Awal-awal
pagi itu Juwita bangun bersiap seusai dia menunaikan solat Subuh, kerana Tengku
Zarina mengajaknya menemani sedikit barang dapur untuk memasak untuk makan
malam menu makanan kegemaran anak tunggalnya itu. Setelah mengenakan sedikit
compact powder dan secalit lip gloss di bibir, dia bergegas turun mendapatkan
wanita itu yang masih setia menunggu di dalam kereta. Haji Akhil merangkap
driver majikannya, sedia membukakan pintu keretanya untuknya.Juwita mengambil
tempat di sebelah Tengku Zarina. Keadaan di dalam shopping kompleks
One Utama, Petaling Jaya pusat itu membeli-belah penuh sesak dengan kunjungan
manusia yang bertali arus. Dia sudah sedia maklum bahawa Kuala Lumpur memang terkenal dengan lokasi membeli belah bagi pelancong
luar negara dan antara lokasi tempat bersantai warga kota dihujung minggu. Ada
banyak pusat membeli belah yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor dan ia
semakin banyak saban tahun dengan beberapa lokasi baru yang baru siap dan ada
yang masih dalam pembinaan.
Antara
lokasi pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor yang dia tahu termasuk
Mid Valley Megamall, Suria KLCC, Pavilion KL, Sunway Pyramid dan juga One Utama.
Dia menjadi rambang mata melihat beberapa koleksi baju, beg berjenama yang
didatangkan dari luar negara.
Tengku Zarina segera meraih tangan
Juwita mengikutinya ke salah satu butik berjenama yang terdapat di situ. Sebaik
mereka melangkah masuk ke dalam kedai itu, pekerja di situ menyambut dengan
sapaan dan sebuat senyuman manis.
Pakaian yang dijual di kedai itu
harganya bervariasi dan pelbagai corak yang menarik, menyebabkan matanya
benar-benar terpegun dan kagum. Selain menjual blouse berjenama, gaun dan
beberapa jenis pakaian berjenama yang lain, butik itu turut menjual busana
muslimah khas untuk wanita yang bertudung.
Mata Juwita tertarik akan salah
satu jubah muslimah fabricchiffon georgette
yang dihiasi lace di kedua belah tangan jubah tersebut. Dia meneguk air liur,
fikirnya, barangkali harga baju di butik itu mahal “ Jubah itu sesuai benar
dengan Juwita, cantik kalau Juwita pakai” Tegur Zarina.
“ Er… tak adalah aunty” Juwita
melarikan anak matanya. Dia malu dengan pujian wanita itu.
“ Betul ni, aunty tak tipu,
Juwita memang sesuai dengan jubah tu” Bidas Tengku Zarina. Dia memanggil
pekerja yang berada di situ menyuruh mereka mengambil jubah yang tergantung
itu.
“ Juwita ambiklah, aunty belanja”
Tengku Zarina memujuk.
Juwita merasa serba salah. Wanita
itu terlalu baik padanya. “ Tak payahlah aunty, Juwita masih ada baju, buat
membazir je la” Tolaknya.
“ Tak membazir pun Juwita, aunty
ikhlas nak belanja ni. Sekali-sekala aunty belanja Juwita, bukan selalu pun”
Balas Tengku Zarina berdegil.
Juwita akhirnya mengalah. Dia ikutkan
sahaja karenah wanita itu, kerana mahu segera keluar dari butik itu, dia
perasan pekerja tersebut tersenyum memandangnya. Setelah membuat bayaran, dan
Tengku Zarina turut membeli sepasang blouse corak bunga, mereka melangkah
keluar dari butik tersebut.
Sesudah itu, mereka membeli beberapa
barang dapur, sedikit bahan basah dan kering. Masa yang diambil terlalu singkat
untuk membeli barang-barang tersebut. Tengku Zarina awal-awal telah membuat senarai
apa yang perlu dibeli, jadi tidaklah terlalu kelam kabut.
“ Thanks Juwita temankan aunty
arini” Ucap Tengku Zarina. Mereka berjalan beriringan.
“ Sama-sama aunty, tak susah mana
pun. Juwita seronok dapat teman aunty” Balasnya tersipu-sipu malu.
“ Aunty kalau boleh tak nak
susahkan Mak Tam, lagipun Mak Tam dan tua. Kasihan pula tengok Mak Tam.
Sepatutnya dalam usia begini, orang tua itu dah boleh luangkan masa bersama
anak-anak” Luah Tengku Zarina.
Juwita mengangguk memahami, “ Mak
Tam dah lama kerja dengan keluarga aunty ya?”
Tengku Zarina mengangguk. “ Almost twenty years,Juwita”
Juwita tekun mendengar. Satu
jangka masa yang agak lama baginya.
“ Come on, let’s go. Kesian
Pak Akhil tunggu lama-lama kat luar tu pula” Ajak Tengku Zarina. Juwita
mengikuti gerak langkah wanita itu dari belakang. Mereka kemudiannya mempercepatkan
langkah menuju ke kereta yang diparkir.
Tidur nyenyak Juwita diganggu
dengan bunyi bising yang datang dari arah dapur. Dia melirik jam di dinding,
baru pukul dua pagi. Mustahil Tengku Zarina, Mak Tam, dan sesiapa sahaja di
rumah itu berada di dapur ketika tengah-tengah malam itu. Dengan keadaan mata
yang mengantuk, tanpa berfikir panjang dia turun perlahan-lahan ke ruang dapur
itu. Siapa tahu pencuri, mahu pecah masuk, fikirnya.
Dia mengintai senyap-senyap mahu
menyaksikan sendiri apa yang bakal dilihatnya selepas itu. Matanya yang
mengantuk tadi kembali segar dengan apa yang dilihatnya sekarang. Pencuri itu
mula berani membuka pintu peti ais tanpa segan silu dalam keadaan gelap begitu.
Zaman sekarang ada juga pencuri macam tu ya, geletek hatinya. Dia diam dan memerhati
akan apa reaksi pencuri itu selepas ini. Dia akan mengambil tindakan sendiri
sekiranya pencuri itu berani untuk naik ke tingkat atas. Tepat sekali
tekaannya, seperti yang diduga pencuri itu bangun setelah puan menyelongkar dan
berdiri, apalagi Juwita tangkas mencapai kayu besbol lalu memukul sedikit kuat
badan pencuri itu, menyebabkan pencuri itu menjerit kuat.
Jeritan
yang kuat itu mengejutkan Tengku Zarina dan suaminya yang asyik dibuai mimpi. “
Fakhri!” Jerit Tengku Zarina sebaik
sahaja suis lampu dibuka. Dia segera
mendapatkan anak lelakinya, mengaduh kesakitan.
“ Fakhri okay?” Tengku Zarina
mengurut tangan Tengku Fakhri yang kelihatan agak lembam dipukul oleh Juwita
dengan kayu besbol.
Juwita membuka mulut seluas
mungkin, memudahkan lalat untuk masuk ke dalam mulutnya yang ternganga luas
itu. “ Saya minta maaf, tak sengaja terpukul Tengku…” Juwita takut-takut.
“ Juwita ingat pencuri yang nak
pecah masuk rumah, tak sangka pulak” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya,
Tengku Fakhri menengkingnya kuat.
“ Kau main kasar ya, muka aku
yang handsomeni kau kata pencuri,
agak-agaklah sikit” Dia bangun mendekati gadis itu.
Jantung Juwita umpama adrenalin
yang bergerak laju, takut dia membalas pandangan lelaki persis singa itu.
“ Apa ni Fakhri? Sudahlah, Juwita
tak salah pun, mama lupa nak cakap pada Juwita tadi Fakhri lambat arini” Tengku
Zarina menenangkan anak lelakinya.
Juwita menahan ketawa di dalam
hati, ‘eleh baru pukul sikit, kecoh satu dunia, gelaknya dalam hati. “ Saya
betul-betul minta maaf Tengku Fakhri, tak ada niat langsung pun nak pukul
Tengku Fakhri. Kejap lagi saya ambil ubat bagi hilang sikit sakit Tengku Fakhri
tu” Juwita menawarkan diri.
“ Tak payah, terima kasih daun
keladi!” Tengku Fakhri membidas.
‘ Eleh sombong, padan muka
ubatlah sendiri sakit tu’ Ejek Juwita dalam hatinya.
“ Betul ni?” Juwita menyoal
sengaja menyakitkan hatinya.
Tengku Amiruddin menggelengkan
kepala melihat keduanya saling bertengkar tanpa menyedari langsung kehadiran
dia dan isterinya. Dia memimpin tangan isterinya naik ke atas meninggalkan
keduanya di dapur. “ Papa nak masuk tidur dulu, esok ada kerja papa nak
selesaikan”
Tengku Fakhri saling berbalas
pandangan sesama sendiri, Juwita menundukkan kepala ke bawah kecut perut dengan
panahan tajam lelaki itu. “ Tunggu apa lagi, pergi tidur Fakhri, jangan nak buat
bising kat sini!” Jerit Tengku Amiruddin memecah kesepian antara keduanya.