“Awal
Nas balik arini. Nas tak sihat ke?” Tegur Mak Wan. Dilihatnya muka Nasrul
sedikit pucat. Nasrul mengangguk lemah.
“Mak
Wan, masak apa tu?” Nasrul menjeling.
“Gulai
keli masak cili padi. Dah nak siap dah ni. Kejap lagi Nas turun makan” Ujar Mak
Wan sambil mengacau kuah gulai di dalam periuk.
Nasrul
menggeleng “Takpelah, Mak Wam. Nas takde selera. Cadang nak rehat kat dalam
bilik je. Rasa nak demam pun ada” Tutur Nasrul sambil tangan meraba-raba
tengkuknya. Mak Wan berhenti mengacau kuah gulai di dalam periuk.
“Nas
nak panadol tak? Kejap Mak Wan ambilkan kat dalam laci tu” Mak Wan mengatur
langkah kaki ke arah kabinet almari bersebelahan dapur.
“Takpelah,
Mak Wan. Nas rasa nak rehat kat bilik aje. Nanti okeylah tu” Balas Nasrul.
Mak
Wan menghela nafas perlahan. Dipandangnya muka Nasrul. Nasrul memang jenis
fobia dengan ubat. Kasihan pula dia lihat Nasrul ketika itu. Nasrul sudah pun
dianggap seperti anak kandungnya sendiri.
“Yalah,
petang nanti Mak Wan buatkan bubur untuk Nas. Kalau nak Nas apa-apa panggil Mak
Wan”
“Thanks,
Mak Wan”
Daliya
tersenyum senang hati. Pintu bilik Nasrul terbuka luas. Lagi senang kerja dia.
Seusai saja dia menghantar bubur itu, dia ingin segera keluar dari bilik itu.
Perlahan-lahan dia menapak masuk takut-takut kalau Nasrul terdengar. Bunyi
pancuran air dari bilik mandi meyakinkan dia bahawa tidak mungkin Nasrul
perasan kehadirannya di situ.
Daliya
memandang sekeliling bilik Nasrul yang agak luas itu. Dia bergerak ke arah
katil bersize king itu. Di sebelah katil itu ada meja antik, lalu di letakkan
bubur di atas meja itu. Baru saja dia berura-ura ingin keluar, terasa tangan
sasa sedang memegang lengannya membuatkan langkahnya mati. Dia segera
berpaling. Muka Nasrul merenungnya tajam.
“Siapa
benarkan kau masuk bilik aku? Kau tak apa hukumnya perempuan bukan muhrim masuk
ke bilik lelaki bukan muhrim? Berdosa tahu tak?” Herdik Nasrul. Tanpa sedar,
dia masih memegang lengan Daliya.
“Lepaslah...sakitlah!
Awak pegang tangan saya ni tak berdosa ke? Elok sangat ke? Baik awak lepaskan
tangan saya, kalau tak saya jerit” Daliya mengugut.
Nasrul
terdiam. Cepat-cepat dia melepaskan tangan gadis itu.
Daliya menarik tangannya kuat.
“Apa
kau buat kat sini? Kau mengintai aku ya?” Tuduh Nasrul serkap jarang.
Daliya
menutup matanya dengan kedua tangan. Nasrul ketika itu hanya bertuala mandi.
“Eh,
mana ada! Saya datang ni nak hantar bubur jela. Mak Wan cakap awak tak sihat. Buang
masa saya aje nak buat semua tu. Petang tadi awak tak turun makan, jadi Mak Wan
suruh saya hantarkan bubur untuk awak. Err…kalau ya pun, pakailah baju tu dulu”
Tegur Daliya. Mukanya merah padam.
Nasrul
tersengih nakal.
“Kenapa?
Kau takut tergoda ke?” Soalnya nakal. Dia sebenarnya sengaja ingin mengusik
gadis itu.
“Jangan
nak merepek, boleh? Awak jangan main-main dengan saya. Kalau tak, saya jerit”
Ugut Daliya berani. Kali ini dia tidak main-main. Serius…
“Okay, wait” Nasrul segera menyarung t-shirt polo ke badannya.
“Dah
ke belum?” Soal Daliya.
“Dah,
bukalah mata tu” Balas Nasrul masih tersengih.
Daliya
menarik nafas lega.
“Siapa
yang buat bubur ni? Kau ke?” Soalnya tidak berkelip mata memandang Daliya.
“Mak
Wan yang masak bubur tu. Kalau saya buat, awak pun tak ingin nak makan, kan?
Jangan lupa makan bubur tu. Nanti perut masuk angin nanti, siapa yang susah? Mak
Wan…famili awak jugak” Bebel Daliya.
Nasrul
menadah telinga mendengar setiap bebelan Daliya.
“Aku
baru aje nak sihat ni, boleh jadi sakit balik dengar kau membebel tau! Mulut
kau tu memang tak reti diam ke?” Sindirnya.
“Awak
dah okey ke belum?” Soal Daliya sambil mengerling muka Nasrul.
Nasrul
pula merenungnya tajam. Cepat-cepat Daliya memandang atas siling.
“Dah…dengar
awak membebel lagi buat saya sakit”
“Encik
Nasrul, saya cakap benda yang betul. Salah ke? Dahlah, saya malas nak layan
awak. Baik saya keluar siapkan kerja saya tu” Ngomel Raisya lalu terus keluar
dari bilik Nasrul.
Nasrul
merengus. Dia duduk mengambil bubur nasi yang Daliya letakkan di meja katilnya.
Baru dua sudu bubur singgah ke mulutnya. Lain pula Mak Wan masak bubur ni.
Betul ke Mak Wan yang masak? Mungkin resepi baru kot, fikirnya.
“Hai, anak mummy. Dah sihat ke? Tadi Mak Wan
dan Liya bagitahu yang Nas tak sihat tadi. Betul ke?” Datin Maimon menyoal.
Wajahnya berasa risau.
Nasrul
mengambil tempat duduk berhadapan kedua orang tuanya.
“Alhamdulillah,
mummy. Lepas mandi, Nas rasa segar sikit badan ni” Jawab Nasrul memandang
mummynya.
Datuk
Johari yang sedang leka membaca surat khabar dari tadi menyampuk “Hurm, anak
awak ni Mai, kahwinkan aje dia tu. Sekurang-kurangnya nanti adalah orang yang
tengok-tengokkan dia. Jaga makan pakai dia. Tak begitu, Nas?”
Datin
Maimon tersenyum penuh makna. Ada betulnya juga kata suaminya itu. Kenapalah
dia tak fikir dari awal-awal lagi.
“Kalau
Nas takde calon, mummy boleh carikan. Nas dah ada calon ke?”
“Nantilah Nas fikirkan, mummy, daddy” Balas
Nasrul.