Home Novel Cinta BUKAN LAGI MIMPI
BUKAN LAGI MIMPI
NOR RAFIDAH JAMIL
16/12/2016 16:31:48
10,337
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 3

Deruman enjin kereta Honda Jazz milik Nazrul mengaum membelah kesunyian lewat pagi itu. Secara tidak langsung bunyi bising keretanya itu menganggu jiran-jiran yang tinggal di kawasan perumahan banglo elit itu. Memang acapkali Datuk Tajuddin ada menegur perbuatannya, namun dia buat tidak endah. Seusai mematikan enjin, dia keluar dari perut kereta. Dipandang jam dipergelangan tangan kanan. Sudah pukul dua pagi.

Melangkah saja ke dalam rumah, dia terus menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Remote TV dicapai membuka saluran televisyen. Siaran National Geographic itu tidak menarik perhatiannya atau mungkin dia penat barangkali. Baru sepuluh minit dia menonton siaran itu, kepalanya sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk. Matanya terbuka gara-gara bunyi bising yang datang dari arah dapur. Rasa ingin tahu semakin memuncak-muncak di dalam diri, dia hayunkan kaki menuju ke dapur.

“Yang kau duk dalam gelap, selongkar peti ais? Kenapa? Mati-mati aku ingatkan perompak tadi” Suara garau Nasrul mengejutkan Daliya. Suis lampu dibuka. Spesies manusia apa ni? Sanggup bergelap pulak tu. Buat saspen jela! Fikirannya tadi sudah terbayang-bayang bukan tadi.

Hampir luruh jantung Daliya dibuatnya. Rasa mahu dicekik-cekik Nasrul tatkala itu. Kalau tak fikir lelaki itu anak majikannya, sudah lama dia ganyang lelaki itu.

“Buat terkejut orang jela. Tak reti bagi salam ke? Nasib tak pengsan tadi” Ngomel Daliya geram. Baru sekejap tadi dia lihat Nasrul terlelap di sofa, sejak bila pula lelaki itu bangun.

Nasrul tersengih.

“Kau tak tidur lagi ke?”

“Belum”

Daliya menutup semula pintu peti ais sejuk.

“Kenapa tak tidur lagi?” Soal Nasrul lagi. Daliya menjelingnya. Cepat-cepat dia memandang tempat lain.

“Er, saya haus tadi. Turun bawah jap minum air” Jawab Daliya.

Nasrul tersenyum. Senyum ada makna “Baguslah macam tu. Lekas, buatkan aku maggie. Aku lapar” Arah Nasrul seraya duduk di kerusi makan. Maggie ajelah, takkanlah nak suruh Daliya masak nasi goreng pagi-pagi buta ni. Mahu meroyan gadis itu nanti. Memang tidak boleh melihat Daliya bersenang-lenang langsung.

“Eh, kenapa awak tak masak sendiri je? Masak maggie tak lama pun. Dua minit siaplah. Pejam mata pun boleh siap tau” Bebel Daliya. Dasar lelaki pemalas! Benda senang pun nak suruh dia buat? Eii…tak kuasa nak berlakikan lelaki pemalas macam tu.

“Aku tak pandai masaklah. Kerja memasak ni semua orang perempuan. Seumur hidup aku, belum pernah lagi aku memasak. Lagipun aku ada orang gaji, buat apa aku nak masak kalau ada orang gaji. Itupun tak reti tak fikir ke?” Bidas Nasrul tidak mahu beralah.

Sakit hati Daliya mendengar jawapan Nasrul. Itulah lelaki, semua bab memasak nak diserahkan pada perempuan. Er, mintak simpanglah kalau dapat lelaki malas macam tu.

“Yalah, yalah…awak nak maggie apa?”

Daliya beralah. Lagi melayan, menyakitkan hati.

“Apa-apa jelah” Jawab Nasrul tersengih macam kerang busuk. Tangan Daliya mencapai maggie cup perisa kari di atas kabinet almari. Plastik maggie cup itu dibuka, lalu dicapai teko untuk menuang air panas itu ke dalam maggie cup. Sesudah itu dia memasukkkan perencah ke dalam maggie cup. Nasrul cuma memerhatikan perbuatannya itu.

“Encik Nasrul, senang dan simpleje nak masak maggie. Haa…tuang air panas, masukkan aje perencah. Kalau tuan lupa, bolehlah google sendiri kat internet. Kat internet tu berlambak resepi ada. Malas dan rajin je” Bebel Tiara lagi lalu meletakkan maggie cup di depan Nasrul.

Nasrul merenung Tiara. Banyak cakap pula pompuan ni. Ikhlas ke tak ikhlas? Argh, pedulikan, janji perut kenyang! Laju sahaja tangan mencapai garpu dan sudu dan terus menyuap maggi ke dalam mulut.

Eee, gelojohnya! Tiara membuka peti sejuk lalu mengambil sebuah botol berisi air kosong. Mug diatas meja dicapai dan diletakkan di depan Nasrul.

“Kalau tercekik, minum air ini” Bagitahu Tiara spontan.

Nasrul mendongak memandang Tiara. Nak perli akulah tu. Eee…aku pulak yang sakit hati.

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.