Suasana didalam rumah teres dua tingkat pagi itu begitu
sunyi sekali seolah-olah tidak berpenghuni. Hanya Tuan Johari dan isterinya,
Yasmin yang berada di rumah ketika itu.
“Bila
budak tu nak balik?” Soal Puan Yasmin mengerling suaminya sambil menyapu jem
strawberry pada roti.
“Balik
ke tidak. Apa awak peduli? Selama ini pun, awak tak pernah ambil tahu pasal
dia. Alih-alih awak tanya pula” Jawab
Tuan Johari sinis. Dia memprotes dengan sikap isterinya itu yang asyik cari
kesalahan anaknya itu. Selama dia berkahwin dengan Yasmin, belum pernah lagi
dia melihat wanita itu melayan Raisya dengan baik. Meskipun mencecah angka
40-an, sikap kurang matang isterinya itu masih tidak berubah. Berbeza benar
dengan arwah isterinya, Mariam.
Muka Yasmin masam mencuka. Agak terasa dengan sindiran
suaminya itu. Eleh, tanya sikit pun tak boleh ke?
“Saya
tanya aje bang. Tak salah kan?” Usul Puan Yasmin tidak puas hati.
Tuan
Johari diam. Malas melayan pertanyaan isterinya itu. Makin dilayan, makin
menjadi. Cakap salah, tak cakap pun salah.
“Sudahlah
tu Min. Baik awak risaukan anak awak tu je. Tak payah sibuk tanya pasal Raisya.
Lagipun, budak tu dah besar panjang.
Tahulah dia jaga diri dia” Tegur Tuan Johari sambil menghirup kopi.
“Edlin
pun dah besar. Sama macam anak awak tu. Buat apa saya nak risau. Dia pun boleh
jaga diri dia sendiri. Macam anak awak sorang je boleh” Bidas Puan Yasmin tidak
mahu mengalah. Panas hati mendengar suaminya tidak habis-habis menyebelahi
Raisya. Yalah, dia sedar dia cuma menumpang aje didalam rumah itu. Tapi,
sebagai seorang ibu meski ibu tiri dia pun ada hak juga.
“
She’s my son, Min. Saya tahu sendiri
perangai anak saya macam mana. Sibuk fasal anak saya, mana anak awak Edlin? Si
Edlin tu bila dia nak balik? Batang hidung pun tak nampak-nampak dari tadi.
Membuta lagi ke? Atau tak balik-balik dah?” Giliran Tuan Johari pula
mempersoalkan. Biar dia sendiri tahu sikap anak gadisnya itu. Sibuk benar
mencari salah orang lain.
Merah
muka Puan Yasmin “Manalah saya tahu! Takkanlah 24 jam saya nak kena jaga dia.
Dia pun dah besar bang. Pandai-pandailah dia jaga diri dia tu. Banyak lagi
kerja dalam rumah ni saya nak kena hadap. Sibuk je!”
“Awak
nak ke mana tu?” Soal Puan Yasmin, sebaik melihat suaminya itu berkira-kira
ingin bangun dari kerusi.
“Nak
pergi kerjalah. Awak lupa ke arini hari apa?” Perli Tuan Johari. Dia segera
mencapai briefcase di sebelah kerusi duduk lalu membetulkan kot yang
dipakainya. Meskipun agak berumur, Tuan Johari kelihatan masih segak dengan
penampilannya itu. Puan Yasmin memerhatikan perbuatan suaminya itu.
Puan
Yasmin bangun dari kerusi menyalami tangan suaminya itu. Tuan Johari menyambut
huluran tangan isterinya itu “Tak payah masak banyak-banyak tengahari. Abang
ada meeting dengan clientwaktu lunch nanti” Pesan Tuan
Johari sebelum melangkah ke perkarangan rumah.
Puan
Yasmin mengangguk. Dia menghantar pemergian suaminya itu sehingga ke
perkarangan luar rumah teres dua tingkat itu. Sesudah kereta suaminya itu
sayup-sayup dari jauh dia masuk kembali ke dalam rumah.
Selang dari satu deretan ke kedai, dia menapak masuk ke
dalam kedai yang menempatkan pelbagai cenderahati itu. Benda yang dicari tidak
dijumpai.Baru semalam Syikin mesej mahukan T-shirt Rocks, yang merupakan
penyanyi kegemarannya. Kelihatan signboard yang tertulis di pintu lantas dia pun
masuk. Kelihatan beberapa orang turut memilih cendarahati yang ada di
situ.Kedai itu bukan saja menjual cendarahati bahkan menjual juga T-shirt.
Setelah
mengambil dua helai T-shirt, dia bergerak pula ke tempat cenderahati.Bercadang
ingin membeli souvenir untuk orang
tuanya sebagai tanda kenang-kenangan. Naik rambang jugalah mata mahu
memilih.Sedang dia membelek-belek satu suara garau menyapa.
Raisya
segera berpaling.Suara itu seakan-akan dikenalinya sebelum ini. Iya, memang
betul tekaannya. Memang berdiri dihadapannya ketika itu adalah Aril Zakuan.
“Hai,
ingat saya lagi tak?” Tegur Zakuan mesra.
Raisya
pantas mengangguk.
“Sorry,
tak perasan.Tengah pilih souvenir.Rambang
mata nak pilih mana.Macam berkenan aje semuanya” Jelas Raisya tersengih sambil
membelek-belek cenderahati yang terdapat di situ.
Zakuan
tersenyum.
“Hurm,
beli untuk boyfriendke ni?” Zakuan
meneka.Takkanlah gadis secantik itu tidak teman istimewa.Dia membuat telahan
sendiri.
Muka
Raisya berubah blushing.
Aril
Zakuan tergelak.Dari muka gadis itu yang blushing,
dia tahu gadis itu dudah berpunya.Apa punya soalanlah dia ni nak tanya.
“Awak
buat apa dekat sini?Beli barang juga ke?” Soal Raisya pelik.
“Taklah,
saya intip awak tadi.Itu yang saya tahu awak kat sini” Usik Aril Zakuan
disertai sengihan nakal.
Senyuman
Raisya mati.
“Sorry, I’m just kidding” Ucap Aril
Zakuan.Manalah tahu gadis itu tidak selesa dengan gurauannya tadi.Lagipun
mereka baru saja kenal.Sudah tentulah gadis itu lebih berhati-hati.
“It’s okay.Never mind”
“Flight bila?”
“Oh,flight lusa” Jawab Raisya.
“
Awak memang tinggal area sini ke?”
Soal Raisya pelik. Macam-macam tau aje boleh terserempak.
Aril
menggeleng laju.Kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket seluar.Meskipun, berpakaian
seluar jeans dan baju tebal, namun dia kelihatan segak.
“So,lepas
ni tak dapatlah nak jumpa awak lagi”.
Raisya
mengangguk laju.Wajah Zakuan bertukar hampa.
“Sorry pasal semalam tu.Awak marah kat
saya ke?”
“Marah?Fasal
apa?” Raisya benar-benar lupa.Bila masa dia ada berkecil hati dengan lelaki
itu.Kalau ada pun, dia malas ambil tahu.Lagipun, dia pun tidak kenal lelaki
itu.Atas dasar tanggungjawab sebagai manusia, dia cuma ikhlas menolong lelaki
itu.
“Fasal
semalam saya ada marah awak.Awak okey ke?”
“Oh,
fasal semalam tu ya.Taklah, tak marah pun.Buat apa nak marah, nanti cepat berkedut
muka saya ni” Raisya berseloroh.
“Okey,
baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya lega saya dengar” Ujarnya seraya menarik
nafas lega, sambil berjalan membuntuti Raisya.
“So, lepas ni awak nak ke mana?Ada plan nak ke mana-mana ke?” Sambungnya
lagi. Mata tidak lepas memandang gadis itu.
Raisya
berfikir, sebelum akhirnya bersuara.
“Boleh
awak tunjuk kat saya suatu tempat tak? By
the way, tak ingatlah nama tempat tu. Tapi tempat tu memang ramai orang shopping kat situ.Kebetulan awak ada kat
sini.Awak tak kisah?” Raisya baru teringat ingin membeli sesuatu untuk ibu tiri
dan adik tirinya itu.
Zakuan
mengangguk laju.Dia tidak keberatan membawa gadis itu berjalan.Memang niatnya
itu pun.Sudah terlanjur gadis itu mengajak, dia iakan aje.Lagipun, dia mahu
membalas budi gadis itu menyelamatkannya tempoh hari.
Raisya
mengikuti jejak langkah Zakuan ke Namdaemun Market, sebuah tempat popular
membeli-belah di Seoul Korea. Tempat itu antara pasar tertua di Korea dan
sememangnya menjadi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong untuk membeli-belah
di situ. Daripada bahan basah, sehingga barang mewah seperti kamera dan batu
permata semuanya terdapat di situ.
Zakuan
berjalan laju di hadapan, Raisya membuntutinya. Sebaik terlihat gerai yang
menjual cenderahati, dia berhenti lalu memberi isyarat pada lelaki itu. Zakuan
berpaling. Raisya memilih cenderahati seperti keychaindan fridge magnet
untuk Dilla dan Insyirah, teman serumahnya. Sesudah itu, dia memilih Korean Brooch untuk ibu tiri dan adik
tirinya itu. Sesudah tawar-menawar, barulah dia dapat harga yang lebih murah.
“Sudah?” Tegur Zakuan.Dilihat beg-beg
plastik yang dipegang gadis itu.
Raisya mengangguk.
“Mana
awak tahu selok-belok tempat ni? Lama ke awak tinggal sini? Arif betul awak
dengan tempat-tempat macam ni” Soal Raisya bagai polis pencen lagaknya.Zakuan
tersengih. Tak ada apa perlu dihairankan pun.Dah memang kerja sebagai arkitek
begitu, selalu out station aje
memanjang.
“Taklah.
Dah dua minggu saya out station kat
sini. Melawat tapak projek kat sini.Biasalah kerja makan gaji, kenalah ikut
arahan. Tempat ni dah macam rumah kedua saya sepanjang saya berada kat sini”
Balasnya.
“Yeke?
Lepas ni selalulah awak ulang-alik”
Raisya
memandang lelaki itu.
“Awak
nak tahu satu sesuatu tak?” Tutur Zakuan tiba-tiba.
Raisya
mengangguk laju. Naluri mendesak ingin tahu apa yang mahu diberitahu lelaki
itu. Bunyi macam saspen je.
“Sesuatu?”
Tidak
semena-mena Zakuan tergelak.Raisya menghadiahkan jelingan. Adakala lelaki itu
serius, adakalanya agak menyakitkan hati.
“Seriuslah,Encik
Zakuan.Saya tak sukalah orang bergurau.Cara awak cakap tadi macam serius
je.Alih-alih awak tergelak pula.Awak ni okey ke tak ni?” Ngomel Raisya geram.
“I’m okay. Saja nak usik awak. Nampak cute sangat bila marah”
“Excuse!Baik awak tarik balik kata-kata
awak tu.Naik berbulu telinga saya dengar” Bebel Raisya lalu menuding jari ke
muka lelaki itu. Zakuan menggeleng. Selalunya, orang perempuan memang suka
dipuji, gadis itu terbalik pula. Gadis itu tidak gemar akan pujian. Apa-apa
pun, gadis itu memang ada tarikannya yang tersendiri yang dia sendiri ingin
tahu.
“Kalau
saya berdegil juga. Awak nak buat apa?” Ugut Zakuan.
“Dahlah
Encik Zakuan. Dari saya ada moodnak
shopping terus takde mood nak shopping.
Awak faham tak?”
“Yalah…yalah…sorry buat awak hilang mood arini” Zakuan
mengangkat tangan beralah.Abislah.Angin kus-kus sudah datang.Tidak tahu kenapa
dia suka cari fasal dengan gadis itu.
“Ni
untuk awak. Ambiklah” Sebuah kotak kecil berukiran kayu diunjukkan pada gadis
itu. Raisya lantas menyambutnya.
“Apa
ni? Untuk apa? Awak cuba rasuah saya ya?” Raisya menyoal. Manalah tahu, lelaki
yang baru dikenali itu ada niatnya yang tersendiri.Fikirnya berprasangka
buruk.Zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku.
“Rasuah
apa? Muka saya ni ada macam muka kaki rasuah ya?Ambik jela hadiah tu.Lagipun,
saya ikhlas bagi kat awak.Tak payahlah risau.Hadiah pun biasa-biasa aje” Terang
Zakuan panjang lebar.
“Okay,
thanks” Balas Raisya berterima kasih.