“
Wow! Nice, not bad!Cantikoffice
you, pandai you ubah dan susun officeyou
ni” Eren teruja. Tanpa segan silu dia melabuhkan punggung di hadapan Tengku
Fakhri tanpa dipelawa.
“ Apa kau buat kat sini!? Aku
sibuk, tak ada masa nak layan kau. Baik kau balik!” Berang Tengku Fakhri.
Eren buat bodoh apabila lelaki
itu menengkingnya.
“ I datang sini bukan nak
bergaduh dan bermasam muka dengan you Fakhri, niat I datang secara baik. I
harap you lupakan je la apa yang berlaku dulu. Masa tu I tak matang lagi, you
kena faham…” Pujuk Eren.
Tengku Fakhri memalingkan muka ke
luar. Tidak sanggup melihat wajah yang pernah dicintainya suatu ketika dulu. “
Apa lagi yang you nak Eren!? Sebelum ni I dah ikut segala kemahuan you. Apa
lagi yang you nak kejar dari I!? You tak puas hati nak sakitkan hati I ke!?”
Wajah Eren pucat lesi. Sampai begitu
sekali lelaki itu marah padanya. Benci benarkah lelaki itu padanya? Dia cuba
menahan sebak yang tiba-tiba akan meletus. Memang salahnya dia meninggalkannya
lelaki itu kerana mengejar impian. Seharusnya lelaki itu kena faham ketika itu
dia masih muda lagi, dia berhak capai apa yang dia inginkan. Memang salahnya
juga tinggalkan lelaki itu begitu tanpa sebarang pesanan. Dis menyangka
pertemuannya tempoh hari dengan lelaki itu akan membuat lelaki itu memaafkannya
apabila lelaki itu menerima pelawaannya, tetapi yang berlaku sebaliknya, mereka
berperang besar.
“ Fakhri, I’m so sorryokay. I banyak
lukakan hati you, tapi I betul sayang you Fakhri. Maafkan I ye” Eren memujuk
tidak putus asa.
“ Youtak serious pada IEren. Sanggup you tinggalkan I macam
tu je. You ingat I tak ada hati dan perasaan ke!?” Ungkitnya.
“ Come on Fakhri, masa tu kita
masih muda kan? I pun ada cita-citaI
sendiri. I bebas nak tentukan hidup I sendiri. I’m sorry okay kalau I
tinggalkan you macam tu ja. I betul-betul bersalah sangat buat you macam ni.
Lepas je abis study kat sana I terus fly
kat sini. Tak sangka pulak you marah betul dengan I sampai macam ni” Sayu
nadanya.
“ Get out! I tak nak tengok muka you lagi mulai arini faham!?”
Jengkel Tengku Fakhri.
“ Sampai hati you, Fakhri buat I
macam ni” Eren menahan sebak.
Tengku Fakhri memandang Eren.
Hatinya masih menyayangi dan dalam masa sama dia membenci gadis itu.
“ Fakhri, I ikut permintaan you
tu. I janji kalau you berkahwin, I janji takkan kejar you lagi lepas ni. But I guess perempuan mana yang tahan dengan
karenah you ni, Fakhri” Janjinya sebelum meninggalkan lelaki itu.
Tengku Fakhri meraup muka dengan kasar.
Gadis itu memang sengaja merendah-rendahkan dirinya.
******************************************************************************
Juwita menaiki tangga menuju ke
bilik Tengku Zainab yang tertelak dihujung tangga. Dia menatang dulang yang ada
mangkuk bubur ayam dan susu penuh berhati-hati semasa membuka pintu itu. Dia
bergerak ke katil orang tua itu lalu perlahan-lahan meletakkan mangkuk berisi
bubur dan segelas susu ke meja kecil bersebelahan katil itu.
“ Apa kau buat kat sini?! Siapa yang
benarkan kau masuk sini!?” Tengku Zainab
menjerkah tiba-tiba dari bilik air “ Awal-awal lagi aku dah pesan kat Mak Tam
jangan benarkan kau masuk bilik aku, Mak Tam tak bagitau ke!?”
Muka Juwita pucat seperti mayat
hidup. Dia meneguk air liur. Wajah Tengku Zainab sangat bengis waktu itu
bagaikan harimau ingin memakan mangsanya. “ Err…saya…sebenarnya…” Aduh! Kenapa
dengan aku ni? Apabila berdepan dengan orang tua itu, mesti dia kecut perut
berbeza sungguh dengan cucunya siap berani berloyar buruk lagi.
“Saya…” Jawabnya tergagap-gagap.
“ Kau keluar sekarang! Jangan
degil!” Dia menuding jari ke luar pintu biliknya.
“ Tapi, saya sebenarnya hantar
makanan kat je kat bilik Engku. Tak buat apa-apa pun tadi. Makanlah bubur ni selagi
masih panas Engku nanti sejuk tak sedap pula. Sekarang kan dah waktu tengahari,
kejap lagi Engku kena makan ubat” Juwita berterus-terang.
Tengku Zainab diam. Dia menoleh
pada mangkuk bubur ayam dan susu disebelah katilnya. Dia menolak perlahan
tangan Juwita sebaik sahaja itu ingin menghulurkan bubur ayam itu padanya.
“ Bukan kau yang buat bubur ni
ek?” Dia menjeling Juwita. Dia menikmati keenakan bubur ayam itu.
“ Taklah Engku, Mak Nab yang buat. Saya tukang
hantar je pun” Jawab Juwita.
Tengku Zainab diam. “ Betul ni?
Aku tak percaya!” Balasnya tidak puas hati.
“ Betul Engku, memang Mak Nab
yang buat bubur tu, bukan saya yang buat. Mak Nab yang buat” Tekan Juwita.
“ Tapi…kenapa rasa bubur ni tak
sama dengan Mak Nab yang buat. Aku tahu lah, resepi pun dah lain ni hah! Kau
jangan kelentong aku kau yang buat bubur ni kan!?” Herdiknya dengan bubur yang
masih berbaki di dalam mangkuk.
“ Sudah bawa bubur ni keluar, aku
tak selera nak makan…tak sedap! Cepat! Sebelum aku hempas mangkuk ni ke bawah…”
“ Errr…,yelah Engku. Saya bawak
sekarang…” Cepat-cepat dia mengemas mangkuk yang masih berbaki bubur dan susu
di atas dulang tersebut. Dia tersenyum kelat memandang orang tua itu.
Tengku Zainab memandang tajam.
******************************************************************************
“ Macam mana Jue? Engku suka tak
dengan bubur yang Jue buat tu?” Soal Mak Nab teruja.
Juwita mengangkat bahu. Hampa
sungguh! Kena maki adalah, susah betul nak ambil hati orang tua itu, gumamnya.
Dari reaksi muka gadis itu,
jawapannya pasti mengecewakan. Timbul rasa kasihan melihat gadis itu yang
bersusah-payah membuat bubur ayam itu untuk majikannya. Bukan tak sedap bubur
yang Juwita buat, segala macam bahan resepi diletak dalam bubur itu, Tengku
Zainab masih mengkritik.
“ Entahlah Mak Nab, mungkin
masakan Jue tak setanding dengan masakan Mak Nab kot” Juwita hampa. Dia
menongkat dagu.
“ Sampai macam tu sekali ye Engku…kalau
tau tadi, Mak Nab takkan suruh Jue buatkan bubur untuk Engku tadi” Mak Nab
serba-salah.
“ Tak apalah Mak Nab, Mak Nab kan
tak sihat. Jangan risaulah Mak Nab, Jue okay je la. Jue sikit pun tak ambil
hati pun dengan Engku tadi” Bohongnya menenangkan Mak Nab.
“ Engku tak berapa sihatlah tu,
jadi Mak Nab suruh Jue buatkan bubur tadi. Ermm…kalau tau biar Mak Nab yang
buat tadi kalau dia tak suka Jue yang buat bubur tu” Ulangnya tidak habis-habis
menyalahkan diri sendiri.
“ Takpelah Mak Nab, benda dah
jadi. Tak apalah sekurangnya, Jue dapat perbaiki lagi kelemahan Jue dalam bab
memasak ni. Betul tak, Mak Nab?” Juwita bergurau.
“ Ya tak ya jugak tu, Jue. Macam
peribahasa omputeh kata tu…apa dia kebendanya tu, practice makes perfect kan?”
Juwita tergelak besar “ Dah
betullah tu Mak Nab. Amboi bukan main speaking
lagi”
Lantas keduanya meletus ketawa.