
ke budak ni?
Raisya terpisat-pisat membuka mata.
Bunyi jam loceng yang melalak tadi ditutup. Melebar sengih Syikin. Taktik itu
menjadi juga.
“Aku kat mana ni?” Soal Raisya sambil
ditonyoh-tonyoh matanya. Rasa baru semalam dia berada di rumah ayahnya.
“Eh Raisya! Kau buat lawak ke babe? Cuti sem dah abis Cik Raisya oi. Baik
kau pergi mandi. Kita ada kelas pukul 10 pagi ni. Karang terlambat pulak nak ke
dewan kuliah” Arah Syikin sambil menarik-narik tubuh Raisya.
“Yalah…aku bangunlah ni” Beritahu
Raisya malas-malas. Mujurlah aritu dia tengah ABC. ALLAH bagi cuti. Hehehe…
“Mana Mira dengan Lin?” Soal Raisya
pelik. Kelibat pun tak nampak pagi-pagi itu. Takkanlah merayap lagi kot.
“Diorang awal-awal pagi lagi dah
keluar. Ada kelas katanya” Jawab Syikin bagi pihak mereka. Mira dan Azlin sama
kos dalam bidang business.
“Okey!”
Jawab Raisya berserta sengihan sebelum melangkah ke bilik mandi.
Mereka berdua melabuhkan punggung di
kerusi sebaik saja masuk ke dewan kuliah. Masing-masing tersengih sesama
sendiri. Beberapa pelajar lain sudah pun memenuh ruang dewan kuliah itu. Mata
Hani tertancap pula pada Hazrul yang sedang berjalan ke arahnya ketika itu.
“Awalnya sampai arini, aku ingatkan tak
datang teruih tadi” Perli Hazrul
selamba lalu mengambil tempat disebelah mereka berdua. Kepalanya
digeleng-geleng, janji semalam mahu tiba awal ke kelas.
“Kau perli ya” Raisya tersengih Dia pun
terlupa ada berjanji dengan Hazrul. Itulah, banyak makan semut barangkali.
Nasib baik Hazrul ini memang agak penyabar orangnya.Pandangan ditala ke depan.
“Hurm nasib baik Prof Salina masuk
lambat arini, Han. Kalau tidak, aku pun tak tahulah. Sendiri mahu ingat ya
kalau dia bertempik, boleh meletop alamatnya dewan ni” Sambung Hazrul tidak
henti-henti membebel mengalahkan perempuan.
Syikin yang duduk disebelah Raisya
hanya memasang telinga. Mulut Hazrul boleh tahan cabulnya juga. Suka cakap main
lepas. Yang peliknya, macam manalah dia dan Raisya boleh tahan dengan karenah
Hazrul sampai sekarang. Pelik, pelik. Bisingnya mengalahkan burung murai aje.
Raisya menarik
nafas lega sedalam-dalamnya. Prof Salina memang tegas sikit orangnya. Dia
sendiri sudah maklum akan hal itu sejak orang tua itu mengajar subjek Indexsemester lepas. Dan untuk semester
ini, dia dikehendaki mengajar subjek Programming
pula. Hurm, dua kali jugalah kena hadap mukanya selama dua sem
berturut-turut.
“Oh ye ke? Kau tahu ke kenapa dia masuk
lambat?” Soal Raisya.
“Entahlah Raisya. Kejap lagi masuklah
tu. Yang kau sibuk bertanya ni, kau rindu dengan ‘mak tiri’ kau tu ke?” Sembur
Hazrul.
“Hesy…tak sayang mulut betul dia ni”
Wiwi yang menyepi tadi mencelah tiba-tiba.
“Lepas
tu dia failedkan kau subjek ni. Baru
kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Kau nak?” Raisya menakutkan-nakutkan
Hazrul. Apalah Hazrul ni, depan bukan takut. Belakang wanita itu siap mengutuk kaw-kaw lagi. Kalaulah dinding boleh
bercakap dan mendengar, sudah pastilah kata-kata Hazrul mengutuknya sampai ke
telinga Prof Salina.
“Eh, jaga sikit mulut kau tu, Raisya. Mulut
tak bertapis! Seram mak aih…minta jauhlah benda-benda macam tu.Tak sanggup aku
nak repeatsubjek ni lagi” Hazrul
mencebik.
“Hahaha….muka aje macho. Tapi penakut!”
Syikin mengejek dengan kedua-dua telinga diletak disebelah telinga dengan gaya
mengejek.
Hazrul menyuakan penumbuk ke arah
Syikin. Syikin
buat-buat tidak nampak.
“Raisya, cuti aritu kau buat apa? Langsung
tak dengar khabar. U cuti kau pun cuti sekali ya”
“Duduk umah ajelah. Makan tidur je. Lepas
tu nak hilangkan boring aku pergilah travel
mana-mana. Kau kerja ke, Hazrul?”
Hazrul mengangguk laju.
“Kata pergi travel. Mana ole-ole untuk aku?” Dijelingnya Raisya, sedang asyik
menulis sesuatu di atas kertas.
“Kau tulis apa tu? Surat layang ke?”
Tuduh Hazrul serkap jarang.
“Sibuk je nak tahu. Budak hingusan
ajelah yang tulis macam ni. Zaman sekolah-sekolah dulu” Balas Raisya tanpa menoleh.
Syikin tersengih memandang mereka.Berlawan
sembang dengan Raisya ni, ada je jawapannya. Hazrul mencebik.
Serentak Raisya dan Syikin berpandangan.
Lucu benar melihat mimik muka Hazrul. Bagaimanapun, suasana hingar-bingar dewan
kuliah itu bertukar senyap sebaik saja Prof Salina melangkah masuk. Sesi
pembelajaran dimulakan meskipun agak lambat. Masing-masing tekun mencatat
sesuatu pada buku nota kerana bimbang akan disoal.