“Hi
Nas. You busy ke?” Soal Helina.
Tergamam
Nasrul seketika. Tak ada angin, tak ada ribut Helina datang ke officenya tanpa
beritahunya dulu “Apa you buat kat sini? I tengah busy ni. Malam nanti I call
you” Jawab Nasrul acuh tak acuh.
Helina
membuat muka ketat “ Nas, I datang cari you la. Dah lama tak keluar dengan you.
Sejak you ke Dubai aritu langsung tak mesej I. I ni kan bestfriend you. You lupa ke?”
Nasrul
menggeleng-geleng melihat kedegilan Helina itu “Bestfriend only, not
girlfriend anymore, Elin. Tolong
hormati privasi I kalau you masih nak berkawan dengan I!” Tekan Nasrul. Banyak
kali dia ingatkan Helina yang cinta mereka cuma sejarah silam. Tapi Helina
memang tak faham bahasa agaknya.
Tersentak
Helina seketika “Okay, I’m sorry. I yang salah. Lepas ni, I takkan ganggu you
lagi” Nada Helina kedengaran merajuk. Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi menuju
ke pintu. Wajah Nasrul serba-salah. Dia tahu niat Helina cuma ingin berkawan
dengannya. Tanpa sedar, dia berfikiran yang bukan terhadap gadis itu.
“Wait Helina. I yang patut minta maaf
dekat you. You tak salah apa-apa pun. I terlebih emosional pulak tadi” Nasrul
bangun dari kerusi menghalang Helina keluar.
Helina
tersenyum. Nasrul memang tidak berubah dari dulu. Seorang lelaki yang pemaaf
dan mudah bersimpati orangnya. Perwatakan Nasrul itulah yang benar-benar
membuatnya menyesal kerana meninggalkan lelaki itu dulu. Hampir tiga tahun
mereka menyulam cinta sejak zaman universiti dulu. Namun atas kesilapan dia
sendiri, dia kehilangan Nasrul. Sehinggalah mereka berjumpa semula pada tahun
lepas atas urusan kerja. Mujurlah, Nasrul sudi memaafkan dan menganggapnya
sebagai kawan walaupun untuk menerimanya semula sebagai teman wanita jauh
sekali. Namun, dia benar-benar mengharapkan lebih dari itu. Moga-moga Nasrul
berubah hati nanti.
“Tak
apa, Nas. I faham you banyak kerja. You dah
lunch ke?” Helina melirik jam di tangan. Sudah pukul 1 tengahari.
“Jom,
keluar lunch” Ajaknya bersungguh-sungguh.
“Okay”
Ujar Nasrul sambil mengemas semula fail-fail yang berlambak di atas mejanya
itu.
“Dia
buat apa kat sini? Ajak kau dating ya?” Soal Izam asyik tersenyum-senyum. Dia
memang tahu yang Helina masih ada hati dengan Nasrul. Nasrul pun masih single
lagi, apa salahnya. Memang dia tahu kisah hubungan diorang. Jadi tak salah
kalau Nasrul beri peluang kedua pada Helina.
Wajah
Nasrul kelihatan tenang.
“Ajak
aku lunch. Kenapa kau tanya?” Jawab Nasrul selamba.
“Nas,
aku cakap sikit kau jangan marah ya” Tutur Izam serba-salah.
Nasrul
mengerutkan dahi “Cakaplah. Buat apa aku nak marah, kau tak cakap pun lagi
kan?” Nasrul berloyar buruk. Izam tersengih.
“Er…aku
tengok Elin tu masih syok kat kau lagi. Kau tak nak ke beri peluang kedua pada
dia? Aku rasa dia betul-betul menyesal apa yang dia dah buat kat kau dulu”
“Aku
tak fikir macam tu, Zam. Aku dah anggap dia macam kawan aku. Aku tak nak ingat
benda-benda yang dah lepas. Antara aku dan Elin tu dah over” Ujar Nasrul berterus-terang.
Izam
mengangguk-angguk kepala faham “Kau tak nak cari pengganti ke?” Dia dapat
mengagak apa jawapan Nasrul nanti. Jawapan yang sama macam tahun-tahun lepas.
Wajah
Nasrul kelihatan serius “ Aku tak readylagi
nak fikir soal kahwin buat masa sekarang ni. Nantilah aku fikir. Kalau susah sangat
aku suruh mummy aku carikan calon yang sesuai untuk aku”
Izam
tergelak besar.
“Hmmm
dari apa yang kau cakap tu, nampak macam pasrah je. Kau dah serik bercinta ya?”
Izam mencungkil rahsia.
“Hisy,
takdelah. Aku busylah, tak ada masa
nak fikir soal kahwin lagi. Bukan macam kau, duduk goyang kaki je” Sindir
Nasrul.
“Amboi,
tak sayang mulut” Balas Izam. Dia sudah biasa sangat diperli. Sejak azali lagi,
mereka memang begitu.
Seusai
solat isyak, Daliya berbaring di atas katil. Dia ingin melelapkan mata buat
seketika. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Lantas dia membelek-belek telefon
bimbit yang memang sengaja dia letakkan di bawah bantal itu. Dia memandang ke
skrin telefon. Ada berpuluh miss call dan mesej yang masuk ke inboxnya. Semua
mesej itu datang dari orang yang sama. Kesemua mesej dan miss call itu dipadam.
Telefon bimbit itu diletakkan semula di bawah bantal. Kalau terdesak, dia akan
tukar ke nombor baru supaya lelaki itu tidak akan menghubunginya lagi. Dia
mengeluh. Kenapa lelaki itu seringkali menganggu hidupnya? Hidupnya kini umpama
pelarian. Pelarian tanpa noktah. Dia yakin semua orang tengah mencarinya.
Namun, dia tidak ingin hidup dengan penipuan. Dia juga tidak mahu bertemankan
bayangan lelaki itu.
Dia
bergerak ke luar jendela yang terbuka luas. Angin masuk pada malam itu
menampar-nampar lembut pipinya. Hilang segala masalah yang ada. Dia berharap
agar diberi kekuatan menempuhi hari-hari yang mendatang.