Daliya
bersiul kecil sambil mengemop lantai di ruang tamu. Sesekali pinggangnya ke
kanan dan kiri. Mahu patah pinggangnya hampir setengah jam menunduk dari tadi.
Ruang tamu itu agak luas. Sehari pun belum cukup nak bersihkan dan mengemop
semua itu. Banglo tiga tingkat itu kelihatan agak sunyi. Datuk Tajuddin sudah
keluar main golf dengan kawannya hujung minggu itu. Datin Maimon pula keluar kerana ada menghadiri
aktiviti persatuan. Sekurang-kurangnya, bila ada Datin Maimon, bolehlah dia
berborak-borak. Nasrul? Hmmm dia malas nak ambil peduli fasal lelaki itu. Wujud
ke tidak, kalau ada depan mata menyakitkan hati saja.
“Amboi,
senang hati nampak. Menang loteri ke?” Pedas ayat yang keluar dari mulut
Nasrul. Dia bercekak pinggang di depan gadis itu.
Mulut
Daliya ternganga namun cepat-cepat dia menutup mulut. Sudah sah-sahlah Nasrul
akan tertawakannya nanti “Awak mengintai saya ya? Tulah, paku dulang paku
serpih mengata orang dia yang lebih. Encik Nasrul, tak baik tau
mengendap-ngendap ni. Berdosa tau” Daliya memulangkan paku buah keras. Masih
segar diingatannya kejadian dua hari lepas. Nasrul menuduhnya mengintai dia.
Takde kerjalah tu nak kacau orang, desisnya.
Nasrul
gelabah. Ada aje modal Daliya nak kenakan dia. Dengan Daliya, dia tidak boleh
mengalah. Dia harus mencari kesalahan gadis itu “ Kau dah settle semua kerja rumah?”
Daliya
mengangguk laju.
“Awak
tak jawab lagi soalan saya. Saya tanya ni” Ujar Nasrul sambil mengetapkan bibir. Geram dia dengan
Daliya.
Daliya
berlagak selamba, menyambung tugas mengemop lantai. Terbakar rasa hati Nasrul
apabila Daliya buat endah tak endah.
“Kau
dengar tak apa aku cakap ni?” Nasrul menjeling.
“Ya,
dengar. Erk…awak tanya apa tadi?” Daliya betul-betul lupa. Apa yang Nasrul
cakap tadi?
Nasrul
mendengus. Memang susah bercakap dengan budak kecik. Perangai memang tak matang
langsung “Huh…lupakan jela. Kau dah siap mop semua ke? Aku tengok lantai ni
macam tak bersih je. Sana belum mop, sini kau dah mop pulak. Kau reti ke tak buat
kerja ni?” Bebel Nasrul lalu menudingkan jari di tepi tangga. Mata Daliya
terkebil-kebil turut mengikut telunjuk jari Nasrul.
“Eh,
taklah. Saya dah mop tadi. Lantai tu dah kering dah pun. Memanglah awak tak nampak,
bukan awak ada kat sini pun. Dah, pergi main jauh-jauh, jangan ganggu saya nak
buat kerja” Daliya menghalau. Nasrul membuat muka ketat.
“Buat
kerja tu, jangan nak curi tulang. Kalau aku nampak kau curi tulang, aku
bagitahu daddyaku, biar dia potong
gaji kau” Ugut Nasrul. Dia berjalan tanpa menoleh ke belakang. Daliya mencebik.
Eleh mengada-ngada, umur dah tua perangai macam budak-budak.
“Ouch!”
Nasrul mengaduh sakit. Daliya melihat Nasrul sudah terjelopok di lantai yang
masih basah itu. Melopong mulutnya. Dadanya berdebar-debar.
“Encik
Nasrul!” Muka Daliya cemas mendapatkan Nasrul yang sudah terduduk di atas
lantai. Mencerlang mata Nasrul merenung wajah pucat Daliya “You’re fired!” Tengking Nasrul kuat.
“Nas,
mari sarapan dulu” Datin Maimon memanggil anak tunggalnya itu setelah melihat
Nasrul baru turun dari tangga. Nasrul mengangguk lalu duduk di depan mummynya.
“Kaki
dah okey? Kalau sakit lagi, tak payahlah pergi kerja. Nas rehat aje arini.
Besok baru masuk kerja” Tegur Datuk Tajuddin sambil merenung anaknya itu.
“Dah
okey dah daddy. Ada la rasa denyut-denyut sikit malam tadi. Pagi ni kuranglah
sikit rasa denyut-denyut tu” Balas Nasrul. Datin Maimon menyapu jem strawberi
pada roti lalu dihulurkan pada Nasrul.
Datin
Maimon menggeleng-gelengkan kepala “Degillah Nas ni. Sakit-sakit macam ni pun
nak pergi office tu. Rehat ajelah kat rumah arini” Bebelnya.
“Takpelah
mummy, daddy. Kerja kat office tengah tunggu Nas je tu. Tangguh-tangguh nanti
banyak pulak kerja Nas kena buat” Nasrul berseloroh.
Datuk
Tajuddin menghirup air kopi yang tinggal suam-suam kuku. Datin mengerling
suaminya di sebelah “Nas belum citer lagi kat mummy macamana Nas boleh terjatuh
semalam. Ada apa-apa ke yang berlaku semalam?” Soal Datin Maimon cuba
mencungkil rahsia.
“Takde
apalah mummy. Nas pergi dulu. Dah lambat dah ni” Nasrul bangun lalu menyalami
tangan mummy dan daddynya.
“Sudahlah
tu Mun, anak awak kata tak apa-apa. Awak jangan risau, nanti baiklah tu” Tutur
Datuk Tajuddin lembut.
“Yalah bang, Mun harap macam tulah. Risau pula
Mun”
“Nah,
ni dia fail yang kau mintak. Aku dah siapkan dah pun. Macamana kaki kau tu?
Sakit lagi ke? Kenapa tak cuti aje ari ni?” Soal Izam lalu menghulurkan fail
kepada Nasrul.
“Thanks. Ala, nanti okeylah tu. Siapa nak
buat kerja aku kalau aku takde. Lagipun, aku bosan duduk memerap aje dalam
bilik, Zam” Balas Nasrul tersengih.
Izam
tersenyum “Erm…tak dapatlah kita lawan bowling malam ni. Dah seminggu kau tak
join bowling kitorang. Lama tu. Nampak gayanya, kena tunda lagilah malam ni”
Keluhnya. Nasrul tergelak-gelak. Dia menepuk-nepuk bahu Izam.
“Tunggu
aku kaki dah sembuh, kita main bowling sama-sama. Okey, kali ni aku belanja”
Ujar Nasrul.
“Betul
ni?” Izam tidak percaya.
“Yalah,
aku seriuslah. Kau tengok muka aku ni main-main ke?” Nasrul memasamkan muka
lantas membelek-belek fail yang Izam beri tadi.
Izam
ketawa “ Kau okey tak kalau ajak Helina tu?” Izam menyoal.
Nasrul
mendongak memandang Izam. Kali ini mukanya berubah serius. Ada-ada aje Izam ni.
Kenapa sampai nak ajak Elin tu? Jangan-jangan, bukan Izam yang ajak, mesti Elin
tu yang suruh cakap.
“Hurm,
tak payahlah, Zam. Dia bukannya minat dengan benda-benda macam tu” Nasrul
memberi alasan.
“Saja
nak buat reunion. Kalau kau dah cakap macam tu, takpelah. Aku keluar dulu. Kau
nak apa-apa nanti bagitahu aje aku” Ucap Izam setelah bangun dari kerusi.
“Orite!”
Balas Nasrul.
Daliya
tidak senang duduk pagi itu. Sekejap ke hulur, sekejap ke hilir macam orang
gila. Betul ke tak apa yang dia dengar semalam? Nasrul nak pecat dia, tapi
sampai sekarang senyap. Atau lelaki itu main cakap aje?
“Liya
ni kenapa? Dari tadi Mak Wan tengok macam tak senang duduk aje. Ada apa-apa
yang tak kena ke? Bagitahu Mak Wan” Soal Mak Wan. Dia pula yang naik pening
dengan Daliya.
“Fasal
semalam tu, Liya takut” Jawab Daliya akhirnya meluahkan apa yang terpendam dari
tadi. Mungkin dengan itu sekurang-kurangnya dia boleh rasa lega sikit.
“Tak
habis lagi ke? Liya jangan risau, tak ada apa-apalah tu. Datuk dan datin pun
tak cakap apa-apa pun. Kenapa nak takut? Bukannya salah Liya pun”
Daliya
mengeluh “Memanglah Mak Wan. Tapi, Liya yang tak buat kerja betul-betul. Kalau
tak mungkin benda-benda tu takkan terjadi. Macamana kalau Liya kena buang
kerja?” Tuturnya perlahan.
“Dahlah,
Liya jangan susah hati. Benda nak berlaku bukannya kita boleh halang. Mak Wan
yakin yang datin tak marah kalau tahu sekalipun” Ujarnya menenangkan Daliya.
Dia memegang perlahan bahu Daliya. Berharap Daliya tenang.
Perlahan-lahan
Daliya mengukir senyuman.
“Betul ke, Mak Wan?
Liya harap macam tu la”.