Home Novel Cinta ENGKAU YANG AKU SAYANG
ENGKAU YANG AKU SAYANG
NOR RAFIDAH JAMIL
21/10/2014 17:37:23
21,659
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 3

Raisyamemarkirkankereta Myvi di depan perkarangan rumah teres dua tingkat itu. Kelihatan kereta Toyota milik abangnya, Razif turut tersadai di situ. Setelah mematikan enjin, dia keluar dari perut kereta. Matanya melilau memerhati sekeliling perkarangan luar rumah. Anak mata coklat hazelnya terpandang ibu tirinya yang sedang asyik berkebun di tepi pondok. Pandangan ditala pada tanaman Afrika Violet yang hidup subur hasil tanaman ibu tirinya itu. Dia tersenyum sendiri. Sikap ibu tirinya itu saling tak tumpah seperti arwah ibunya yang gemar berkebun.

“ Hah, baru sekarang nampak batang hidung. Lama betul bercuti.Baru sekarang ingat nak balik?” Sindir Puan Yasmin, sambil bercekak pinggang di hadapan anak tirinya itu.

Senyuman Raisya mati. Terkejut beruk apabila wanita itu menyergahnya begitu.Dia mengutuk diri sendiri, macam mana pula dia tidak perasan ibu tirinya itu sedang berdiri di hadapannya ketika itu.

“Raisya baru je sampai, auntie. Flight Raisya pagi tadi auntie” Balasnya cuba juga tersenyum. Tangan dihulurkan untuk menyalami ibu tirinya,sebaik saja tangan bersambut, Puan Yasmin lekas-lekas menarik tangannya semula.

Raisya menghulurkan beg kertas ke tangan Puan Yasmin.

“Apa ni?” Nada Puan Yasmin keras.

“Raisya ada belikan ole-ole untuk auntie.Raisya memang beli khas untuk auntie dan Lisa.Ambillah” Ujarnya sambil mengunjukkan beg bungkusan berwarna hitam.

“Erm takpelah.Pergi jelah masuk dalam dulu.Aku pun banyak kerja nak buat ni” Beritahunya acuh tak acuh. Raisya mengangguk perlahan.Dari reaksi Puan Yasmin, dia sendiri tahu wanita itu malas melayannya.

“Okey, Raisya masuk dulu ya”

“Erm!” Puan Yasmin menjeling.

“ Auntie Raisha, mana hadiah Alif? Auntie lupa nak beli ke?” Soal Alif dengan pekat pelatnya, digoyang-goyangkan tangan Raisya.

“ Sorry Alif, auntie lupalah nak beli mainan Alif. Lain kali, Alif datang auntie belikan ya. Promise, okay” Raisya mengangkat tangan berikrar. Alif tersenyum geli hati.

Good boy” Melebar sengihan Raisya lalu dielus lembut rambut Alif

“ Betul ni?” Soal Alif tidak percaya.

“Yalah! Alif ingat muka auntie ni main-main ke?” Tergelak-gelak dia melihat karenah anak saudaranya itu. Razif yang cuma memerhati perbualan mereka datang menghampiri.

Razif berdehem kuat dari belakang “ Alif, pandai ya bodek Auntie Raisha. Minggu lepas baru aje papa belikan Alif mainan helikopter. Alif nak buat apa dengan mainan tu semua. Alif nak belajar ke nak main kat sekolah?” Suara garau Razif menegur mengejutkan Alif. Alif lantas mendongak memandang papanya.

Raisya mengalihkan pandangan pada Alongnya itu “ Alah Along. Biasalah budak-budak. Along pun dulu macam tu juga. Like father like son, right?” Dia mengelus lembut rambut Alif. Eleh, mana tidaknya tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Dulu waktu-waktu masih berhingus, Alongnya itu perangai macam itu juga. Lagi teruk dari itu pun ada. Menangis sampai hentak-hentak kaki, kalau tak dapat apa yang dihajati. Penatlah juga arwah mama melayan karenah Alongnya itu. Meskipun Alongnya itu tua empat tahun darinya, namun perangai Along masih belum matang. Cuma sejak kahwin, barulah perangai Alongnya itu baru agak matang sikit.

Razif tersengih.

“ Along, Kak Mariam tak ikut sekali?” Soal Hani ingin tahu.

Razif menggeleng laju “ Taklah, Along balik berdua aje. Wife Along busy, so tak dapat nak ikut Along balik sekali” Terang Along panjang lebar.

“ Sudahlah Raisya, pergilah berehat dulu kat atas. Kejap lagi turun boleh borak-borak dengan Along. Jangan layankan sangat Alif ni” Arah Razif.

“ Okey Along. Hani naik atas dulu. Badan pun naik lenguh-lenguh, duduk dalam flighttulama sangat” Hani mengadu, memegang pinggangnya.

“ Itulah, Along kan dah pesan aritu, buat apa pergi Korea tu. Kan dah lenguh-lenguh badan tu. Raisya degil” Bebel Razif. Raisya buat pekak telinga. Alongnya itu kalau bab membebel, serah saja pada dia. Subuh esok pun belum tentu habis tau.

“Along ni, tak penat ya membebel. Okeylah, Raisya naik atas dulu. Solat pun belum lagi ni .Waktu Zohor pun dah nak abis” Ujanya sebelum meminta diri.

Razif tersenyum.

Raisya membawa haluan kaki dengan lemah longlai ke pintu bilik yang terletak dihujung tangga. Bilik tidurnya itu menghadap bilik Lisa, adik tirinya. Ditengah-tengah bilik itu pula, dijadikan sudut bacaan.

Tombol pintu bilik dibuka perlahan. Selepas menutup tombol pintu, dia melangkah ke katil. Sesudah itu, dia meletakkan beg sandang di atas katil. Kemudian, dia menolak luggageke tepi katil. Matanya liar memerhati segenap ruang pelosok bilik itu. Sudah dua minggu sebelum cuti semester berakhir dia berada di negara orang, keadaan biliknya masih tidak berubah.

Dia mencapai pada penyangkut lalu berkira-kira ke bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat Zohor. Seusai menunaikan solat Zohor, dia merebahkan diri sekejap di atas katil bersaiz Queen itu. Tidak sampai beberapa minit memejamkan mata, dia bangun lalu membuka luggage yang berisi pakaian lalu dikeluarkan bungkusan plastik lalu dimasukkan ke dalam raga dihujung katil. Sesudah itu, pakaian yang masih bersih dimasukkan ke dalam almari. Semasa pintu dialmari dibuka, alangkah terkejutnya dia kerana abis semua pakaiannya bersepah didalam almari. Dia mengetap bibir menahan perasaan geram. Mesti kerja si Lisa ni. Siapa lagi yang suka meminjam barang-barangnya melainkan adik tirinya itu. Sudahlah balik penat-penat, macam-macam hal pula dia buat.

Raisya mengurut perlahan dadanya, mencuba mengawal perasaan marah yang bertandang. Sabarlah, wahai hati. Hurm, nampak gayanya terpaksalah dia mengemas semua baju yang tunggang-langgang macam tongkang pecah itu.

“Opps sorrysorry Kak Raisya. Bila sampai? Baru balik ke?” Soal Lisa dengan suara tergedik-gedik sambil bercekak pinggang berdiri dihadapan pintu.

“Ada apa datang bilik Kak Raisya?” Soal Raisya acuh tak acuh. Memang dia tidak berkenan dengan gaya terovergedik Lisa. Meluat!

Raisya tersenyum paksa. Mengenangkan sikap Lisa, dia jadi meluat. Hisy…dia tidak kisah sebenarnya gadis itu mahu meminjam barangnya, tetapi mintalah kebenaran dulu.Ini main redah aje.Kalau barang dia kena usik, mahu melenting agaknya. Biarlah, dia pun malas nak besarkan perkara yang kecil.

Raisya bergerak ke arah katil. Di atas katil itu ada beg hitam lalu diberikan pada Lisa. Lisa segera menyambutnya “Apa ni, Kak Raisya?” Soalnya dengan riak muka terkejut.

“Ambil jela.Hurm, bukalah tengok” Arah Raisya.

Lisa cepat-cepat membuka kotak kecil itu. Didalam kotak itu terdapat Korean brooch yang agak cantik. Kemudian, dia tersenyum sinis “Hadiah apa ni, Kak Raisya? Akak buat lawak ke? Perli Lisa lah ni?” Mata Lisa terjegil.

“Hisy…apa yang Lisa merepek ni? Akak beli tu, ucaplah terima kasih ke. Ini main cakap je. Tak reti bersyukur langsung!” Bebel Raisya geram dengan kelakuan Lisa.

What?! Apa ni Kak Raisya? Akak pergi sana beli ni je? Eh, orang mana pakai kerongsang semua bagai. Entah apa-apalah, Kak Raisya ni. Tak ada tastelangsung!” Lisa mencebik.

Raisya buat-buat tidak dengar bebelan adik tirinya itu. Layan karenah Lisa, makin menjadi-jadi pula.

“Okeylah. Kalau Lisa tak nak, takpe. Akak tak paksa Lisa pun” Tutur Raisya.

“Err…kejap! Hurm, okey.Lisa naklah keronsang ni. Macam cantik je” Ujar Lisa tersengih.Entah kenapa, dia tiba-tiba berubah fikiran pula.

“Lisa, akak nak minta tolong kat Lisa. Boleh?”

“Tolong apa? Cakaplah ajelah” Matanya sempat mengerling raga yang berada di hujung katil Hani. Manalah tahu, Raisya menyuruh dia membasuh kain kotor yang ada di dalam raga itu. Hisy, tak kuasa!

“Lisa selongkar almari akak ke? Lain kali, kalau Lisa nak pinjam baju akak. Lisa bagitahu aje. Sorry Lisa. Akak memang tak suka sepah-sepah macam ni. Akak memang cepat naik rimas” Ucap Raisya lembut, bimbang sekiranya Lisa terasa dengan kata-katanya itu. Sudah tambah lagi masalah.

Wajah Lisa merah padam. Meski kata-kata Raisya kedengaran agak lembut, akan tetapi gadis itu seperti memerlinya “Eleh pinjam aje Kak Raisya. Bukan Lisa ambil terus pun! Bukannya Lisa hilangkan baju akak tu”

“Yalah akak tahu. Lisa cuma pinjam je kan? Tapi, bayangkan kalau Lisa kat tempat akak. Akak buat macam tu kat Lisa. Mesti Lisa marah, kan?” Provok Raisya.

Lisa terdiam sebelum akhirnya bersuara “ Sudahlah Kak Raisya, Lisa keluar dulu ya. Rimas dengar orang membebel. Lama-lama telinga ni boleh bernanah tau! Baju Kak Raisya tu nanti Lisa bagi balik. Pinjam sikit pun nak kecoh!” Lisa menghentak-hentak kaki macam gajah naik minyak lagaknya sebelum berlalu pergi. Raisya menggeleng-gelengkan kepala dengan kelakuan kebudak-budakan Lisa. Cakap lembut sikit, memang tak makan saman budak tu.

“ Jauh betul termenung. Alahai, teringat orang kat sana ke?” Soal Razif seraya mengambil duduk berhadapan adik perempuannya itu.

“Hisy, Along ni. Ke situ pulak dia fikir. Mana adalah, Along. Merepek aje dia ni” Ngomel Raisya tidak henti-henti.

“Hurm, ye ke ni? Macam tak percaya aje adik abang ni” Usik Razif.

“Along, awek Korea semua lawa-lawa tau. Kulit diorang semua licin-licin. Tak ada jerawat langsung yang singgah kat muka. Jealous betul Raisya” Pancing Raisya cuba mengubah topik perbualan.

“Bolehlah carikan untuk Along lagi satu pengganti. Tambah lagi satu. Kuota ada tiga lagi” Nakal suara Razif. Raisya membuntangkan mata biji mata.

“Amboi, jangan nak mengada-ngada ya. Nanti Raisya report pada Kak Mariam” Ugut Raisya menakut-nakutkan Alongnya itu.

“Eleh, abang gurau ajelah. Itu semua operationplastik aje tu. Macamlah Along tak tahu semua itu” Bidas Razif.

Raisya mengekek ketawa. Along memang setia pada Kak Mariam. Alongnya itu hanya main-main aje.Datanglah perempuan lawa mana sekalipun, dia tahu Alongnya itu seorang yang setia. Dia memang arif dengan perangai Alongnya itu.

“Eleh, tau takut!” Ejek Raisya sambil menjelirkan lidah.

“Rancak betul berborak Along, Raisya. Raisya bila balik?” Soal Tuan Johari tiba-tiba sebaik saja muncul di luar pintu.

Raisya segera menoleh “Tengahari tadi Raisya dah sampai ayah. Besok baru balik kolej” Balas Raisya setelah ayahnya mengambil tempat di sebelah Alongnya. Tuan Johari mengangguk.

“Awalnya, Raisya balik pagi ke petang esok?” Soal Tuan Johari lagi.

“Raisya balik pagi esok. Sebab nanti tak nak lah kelam-kabut esok. Lagipun, Raisya dah janji dengan Ekin nak cari barang asrama mana yang takde” Ujarnya panjang lebar. Dia sudah pun berjanji dengan Syikin mahu shopping barang ke Giant di Seksyen Shah Alam. Kalau mungkir janji mahu melenting minah itu nanti.

“Oh, takpelah kalau macam tu. Baguslah, bolehlah rehat sehari je. Takdelah penat sangat” Ujar Tuan Johari tersengih.

Razif menahan gelak dari tadi mendengar perbualan dua beranak itu.

“Ayah, Raisya ni nak mengelak dari Auntie Min sebenarnya. Itu yang kelam-kabut nak balik awal tu” Ejek Razif.

Raisya memasamkan muka. Memang betul apa yang diteka Alongnya itu. Dia memang nak mengelak dari wanita diktator itu. Suka benar mencari salahnya. Lagipun, dia malas nak berada di dalam rumah itu lama-lama. Melayan karenah adik tirinya Lisa yang menyakitkan hati. Dia tidak mahu tinggal bertiga dengan Lisa dan ibu tirinya esok kerana Along awal-awal pagi dah balik ke Melaka. Ayah pula ada meeting urgent dengan clientesok.

“Kan betul apa yang Along cakap. Ayah, tengok muncung anak ayah tu. Panjang sedepa” Sakat Razif lagi.

“Ayah, tengok Along ni. Suka sangat usik Raisya ni. Umur dah tua perangai mengalahkan budak-budak je” Adu Raisya, sambil menarik-narik tangan Tuan Johari. Umur Alongnya itu sudah masuk angka 30-an, tetapi perangai mengalahkan budak-budak.

“Sudahlah tu Along. Jangan usik adik kamu ni lagi” Tegur Tuan Johari perlahan seraya memandang anak sulungnya itu. Raisya menjelirkan lidah kerana ayahnya itu menyebelahinya.

“Buatlah muka macam tu. Nanti takde sape yang nak” Ejek Razif sebelum berlalu masuk ke dalam. Raisya membuntangkan biji mata. Kalau bukan sebab ayahnya ada kat situ, sudah lama dia kejar Alongnya itu.

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.