Home Novel Cinta BUKAN LAGI MIMPI
BUKAN LAGI MIMPI
NOR RAFIDAH JAMIL
16/12/2016 16:31:48
10,335
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

“Hi Nas. You busy ke?” Soal Helina.

Tergamam Nasrul seketika. Tak ada angin, tak ada ribut Helina datang ke officenya tanpa beritahunya dulu “Apa you buat kat sini? I tengah busy ni. Malam nanti I call you” Jawab Nasrul acuh tak acuh.

Helina membuat muka ketat “ Nas, I datang cari you la. Dah lama tak keluar dengan you. Sejak you ke Dubai aritu langsung tak mesej I. I ni kan bestfriend you. You lupa ke?”

Nasrul menggeleng-geleng melihat kedegilan Helina itu “Bestfriend only, not girlfriend anymore, Elin. Tolong hormati privasi I kalau you masih nak berkawan dengan I!” Tekan Nasrul. Banyak kali dia ingatkan Helina yang cinta mereka cuma sejarah silam. Tapi Helina memang tak faham bahasa agaknya.

Tersentak Helina seketika “Okay, I’m sorry. I yang salah. Lepas ni, I takkan ganggu you lagi” Nada Helina kedengaran merajuk. Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi menuju ke pintu. Wajah Nasrul serba-salah. Dia tahu niat Helina cuma ingin berkawan dengannya. Tanpa sedar, dia berfikiran yang bukan terhadap gadis itu.

Wait Helina. I yang patut minta maaf dekat you. You tak salah apa-apa pun. I terlebih emosional pulak tadi” Nasrul bangun dari kerusi menghalang Helina keluar.

Helina tersenyum. Nasrul memang tidak berubah dari dulu. Seorang lelaki yang pemaaf dan mudah bersimpati orangnya. Perwatakan Nasrul itulah yang benar-benar membuatnya menyesal kerana meninggalkan lelaki itu dulu. Hampir tiga tahun mereka menyulam cinta sejak zaman universiti dulu. Namun atas kesilapan dia sendiri, dia kehilangan Nasrul. Sehinggalah mereka berjumpa semula pada tahun lepas atas urusan kerja. Mujurlah, Nasrul sudi memaafkan dan menganggapnya sebagai kawan walaupun untuk menerimanya semula sebagai teman wanita jauh sekali. Namun, dia benar-benar mengharapkan lebih dari itu. Moga-moga Nasrul berubah hati nanti.

“Tak apa, Nas. I faham you banyak kerja. You dah lunch ke?” Helina melirik jam di tangan. Sudah pukul 1 tengahari.

“Jom, keluar lunch” Ajaknya bersungguh-sungguh.

“Okay” Ujar Nasrul sambil mengemas semula fail-fail yang berlambak di atas mejanya itu.

“Dia buat apa kat sini? Ajak kau dating ya?” Soal Izam asyik tersenyum-senyum. Dia memang tahu yang Helina masih ada hati dengan Nasrul. Nasrul pun masih single lagi, apa salahnya. Memang dia tahu kisah hubungan diorang. Jadi tak salah kalau Nasrul beri peluang kedua pada Helina.

Wajah Nasrul kelihatan tenang.

“Ajak aku lunch. Kenapa kau tanya?” Jawab Nasrul selamba.

“Nas, aku cakap sikit kau jangan marah ya” Tutur Izam serba-salah.

Nasrul mengerutkan dahi “Cakaplah. Buat apa aku nak marah, kau tak cakap pun lagi kan?” Nasrul berloyar buruk. Izam tersengih.

“Er…aku tengok Elin tu masih syok kat kau lagi. Kau tak nak ke beri peluang kedua pada dia? Aku rasa dia betul-betul menyesal apa yang dia dah buat kat kau dulu”

“Aku tak fikir macam tu, Zam. Aku dah anggap dia macam kawan aku. Aku tak nak ingat benda-benda yang dah lepas. Antara aku dan Elin tu dah over” Ujar Nasrul berterus-terang.

Izam mengangguk-angguk kepala faham “Kau tak nak cari pengganti ke?” Dia dapat mengagak apa jawapan Nasrul nanti. Jawapan yang sama macam tahun-tahun lepas.

Wajah Nasrul kelihatan serius “ Aku tak readylagi nak fikir soal kahwin buat masa sekarang ni. Nantilah aku fikir. Kalau susah sangat aku suruh mummy aku carikan calon yang sesuai untuk aku”

Izam tergelak besar.

“Hmmm dari apa yang kau cakap tu, nampak macam pasrah je. Kau dah serik bercinta ya?” Izam mencungkil rahsia.

“Hisy, takdelah. Aku busylah, tak ada masa nak fikir soal kahwin lagi. Bukan macam kau, duduk goyang kaki je” Sindir Nasrul.

“Amboi, tak sayang mulut” Balas Izam. Dia sudah biasa sangat diperli. Sejak azali lagi, mereka memang begitu.

Seusai solat isyak, Daliya berbaring di atas katil. Dia ingin melelapkan mata buat seketika. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Lantas dia membelek-belek telefon bimbit yang memang sengaja dia letakkan di bawah bantal itu. Dia memandang ke skrin telefon. Ada berpuluh miss call dan mesej yang masuk ke inboxnya. Semua mesej itu datang dari orang yang sama. Kesemua mesej dan miss call itu dipadam. Telefon bimbit itu diletakkan semula di bawah bantal. Kalau terdesak, dia akan tukar ke nombor baru supaya lelaki itu tidak akan menghubunginya lagi. Dia mengeluh. Kenapa lelaki itu seringkali menganggu hidupnya? Hidupnya kini umpama pelarian. Pelarian tanpa noktah. Dia yakin semua orang tengah mencarinya. Namun, dia tidak ingin hidup dengan penipuan. Dia juga tidak mahu bertemankan bayangan lelaki itu.

Dia bergerak ke luar jendela yang terbuka luas. Angin masuk pada malam itu menampar-nampar lembut pipinya. Hilang segala masalah yang ada. Dia berharap agar diberi kekuatan menempuhi hari-hari yang mendatang.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.