Home Novel Cinta ENGKAU YANG AKU SAYANG
ENGKAU YANG AKU SAYANG
NOR RAFIDAH JAMIL
21/10/2014 17:37:23
21,658
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2

Suasana didalam rumah teres dua tingkat pagi itu begitu sunyi sekali seolah-olah tidak berpenghuni. Hanya Tuan Johari dan isterinya, Yasmin yang berada di rumah ketika itu.

“Bila budak tu nak balik?” Soal Puan Yasmin mengerling suaminya sambil menyapu jem strawberry pada roti.

“Balik ke tidak. Apa awak peduli? Selama ini pun, awak tak pernah ambil tahu pasal dia. Alih-alih awak tanya pula” Jawab Tuan Johari sinis. Dia memprotes dengan sikap isterinya itu yang asyik cari kesalahan anaknya itu. Selama dia berkahwin dengan Yasmin, belum pernah lagi dia melihat wanita itu melayan Raisya dengan baik. Meskipun mencecah angka 40-an, sikap kurang matang isterinya itu masih tidak berubah. Berbeza benar dengan arwah isterinya, Mariam.

Muka Yasmin masam mencuka. Agak terasa dengan sindiran suaminya itu. Eleh, tanya sikit pun tak boleh ke?

“Saya tanya aje bang. Tak salah kan?” Usul Puan Yasmin tidak puas hati.

Tuan Johari diam. Malas melayan pertanyaan isterinya itu. Makin dilayan, makin menjadi. Cakap salah, tak cakap pun salah.

“Sudahlah tu Min. Baik awak risaukan anak awak tu je. Tak payah sibuk tanya pasal Raisya. Lagipun, budak tu dah besar panjang. Tahulah dia jaga diri dia” Tegur Tuan Johari sambil menghirup kopi.

“Edlin pun dah besar. Sama macam anak awak tu. Buat apa saya nak risau. Dia pun boleh jaga diri dia sendiri. Macam anak awak sorang je boleh” Bidas Puan Yasmin tidak mahu mengalah. Panas hati mendengar suaminya tidak habis-habis menyebelahi Raisya. Yalah, dia sedar dia cuma menumpang aje didalam rumah itu. Tapi, sebagai seorang ibu meski ibu tiri dia pun ada hak juga.

She’s my son, Min. Saya tahu sendiri perangai anak saya macam mana. Sibuk fasal anak saya, mana anak awak Edlin? Si Edlin tu bila dia nak balik? Batang hidung pun tak nampak-nampak dari tadi. Membuta lagi ke? Atau tak balik-balik dah?” Giliran Tuan Johari pula mempersoalkan. Biar dia sendiri tahu sikap anak gadisnya itu. Sibuk benar mencari salah orang lain.

Merah muka Puan Yasmin “Manalah saya tahu! Takkanlah 24 jam saya nak kena jaga dia. Dia pun dah besar bang. Pandai-pandailah dia jaga diri dia tu. Banyak lagi kerja dalam rumah ni saya nak kena hadap. Sibuk je!”

“Awak nak ke mana tu?” Soal Puan Yasmin, sebaik melihat suaminya itu berkira-kira ingin bangun dari kerusi.

“Nak pergi kerjalah. Awak lupa ke arini hari apa?” Perli Tuan Johari. Dia segera mencapai briefcase di sebelah kerusi duduk lalu membetulkan kot yang dipakainya. Meskipun agak berumur, Tuan Johari kelihatan masih segak dengan penampilannya itu. Puan Yasmin memerhatikan perbuatan suaminya itu.

Puan Yasmin bangun dari kerusi menyalami tangan suaminya itu. Tuan Johari menyambut huluran tangan isterinya itu “Tak payah masak banyak-banyak tengahari. Abang ada meeting dengan clientwaktu lunch nanti” Pesan Tuan Johari sebelum melangkah ke perkarangan rumah.

Puan Yasmin mengangguk. Dia menghantar pemergian suaminya itu sehingga ke perkarangan luar rumah teres dua tingkat itu. Sesudah kereta suaminya itu sayup-sayup dari jauh dia masuk kembali ke dalam rumah.

Selang dari satu deretan ke kedai, dia menapak masuk ke dalam kedai yang menempatkan pelbagai cenderahati itu. Benda yang dicari tidak dijumpai.Baru semalam Syikin mesej mahukan T-shirt Rocks, yang merupakan penyanyi kegemarannya. Kelihatan signboard yang tertulis di pintu lantas dia pun masuk. Kelihatan beberapa orang turut memilih cendarahati yang ada di situ.Kedai itu bukan saja menjual cendarahati bahkan menjual juga T-shirt.

Setelah mengambil dua helai T-shirt, dia bergerak pula ke tempat cenderahati.Bercadang ingin membeli souvenir untuk orang tuanya sebagai tanda kenang-kenangan. Naik rambang jugalah mata mahu memilih.Sedang dia membelek-belek satu suara garau menyapa.

Raisya segera berpaling.Suara itu seakan-akan dikenalinya sebelum ini. Iya, memang betul tekaannya. Memang berdiri dihadapannya ketika itu adalah Aril Zakuan.

“Hai, ingat saya lagi tak?” Tegur Zakuan mesra.

Raisya pantas mengangguk.

“Sorry, tak perasan.Tengah pilih souvenir.Rambang mata nak pilih mana.Macam berkenan aje semuanya” Jelas Raisya tersengih sambil membelek-belek cenderahati yang terdapat di situ.

Zakuan tersenyum.

“Hurm, beli untuk boyfriendke ni?” Zakuan meneka.Takkanlah gadis secantik itu tidak teman istimewa.Dia membuat telahan sendiri.

Muka Raisya berubah blushing.

Aril Zakuan tergelak.Dari muka gadis itu yang blushing, dia tahu gadis itu dudah berpunya.Apa punya soalanlah dia ni nak tanya.

“Awak buat apa dekat sini?Beli barang juga ke?” Soal Raisya pelik.

“Taklah, saya intip awak tadi.Itu yang saya tahu awak kat sini” Usik Aril Zakuan disertai sengihan nakal.

Senyuman Raisya mati.

Sorry, I’m just kidding” Ucap Aril Zakuan.Manalah tahu gadis itu tidak selesa dengan gurauannya tadi.Lagipun mereka baru saja kenal.Sudah tentulah gadis itu lebih berhati-hati.

It’s okay.Never mind

Flight bila?”

“Oh,flight lusa” Jawab Raisya.

“ Awak memang tinggal area sini ke?” Soal Raisya pelik. Macam-macam tau aje boleh terserempak.

Aril menggeleng laju.Kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket seluar.Meskipun, berpakaian seluar jeans dan baju tebal, namun dia kelihatan segak.

“So,lepas ni tak dapatlah nak jumpa awak lagi”.

Raisya mengangguk laju.Wajah Zakuan bertukar hampa.

Sorry pasal semalam tu.Awak marah kat saya ke?”

“Marah?Fasal apa?” Raisya benar-benar lupa.Bila masa dia ada berkecil hati dengan lelaki itu.Kalau ada pun, dia malas ambil tahu.Lagipun, dia pun tidak kenal lelaki itu.Atas dasar tanggungjawab sebagai manusia, dia cuma ikhlas menolong lelaki itu.

“Fasal semalam saya ada marah awak.Awak okey ke?”

“Oh, fasal semalam tu ya.Taklah, tak marah pun.Buat apa nak marah, nanti cepat berkedut muka saya ni” Raisya berseloroh.

“Okey, baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya lega saya dengar” Ujarnya seraya menarik nafas lega, sambil berjalan membuntuti Raisya.

So, lepas ni awak nak ke mana?Ada plan nak ke mana-mana ke?” Sambungnya lagi. Mata tidak lepas memandang gadis itu.

Raisya berfikir, sebelum akhirnya bersuara.

“Boleh awak tunjuk kat saya suatu tempat tak? By the way, tak ingatlah nama tempat tu. Tapi tempat tu memang ramai orang shopping kat situ.Kebetulan awak ada kat sini.Awak tak kisah?” Raisya baru teringat ingin membeli sesuatu untuk ibu tiri dan adik tirinya itu.

Zakuan mengangguk laju.Dia tidak keberatan membawa gadis itu berjalan.Memang niatnya itu pun.Sudah terlanjur gadis itu mengajak, dia iakan aje.Lagipun, dia mahu membalas budi gadis itu menyelamatkannya tempoh hari.

Raisya mengikuti jejak langkah Zakuan ke Namdaemun Market, sebuah tempat popular membeli-belah di Seoul Korea. Tempat itu antara pasar tertua di Korea dan sememangnya menjadi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong untuk membeli-belah di situ. Daripada bahan basah, sehingga barang mewah seperti kamera dan batu permata semuanya terdapat di situ.

Zakuan berjalan laju di hadapan, Raisya membuntutinya. Sebaik terlihat gerai yang menjual cenderahati, dia berhenti lalu memberi isyarat pada lelaki itu. Zakuan berpaling. Raisya memilih cenderahati seperti keychaindan fridge magnet untuk Dilla dan Insyirah, teman serumahnya. Sesudah itu, dia memilih Korean Brooch untuk ibu tiri dan adik tirinya itu. Sesudah tawar-menawar, barulah dia dapat harga yang lebih murah.

“Sudah?” Tegur Zakuan.Dilihat beg-beg plastik yang dipegang gadis itu.

Raisya mengangguk.

“Mana awak tahu selok-belok tempat ni? Lama ke awak tinggal sini? Arif betul awak dengan tempat-tempat macam ni” Soal Raisya bagai polis pencen lagaknya.Zakuan tersengih. Tak ada apa perlu dihairankan pun.Dah memang kerja sebagai arkitek begitu, selalu out station aje memanjang.

“Taklah. Dah dua minggu saya out station kat sini. Melawat tapak projek kat sini.Biasalah kerja makan gaji, kenalah ikut arahan. Tempat ni dah macam rumah kedua saya sepanjang saya berada kat sini” Balasnya.

“Yeke? Lepas ni selalulah awak ulang-alik”

Raisya memandang lelaki itu.

“Awak nak tahu satu sesuatu tak?” Tutur Zakuan tiba-tiba.

Raisya mengangguk laju. Naluri mendesak ingin tahu apa yang mahu diberitahu lelaki itu. Bunyi macam saspen je.

“Sesuatu?”

Tidak semena-mena Zakuan tergelak.Raisya menghadiahkan jelingan. Adakala lelaki itu serius, adakalanya agak menyakitkan hati.

“Seriuslah,Encik Zakuan.Saya tak sukalah orang bergurau.Cara awak cakap tadi macam serius je.Alih-alih awak tergelak pula.Awak ni okey ke tak ni?” Ngomel Raisya geram.

I’m okay. Saja nak usik awak. Nampak cute sangat bila marah”

Excuse!Baik awak tarik balik kata-kata awak tu.Naik berbulu telinga saya dengar” Bebel Raisya lalu menuding jari ke muka lelaki itu. Zakuan menggeleng. Selalunya, orang perempuan memang suka dipuji, gadis itu terbalik pula. Gadis itu tidak gemar akan pujian. Apa-apa pun, gadis itu memang ada tarikannya yang tersendiri yang dia sendiri ingin tahu.

“Kalau saya berdegil juga. Awak nak buat apa?” Ugut Zakuan.

“Dahlah Encik Zakuan. Dari saya ada moodnak shopping terus takde mood nak shopping. Awak faham tak?”

“Yalah…yalah…sorry buat awak hilang mood arini” Zakuan mengangkat tangan beralah.Abislah.Angin kus-kus sudah datang.Tidak tahu kenapa dia suka cari fasal dengan gadis itu.

“Ni untuk awak. Ambiklah” Sebuah kotak kecil berukiran kayu diunjukkan pada gadis itu. Raisya lantas menyambutnya.

“Apa ni? Untuk apa? Awak cuba rasuah saya ya?” Raisya menyoal. Manalah tahu, lelaki yang baru dikenali itu ada niatnya yang tersendiri.Fikirnya berprasangka buruk.Zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku.

“Rasuah apa? Muka saya ni ada macam muka kaki rasuah ya?Ambik jela hadiah tu.Lagipun, saya ikhlas bagi kat awak.Tak payahlah risau.Hadiah pun biasa-biasa aje” Terang Zakuan panjang lebar.

“Okay, thanks” Balas Raisya berterima kasih.

Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.