Pejam celik, pejam celik sudah tiga bulan Tiara berkhidmat
sebagai orang gaji di banglo mewah tiga tingkat itu. Banglo mewah itu kepunyaan
Datuk Hassan dan isterinya, Datin Maimon. Kedua-dua majikannya itu seorang yang
pemurah dan baik hati. Aish, beruntung sungguh dia. Makan minum dan tempat
tinggal pun semua ditanggung oleh majikannya itu. Gaji pun agak lumayan. Kini
dia tidak perlu lagi bersusah-payah mencari pekerjaan yang menawarkan jumlah
gaji yang banyak. Mata bundar Tiara liar memandang pelosok dekorasi ruang tamu
itu. Kombinasi warna biru dan dihiasi wallpaper
bunga dengan gaya ruang lembut. Sofa pink berwarna pastel digabungkan pula
dengan meja sudut yang unik membuat seluruh ruang tamu itu tampil cantik.
Kemudian, mata dia beralih ke arah potret besar keluarga itu
yang tergantung di dinding berhadapannya. Datuk Hassan sedang tersenyum disamping
isteri tercintanya, Datin Maimon. Di sebelah Datin Maimon pula berdiri seorang
lelaki boleh dikatakan tampan berpakaian sut hitam lengkap dengan tali leher.
Kata Kak Eda, lelaki itu merupakan anak lelaki tunggal majikannya itu.
Tiba-tiba dia terdetik, sepanjang dia bekerja di situ, tidak pula dia terlihat
kelibat lelaki itu di banglo mewah itu. Hisy, peduli apa aku. Aku cuma orang
gaji aje dalam rumah ni. Sibuk sangat nak tahu hal orang. Kutuknya memarahi
diri sendiri.
“Tiara! Tiara!”
Sergah Kak Edah tiba-tiba dari belakang.
Tiara pantas berpaling ke belakang “ Ya, Kak Eda. Suka buat
orang terkejut tau” Ngomelnya seraya mengurut perlahan dadanya. Mujurlah dia
tak kena sakit jantung. Dijelingnya Kak Eda geram.
Makin galak Kak Edah ketawa. Comel pula rupa Tiara macam tu.
Bukan selalu dia dapat usik gadis itu. Meski sudah tiga bulan Tiara bekerja,
dia jadi rapat dengan gadis itu. Tiara memang mesra orangnya.
“Kau tengok apa tu,
Tia? Tak berkelip mata tu dari tadi” Soal Kak Edah buat-buat tanya.
Hisy, Kak Edah ni. Macam takde kerja je nak kacau orang.
Alamak! Dia perasan ke apa yang aku tengok tadi? Bukan boleh percaya sangat Kak
Eda ni “ Eh, mana ada apa-apalah Kak Eda. Kak ingat tak semalam, Tia ada
bersihkan pasu ni. Cepat betul pula berhabuk. Pelik pulak Tia” Tiara mencapai
bulu ayam lalu berpura-pura membersihkan pasu yang terletak bersebelahan
kabinet almari itu. Kak Edah memerhatikan saja perbuatan Tiara.
“Yalah tu. Eleh! Banyak betul alasannya” Kak Edah mencebik.
Tiara tersengih-sengih sambil menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Ala, macam manalah Kak Eda ni boleh perasan pula.
Kak Eda ni cepat betul buat kerja. Gerutunya.
“Akak ada berita gembira nak bagitahu
Tia. Tia nak dengar tak?” Keceriaan jelas terpancar dimuka Kak Edah. Tiara benar-benar
rasa teruja. Agaknya berita gembira apa ya?
“Arini anak tunggal datin nak balik.
So, datin pesan kat akak suruh buatkan karamel puding kesukaan anak dia. Lepas
tu, asam pedas ikan tenggiri, tiram masak kicap dengan pajeri nenas. Semua tu
lauk kegemaran dia” Kak Edah menyenaraikan satu-persatu pesanan Datin Maimun
dengan gaya tergedik-gedik.
Melopong mulut Tiara. Eleh! Ingatkan
berita gembira apa tadi. Naikkan gaji ke? Nak bagi bonus ke? Wah, banyak betul
permintaan! Baik aku bukak warung makan je.
“Tia, kalau terkejut sekalipun tutuplah
mulut tu. Nanti masuk lalat tau” Tegur Kak Edah. Banglo mewah itu memang sering
dikunjungi tetamu. Kenapa agaknya gadis itu nak terkejut.
Kak Edah memandangnya tersengih-sengih “
Akak nak minta tolong Tia, masakkan karamel puding untuk anak datin. Lauk-lauk
yang lain tu akak masak, boleh?”
Patutlah lain macam aje
tersengih-sengih tadi. Ada makna rupanya “ Ala akak ni, saya bukannya terror buat karamel puding ni. Nanti
terlebih keras ke, lembik ke saya pulak yang kena” Tolaknya mentah-mentah. Apalah
Kak Edah ni, kalau setakat masak lauk-lauk dia bolehlah buat. Tapi, tidaklah
sesedap air tangan Kak Edah.
“Tak sedap apanya Tia. Baru minggu
lepas Tia buat puding karamel tu. Sedap sangat macam Chef Wan masak je” Puji
Kak Edah ikhlas.
Tiara mengalah “Hurm, yalah yalah…”
“Tia jangan risau, pasal lauk-lauk tu
awal-awal lagi akak dah sediakan bahan dia. Tinggal nak main campak-campak je.
Kejap je tu” Ujar Kak Edah yakin.
Melebar sengih Tiara. Memang Kak Edah
pakar bab-bab itu. Masak apa pun semua jadi. Dikerlingnya jam di dinding. Jam
sudah angka 6.30 petang. Masih sempat lagi nak memasak puding karamel sebelum
mereka pulang.
Hampir waktu maghrib, barulah kereta Toyota Vious milik
Datuk Hassan, memasuk perkarangan rumah. Tiara memanjangkan lehernya mengintai
ke luar tingkap. Datin Maimun baru saja menjejak kaki di lantai. Nampak pula seorang
lelaki yang berusia 30-an bersut hitam turun dari kereta membuntuti orang tua
itu dari belakang. Segera dia membuka pintu. Kedua-dua majikannya itu sedang
berdiri di depan pintu. Mereka tersenyum memandangnya. Dia turut membalas
senyuman majikannya. Kemudian, pandangan dia beralih pada lelaki yang asyik
menjelingnya dari tadi. Cepat-cepat dia memandang tempat lain.
“Nasrul! Apalagi tercegat kat situ?” Tegur Datuk Hassan
seusai duduk di atas sofa. Kelam-kabut Nasrul menanggalkan kasut sebaik
mendengar suara papanya, segera membawa haluan ke ruang tamu. Sesudah
meletakkan briefcase di atas meja, dia menghempas tubuh di sofa berhadapan papa
dan mamanya. Penat pun belum hilang lagi. Tiga bulan dia ke Dubai kerana
menguruskan projek di sana. Baru sekarang
dia dapat pulang ke rumah.
Tiara masih setia berdiri di situ. Menunggu arahan dari
majikannya.
“Kenapa kau berdiri lagi kat sini? Cepat bawakan aku orange juice” Arah Nasrul menjeling gadis itu.
Geram sungguh dia. Takkanlah semua benda nak bagitahu. Orang gaji mana yang
papa dan mamanya ambil kali ini.
“Hah?” Tiara terpempan seketika. Belum apa-apa lagi, dah
kena marah.
Datin Maimun memandang wajah Tiara yang mulai memerah.
Direnungnya wajah gadis polos situ. Kasihan, baru tiga bulan dia bekerja di
situ jadi dia tidak tahu apa-apa. Nasrul memang melampau!
“Apa Nasrul bising-bising ni? Cakap elok-elok tak boleh ke?
Mama tahu Nas penat, tapi jaga sikit kelakuan tu. Tak baik cakap macam tu kat
orang” Tegurnya.
Nasrul mendengus. Siapa perempuan tu mama nak bela sangat?
Cuma orang gaji jelah. Dah memang tugas orang gaji kena buat kerja.
Tiara menundukkan wajah. Nasrul? Ewah, nama punyalah sedap,
tapi perangai hodoh. Kutuk Tiara.
Tengku Hassan menggelengkan-gelengkan kepala melihat
kelakuan anak lelaki tunggalnya itu. Langsung takde perasaan bersalah. Perangai
langsung tak berubah.
“Tia,
pergi ke dapur bawakan dia juice orange.Karang
tak pasal-pasal mengamuk lagi nanti” Perli Datuk Hassan.
Nasrul terdiam. Dengan papanya, dia
memang tidak berani menjawab. Silap aribulan, tangan naik kat muka dia.
Tiara mengangguk laju “Baik datuk.
Datuk dan datin nak minum apa-apa tak?”
“Tak apalah Tia. Saya nak naik bilik
nak solat maghrib. Malam nanti baru saya turun” Datuk Hassan bergerak ke tangga
lalu dibuntuti isterinya dari belakang.