Setelah
bersiap mandi pagi itu, Juwita memulakan
tugasnya seperti biasa mengemas dan membersihkan bilik tetamu dan beberapa lagi
bilik kosong di dalam rumah itu. Dia tersenyum puas kerana berjaya juga
menyiapkan tugasannya pagi itu seperti sebelum-sebelum ini. Kemudian dia
beralih pula ke depan pintu bilik Tengku Fakhri. Baru sahaja dia memulas tobol
pintu, Tengku Fakhri tercegat berdiri dihadapan pintu merenungnya dengan
pandangan tajam. Juwita ternganga luas, sah-sah
lalat masuk waktu itu juga.
“ Eh Tuan…tidur sini ke? Bukan
semalam Tuan…”
Busybody betul! “ Berapa lama kau tak cuci baju aku ni!? Sampai bau
pekasam dah…kau keja sini ertinya kau bekerja untuk aku sekali. Sudah pegi
basuh baju aku ni sekarang, besok aku nak pakai” Bebelnya sambil melonggokkan
beberapa helai baju T-Shirt kotor ke tangan gadis itu.
Kecil besar kecil besar je mata Juwita
merenung Tengku Fakhri. Amboi, main terjah je…apa kes? Nasib dia cepat sambut,
kalau ikutkan hati masa itu juga dia humban dari tingkat atas itu ke bawah. Mata
Juwita membulat “ Pekasam!? Wah… sedap tu Tuan…saya dah lama betul tak makan
pekasam, kalau kat kampung saya memang banyak orang jual pekasam, macam-macam
pun ada Tuan, tapi kat sini tulah kureng sikit yang jual…”
“ Not my taste! Pekasam aku tak makan, aku minat Western je la..
Sushi sume itu hadaplah kalu pekasam memang aku tak makan, cium bau je aku
boleh muntah…kau tu orang kampung memang itulah yang kau makan…” Boleh pula dia
melayan gadis itu berloyar buruk.
“ Ye ke Tuan!? Jadi, sume jenis
western tau le macam big thum, eye steak, lamb steak…?
Tak sangka bergeliga juga otak
gadis kolot itu. Semua makanan Westernyang
ada dia boleh tahu. “ Hmm…tau pun ingat dah ketinggalan zaman tadi” Hati Tengku
Fakhri rasa mahu menangis. Bercakap dengan gadis itu seperti bercakap dengan
budak yang tak matang lagi. Badan dah la kurus keding macam tiang elektrik
takpun macam cicak, kutuknya. Tapi tulah…nasib gadis itu tinggi lampai sikit.
Kembang kempis hidung Juwita. Apa
susah… Pak Google kan ada, mana dia
boleh kalah dengan lelaki angkuh itu.
“ Semua bilik kau dah mop dan
bersihkan?”
“ Dah Tuan, cuma bilik Tuan saya
belum bersihkan”
Tengku Fakhri bercekak pinggang “
Jangan lupa kemas bilik aku sekali, dah berhabuk macam sarang labah-labah…dan
bab ini aku paling pantang sekali…”
“ Apa dia Tuan?” Potong Juwita.
“ Aku tak abis cakap lagila, lepas je kau kemas, pastikan
barang yang kau dah kemas tu susun balik kat tempat asal dia…aku malas nak
ingat mana aku letak barang-barang aku nanti…”
Juwita menggaru-garu kepala yang
tidak gatal. Seingatnya dia memang bersihkan semua bilik termasuk bilik mamat
sombong itu. Apa kes cakap aku tak kemas bilik dia? “ Sarang lebah tak apa tuan, jangan sarang
gua” Juwita berloyar buruk.
Hisy budak ni aku cepuk karang. “
Dah pegi sambung keja kau…siap keja ni buat keja lain pulak. Buang masa aku je
la layan kau ni” Melayan borak dengan gadis itu sampai ke Subuh pun tak abis.
Whatever! Juwita mengejek.
******************************************************************************
“ Ini airnya, Engku…”
“ Terima kasih la Nab, letak je
air kat situ” Arahnya.
Mak Nab meletakkan segelas air
suam di meja kecil.
Tengku Zainab membetulkan duduk.
“ Biasalah Nab, tua-tua macam ni datanglah segala penyakit, beza sangat waktu
muda-muda dulu. Tenaga pun masih kuat lagi…” Dia menyandar tenang dikerusi
malas.
“ Itu memang saya tau Engku,
Engku tu jugak kena banyak rehat. Tak boleh banyak pikir, doktor pun ada
nasihat aritu, nanti datang darah tinggi tu balik” Wajahnya kelihatan susah
hati. Sudah berbuih mulutnya dia memberi nasihat tetapi majikannya itu degil
sangat.
Tengku Zarina mengeluh “ Entahlah
Nab, aku takut masanya tak sampai je nanti” Luahnya.
“ Hisy apa pula Engku cakap macam
tu, tak baik. Ajal maut tu sume rahsia Allah, kita tak tau Engku. Kadang-kadang
orang yang sihat pun boleh meninggal” Nasihat Mak Nab.
“ Aku menyesal apa yang aku buat
dulu Nab” Kesalnya menyesali perbuatannya.
Mak Nab menggenggam tangan wanita
tua itu. “ Tak ada yang perlu dikesalkan Engku. Saya bersyukur akhirnya Engku
lembut hati juga selepas apa yang berlaku ni. Saya selalu berdoa semoga Engku
dapat berjumpa dengan cucu Engku suatu ari nanti” Pujuknya memberi semangat.
Lama dia mengelamun. “Dia boleh ke maafkan aku
lepas apa yang aku dah buat kat keluarga dia, Nab?”
“ Insya Allah Engku, saya yakin cucu Engku tu
mampu maafkan Engku. Banyakkan berdoa ye” Nasihatnya tidak putus-putus.
“ Harap begitulah, Nab” Wajahnya
kembali ceria.
“ Insya Allah Engku, saya pun
doakan yang baik-baik untuk Engku”
Tengku Zainab menarik nafas lega.
******************************************************************************
Juwita mengeluarkan kembali sekeping
gambar lama yang sempat dibawanya bersama sebelum diusir keluar. Kemudiaan dia
menyentuh gambar itu dengan hujung jari runcingnya. Itulah satu-satunya harta
yang berharga dan bernilai baginya.
Ketukan diluar pintu lantas dia
memasukkan semula gambar itu dibawah lipatan baju di dalam almari.
“ Auntie Za…”
“ Juwita tak tidur lagi ke?” Tengku
Zarina melangkah masuk dan mengambil tempat disebelah gadis itu.
Juwita menggeleng. “ Belum lagi aunty, mata Jue pun tak mengantuk lagi
ni. Auntie Za kenapa tak tidur lagi?” Soal Juwita.
“
Samalah macam Jue, Auntie pun tak mengantuk lagi. Lama tak borak dengan Jue.
Jue suka kerja sini?” Tengku Zarina mengajukan soalan.
“
Alhamdulillah okay je setakat ni, Auntie. Tak ada apa-apa masalah pun. Kenapa
Auntie tanya?”
“
Taklah, Auntie tanya je. Manalah tau Jue tak selesa tinggal kat sini. Jue,
jangan ambil ati pasal Engku ye. Engku tu nampak tegas sikit, tapi hatinya
baik. Lama-lama Jue keja sini, Jue taulah nanti. Percaya cakap Auntie okay”
Juwita
tergelak “ Pasal tu ke? Ala, Jue tak ambik ati pun Auntie. Dah lali dah pun .
Biasalah tu Auntie. Auntie jangan risau Jue memang tak ambik ati pun. Apa
omputeh cakap…small matterje la”
“
Yeke ni?” Duga Tengku Zarina.
“
Betullah Auntie, buat apa Jue nak tipu. Ala, Jue dah anggap Engku tu dah macam
nenek Jue sendiri” Jujur Juwita.
“
Baguslah macam tu, lega Auntie dengar Jue cakap macam tu. Tapi…kalau Engku tu
betul-betul nenek Jue apa salahnya…”
“
Apa Auntie cakap tadi?” Telinganya seakan dapat menangkap ayat wanita itu yang
terakhir.
“
Tak ada apa-apalah Jue, Auntie masuk bilik dulu. Mata Auntie pun dah mengantuk
ni. Jue jangan tidur lambat sangat” Tengku Zarina bergerak ke depan pintu.
“ Baiklah Auntie, kejap lagi Jue
tidur” Balas Juwita sambil menguntum senyuman.