Home Novel Cinta ENGKAU YANG AKU SAYANG
ENGKAU YANG AKU SAYANG
NOR RAFIDAH JAMIL
21/10/2014 17:37:23
21,636
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7

“Hai Raisya” Tegur suatu garau dibelakang. Raisya terus menutup buku nota dan berkira-kira ingin keluar dari library. Akan tetapi, Fendi terlebih dahulu menghalang laluannya.

“Hai” Balas Raisya sepatah. Tidak berminat nak layan mamat poyo dihadapannya ketika itu.

“Amboi, sombongnya. Tegur sikit pun tak boleh” Sindir Fendi sambil berpeluk tubuh.

“Awak nak apa Fendi?” Suara Raisya tertahan-tahan. Kalau takde siapa kat library tu, dah lama dia tengking lelaki tidak tahu malu yang sedang berdiri didepannya tatkala itu.

“Raisya, Raisya. Aku kasihan tengok kau” Fendi menggeleng-gelengkan kepala sambil tersengih-sengih. Entah kenapa Fendi berkata begitu, Raisya sendiri tidak faham.

Straight to the point Fendi! Aku takde masa nak dengar bahasa kiasan kau tu! Kalau kau tak ada benda nak cakap. Baik kau pergi!” Raisya mulai naik berang. Dia membetulkan kedudukan tudung yang senget.

Okay, fine!” Akhirnya Fendi mengalah.

Raisya memalingkan muka memandang ke tempat lain.

“Apa kau nak cakap?!” Raisya menjeling. Naik meluat pula dengan sikap Fendi yang suka berkias-kias itu.

“Fasal Najmi” Fendi bersuara perlahan, sesekali memandang sekeliling library. Tiba masanya dia memberitahu akan hal Najmi pada Raisya. Dia tidak mahu Raisya terus ditipu hidup-hidup.

“Kenapa dengan dia? Kau jangan nak fitnah dia bukan-bukan Fendi” Ugut Raisya.

“Fitnah apanya, Raisya? Aku nampak dengan mata aku sendiri dia dengan perempuan lain semalam. Perempuan tu kau sendiri kenal. Aku tak naklah kau diperbodohkan, Raisya. Lagi-lagi lelaki macam Najmi tu. Aku tak nak dia gunakan aje. Itu je. Aku akui memang aku ni taklah baik sangat. Tapi, sekurang-kurangnya aku ni bukan jenis berpura-pura” Adu Fendi panjang lebar. Najmi kawan rapatnya sejak sekolah dulu. Semua perangai Najmi dia sudah tahu.

Enough, Fendi! Aku malas nak dengar cerita tak betul kau tu. Najmi bukan macam itulah. Mungkin apa yang kau lihat tu orang lain. Dari aku naik berang, baik kau pergi Fendi” Raisya buat acuh tak acuh.

“Terpulang pada kau, Raisya nak percaya atau tidak. Well…suatu hari, kau akan berterima kasih pada aku. Okeylah aku blah dulu. Karang ada singa naik hantu kejap lagi”

Raisya terdiam. Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni?

Sorry, late. Najmi ada hal sikit tadi” Ucapnya menyedari kesilapannya.

“Takpe” Balas Raisya sepatah setelah mengambil tempat disebelah pemandu. Masak sangat sikap Najmi itu. Janji pukul tiga petang, sekarang sudah jam empat. Mujurlah dia agak penyabar sikit orangnya. Kereta MyVi Najmi bergerak meninggalkan perkarangan kolej meluncur laju melalui lebuan lebuhraya. Najmi menghalakan pandangan ke atas jalan raya.

“Pukul berapa Najmi balik malam tadi?” Raisya menyoal, dikerling Najmi dengan ekor matanya. Pandangan Najmi masih dihala ke atas laluan jalan raya.

“Pukul dua pagi. Ada group discussion malam tadi”

“Lambatnya. Dah settle ke?” Riak muka Raisya terkejut. Patutlah, dilihat Najmi asyik menguap aje dari tadi.

“Tapi…kenapa Fendi” Raisya tidak menyudahkan ayatnya.

“Erm, kenapa dengan Fendi? Dia tu memang jenis macam tu. Suka buat cerita. Ada ahli group pun macam takde je. Selalu mengelak bila nak discuss” Najmi merengus.

Raisya terdiam. Ada benarnya kata-kata Najmi itu. Fendi itu pun budak bermasalah. Suka ponteng kelas dan suka cari pasal dengan orang. Teringat pula perbualan dia dengan Fendi pagi tadi. Benarkah apa yang diberitahu Fendi itu?

Suasana di dalam kereta itu menyepi, dengan bertemankan suara deejay Suria FM, Linda Onn yang sibuk berceloteh itu ini. Raisya leka melayan perasaan. Kata-kata Fendi terngiang-ngiang dalam fikiran, bagaikan pita perakam.

Najmi membelok ke restoran Mc Donalds yang terletak di simpang jalan. Tekaknya terasa ingin makan fast food. Dia memarkirkan kereta di petak khas yang disediakan dan mematikan enjin. Kemudian, keluar dari perut kereta lalu Raisya membuntuti dari belakang.

“Raisya nak orderapa-apa tak?” Soal Najmi setelah Raisya melabuhkan punggung dikerusi. Raisya Cuma menggeleng-geleng. Perutnya terasa sebu. Dari tengahari tadi dia belum jamah apa-apa.

Najmi berlalu ke kaunter dan membuat pesanan. Hampir lima belas dia kembali dengan membawa dulang. Dia duduk berhadapan Raisya. Dua set burger chicken dan minuman pepsi diletakkan di atas meja.

“Najmi, saya tak order apa-apa pun tadi. Burger ni untuk siapa?” Direnungnya Najmi lama. Mungkin lelaki itu salah dengar.

For your, Raisya” Jawabnya sepatah sambil mengunyah burger.

“Okay, thanks” Terpaksa juga dia makan burger itu. Tidak mahu Najmi berkecil hati dengannya.

Zakuan leka menaip sesuatu di laptop, sehingga tidak dengar Razif memanggil namanya tadi. Tekun menghadap laptop sehingga Razif masuk ke bilik pun dia tidak sedar. Alih-alih Razif sudah masuk ke biliknya.

“Hey bro!” Bahu Zakuan ditepuk. Dia mendongak. Bila pula Razif masuk, macam pelesit aje.

Razif tersengih lalu mengambil duduk berhadapan Zakuan.

“Bila pula kau masuk. Tak dengar bunyi pun” Usul Zakuan pelik.

Razif tergelak “ Orang kalau dah sibuk sangat tu. Bunyi bom pun dia tak dengar” Dia akui Zakuan memang pekerja yang rajin. Mungkin kerana sebab itu dia diberi tugas mengendalikan projek sehingga ke luar negara. Zakuan hampir sebaya dengan umurnya. Namun, sayang sekali. Dia ada rupa, boleh tahan juga handsome. Kedudukan pun bukan calang-calang orangnya. Tapi, belum ada something yang special. Agaknya Zakuan ni terlampau memilih orangnya. Pernah juga terfikir nak kenal-kenalkan Zakuan ni pada adik perempuannya, Raisya gadis itu sudah berpunya.

“Kau apa tu? Aku ganggu kau ke, Zack?” Razif memang menggelar Zakuan dengan gelaran Zack. Supaya nampak lebih akrab. Macam skema pula panggil nama penuh.

“Taklah busy pun. Aku tengah jemur kain ni” Zakuan berseloroh. Apa punya soalanlah Razif ni.

Razif tersengih “Amboi, berloyar buruk kau ya” Ujarnya sambil menyilangkan kaki dikerusi.

“So, macam mana dengan projek kau kat sana? Diorang ada cakap apa-apa? Anything? Ada apa-apa lagi yang tak siap?” Soal Razif bertubi-tubi. Lima bulan lamanya Zakuan di luar negara orang, harap ada perkembangan baik. Dia tahu yang Zakuan boleh diharap.

So far, okay. Fasal bahan mentah tu. Kau tolong tengok mana yang patut. Banyak client komplain pasal tu” Ujar Zakuan serius.

Razif mengangguk-angguk “Okay, anything else?”

Zakuan menggeleng.

“Jom lunch!” Ajak Razif lalu memandang jam tangan.

Come on, Zack. Pukul satu dah bro! Kerja kau tu bila-bila pun kau boleh settle” Ajak Razif bersungguh-sungguh apabila melihat Zakuan tidak berkutik dari tadi. Zakuan ni, kalau bab kerja. Langsung terus tak ingat nak makan agaknya.

“ Okey!” Zakuan mengemas semula fail-fail yang berlambak di atas meja dan membuntuti Razif dari belakang.

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.