Home Novel Cinta BUKAN LAGI MIMPI
BUKAN LAGI MIMPI
NOR RAFIDAH JAMIL
16/12/2016 16:31:48
10,331
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

“Awal Nas balik arini. Nas tak sihat ke?” Tegur Mak Wan. Dilihatnya muka Nasrul sedikit pucat. Nasrul mengangguk lemah.

“Mak Wan, masak apa tu?” Nasrul menjeling.

“Gulai keli masak cili padi. Dah nak siap dah ni. Kejap lagi Nas turun makan” Ujar Mak Wan sambil mengacau kuah gulai di dalam periuk.

Nasrul menggeleng “Takpelah, Mak Wam. Nas takde selera. Cadang nak rehat kat dalam bilik je. Rasa nak demam pun ada” Tutur Nasrul sambil tangan meraba-raba tengkuknya. Mak Wan berhenti mengacau kuah gulai di dalam periuk.

“Nas nak panadol tak? Kejap Mak Wan ambilkan kat dalam laci tu” Mak Wan mengatur langkah kaki ke arah kabinet almari bersebelahan dapur.

“Takpelah, Mak Wan. Nas rasa nak rehat kat bilik aje. Nanti okeylah tu” Balas Nasrul.

Mak Wan menghela nafas perlahan. Dipandangnya muka Nasrul. Nasrul memang jenis fobia dengan ubat. Kasihan pula dia lihat Nasrul ketika itu. Nasrul sudah pun dianggap seperti anak kandungnya sendiri.

“Yalah, petang nanti Mak Wan buatkan bubur untuk Nas. Kalau nak Nas apa-apa panggil Mak Wan”

Thanks, Mak Wan”

Daliya tersenyum senang hati. Pintu bilik Nasrul terbuka luas. Lagi senang kerja dia. Seusai saja dia menghantar bubur itu, dia ingin segera keluar dari bilik itu. Perlahan-lahan dia menapak masuk takut-takut kalau Nasrul terdengar. Bunyi pancuran air dari bilik mandi meyakinkan dia bahawa tidak mungkin Nasrul perasan kehadirannya di situ.

Daliya memandang sekeliling bilik Nasrul yang agak luas itu. Dia bergerak ke arah katil bersize king itu. Di sebelah katil itu ada meja antik, lalu di letakkan bubur di atas meja itu. Baru saja dia berura-ura ingin keluar, terasa tangan sasa sedang memegang lengannya membuatkan langkahnya mati. Dia segera berpaling. Muka Nasrul merenungnya tajam.

“Siapa benarkan kau masuk bilik aku? Kau tak apa hukumnya perempuan bukan muhrim masuk ke bilik lelaki bukan muhrim? Berdosa tahu tak?” Herdik Nasrul. Tanpa sedar, dia masih memegang lengan Daliya.

“Lepaslah...sakitlah! Awak pegang tangan saya ni tak berdosa ke? Elok sangat ke? Baik awak lepaskan tangan saya, kalau tak saya jerit” Daliya mengugut.

Nasrul terdiam. Cepat-cepat dia melepaskan tangan gadis itu.

Daliya menarik tangannya kuat.

“Apa kau buat kat sini? Kau mengintai aku ya?” Tuduh Nasrul serkap jarang.

Daliya menutup matanya dengan kedua tangan. Nasrul ketika itu hanya bertuala mandi.

“Eh, mana ada! Saya datang ni nak hantar bubur jela. Mak Wan cakap awak tak sihat. Buang masa saya aje nak buat semua tu. Petang tadi awak tak turun makan, jadi Mak Wan suruh saya hantarkan bubur untuk awak. Err…kalau ya pun, pakailah baju tu dulu” Tegur Daliya. Mukanya merah padam.

Nasrul tersengih nakal.

“Kenapa? Kau takut tergoda ke?” Soalnya nakal. Dia sebenarnya sengaja ingin mengusik gadis itu.

“Jangan nak merepek, boleh? Awak jangan main-main dengan saya. Kalau tak, saya jerit” Ugut Daliya berani. Kali ini dia tidak main-main. Serius…

Okay, wait” Nasrul segera menyarung t-shirt polo ke badannya.

“Dah ke belum?” Soal Daliya.

“Dah, bukalah mata tu” Balas Nasrul masih tersengih.

Daliya menarik nafas lega.

“Siapa yang buat bubur ni? Kau ke?” Soalnya tidak berkelip mata memandang Daliya.

“Mak Wan yang masak bubur tu. Kalau saya buat, awak pun tak ingin nak makan, kan? Jangan lupa makan bubur tu. Nanti perut masuk angin nanti, siapa yang susah? Mak Wan…famili awak jugak” Bebel Daliya.

Nasrul menadah telinga mendengar setiap bebelan Daliya.

“Aku baru aje nak sihat ni, boleh jadi sakit balik dengar kau membebel tau! Mulut kau tu memang tak reti diam ke?” Sindirnya.

“Awak dah okey ke belum?” Soal Daliya sambil mengerling muka Nasrul.

Nasrul pula merenungnya tajam. Cepat-cepat Daliya memandang atas siling.

“Dah…dengar awak membebel lagi buat saya sakit”

“Encik Nasrul, saya cakap benda yang betul. Salah ke? Dahlah, saya malas nak layan awak. Baik saya keluar siapkan kerja saya tu” Ngomel Raisya lalu terus keluar dari bilik Nasrul.

Nasrul merengus. Dia duduk mengambil bubur nasi yang Daliya letakkan di meja katilnya. Baru dua sudu bubur singgah ke mulutnya. Lain pula Mak Wan masak bubur ni. Betul ke Mak Wan yang masak? Mungkin resepi baru kot, fikirnya.

“Hai, anak mummy. Dah sihat ke? Tadi Mak Wan dan Liya bagitahu yang Nas tak sihat tadi. Betul ke?” Datin Maimon menyoal. Wajahnya berasa risau.

Nasrul mengambil tempat duduk berhadapan kedua orang tuanya.

“Alhamdulillah, mummy. Lepas mandi, Nas rasa segar sikit badan ni” Jawab Nasrul memandang mummynya.

Datuk Johari yang sedang leka membaca surat khabar dari tadi menyampuk “Hurm, anak awak ni Mai, kahwinkan aje dia tu. Sekurang-kurangnya nanti adalah orang yang tengok-tengokkan dia. Jaga makan pakai dia. Tak begitu, Nas?”

Datin Maimon tersenyum penuh makna. Ada betulnya juga kata suaminya itu. Kenapalah dia tak fikir dari awal-awal lagi.

“Kalau Nas takde calon, mummy boleh carikan. Nas dah ada calon ke?”

“Nantilah Nas fikirkan, mummy, daddy” Balas Nasrul.

Previous: BAB 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.