Deruman
enjin kereta Honda Jazz milik Nazrul mengaum membelah kesunyian lewat pagi itu.
Secara tidak langsung bunyi bising keretanya itu menganggu jiran-jiran yang
tinggal di kawasan perumahan banglo elit itu. Memang acapkali Datuk Tajuddin ada
menegur perbuatannya, namun dia buat tidak endah. Seusai mematikan enjin, dia
keluar dari perut kereta. Dipandang jam dipergelangan tangan kanan. Sudah pukul
dua pagi.
Melangkah
saja ke dalam rumah, dia terus menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Remote TV
dicapai membuka saluran televisyen. Siaran National Geographic itu tidak
menarik perhatiannya atau mungkin dia penat barangkali. Baru sepuluh minit dia
menonton siaran itu, kepalanya sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk. Matanya
terbuka gara-gara bunyi bising yang datang dari arah dapur. Rasa ingin tahu
semakin memuncak-muncak di dalam diri, dia hayunkan kaki menuju ke dapur.
“Yang
kau duk dalam gelap, selongkar peti ais? Kenapa? Mati-mati aku ingatkan
perompak tadi” Suara garau Nasrul mengejutkan Daliya. Suis lampu dibuka.
Spesies manusia apa ni? Sanggup bergelap pulak tu. Buat saspen jela! Fikirannya
tadi sudah terbayang-bayang bukan tadi.
Hampir
luruh jantung Daliya dibuatnya. Rasa mahu dicekik-cekik Nasrul tatkala itu.
Kalau tak fikir lelaki itu anak majikannya, sudah lama dia ganyang lelaki itu.
“Buat
terkejut orang jela. Tak reti bagi salam ke? Nasib tak pengsan tadi” Ngomel
Daliya geram. Baru sekejap tadi dia lihat Nasrul terlelap di sofa, sejak bila
pula lelaki itu bangun.
Nasrul
tersengih.
“Kau tak tidur lagi ke?”
“Belum”
Daliya
menutup semula pintu peti ais sejuk.
“Kenapa
tak tidur lagi?” Soal Nasrul lagi. Daliya menjelingnya. Cepat-cepat dia
memandang tempat lain.
“Er, saya haus tadi. Turun bawah jap minum air”
Jawab Daliya.
Nasrul
tersenyum. Senyum ada makna “Baguslah macam tu. Lekas, buatkan aku maggie. Aku
lapar” Arah Nasrul seraya duduk di kerusi makan. Maggie ajelah, takkanlah nak
suruh Daliya masak nasi goreng pagi-pagi buta ni. Mahu meroyan gadis itu nanti.
Memang tidak boleh melihat Daliya bersenang-lenang langsung.
“Eh,
kenapa awak tak masak sendiri je? Masak maggie tak lama pun. Dua minit siaplah.
Pejam mata pun boleh siap tau” Bebel Daliya. Dasar lelaki pemalas! Benda senang
pun nak suruh dia buat? Eii…tak kuasa nak berlakikan lelaki pemalas macam tu.
“Aku
tak pandai masaklah. Kerja memasak ni semua orang perempuan. Seumur hidup aku,
belum pernah lagi aku memasak. Lagipun aku ada orang gaji, buat apa aku nak
masak kalau ada orang gaji. Itupun tak reti tak fikir ke?” Bidas Nasrul tidak
mahu beralah.
Sakit
hati Daliya mendengar jawapan Nasrul. Itulah lelaki, semua bab memasak nak
diserahkan pada perempuan. Er, mintak simpanglah kalau dapat lelaki malas macam
tu.
“Yalah,
yalah…awak nak maggie apa?”
Daliya
beralah. Lagi melayan, menyakitkan hati.
“Apa-apa
jelah” Jawab Nasrul tersengih macam kerang busuk. Tangan Daliya mencapai maggie
cup perisa kari di atas kabinet almari. Plastik maggie cup itu dibuka, lalu
dicapai teko untuk menuang air panas itu ke dalam maggie cup. Sesudah itu dia memasukkkan
perencah ke dalam maggie cup. Nasrul cuma memerhatikan perbuatannya itu.
“Encik Nasrul, senang dan simpleje nak masak maggie. Haa…tuang air panas, masukkan aje
perencah. Kalau tuan lupa, bolehlah google sendiri kat internet. Kat internet
tu berlambak resepi ada. Malas dan rajin je” Bebel Tiara lagi lalu meletakkan
maggie cup di depan Nasrul.
Nasrul
merenung Tiara. Banyak cakap pula pompuan ni. Ikhlas ke tak ikhlas? Argh, pedulikan,
janji perut kenyang! Laju sahaja tangan mencapai garpu dan sudu dan terus
menyuap maggi ke dalam mulut.
Eee,
gelojohnya! Tiara membuka peti sejuk lalu mengambil sebuah botol berisi air
kosong. Mug diatas meja dicapai dan diletakkan di depan Nasrul.
“Kalau
tercekik, minum air ini” Bagitahu Tiara spontan.
Nasrul
mendongak memandang Tiara. Nak perli akulah tu. Eee…aku pulak yang sakit hati.