Home Novel Cinta ENGKAU YANG AKU SAYANG
ENGKAU YANG AKU SAYANG
NOR RAFIDAH JAMIL
21/10/2014 17:37:23
21,657
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 5

“ Raisya, jom makan.Aku laparlah,” Syikin merengek sambil memegang perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Raisya menjeling kawannya itu.

“Okey” Balas Raisya sepatah. Mereka berjalan beriringan ke cafe. Cuma Hazrul tidak dapat join kerana ada urusan penting katanya. Atas urusan apa tidak pula dia tanya. Dia bukan busybody semua benda nak kena tahu. Jadi, mereka makan berdua ajelah tengahari itu.

“Raisya!” Laung satu suara dari belakang.

Raisya menoleh ke belakang. Najmi berlari-lari anak mengejarnya dari belakang “Raisya, boyfriend kau tu dah datang pun” Syikin mengusik. Raisya disebelah sudah malu-malu kucing.

“Hai Raisya. Baru abis kelas ke?” Soal dengan Najmi dengan nafas tercungap-cungap. Raisya memandang Najmi. Meskipun hanya berbaju kolar dan berseluar jeans biru, penampilan Najmi tetap segak.

Raisya mengangguk laju.

“So, lepas ni Raisya freetak?” Soal Najmi sambil mata tidak lepas memandang muka Raisya.

Sorry Najmi. Raisya dah janji nak lunch dengan Syikin. Esoklah kita lunch sama-sama ya” Ucap Raisya serba-salah. Kesian pula dengan Syikin. Baru tadi dia bercadang nak temankan gadis itu. Dia bukan jenis mungkir janji orangnya.

“Najmi ada call tadi. Kenapa Raisya tak angkat?” Soal Najmi sambil menyeluk sebelah tangan ke dalam poket seluar jeans.

“Bila? Ops…lupalah. Raisya silenthandphonewaktu dalam kelas tadi.”

“Alololo… sweetnya couple ni. Macam drama Hindustan pula.Aku okeylah, Raisya. Takpelah aku tapau aje kat cafe tu. Ke situ pula dia ni. No problem Najmi. Raisya ni cepat serba-salah sikit orangnya” Syikin menyampuk.

Muka Raisya kemerahan bagai udang kena bakar.Dia menyinggul lengan Syikin. Nasib baik Syikin sempat mengelak. Kalau tak, mahu lebam sikunya itu.

Okay, good! Najmi pun baru abis kelas ni. Kebetulan petang ni free. Ingat nak bawa Raisya makan kat luar arini” Wajah Najmi bertukar ceria.

Hani mengangguk “Ohh…”

“Kau on je la Raisya. Kesian Najmi tu tunggu lama-lama” Syikin berbisik ditelinga Raisya. Cepat-cepat Raisya menutup dengan sebelah tangan.

“Najmi tak busy ke?” Soal Raisya. Manalah tahu, kalau-kalau lelaki itu sibuk. Dia cuma bertanya aje.

Najmi menggeleng laju.

Malas kacau daun, Syikin segera meminta diri “Najmi, Raisya. Aku kena gerak dulu. Bye Najmi. Jaga Raisya elok-elok tau!” Ujar Syikin sambil mengenyitkan sebelah mata. Raisya mencebik. Eleh, sengajalah tu.

Restoran Damai Resort itu kelihatan sesak dengan kehadiran pengunjung. Maklumlah, sudah masuk tengahari.

Najmi merenung tajam ke wajah bujur sirih Raisya. Rindu benar ingin menatap wajah insan kesayangannya itu. Meski Raisya ada juga berbalas whatapps dengannya, tidak sama macam dia bertemu dengan gadis itu sekarang.

“ Bila balik?” Soal Najmi membuka topik perbualan.

“Lusa” Jawab Raisya sambil menguis-nguis nasi goreng didalam pinggan.

Perbuatannya itu diperhati Najmi “ Kenapa tak makan? Takde selera ke? Takkan Najmi ajak makan terus takde selera kot” Sindir Najmi, terasa dengan perbuatan gadis itu.

Raisya mengangkat muka. Marah benar dengan tuduhan tidak berasas Najmi. Main tuduh je. Cakap pun main lepas.

“Najmi gurau ajelah. Takkan itu pun nak marah” Najmi tergelak sudahnya. Cadangnya ingin bergurau. Tidak sangka pula Raisya ambil serius. Raisya…Raisya, masih juga gadis yang sama dikenalinya sebelum ini. Tidak berubah. Masih sama seperti Raisya yang dulu. Seorang gadis yang agak simple dan periang wataknya. Meskipun penampilan gadis itu biasa-biasa aje, namun tidak menghalangnya untuk terus menyukai gadis itu.

“Buat macam tu lagi. Kan dah kena prank” Ujar Raisya tergelak-gelak, sambil mengacau-ngacau teh ais dengan straw.

“Eleh, setakat prank je pun. Takde saspens langsung!” Najmi tidak mahu mengalah.

“So, best tak jalan-jalan kat sana?” Soal Najmi kembali ke topik asal perbualan.

Bestlah juga. Kejap ya” Raisya tersenyum lantas mengeluarkan sesuatu dari beg sandang. Bungkusan plastik berwarna putih diletakkan di atas meja itu. Senyuman tidak lekang dari bibir. Harap Najmi suka akan hadiah itu.

“Untuk Najmi. Ambillah” Tuturnya.

“ Yalah untuk Najmi. Tak percaya ke?”

“Tak nak, takpe. Saya bagi orang lain je” Usik Raisya. Dia berkira-kira ingin memasukkan bungkusan itu kembali ke dalam beg sandang. Dengan sepantas kilat, Najmi menarik bungkusan itu.

“Eh, mestilah nak. Raisya yang bagi, free pula tu. Memang Najmi tolak tuah, kalau tak terima pemberian Raisya ni”

Raisya tersenyum. Terimbau kembali pertemuannya kembali dengan lelaki misteri itu. Kebetulan waktu itu, dia turut ada di situ.Dalam banyak-banyak tempat, di situ pula mereka boleh berjumpa. Apa khabar agaknya lelaki itu?

Raisya…Raisya” Najmi memanggil nama lalu melayang-layangkan tangan ke muka gadis itu. Khusyuk benar mengelamun. Apa yang difikir gadis itu barangkali.

“Okey ke tak ni? Ada problem ke?”

Mata Raisya berkelip-kelip.

“Hah…betullah tu. Ni mesti ada kes dah ada secret admire kat sana. Jauh betul mengelamun. Sampai nak tebus dinding tu” Ujar Najmi berbaur cemburu.

“Taklah!” Bidas Raisya.

“Yalah tu.Okeylah, tak nak mengaku takpe” Kedengaran nada Najmi seolah-olah merajuk. Sengaja memancing perhatian Raisya.

“Eleh! Itu pun nak merajuk” Perli Raisya selamba.

Bestlah tiap kali dating aje dapat bunga dan coklat. Wah, siap dapat kad lagi. Romantik giler Hafiz tu” Ujar Adila berbaur cemburu. Keluar dating dengan Remy pun, belum tentu dapat bunga coklat bagai. Nak harapkan Remy, alamatnya bermimpi di siang harilah jawabnya.

“Wah, ada apa-apa gosip ke ni? Nak join boleh?” Syikin sudah tersengih macam kerang busuk. Dia duduk disebelah Adila berhadapan dengan Raisya.

“Tak abis-abis dengan gosip. Gosip je kau tahu. Kan?” Ngomel Raisya. Syikin segera menyambar kad berbentuk love yang ditangan Raisya.

“Syikin!” Jerit Raisya tertahan. Bimbang suaranya menganggu pelajar lain yang sedang tidur. Syikin buat bodoh. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu pada kad itu. Malu dia kalau Syikin baca kad itu kuat-kuat. Perangai gadis itu bukan boleh dijangka.

Adila malas ambil port. Dia mencapai majalah Remaja di atas katil lalu membelek-belek majalah tersebut. Ruangan pertama yang dia buka mestilah berkaitan fesyen. Dia memang kaki fesyen. Tiap-tiap hari ada aje fesyen dia yang konon-kononnya up to date.

To my…” Syikin membaca sepotong ayat pada kad itu.Mata Raisya membuntang. Sah! Syikin ni memang nak makan kaki!

Melihat muka Raisya, sudahnya dia tergelak-gelak “Sorry babe

Laju tangan Raisya mencubit paha Syikin membuat gadis itu menyeringai kesakitan. Syikin menggosok-gosok pahanya. Boleh tahan bisa sengatan Raisya. Pantang leka, laju je tangan Raisya singgah dipahanya.

“Aku baca sikit jela!” Aduh Syikin. Raisya tersenyum mengejek.Sikit konon!Dia merampas kad itu dari tangan Syikin lalu cepat-cepat dimasukkan ke dalam laci.

“Hah eloklah tu! Buat pekasam” Ejek Syikin.

Raisya menjelirkan lidah.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.